Saturday, May 19, 2012

Memilih SAHABAT.



gambar sekadar hiasan



Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."

[Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim]


Pengajaran : Kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu seorang sahabat yang baik adalah satu ketenangan dalam jiwa.


sumber : Buku 101 rekreasi hati


#9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

 

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"







Walimatul Urus Aishah & Azmal



Tak lama lagi cuti sekolah. Maka banyaklah jemputan kenduri kawin.
Alah tak cuti sekolah pun banyak kenduri jugak. Cuma musim cuti sekolah berganda-ganda.


Aku sendiri dah dapat lebih kurang 6 jemputan kawin. Dari kawan sekah, sekolah rendah,sekolah menengah, universiti, kawan facebook dan lain-lain.
Dan salah satunya kenduri aishah atau panggilan manja ecah.

Save The Date!
Ahad : 27 May 2012

here!the card.

Cuba tengok gambar bawah.
Ada gambar mak ayah ecah. Jadi sapa-sapa tak kenal mak ayahnya boleh kenal.





# Selamat Pengantin Baru Ecah dan Azmal.Hohoi.advanced wish.



::Apam Pisang::



#Entry kuih muih.
Macam lama tak update resepi. Takde masa sekarang nak campak2 bahan macam dulu.

Kali ni apam pisang. Selalunya buat Kek Pisang.Nak try buat apam pulak.
Seperti biasa dengan bantuan prof google untuk resepi yg best2.
Banyak resepi dan aku pilih dari blog Sinar Kehidupanku



ini hasilnya


Resepi Apam Pisang by Yati (Sinar Kehidupanku)


Bahan :

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 cawan gula
2 biji pisang ranum ( dilecek)
1 biji telur
50ml minyak masak
secubit garam

Cara :

Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


# Selamat Mencuba!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat