Sunday, August 1, 2010

l-l Tujuh Golongan Insan Contoh l-l

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah



Huraian
Pengajaran hadis:
i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :
a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.
f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.
g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.


l-l really miss mereka l-l


entry kali nie tbe2 nk tulis pasal 3 org yg really2 ak miss!!
kenapakah?
entah
yg pasti ak rindukan mereka

1) huda
2) muaz
3) fazlina


NURUL HUDA BINTI FADZIL

she's become my frend since 2006
bile aku masuk f6 kt SMK Ungku Aziz
ntah macamane blh rapat sampe camnie
ia bermula bila same2 join kem JPA3 kt Hulu Langat
after kem tu ntah trus ak rapat dgn huda
blh kate sume bnda ak share kot ( adela sket2 tertinggal)
sampe blh masuk Universiti yg sama dengan kos yg same
padehal kami xplan pn amik sama
dah memang tertulis aku dgn huda belajar d tempat yg same kan
so..
same2 daftar kt UPSI tahun 2008
dapat duduk kolej same,blog yg same cume umah j yg lain


dari f6 sampe sem4..
huda sentiasa d sisiku
tak kira mase aku senyum,sedih,menangis,meraung,tak larat nk bangun..ahh!!sume la
she's alway my side


sem 5 ni terpaksa berpisah sekejap..kira tak nmpak huda depan mate
sbb
huda pg exchange student UPSI-UUM
( huda tinggalkan aku utk truskan perjuangan)

walaupun jauh tp tetap berhubung..
yela..kn ade phone,emel,fb





MOHAMAD MUAZ B.RAMLI


he's become frend wif me since 2005
akhir tahun kot..after SPM..
now dah 2010~~oh!! da 5 tahun.sgt2 lame tuh

dia sgt2 la baik hati sbb selalu tolong saya!
xtahu nak balas jasa cam mane
perkara paling berjasa penah dibuat adalah dia berjaya cari sebuah buku yg memang sukar ditemui "Penemuan Tidak Sengaja"
dgn xsengaja jumpe kot la

dia selalu bagi semangat kt Sy!!~
slalu call sy ( slalu ke?..ok dari sy yg xpernah call dia..tbe2 rindu suaranya..)..
he's my "best frend" merangkap "teman tapi mesra" sy !!!
ohh~! apekah itu?
Tp sekarang dia tak seperti dulu..
terasa seperti sangt2 berbeza
knp yer?
sape2 tlg jawapkn..






NOR FAZLINA BINTI AHMAD

kenal dia since skolah lagi
sejak f1 tapi rapat sejak f4 sebab f1-f3 tak sama kelas
f4 jd rapat dgn cik fazlina ini
kami masuk kelas Sains same2
sejak f4-f6 kelas same..duduk pun sebelah2 aje..seperti tidak boleh dipisahkan
TP
sekarang kami da berpisah ( utk tuntut ilmu Ok!)
ak d UPSI
dia d UKM,Bangi

she's my best frend
bila ade masalah dia slalu ade d sisiku walaupun jauh
bak kate orang jauh dimata dekat dihati



REALLY MISS KORANG TAu!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat