Naik entry pasal makanan lagi!
Entah sejak dua tiga dan empat menjak ni tiba-tiba suka pulak buat apam@kuih@kek.
Kena sampuk apa lah. Even tengah sakit. tak sihat.kaki injured pun aku bersemangat buat!
Ini gara-gara aku bukak blog-blog makanan lah. Terus je nak try buat.
Before ni aku takda inspirasi langsung nak buat-buat kuih ni melainkan biskut dan cookies.
Tu namanya tahap kerajinan aku dah meningkat sekarang. Boleh?
Semalam buat Apam Polkadot. Tengok gambar yer!
Guna bahan yang ada saje. Malas nak keluar carik barang. Cuba tengok apam tu hanya warna kuning, merah dan hijau. Sebab 3 warna tu je yang mak aku ada dalam stok dia.Besok2 aku nak beli macam-macam warna! Meriah kau.
Aku ambik resepi dari satu blog ni : Sinar Kehidupanku dan tuan blognya kak yatie
Jom tengok resepinya. Senang je tau.
Bahan-bahan
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
- Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
- Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
:: Selamat Mencuba ::
sumber : Apam Polkadot by yatie