Showing posts with label Do it yourself. Show all posts
Showing posts with label Do it yourself. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

Famos Amos!


cookies homemade mode!
Nak raya katanya.gigih iols buat kuih raya ok.
memperkenalkan Famos Amos!



1st time buat.
Alhamdulilah jadi.Cuma macam manis je.Next time kena kurangkan gula.



Sunday, March 10, 2013

Percubaan pertama membuat Cream Puff


Percubaan pertama membuat Cream Puff..
Tak puas makan beli dengan kak miza hari tu.
Makanya gigih kan diri mencuba.
Dan inilah hasilnya.
Pertama kali jd memamg rupa tak berapa nak cantik.







Sedap ok!
Tapi puff dengan cream macam tak jadi sangat.
Next try lagi. Praktis make perfect kan.
Next i share resepi yer!









Friday, January 25, 2013

Agar-Agar Kacang Merah.



Tekak terasa nak makan agar-agar kacang merah.
Makanya gigihkan diri sendiri untuk buat.
Tara! Inilah dia.
1st trial resepi ini.Jadi.Rasa sedap.Tapi kondisinya agak melting di bahagian atas.
Takpe. Next time cuba lagi.
Practise make perfect kan.
Eceh.Nanti aku kongsikan resepi.


Monday, December 10, 2012

Brownies lagi!


Lagi sekali Brownies.
yang ni lebih sedap.lebih crunchy.lebih badam.lebih choc chips.




Nak resepi sila ke entry lepas.


Sunday, December 2, 2012

#Brownies


#entry ini tentang makanan.
Gara-gara ada "someone" tanya "tak buat kek ke".
Tangan terus laju google makanan. Google dan google terus terasa nak makan Brownies.
Bahaya betul. Tengok makanan terus terasa nak makan.
Keesokannya gigih buat. 
Pernah buat Brownies before ni.resepi lain.Pun senang jugak. 
Sila usha resepi di sini. Brownies Choc Chips

Resepi yang senang.Bahan-bahan pun senang.Takde pelik-pelik.
 Brownies i buat jadi. Tapi agak manis. Next time kena kurangkan gula.





#actually ni aku bakar lebih dr 30minit.Jadi kering sikit. Tapi sedap!



Resepi Brownies
sumber resepi : ummi & my resipi


Bahan-bahan

6 sb serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula (aku letak 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang)
1/2 sk vanilla
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)
2 biji telur
1 cawan kekacang (aku letak badam, hancur & choc chips)


Cara-cara

Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empat segi .
Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
Gaul sebati.
 Masukkan kekacang / choc chip/ apa sahaja jika mahu.
Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.


Siap! Selamat mencuba!



#happy blogging



Friday, November 30, 2012

#Spagheti


#Makanan.


Gambar di atas menunjukkan Spagheti.
Dek kerana tiba-tiba teringin nak makan.Terus beli bahan & masak!
Selamat menjamu selera!ehh2.







#happy blogging.

Friday, November 16, 2012

#Lempeng Kelapa


Kesian blog.kena tinggal dengan tuannya.
trafik yang tak tinggi-tinggi semakin rendah yer.
tuan blog kurang kerajinan akhir-akhir ni.

Lama tak update resepi.
Jom masak lempeng kelapa! Wehuu.sedapnya!
Senang aje.



Bahan-bahan (tak pernah sukat-sukat bahannya)

Tepung gandum (ikut suka hati korang yer)
kelapa yang sudah diparut
gula (agak-agak)
garam(sikit je)

Cara-cara

Campurkan tepung,kelapa parut,gula. Gaul sebati.
seterusnya masaklah ye.ikut suka besar ke kecik lempeng uols.




#selamat mencuba!





Monday, October 8, 2012

Resepi Raisin Bread Pudding





resepi raisin bread pudding

Bahan-bahan: 


Roti (ikut suka berapa keping,nak guna 1 buku roti pun boleh)
2 cawan susu segar
2 cwn whipping cream
1 cwn gula
6 bji telur (pukul sikit)
butter
raisin

Cara-cara:

Lansekan butter pd caserol/ loyang
Potong roti kpd 4 bhgn
Susun roti dlm caserol, selang seli ngn raisin
Dalam bekas lain, campurkan susu, whipping cream, gula & telur (pukul sedikit gune whisk)
Then tuang dalam caserol, tekan-tekan roti
Biarkan 1/2 @ 1 jam sampai roti kembang
Kalau nak letak brown sugar atas tu boleh,untuk  nampak roti brown bile msk(aku tak buat)
Agak2 kembang bakar 170c selama 30min @ smpi msk.


Kuah custard:
2 cwn susu segar
gula
esen vanilla
bancuhan tepung jagung

Cara-cara:
Masak susu segar ats api smpi mendidih
Dah didih, masukkn gule, ikut manis anda yer
Then masukkn esen vanilla
Then masukkan bancuhan tepung jagung(bancuhan ekot nk pekat mane) masukkn sikit-sikit ye.



#selamat mencuba!


Monday, September 10, 2012

Resipi : Talam Labu



Selamat petang semua!
Masih ingat dengan entry "Bereksperimen dengan labu". Kalau korang pernah tertengok atau terbaca lah yer.
So today aku mau sharing resepinya.
Pertama kali katanya.jadi memang tak cantik sangat lah rupanya.



Aku ambik.kongsikan resepi dari blog Madiha
Blog beliau banyak resepi okey.


RESEPI TALAM LABU

Bahan Lapisan Bawah
3 cawan santan cair + sedikit garam
1 cawan labu yang diparut
1 cawan tepung beras  
½ cawan gula pasir (kalau nak lebih manis lebihkan gula)
2 sudu makan tepung kastad

Cara-Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali labu parut dan kacau hingga sebati. Tapiskan.
2. Kemudian masukkan labu yang diparut dan kacau lagi hingga rata.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit sehingga masak. (MaDiHaA kacau bancuhan sebentar dalam kuali dengan api perlahan sehingga nampak pekat sikit kemudian baru tuangkan ke dalam loyang & kukus 30 minit).Aku ikut cam akak Madiha buat

Bahan Lapisan Atas 
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

Cara-Cara
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan dalam periuk. Kacau adunan ini di atas api yang perlahan.
2. Apabila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit dengan garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
3. Kukus selama 25 minit.
4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong dan hidangkan.



#Selamat Mencuba



Friday, September 7, 2012

Bereksperimen dengan labu



Alahai.Gambar labu lupa nak ambik!
Bukan main lagi tajuk entry aku bereksperimen kau! 
Ok!Aku dan labu memang tak pernah disatukan. aku tak reti nak makan labu. boleh pulak yer?

Nak dijadikan cerita bos aku bagi sebiji labu. 
Dan berkata "ko buatlah kuih apa-apa"." ko pandai buat kuih talam tak?. 
Dengan pantas aku jawab "tak pandai".
Dah memang betul tak pandai. Tak pernah buat pun. Yang aku tau suka makan yang Talam Keladi.


Aku mencabar diri sendiri untuk buat kuih yang bernama Talam Labu.
Gigih kau!aku google resepi. Macam-macam resepi. Aku carik yang paling mudah, bahan ada dan rasa-rasa akan berjaya.
Dan Inilah dia hasilnya. Rupanya nampak buruk tapi rasanya Ok.






Resepi next aku kongsikan yer.Selamat Malam Semua!



Sunday, July 8, 2012

#Blueberry Muffin!



ini merupakan post ke 1234 aku.
Percaya atau tidak.Tak percaya pergi kira jumlah entry yang aku dah update selama ini.

Update makanan lagi. Sapa tengah lapar pasti bertambah lapar bila nengok post entry aku ni.Kan?
Muffin Blueberry di hari ahad yer.

Kali ni takde resepi yer semua.Sebabnya ni aku guna tepung muffin yang aku beli kat kedai bakeri. Kedai BAGUS namanya. Dah lama beli tapi tak buat-buat. Akhirnya aku buat di pagi ahad yang membuatkan aku bertambah bz hari ini.

Taraaaaaaaaaaa.Inilah dia hasilnya
Sedap!
Esok2 aku nak buat sendiri Muffin Blueberry. Bilakah itu? Tunggu aku rajin lah.









Thursday, June 14, 2012

Resepi OREO Black Beauty


#RESEPI


Pernah baca entry ini 
Percubaan pertama membuat OREO Black Beauty katanya. Tapi aku rasa tak beauty langsung.
Kenapa? Sebab aku tak letak hiasan-hiasan yang menjadikannya beauty.
Nampak aje black tapi sedap! anak buah aku suka sangat (perlukah nak cakap macam tu?)

Basicaly senang je buatnya.
tak memerlukan bahan-bahan yang pelik.
Ok nak kongsi resepi. sapa rajin boleh cuba.




Resepi Oreo Black Beauty


Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - tak letak
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan - tak guna pun
Croquant - tak letak


Cara-cara:

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara kak azlita yang aku ikut

Doh yang telah siap gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm (takde masa nak timbang yer aku ni, belasah aje)
Kemudian golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Siap!


sumber resepi : azlita 

#Sangat senang kan! Apa lagi cepat cuba! Walaupun rupa biskut aku tak secantik gambar dibawah ini.Pertama kali katanya.





Wednesday, April 25, 2012

:: BROWNIES COKLAT CHIPS ::



Hai semua!
Dah lama tak update masak memasak dan campak-campak bahan.
Sejak tolong mak cik aku kat kedai, xde masa nak mencampak-campak bahan jadi satu resepi.
Kali ni nak try buat brownies! First time yer. Sesunguhnya aku tak pernah terfikir nak buat.
Ni semua gara-gara kakak aku. Dia buat. Terus lah nak cuba sendiri.

Here aku kongsikan resepi. Resepi yg simple aje!
Sila abaikan gambar yang kurang cantik lagi menawan.
first trial katanya kan. harus lah terima kekurangan.
lain kali buat lagi.mesti cantik.






Bahan-bahan 
1 cawan tepung gandum 
1 cawan gula perang - kisar dahulu 
1/4 cawan serbuk koko 
1 biji telur 
1 cawan susu segar 
1 sk baking powder 
1/2 sk garam 
1 sk esen vanilla 
1/3 cwn minyak masak@butter cair 
1/2 cawan chocolate chips 

Cara-cara 
Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan. 
Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati. 
Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi. 
Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan. 


SELAMAT MENCUBA!

p/s: sapa yg nak copy resepi ini sila ambik dan credit kpd sy.mekaseh!




Sunday, March 11, 2012

:: Chocoball lagi ::


Hello readers!
Selamat malam.
Kononya nak publish entry pagi tadi lepas siap  buat Chocoball untuk kedua kalinya.
Ok! Tapi still tak perfect. Macam ada something yang kurang.
Apakah itu? Aku tengah fikirkan ni.



biskut butang


Chocoball yg siap!




Friday, March 9, 2012

:: Chocoball ::



hello readers!
Selamat tengahari semua. Dah luch ke?
yummy.baru lepas makan Tom yam.

Chocoball. Tau tak apa chocoball. Sila tengok gambar bawah.
dan silalah tengok dan mungkin anda terliur.
Berjaya juagk aku buat Chocoball ni.
Dah lama nak buat tak tau resepi. Sekali ambik kau. Jadi! Edisi campak-campak bahan dengan mak sy!
Jadi! Rasa sama macam akak yg jual tu.
Bertekad nak jugak tau buat Chocoball ni sebab akak yg selalu kitorg beli masa rasa SANGAT BELAGAK! Carik gaduh dengan aku. Padan muka tahun ni aku tak order dah!







Sedap kan!
Teringin nak Makan? Boleh la order dengan sy. 



:: Selamat menjamu selera ::



Wednesday, March 7, 2012

::6 :: Chipsmore!


Hello readers!

Selamat Malam. 
Aktiviti campak-campak bahan dalam mangkuk mixer!
homemade Chipsmore. Sekali tengok macam biskut Famos Amos kan.
Ini Chipsmore homemade oleh diri saya sendiri ok.
Sedap & ranggup tau.
Tak percaya cepat rasa. Nyumnyum...






bentuk-bentukkan ikut suka hati yer!


Bakar dengan api 150 darjah celcius & 20 minit


Tara! dah masak.


Resepi-resepi. Aku memang baik hati. Suka kongsi resepi!
Kan bagus share-share resepi. Aku pandai buat korang pun pandi buat.
Jimat tak payah beli-beli kan!

Ok! here the recipe.

Homemade Chipsmore

Bahan-bahan
250gm buttercup/mentega
160gm gula halus (kurangkan kalau tak nak manis)
1 biji telur
1 sudu kecik esen vanila
330gm tepung gandum
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik serbuk koko
120 gm coklat cips (kurang/lebih pun takpe)

Cara-cara
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur dan esen vanila
Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko dan masukkan dalam adunan.
Gaul hingga sebati.
Masukkan coklat cips dan gaul.
Bentukkan adunan ikut citarasa
Bakar dengan suhu 150/170 celsius dan 20 minit
Siap!


Pesanan penulis:

1) Buat dengan ikhlas. Percayalah akan jadi dengan jayanya.
2)Kurangkan gula untuk rasa yang tidak terlalu manis.
3)Boleh tukar tepung gandum dengan tepung naik sendiri! Makin kembang kau biskut nanti dan dapat lebih banyak.
4)Serbuk koko nak lebihkan pun boleh.biskut akan nampak lebih gelap/dark.
5)Coklat cips boleh dilebihkan! lagi best tau.



sumber resepi :Fb siti nazwatul farha


:: Selamat Mencuba ::

Mekaseh!






Tuesday, February 28, 2012

::5:: Agar-agar kacang merah


hello readers!
apa khabar? sihat ye! 
Update makanan & resepi lagi. 
Aku yang sangat-sangat malas masak memasak ni sekarang jadi tersangat rajin. Sampai abah pun pelik.Macam-macam dibuatnya kan!
Untunglah sedara mara aku dan kawan-kawan mak aku. Dapat makan free. Umah aku takde orang jadi aku pun bagi lah diorang rasa. Dah macam ala-ala food teaser pulak kau!


Terus kepada resepi. eceh dengan gaya macam seorang chef.

sila abaikan rupa bentuk yang tak cantik tu. rasanya sedap!

Ok ini resepinya.
sumber resepi adalah dari Homekreation dan Jari Intanku
dan aku modify jadi seperti resepi di bawah


Bahan-bahan:

1 cawan kacang merah  [direndam sejam direbus hingga kembang dan masak]
1 paket agar agar [direndam sekejap sebelum direbus]
1.5 liter air
gula [ikut manis yang disukai]
2 helai daun pandan.
pewarna merah jambu [tak nak letak pun takpe]
sedikit gula batu


Cara-cara :

Rebus kacang merah sehingga kembang. Tunggu sejuk then blender.
Masak agar agar bersama gula dan juga 1.5 liter air dan daun pandan. 
Bila agar agar sudah larut masukkan kacang merah yg sudah siap diblender tadi. 
Masukkan gula batu dan sedikit pewarna.
Masak sehingga betul betul mendidih. 
Angkat dan masukkan dalam acuan yang sesuai.
Sejukkan.


Pesanan penulis : 
1) Tunggu kacang merah sejuk baru blender. kalu tidak rosak pulak blender mak kau!
2) Pewarna merah jambu tu option tau. tak nak letak pun boleh! ak saja je letak.
3) Letak gula batu sikit. so agar-agar  cepat keras/beku .



Selamat Mencuba!











Friday, February 17, 2012

::4:: Kuih Putri ayu /Seri ayu



Hello readers!
say hello hello macam ramai je pembaca blog aku ni. Ah tak kisah.

entry kali ni masak memasak jugak. Heh! dah jadi blog resepi pulak ke.
Blog aku jadi aku punya suka.

Kali ni aku nak story pasal kuih putri ayu atau seri ayu atau mak aku panggil kuih ijo.
Aku memang suka beli kuih ni tapi dekat satu kedai je. Kedainya kat bawah bangunan UMNO pelan Sabak Bernam. Beli kedai lain tak sedap kau! Apa la tukang buat kuih tu letak sampai aku ketagih beli kat situ. 
Yang sebenarnya tukang buat kuih tu buat sedap!

Lately kan aku jadi RAJIN buat kuih. Jadinya aku mencabar diri buat kuih ni sendiri. Berbekalkan resepi curik dari laman web masak yang aku lupa. Dengan belagak tak nak ambik resepi yang mak ada sebab mak penah try guna resepi tu. TAK JADI.

So mencabar diri sendiri dan JADI dan PERFECT rasa kuih sama macam yang kat kedai! Ececeh~
Cuma kuih aku tak cantik sangat macam kat kedai. Acuan pun aku guna lain. Adatlah akan pertama kali membuat.


Di sini aku kongsikan resepinya. Sapa yang suka kuih ni boleh DIY ye.


Bahan-bahan

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan
1 sudu kecik ovellete
1 sudu kecik perasa pandan
pewarna hijau

Inti Kelapa (agak-agak sendiri tau)

 kelapa parut putih
 tepung ubi
 garam


Cara-cara

Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan berselang seli dengan tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan.
Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit - 10 minit atau sehingga masak
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.




p/s: peringatan sapu minyak pada keseluruhan acuan! Kalau melekat nanti. Takm mau keluar + kuih kau tak cantik/rosak. Kecewa nanti. 


Selamat mencuba!



Sunday, February 5, 2012

::3:: Apam Polkadot



Naik entry pasal makanan lagi!
Entah sejak dua tiga dan empat menjak ni tiba-tiba suka pulak buat apam@kuih@kek.
Kena sampuk apa lah. Even tengah sakit. tak sihat.kaki injured pun aku bersemangat buat!
Ini gara-gara aku bukak blog-blog makanan lah. Terus je nak try buat.
Before ni aku takda inspirasi langsung nak buat-buat kuih ni melainkan biskut dan cookies.
Tu namanya tahap kerajinan aku dah meningkat sekarang. Boleh?

Semalam buat Apam Polkadot. Tengok gambar yer!
Guna bahan yang ada saje. Malas nak keluar carik barang. Cuba tengok apam tu hanya warna kuning, merah dan hijau. Sebab 3 warna tu je yang mak aku ada dalam stok dia.Besok2 aku nak beli macam-macam warna! Meriah kau.

Aku ambik resepi dari satu blog ni : Sinar Kehidupanku dan tuan blognya kak yatie
Jom tengok resepinya. Senang je tau.






Bahan-bahan

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna


Cara-cara 
  1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang 
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja 
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan 
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. 
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

:: Selamat Mencuba ::


sumber : Apam Polkadot by yatie 




Saturday, February 4, 2012

::2:: Apam Mekar @ Apam Cantik Manis versi kedua


Sebelum ni aku ada update pasal buat apam mekar @ apam cantik manis @ apam senyum.
Kali ni update kedua. Resepi lain. Aku telah mentranformasikan resepi! Hebat kau!

Ok.Malas nak merepek panjang-panjang.
Ini resepinya.

Bahan-bahan:

• 250 gm tepung gandum
• 230 gm gula castor
• 2 biji telur
• 1 cawan aiskrim soda (minuman bikarbonat)
• 1 sudu teh esen vanila
• 1 sudu teh ovalette
• sedikit pewarna kegemaran


Cara-cara :

[1] Pukul gula, telu dan ovellete sampai kembang.
[2] Dah kembang, masukkan esen vanila.
[3] Then masukkan tepung dan air aiskrim soda secara berselang seli.
[4] Bahagikan kepada 2 bahagian untuk base dan top (agak-agak ye ). Masukkan pewarna dan kacau sehingga sebati.
Top aku buat warna merah.Kalau nak buat warna warni pun boleh. Ikut suka ok. Serabut lah banyak-banyak warna.
[5]Masukkan adunan base dalam papercup sampai penuh. Then yang top (warna merah).
[6] Ambik lidi & buat pusaran pada bahagian top. So nanti akan nampak cantik dan bercorak.
[7] Kukus selama 15minit dengan api yang kuat. Harus diingat panaskan pengukus dulu!


Hah ini lah rupanya! Gambar tak cantik sebab kamera takda. Henpon canggih rosak. Ni pakai henpon muarh mak saje!





:: SELAMAT MENCUBA ::



P/S: Entah sejak bila aku suka buat kuih. masak-masak ni. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat