Doa akhir tahun
[dibaca selepas Asar (sebelum Maghrib)]
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini."
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.
Doa awal tahun
[dibaca selepas Maghrib]
Barangsiapa membaca doa awal tahun (Hijrah) ini, Insya-Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan Syaitan di sepanjang tahun tersebut
Hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.