Saturday, March 12, 2011

:: anak-anak penyu ditetaskan ::

Lebih 23,000 anak penyu berjaya ditetaskan di Melaka



MELAKA - Sebanyak 23,677 ekor anak penyu jenis karah berjaya ditetaskan di Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting di Masjid Tanah dekat sini, tahun lepas, dalam usaha memelihara spesies itu daripada pupus.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Md. Yunos Husin berkata jumlah itu meliputi 48.82 peratus daripada jumlah keseluruhan 48,503 biji telur penyu yang dieram di pusat itu tahun lepas.
Melaka merupakan lokasi pendaratan penyu karah tertinggi di Semenanjung Malaysia dan sejak 2006 hingga tahun lepas, sebanyak 2,031 ekor penyu karah mendarat di pantai sekitar Melaka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Industri Asas Tani Melaka di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.
Beliau berkata, pusat yang ditubuhkan sejak 1997 itu mengesan 50 kes kematian penyu di sekitar pantai di Melaka sehingga tahun lepas antaranya disebabkan terperangkap pada pukat nelayan. - Bernama

sumber : Kosmo 12/03/2011 4:46pm

Jepun dilanda Tsunami

LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.
Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.
Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.
"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.
Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. - Agensi

Happy Birthday Lina!


cute kan dia! cantik kan!
Ok! saya di sini ingin memperkenalkan dia lah BEST FREND saya! Skema betul ayat itu.
Sapa nak kenal sila angkat tangan dan belanja sy eskrem dulu. Cepat-cepat!
nama dia Norfazlina Binti Ahmat. Dia kawan saya sejak F4! dia BFF saya.
Entry ini khas untuk dia~ Sempena birthday dia! birthday gurl!
Ok jom nyanyi sama-sama untuk dia!

HAPPY BIRTHDAY TO U..

HAPPPY BIRTHDAY TO U, HAPPY BIRTHDAY TO LINA!!

MAHU WISH PULAK~
happy birthday lina. Semoga Panjang Umur,  dimurahkan rezeki, gudluck! 
happy selalu. Kawan sampai mati!


***lagi sekali aku tak dapat celebrate birthday ko! ko nnt kena celebrate birthday aku tau!***



11 mac 2011

tarikh : 11 mac 2011
Lokasi : 1.5Km to plaza tol jalan duta.
peristiwa : Kereta rosak.tiba-tiba mati! terus tak boleh start. till now still tak ok lagi~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat