#MASTERCHEF SELEBRITI
Seriusly tak sangka Karl Shafek tersingkir malam ni.
Masin mulut kau yer! Over confident kata keluar.kan kan. Jadi kenyataan.
Dalam sajian luar semalam kumpulan Merah kalah. Serius kumpulan merah asyik kalah aje.
Mengapakah?
Keputusan cabaran sajian luar semalam kumpulan merah tewas satu mata sahaja dengan kumpulan biru.
Kekalahan semalam telah membawa kumpulan merah yang diketuai oleh Azwan Ali memasuki penyingkiran.
Mereka yang lain adalah Farok Husin, Soo Winci, Karl Shafek dan Tomok. Alahai kena lagi Tomok ke ujian penyingkiran. Takpe itu yang membuatkan Tomok semakin pandai masak.eh2!
Cabaran untuk ujian penyingkiran adalah mereka perlu menyiapkan hidangan bertemakan "CHOP".
Masa diberi adalah 60 minit untuk memasak dan 5 minit untuk ambik barang di pantry.
Karl Shafek memilih untuk menghidangkan Ikan Salmon, Tomok memilih kambing dan Azwan Ali tersalah faham hidangkan ikan dan burung.Oh Azwan.Over u!
Karl Shafek antara selebriti feberet aku dalam program ni. Tapi malam ni memang masakannya kurang menyerlah. Nampak simple aje. tak cukup masa agaknya.
Komen dari juri pun kurang memberangsangkan. Papa Jo boleh perasan ada tulang ikan dan kurang masak.Oh no! Kalau restoren boleh kena saman katanya.
Farok, Soo dan Tomok terselamat.
Antara Azwan dan Karl. dan akhirnya kini masa untuk Karl meninggalkan dapur Masterchef Selebriti.
hidangan terakhir Karl shafek
Karl shafek mewakili House of Joy dengan derma sebanyak RM4000