#entry ini tentang makanan.
Gara-gara ada "someone" tanya "tak buat kek ke".
Tangan terus laju google makanan. Google dan google terus terasa nak makan Brownies.
Bahaya betul. Tengok makanan terus terasa nak makan.
Keesokannya gigih buat.
Pernah buat Brownies before ni.resepi lain.Pun senang jugak.
Sila usha resepi di sini. Brownies Choc Chips
Resepi yang senang.Bahan-bahan pun senang.Takde pelik-pelik.
Brownies i buat jadi. Tapi agak manis. Next time kena kurangkan gula.
#actually ni aku bakar lebih dr 30minit.Jadi kering sikit. Tapi sedap!
Resepi Brownies
Bahan-bahan
6 sb serbuk koko
1/4 cawan mentega cair
1 cawan gula (aku letak 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang)
1/2 sk vanilla
1/4 sk garam
1/3 cawan tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)
2 biji telur
1 cawan kekacang (aku letak badam, hancur & choc chips)
Cara-cara
Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empat segi .
Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
Gaul sebati.
Masukkan kekacang / choc chip/ apa sahaja jika mahu.
Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.
Siap! Selamat mencuba!
#happy blogging
1 kesan tapak kaki:
Snngnya
..xyah nk pukul butter bagai eyh?gaul2 je kan?
Kena try ni...heheh
Post a Comment