Saturday, April 30, 2011

BIG GIVE SAHABAT CONTEST





BIG FIVE SAHABAT CONTEST
Sila ke blog si pembuat contest untuk maklumat lanjut. malas mahu terangkan panjang2.
tarikh tutup 1 mei 2011
wehuu..aku memang suka join contest last minit.lepas tu TAK MENANG. Keciwa kan~


:: True frends walk in When the world walks out ::
Semua orang ade kawan, ada sahabat kan.
So I choose her!

KAMI TAK SAMA. Berasal dari 2 negeri yg berbeza~~ Tapi Kami banyak persamaan. Kami Ibarat Kembar.
nama dia Nur Atiqah Binti Ismail. Nama saya nur Najiha Binti Mahfudz. Tak sama kan!.Dia dari JB,Johor.,Saya dari Sabak Bernam, Selangor. Kami di Universiti yang sama, Kos yang sama, major sama,minor sama, pergi kelas sama-sama, umur sama, suka kaler yg sama...Purple in the house OKey! Itulah saya dan atiqah atau nama glamour dia Iqa Beary.



Bagaimana mengenalinya dan bila
Saya kenal Iqa beary since masuk universiti. Sejak dari Minggu Suai kenal universiti semasa dipertemukan dengan rakan-rakan sama course. Dah 3 tahun kenal dia. Pada awalnya tak rapat pun sebab dia belagak dengan saya..hee..Takdelah sebab jarang dapat kelas yang sama. Start semester 2 mula rapat bila belajar akaun masa dah nak exam. Tapi bertambah rapat masa semester 3 sebab dia asyik datang & menyemak rumah saya!~ Since tu kami rapat! Sampai sekarang!

Apa peristiwa yang membuatkan rapat dengannya?
Peristiwa apa ek yang buat aku rapat dengan dia? Aku pun tak tahu. Dah memang tertulis aku dan dia rapat! Kami ibarat kembar~padehal muka tak nampak same pun kot! aku pun konfius kenapa ramai cakap kami ni kembar! ayoo..diorang ada masalah penglihatan kah?
Kami rapat sebab kami coursemate.classmate dan segala mate lah.hee..pergi kelas sama-sama,balik kelas sama-sama, pakai baju pun kadang-kadang warna sama.yang TAK SAMA nya. balik kampung!. Teringat pulak. apa yang buat kami rapat sebab kami suka study sama dulu, sem 3 kot. masa tu tak duduk rumah sama.Then sebab banyak kongsi cerita!she's good listener.sapa-sapa nak ngadu boleh jumpe dia okey!~


Kenapa menyukainya/menyenanginya?
of kos saya menyukai/ menyenangi dia.
Sebab dia comot,comel,cantik!~dia suka make up tebal2.opps!
she's a good listener. dia bukan je pendengar setia tapi suke meluahkan segalanya kat aku.secara tak langsung aku jadi pendengar setia segala masalah dia.tak salah kan berkongsi!


Apa kenangan manis antara korang berdua sepanjang perkenalan ini?
Banyak kenangan manis! She's always make me happy!~Dia suke gelak~
 selalu buat aku senyum, ketawa.
Kenangan manis bile aku dan dia sama-sama nangis.
one more thing kami bahagia bila tengok orang lain bahagia!~kenangan manis bila kami organise 'happening makan-makan' for our class~

Apa perkara kelakar tentang dirinya?
Dia sangat suka berangan! TAPI takla macam Mat Jenin. dia kata dari angan-angan tu la jadi kenyataan. 
Then apa yang kelakarnya dia suka sangat request macam2 kat aku nie. Dia ingat aku banyak sangat duit ke? she's always request kasut yang cantik dan mahal!~haha. aku pun tunaikan request dia dengan bagi dia gambar kasut itu~Ok la tu kan daripada takde langsung.
Dia pun suke melatah! macam ni bunyinya " owh nenek kau terbang" " owh nenek kau jatuh".Something like that lah.1 more thing yang kelakar adalah dia sangat takut dengan lipas! setiap kali namapk lipas menjerit sampai gegar rumah. "Jiha! Lipas~!!!!aku secara tak sengaja jadi pembunuh lipas~


Harapan sebagai sahabatnya
Harapan aku kite kawan sampai bile-bile. Kawan sampai mati!~ walaupun kite dah nak habis belajar tak lame lagi.habis belajar tak bermakna tamat persahabatan kite ini.
Friend Forever!
kamu teman terbaikku!~BFF!!














p/s: will miss her for 1 semester.bcoz aku praktikum di perak & dia di johor~


6 semester bersama


A friend is far more better than bestfriend

6 Semester bersama mereka.
pahit manis suka dan duka!

KAMI.....
walaupun berbeza negeri....tapi kami tetap 1 MALAYSIA...
KAMI.....
walaupun berbeza loghat....tapi kami mampu MEMAHAMINYA....
KAMI....
walaupun berbeza sikap....tapi kami 1 KEPALA....
KAMI.....
walaupun akan berpisah....tapi kami TETAP KEKAL DIHATI...

will miss them for 1 semester!
tak dapat dengar gelak ketawa mereka.

1st week di UPSI


KemKeusahawanan di Teratak Riverview



semester 5! all of us except huda



Semester 6



Cover girl majalah Dara.com!!!


Dapatkan majalah Dara.com bulan mei
Iqa beary wif me jadi cover okey! Sila percaya cepat! 
Tengok  gambar bawah. Kami jadi cover girl.kau ade? TAKDE kan. sila jgn jeless..
Jadi cover girl majalah? Ohh..bermimpi disiang hari jelah.Aku pemalu kot.Dan tak layak lagi.

Ceritera gambar bawah ini. Sebenarnya tu gambar photoshoot karangkraf dekat KLIBF 2011.
Every year Iqa beary akan paksa rela untuk ambik gambar. Tanda kenangan! Bayor tu tau. RM 27 kot. Aku tak bayar pun.Iqa Beary yang bayar!

Sangat kelakar gambar cover majalah itu! Tak macam tebal pulak abg tue make up aku.memang sengaje betul tau. apa pun thanx kat abg itu sebab make up kan saya yang tak cantik nie.





Friday, April 29, 2011

Berakhirnya semester 6




Secara rasminya hari berakhir semester 6 di UPSI
Lagi seminggu masuk semester 7. Begitu pantas masa berlalu.



Kertas Terakhir Semester 6


Hari ini exam paper terakhir semester ini.Lagi seminggu masuk semester 7. Tak macam cepat pulak.
1 minggu je boleh rest kat rumah?
Kejap Pangajian Keusahawanan dan Perdagangan.
Wish me luck yer kawan2!


Tarikh : 29/4/2011
Venue : PC 12
Seat no : 28
Time : 3.00 P.M

Wednesday, April 27, 2011

Selesai pertama




Alahmdulilah.Selesai kertas pertama hari ini. Ok lah. Boleh jawab. Cume satu soalan yang aku rasa memang aku goreng secukup rasa tadi! Tak ingat langsun.
Takpelah. Dah usaha kan. Berdoalah agar dapat keputusan yang cemerlang.
Jumaat paper kedua dan terakhir.
Pengajian Keusahawanan dan Perdagangan.
Wish me luck ok!




Maaf Semua yer!


MAAF kepada visitor yang datang lawat blog kite yang cantik nie.
Sibuk Final exam.
Tak dapat nak balas kunjungan anda semua. Komen pun tak sempat lagi nak reply.
Habis exam nanti kite g lawat awak semua yer.
Maaf tau. Pelajaran harus di utamakan kan!

Paper pertama


esok aku exam Paper pertama Management Information System.
Orang lain dah habis exam. siap dah balik kampung tapi aku baru mula paper pertama.
Paper yang agak sukar bagiku. Semester ni jadi budak IT ko tau. Fening dah ni.
DBMS
SDLC
CRM
Data Mining. Data Warehouse.
dan banyak lagi.

hopefully esok boleh jawablah.
Wish me luck tau!

Course : Management Information System
Tarikh : 27/4/2011
Venue : PC 12
Seat no : 15
Time : 2.30 P.M


Tuesday, April 26, 2011

Kata-kata hikmah 2



Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh cubaan, bala, kesusahan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalulah minta pertolongan Allah.

Monday, April 25, 2011

BEN CARI BLOG BARU LAH

image

segmen BEN CARI BLOG BARU LAH.
maklumat lanjut klik sini 

5 Blog baru yang disukai


5 Blog lama yang disukai


JOM UNDI BEN ASHAARI 
di sini




Kata-kata hikmah 1

Percayalah pada kemampuan diri sendiri dan jangan mengharapkan bantuan orang lain. Anggaplah bahawa mereka memerlukan anda dan bukan anda yang memerlukan mereka. Hanya Allah yang selalu bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang yang selalu berfoya-foya.


dipetik daripada buku 566 kata-kata hikmah

Sunday, April 24, 2011

Kini berwajah baru!


Berwajah baru. Aku kini berwajah barukah? aku buat pembedahan plastik?.Heh! Mana boleh suka-suka hati nak mengubah ciptaan Allah. Ohh...Tidak lah!!!
Bukan aku yang berwajah baru tapi blog aku. Nampak tak. Sapa TAK NAMPAK dia pendek umur!
Jutaan terima kasih Cik Bulat! Aku tak pandai nak buat templete cantik macam ni. Dulu templete ambik free jer entah kat mana. udah tak ingat. Header pun aku buat sendiri hari tu tak cantik. Sekarang header dah cantik!.
Siap ade butterfly. aku memang addict dengan butterfly dengan basikal!
cube tengok blog aku ada basikal comel kan!
Cantik kan! 

Nur Kasih The Movie



Nur kasih The Movie bakal ditayangkan di pawagam mulai 19 Mei 2011
dulu tengok TV version. Yang Keluar movie version.
Tengok Thriller dekat Youtube best!



Saturday, April 23, 2011

Anak Kasperksy diculik



MOSCOW: Anak jutawan perisian komputer Russia, Eugene Kaspersky diculik di bandar raya ini.
Penculiknya menuntut bayaran 3 juta euro (RM13 juta) untuk pembebasannya.

Laman berita web, Lifenews.ru melaporkan semalam, penculik yang tidak dikenali itu melarikan Ivan Kaspersky, 20, Selasa lalu dan menuntut bayaran tebusan daripada bapanya menerusi telefon.


Kaspersky yang mengasaskan syarikat antivirus komputer, Kaspersky Lab, terbang pulang dari London ke Moscow. Laman web Gazeta.ru melaporkan, sumbernya dalam pasukan keselamatan mengesahkan Ivan Kaspersky diculik. Sementara itu, agensi berita Interfax memetik satu sumber sebagai berkata, Ivan Kaspersky hilang Selasa lalu dan gerakan mencari dilancarkan oleh perkhidmatan perisikan dan polis. - AFP


diambil dr : Metro 

Friday, April 22, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah bermula!
Esok nak pergi. Mau ikut? Jom..
Ini kali ketiga pergi since tahun 2009.
Sangat Best! Damm!..Banyak buku sampai tak tahu nak beli yang mana. Kalau aku ni banyak $$$$$.Aku beli sekali pesta tue. boleh camtu? dah tentu TAK BOLEH.



Last year PBAKL 2010 pergi dengan Iqa, Syera & Ifa.
tengok gambar-gambar masa pergi last year.
Esok pergi dengan Iqa jer!

:: wehuu..masuk majalah!::








Thursday, April 21, 2011

Konpem dekat SMK Kamunting, Taiping


konpem!!
Buat latihan mengajar @ praktikum  dekat SMK Kamunting, Taiping.
sila lihat gambar. untuk lebih jelas klik ye di situ



SMK Kamunting, Taiping


SMK Kamuntingg,Taiping..
Ini lah sekolah yang bakal aku pergi untuk jalani latihan mengajar selama 14 minggu bermula 9 mei- 26 ogos 2011
Pihak ULM boleh bagi confirmation aku dapat masuk sekolah ni ke tidak.
Selasa lepas dah pergi tengok sekolah dengan abah.
Okey.Dekat dengan rumah yang bakal aku tinggal tu. Siap boleh jalan kaki lagi. Sila jgn jeles!


Wednesday, April 20, 2011

Jom Join Bloglist Hackers


maklumat lanjut pergi tengok blog beliau 


Mahu masuk dalam Bloglist ini
Bloglist Gadis Pilihan Hackers


Kenapa nak masul bloglist hackers
Sebabnya~
saja.suka suki nak masuk! Boleh tak kalau aku cakap macam tue. 
Sebenarnya saja aje nak menyibukkan diri dalam blog beliau. Nak penuhkan kat situ.
Terowong informasi Anda kan penuh dengan informasi. Jadi aku mahu jadi salah satu daripadanya.
dapat jadi bloglist pun ok kan.


ok.Done!







produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual



KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. 

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan. Datuk Eisah A Rahman, berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi). 

"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. 

"Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya. 

Eisah berkata, dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. 
Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta. - BERNAMA 





p/s : Nasiba ku tak menggunakan langsung produk-produk tersebut. Jadilah pengguna yang bijak!


sumber : berita harian 

Selangor no 1 dalam carta liga super


selangor no1. Sila berbangga yer rakyat-rakyat negeri selangor.
Yang sebenarnya aku tak minat mana pun tengok bola! Kalau kak ipar aku memang minat giler.Siap ajak abg aku pergi Stadium.Just mahu share keunggulan pasukan selangor ni aje.
Selangor terhebat!
sila baca bawah ini okey!

KAPTEN Mohd. Amri Yahyah (kanan) diasak pemain pertahanan Sabah, Rosdin Wasli pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 1-0.


JUARA bertahan, Selangor terus gah di tangga teratas Liga Super dengan berkelebihan empat mata setelah berjaya menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Selepas tamat 13 perlawanan bagi pusingan pertama, Selangor mengumpul 29 mata hasil sembilan kemenangan, dua seri dan dua tewas.
Terengganu kekal di tangga kedua dengan 25 mata setelah mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Perak di Stadium Perak, Ipoh.
Pada aksi di Shah Alam malam tadi, jaringan tunggal pemain tengah, Azidan Sarudin pada minit ke-71 sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat Selangor.
Skuad bimbingan K. Devan itu jelas menguasai sepenuhnya permainan babak pertama tetapi kekebalan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein gagal dibolosi.
Selangor memperoleh beberapa peluang tetapi gagal disempurnakan Fadzli Saari, Amri Yahyah, Hardi Jaafar, Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal.
Rembatan leret Azidan dari luar kotak penalti pada minit ke-39 pula sempat ditepis keluar Syed Adney.
Pada awal babak kedua, Sabah berpeluang memperoleh jaringan pada minit ke-61 tetapi percubaan Leopold Alfonso Otong berjaya dihadang Nasriq Baharom ketika keadaan kelam-kabut dalam kotak penalti.
Gol kemenangan Selangor akhirnya hadir pada minit ke-71 menerusi sepakan percuma Azidan yang gagal ditangkap kemas Syed Adney lalu bola bergolek perlahan masuk ke gawang Sabah.
Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Selangor selepas mereka menewaskan Felda United dan Perak, juga dengan jaringan 1-0.
Selangor akan membuka tirai saingan pusingan kedua bertemu Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu ini.

diambil daripada Kosmo online 20/4/2011

Tuesday, April 19, 2011

Perjalanan yang sungguh panjang!


Baru sampai Tg Malim. Abah hantar balik terus. 
Dari Kamunting, Taiping!
Seawal 7 pagi pergi ke sana. Motif pegi Taiping tengok sekolah bakal praktikum nanti. SMK Kamunting!
Perjalanan yang sungguh panjang!
cube kira berapa kilometer? 
Sabak Bernam- Taiping - Tg Malim
Abah lagi lah S.Bernam- Taiping -Tg Malim- S. Bernam


mood : penat! Tido kejap lah yer!

Monday, April 18, 2011

Abah belanja Sate


Sate! sangat teringin nak makan. Sejak last week lagi.
Iqa Beary tak tunaikan hasrat aku. 
Balik rumah abah belanje makan sate.
sate dekat-dekat rumah je. Lagi 2 minggu pergi makan Satay Hj Samuri at kajang!
wehuu..
Terima Kasih abah!






p/s: gambar dicurik dr en google.


aku dan gajet kesayangan!



segmen oleh Hackerz~
aku dan gajet kesayangan! Aku memang saya gajet @ barang aku! Nak-nak beli dengan duit sendiri!
Meh tgk harta dunia yang aku ada!




Sony C510
Henpon kesayangan aku. boleh jadi giler sekejap kalau takde!~ sangat sayang sebab mak aku tolong bayar separuh nie. sebab masa tu takde duit. henfon yang tak berapa nak canggih. ok la boleh call mak and message ye. Dah pakai since 2009. nak tukar henpon lain tapi sayang sama C510 ini.



Camera Olympus Fe360
Camera buruk yang aku sayang!.ke mana-mana aku bawak! Belum mampu nak beli DSLR.Banyak berjasa kau tau camera ni. walaupun camera biasa tapi aku boleh shoot gambar dengan cantik lagi bergaya.Beli dengan 100% duit aku kumpul sendiri!dah guna since aku semester 1 di universiti. tahun 2008.
Laptop Acer ASPIRE 4715Z
Abah yang belikan! harus dijaga. pada awalnya merungut sebab laptop ni tak cantik. TAPI ini lah laptop paling bagus.Walaupun kau sangat berat aku tetap usung kemana-mana kan. Takde kau aku tak boleh update blog! Nangis kot bila kau sakit!~ sangat sayang! Penghibur duka lara. tanpanya asgment aku x boleh disiapkan



Samsung external Hard Disk 500 Gb
hah! ni paling latest aku beli dengan simpanan aku. penting untuk simpan data aku yang banyak tu! Gambar la palimg banyak. External aku 500GB. tak macam besar kan.



Sony MP3 walkman
terbeli setelah digoda-goda oleh adik aku!.aku bawak ke mana-mana untuk record dan dengar muzik~


AKU VS BEN ASHAARI : ROUND 1


Santai Bersama BEN ASHAARI

 berminat?

Sunday, April 17, 2011

Final Exam vs Menyiapkan Tesis


Final exam dah start TAPI aku masih gigih dan sibuk untuk menyiapkan tesis aku.
Actually Tesis submit semester 8 nanti.
Tapi Lecture kesayangan kami Prof hamidah nak kami submit Proposal + kajian rintis = Tesis sebelum pergi praktikum.Sebelum praktikum maksudnya sebelum 9 May 2011
Sekarang baru nak siap Chaper 4 Dapatan Kajian.
Lagi satu chapter, chapter 5 Perbincangan.

Final exam tak sentuh mana! Camne tue.Dua-dua penting. 
Perlu bahagikan masa dengan bijak!. 
Study vs buat tesis.Maka jap lagi migrain aku datang.
Untuk Exam aku dah update nota! dah baca untuk pengajian keusahawanan jugak.
Management information system( MIS ) tak sentuh lagi nie.
Nasib baik exam next week.
Aku kira-kira sempat untuk aku cover semua chapter  itu. yang penting study smart!


::en Migrain tolong jangan kacau hidup saya buat sementara waktu ookeh!!::
p/s : sambung keje! tak sempat nak Blogwalking! Free nanti aku lawat korang ok!
MASA ITU EMAS





Kasut bertatahkan belian.

Kasut bertatah 2,200 butir berlian

KASUT House of Borgezie ini dihiasi dengan 2,200 butir berlian.


LONDON, Britain - Sepasang kasut tumit tinggi berharga £140,000 (RM691,029) dipercayai termahal di dunia, dipamerkan di gedung kasut House of Borgezie di sini kelmarin.
Kasut buatan tangan itu diperbuat daripada emas padu dan dihiasi 2,200 butir berlian dengan berat keseluruhan 30 karat.
Setakat ini, masih belum ada pelanggan yang membeli kasut berkenaan yang dihasilkan oleh pereka barang kemas Britain, Christopher Michael Shellis, sejak ia dipamerkan untuk jualan lebih lima bulan lalu.
"Kasut ini ibarat harta karun yang dipakai di kaki. Setakat ini, kami menerima banyak pertanyaan tetapi tiada urusniaga yang konkrit," kata Shellis. - Agensi

dipetik dari Kosmo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat