Hello readers!
Selamat Malam.
Aktiviti campak-campak bahan dalam mangkuk mixer!
homemade Chipsmore. Sekali tengok macam biskut Famos Amos kan.
Ini Chipsmore homemade oleh diri saya sendiri ok.
Sedap & ranggup tau.
Tak percaya cepat rasa. Nyumnyum...
bentuk-bentukkan ikut suka hati yer!
Bakar dengan api 150 darjah celcius & 20 minit
Tara! dah masak.
Resepi-resepi. Aku memang baik hati. Suka kongsi resepi!
Kan bagus share-share resepi. Aku pandai buat korang pun pandi buat.
Jimat tak payah beli-beli kan!
Ok! here the recipe.
Homemade Chipsmore
Bahan-bahan
250gm buttercup/mentega
160gm gula halus (kurangkan kalau tak nak manis)
1 biji telur
1 sudu kecik esen vanila
330gm tepung gandum
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik serbuk koko
120 gm coklat cips (kurang/lebih pun takpe)
Cara-cara
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur dan esen vanila
Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko dan masukkan dalam adunan.
Gaul hingga sebati.
Masukkan coklat cips dan gaul.
Bentukkan adunan ikut citarasa
Bakar dengan suhu 150/170 celsius dan 20 minit
Siap!
Pesanan penulis:
1) Buat dengan ikhlas. Percayalah akan jadi dengan jayanya.
2)Kurangkan gula untuk rasa yang tidak terlalu manis.
3)Boleh tukar tepung gandum dengan tepung naik sendiri! Makin kembang kau biskut nanti dan dapat lebih banyak.
4)Serbuk koko nak lebihkan pun boleh.biskut akan nampak lebih gelap/dark.
5)Coklat cips boleh dilebihkan! lagi best tau.
sumber resepi :Fb siti nazwatul farha
:: Selamat Mencuba ::
Mekaseh!