Tuesday, June 7, 2011

Blogging itu Aku Suka!


Blogging itu Aku Suka!
Dengan berblog aku dapat kenal kawan-kawan baru. Aku baru join ben ashari ajak tukar link!~ dan salah sorang kawan baru adalah syaimz

En Syaimz jugak buat segmen! Jom join~ Senang aje!
nak join sila ke blog beliau untuk maklumat lanjut.





kali ni aku malas nak tag-tag orang. Sapa yang baca entry ni join lah ok!~







500 biasiswa kepada pelajar cemerlang




KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi 8A+ untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan pada tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) berkata, 300 bantuan tersebut akan diberikan kepada bumiputera manakala 200 lagi akan diberi kepada bukan bumiputera.
Katanya, keutamaan biasiswa tersebut akan diberikan kepada pemohon-pemohon 8A+ yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Bagaimanapun, kelonggaran khas juga akan diberikan kepada pemohon bumiputera di Sabah dan Sarawak yang mana mereka yang memperoleh 6A+ dan 5A+ akan dipertimbang dengan mengambil kira pendapatan ibu bapa dan kawasan persekolahan mereka, katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat biasiswa 1MDB bersama dengan wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional di sini semalam.
Mohamed Nazri berkata, bagi pengajian di IPTA, setiap pelajar akan menerima RM7,500 setahun untuk kursus kritikal dan tidak kritikal manakala pelajar yang ditawarkan pengajian di IPTS akan menerima RM15,000 untuk mengikuti kursus kritikal dan RM7,500 untuk kursus tidak kritikal.
Katanya, JPA akan mengadakan mesyuarat susulan hari ini bagi menghalusi nama pelajar yang telah disenarai pendek bagi pembahagian biasiswa tersebut sementara senarai terakhir akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum diumumkan.
Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, kerajaan sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap 145 penerima biasiswa JPA yang gagal kembali berkhidmat di tanah air antara tahun 2000 hingga 31 Mei tahun ini manakala 195 kes telah diambil tindakan.
Beliau menambah, sebanyak 160 kes pula telah selesai.





BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK



 Santai Bersama BEN ASHAARI

berminat nak join? Jom klik atas tue yer!

:: Happy Blogging ::


p/s: bagitau sapa yn nak exchange link. Ok!~~





I'm Back!



I'm Back!!!!
Macam lama je tak bukak blog terchenta ni, tak mengupdate, tak melawat jiran tetangga, tak meninggalkan jejak dekat jiran-jiran lain. Ececeh! Macam la lama sangat tak online pun.
Tak bukak blog sebab aku pergi kenduri sepupu aku kawin lah, berjalan cuti-cuti Malaysia lah !
 Nama cuti sekolah kan & kononnya nak siapkan kerja-kerja yang tertangguh TAPI aku tak buat keje apa pun tau! Memang betul2 cuti sekolah.Apa punya cikgu la aku nie~ Maaf yer murid-muridku. . Hari ni baru start study buku nak ngajar minggu depan!


p/s: Nanti aku update cerita majlis sepupu aku kawin, adik ipar abg aku kawin & jalan2 cuti Malaysia!



Bertapa berjam-jam dalam bas


Wehuuu...Alhamdulilah...Akhirnya  sampai jugak kat rumah. 
Setelah berjam-jam bertapa atas bas!
Memulakan perjalanan jam 2.30 ptg dari Stesen Bas Kamunting dan sampai rumah pukul 9.15 malam kot. Tak macam lama pulak kan. Sampaikan aku berbuka atas bas kau!

Ni balik time puasa kalau balik raya aku tak boleh bayangkan macamana la. 

Rentetan perjalanan
Kamunting - Ipoh ( Medan Kidd)......2.30- 4.00
Bas lambat pulak semalam ditambah buat kebajikan bulan Ramadhan tolong bas yang rosak tepi jalan. Then jalan Jammed pulak dekat jambatan Sg.Perak. 1 Line je bukaknya. Sampai ipoh around pukul 4 lebih.

Ipoh - Teluk Intan.....5.30- 8 Lebih.
Dapat tiket pukul 5.30. Nasib ada tiket. Kalau tak tido situ lah. Tak rela OK!  Bas gerak pukul 5.30 Tapi nak kuar dari Ipoh makan 1 Jam. Jalan Jammed! Sakit badan-badan raya. Kerusi bas dah la keras tak macam Konsortium yg BEST tu. Tido bangun balik pun tak sampai-sampai lagi..After sejam baru kuar Ipoh.
Sampaikan berbuka dalam bas kau! 1st  time sepangjang aku hidup buka atas bas kalu dalam kereta dah penah...Kelakar pun ada tau! Pengalaman. kau ade??....Sampai Teluk Intan pukul 8 lebih!

Teluk Intan -Sabak Bernam..8 lebih- 9.15
Abah dah ade. Dah terconggok lama. Sian abah! Abah bawa g makan! Aku lapar Ok. Buka makan roti 1 je dengan air 100plus!...


Sampai rumah! Bahagia rasa!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat