Tuesday, April 30, 2013

Blog ku tidak berupdate.



blog tak berupdate lagi sekali untuk jangka masa yang lama..
Lepas balik Broga Hill dilanda kebizian duniawi.

Btw aku ada lagi satu blog.
Blog picture!
Sila jenguk yer.Thanx

Sunday, April 21, 2013

Cedera..



Broga Hill berjaya ku tawan dan ini yang ku perolehi.
Kenangan dan hadiah terindah.


Broga Hill




Alhamdulilah!
Akhirnya berjaya ku tawan.
See! Nampak kan kami di Puncak Bukit Broga..


Tunggu next update.Full story yang aku karang

Friday, April 19, 2013

Jiha pictures!



Alhamdulilah.
Siap jugak blog kedua ku. Blog untuk gambar-gambar yg dirakam oleh diri sendiri.
Nak tunjuk hasil kerja sendiri katanya.Bolehkan!
I love photography!

Sila la jenguk blog saya Jiha Pictures


Wednesday, April 17, 2013

Oh Rapid!




Tahukah anda aku kena berjalan melintasi Platform A-E untuk naik bas Rapid ke Shah Alam hari ni.
Jauh ok.
Tempat naik adalah bawah LRT Pasar Seni.
Dengan barang yang banyak dan hujannya aku berlari dengan memakai kasut wedges! Boleh bayangkan..
Kenapalah jauh sangat letak platform ni?
oh sabar je lah.




Tuesday, April 16, 2013

Keledek..





Alhamdulilah..Inilah hasil tanaman emak.
Keledek yer!
Esok pg sarapan keledek rebus.


Monday, April 15, 2013

Oh Chentaku - Bila Cinta (Versus 2)

Koleksi gambar lama.



koleksi gambar lama.
sekeping gambar akan memberi sejuta makna.
its a moment yang tak pernah akan berulang kembali.

Terjumpa album lama.see gambar mak abah aku kawin dolu2
nak beli album baru.Selamatkan gambar2 ini

Sunday, April 14, 2013

Ferrero Rocher!



Ferrero Rocher.
Rindu sama encik yg bagi choc ni!

WalimatulUrus Yati & Shahrul


WalimatulUrus lagi.
Setiap minggu menghadiri walimatulurus rakan. Ko bila Jiha?Sila tunggu.Boleh.

Kali ni walimatulurus Hayati & Shahrul.
Yati merupakan rakan semasa sekolah menengah. Masa form 5 satu kelas.
Dan Yati merupakan rakan kelas kami yg pertama berkahwin.Yang lain semua belum kawin termasuk saya.eh!



Memilih tema merah gitu. Merah kau! Warna yang aku tak berapa nak gemar.ada kena mengena ke.
Cuaca yang mendung dan lepas hujan membuatkan aku kurang mood untuk merakam banyak gambar.
Sedikit gambar yg nak dikongsi.Cukuplah tu yer.







#Selamat Pengantin Baru yati & shahrul.



Saturday, April 13, 2013

RB meet up!



RB meet up!
RB stand for Raisha Butik
We are RB family. Staff yang pernah dan sedang bekerja di Raisha Butik.
Meet up sempena meraikan Bonda aka kak wawa berpindah ke Agro Bank Subang Jaya.

TB aka taukeh butik dengan bangganya masak untuk kami makan.
Masak Spagheti (Gambar lupa nak ambik).Lapar punya pasal..
Lunch hour katanya tapi TB sampai dengan makan pukul 2. 
Makan-makan.Sembang-sembang dan tangkap2 gambar!




Inilah TB bersama anaknya Malik yang huru hara dan tak hensemm ini hari.

Ini mama lia.Ex Staff jugak. with his son Farhan.


Entah bila akan berkumpul macam ni lagi.



Friday, April 12, 2013

Lupakah?




Sedih okey!
Encik "M" tak ingat. Busy kerja sampai lupa agaknya.
ok bai!

Thursday, April 11, 2013

MasterChef Selebriti



MasterChef Selebriti Kembali!
Musim Ke-2 ye.

Sila tengok calon-calon selebritinya..
Siapa yang bakal jadi pemenang.

Bakal bermula pada 20 April (Sabtu)
9 Malam di Astro Ria




Nama saya Muhammad Zariq Naufal




Hai! Nama saya Muhammad Zariq Naufal.
Ini anak buah pertama dalam kelas aku di Universiti.
so cute kan!

Wednesday, April 10, 2013

Dua puluh dan lima.




Maka genaplah ketika ini umurku 25 tahun.
Sweet 25 yer!

Syukur Alhamdulilah sehingga ke hari ini diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah yang indah.

Selamat Hari Lahir buat diri sendiri.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku.




Tuesday, April 9, 2013

24




Lagi beberapa jam akan bertukar ke 25!
ok bai!

Saturday, April 6, 2013

WalimatulUrus Dila & Adib


WalimatulUrus lagi!
Setiap minggu ke WalimatulUrus rakan-rakan. WalimatulUrus sendiri bilakah agaknya. Ok!Tahun depan yer.Sila kumpul duit dulu baru boleh kawin.


Minggu ini walimatulurus Dila & Adib.
Mereka kawan masa sekolah menengah, SAMTS Batu 38.

Majlis berlangsung pada 6/4/2013 (Sabtu)
Majlis pihak perempuan.

Sama cantik sama padan. Menggunakan tema hijau!




Wanita dijadikan dari rusuk kiri lelaki.
TAPI cuba tengok gambar di bawah! Apa yang anda nampak?
Terbalik kan. Dila menjadi rusuk kanan adib pulak. Inilah moment yang lawak lagi kelakar semalam.
Pengantin silap ambik tempat.





Haruslah ambik gambar dengan pengantin. Ambik berkat katanya!ewah kau!
Mesti la ambik gambar sebagai kenangan.Bagi aku pencinta gambar ini.Moment itu penting hokey!
Walaupun diri ini tak suka bergambar tapi harus jugaklah.Gitu yer.



Dan ini adalah ruang Candy buffet dan Guest Corner.
Harus singgah yer.
Cantikkan.Creative okey! DIY ni.
Dah singgah, tulis boleh amik choc/ apam / cupcake. (selagi masih ada)




Congrat both of u.
Selamat Pengantin Baru.
Semoga kalian berkekalan till jannah.
Amin.


Next WalimatulUrus sapa pulak?
Stay Tune..






Versus Musim Kedua






VERSUS musim kedua kini kembali.
VERSUS musim pertama dimenangi oleh Hujan. 
Siapakah bakal menjuarai VERSUS musim kedua ini?
Sama-sama lah kite nantikan yer.
VERSUS musim pertama BEST! dan aku  peminat kepada band Go Gerilla!
VERSUS musim pertama menampilkan kumpulan Hujan, SixthSense, Sofaz, Black Parallex dan Go Gerilla!.
Musim kedua menampilkan Kristal, Estranged,OhChentaku, Kyoto Protocal dan Manifesto.


Episod pengenalan VERSUS Musim Ke-2. Ok lah bagi aku. Tunggu minggu depan!







Estranged merupakan kumpulan band yang berasal dari Damansara, Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada 2001. Mereka terdiri daripada Rich (vocals), Din Hormatov (rhythm guitar), Nor Hanafi (lead guitar) dan Azwin Andy (drums). Mereka telah merekodkan 2 album, iaitu "In Hating Memory" (2006) dan "Remain Unknown" (2008).
 Antara anugerah yang pernah mereka menangi adalah:
- Pemenang Anugerah "Favourite Local English Artiste" di Anugerah Era
- Pemenang Anugerah kategori "Best Rock" di Hitz.fm's Malaysia English Top 10 Awards
- Pemenang Anugerah kategori "Best Video" di Hitz.fm's Malaysia English Top 10 Awards
- Pemenang Anugerah Pop/Rock di Anugerah Juara Lagu yang ke-22
- Pemenang Anugerah Best Song di Anugerah Juara Lagu yang ke-22
- Pemenang Kategori kumpulan popular di Anugerah Planet Muzik
- Pemenang Anugerah Lagu yang popular di Anugerah Planet Muzik  



img05

Kyoto Protocol merupakan kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada 2008.
 Mereka terdiri daripada Fuad Alhabshi (vocal/Guitar), Gael Oliveres (Keyboards/Vocals), Shakeil Bashir (Bass/Vocals), Hairi Haneefa (lead Guitar) dan Shanjeev Reddy (drums). Antara album yang telah mereka keluarkan adalah "Mosquito", "Big Machine", "Pussycat", "Gimme Nothing" dan "Never Know".
 Pada tahun 2011, Kyoto Protocol telah tercalon dalam kategori "Artis Baru Terbaik" di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18. Mereka sedang dalam proses merekodkan album baru yang akan diumumkan tidak lama lagi.  


img05

Kristal telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Baharuddin bin Baharom (Pakdin) bapa kepada pemain gitar (Rody Kristal) di Kuala Lumpur. 
Pada tahun 1998 kumpulan ini telah diterima oleh Awie untuk bernaung di bawah syarikat Awie Entertainment. Pada tahun 1999 Awie telah menyiapkan album pertama Kristal yg berjudul Semut dan Lebah yg di terbitkan oleh M.Nasir dan di edarkan oleh EMI pada tahun 2000. Bersama Awie Entertainment Kristal mempunyai 3 album dan sebuah filem pada tahun 2002, bertajuk Getaran. 
Pada tahun 2006 Kristal telah mendapat tawaran daripada syarikat rakaman Music Valley dan merakamkan tujuh buah album termasuk album kompilasi. Pada tahun 2009,Kristal telah beralih arah ke syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan merakamkan 3 album dan tamat kontrak pada 2013. 
Kristal berada dalam industri muzik sudah hamper 14 tahun.
 Antara album yang telah mereka rekodkan adalah "Semut & Lebah" (1999), "Pak Belalang" (2002), "N.T Virus" (2004), "Analogi" (2006), "Rock Yeh Yeh 60an" (2006), "Keunggulan" (2007), "Rockafella" (2007), "Bongkar" (2008) dan "BollyRock" (2009). Mereka pernah memenangi anugerah Pemenang Anugerah Kanak-Kanak Popular 2000 (ABPBH) dan Anugerah Platinum x7 Penjualan Album melebihi 150,000 unit 2007. 


img05

Oh Chentaku adalah salah satu kumpulan indie band Inggeris. 
Album terakhir mereka adalah pada tahun 2009. Setakat ini mereka mempunyai 1 EP album dan 1 album penuh. Kebanyakan lagu-lagu mereka adalah dalam bahasa Inggeris. 
Walaupun hala tuju utama mereka dalam muzik adalah lebih kepada rock, Oh Chentaku berminat untuk melakukan banyak eksperimen dengan genre yang berbeza. 
Mereka pernah membuat persembahan bersama nama-nama besar industri muzik di seluruh dunia seperti MXPX (US), Caliban (Germany), We Are The In Crowd (US), We The Kings (US), Crossfaith (Japan), The Used (US) dan Story Of The Year (US).


img05

Manifesto terdiri daripada Shah Indrawan bin Ismail @ Tomok (Vocalist), Muhammad Fahmi Ikhwan Bin Othman @ Fami (guitar), Shahfiq bin Shahrudin @ Sapik (guitar), Mohd Azri bin Mohd Noor @ Kirk (bass) dan Ainol Eqraf bin Ramli @ Ainol (drum).
 Kumpulan Modread ditubuhkan pada akhir 2008 dan dianggotai oleh 4 orang pemuda di pertandingan Hot FM Twisties Bingit pada Disember 2008. Tomok pula merupakan penyanyi berasal daripada Kuala Lumpur yang telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan realiti TV "One In A Million". Tomok merupakan vokalis utama bagi kumpulan New Boyz 



Saksikan VERSUS Musim Ke-2. Setiap Jumaat, 9.30 Malam di TV9.





sumber gambar : FB Versus TV9. Web TV9

Friday, April 5, 2013






Sabar itu indah.
eh2.
ok bai!

Thursday, April 4, 2013

Sahabat



Kawan mudah dicari tapi SAHABAT sukar ditemui.
Siapa setuju sila senyum.





Dan aku bersyukur sebab ada sahabat yang ada dikala suka dan duka!
Dan jugak kawan yang menikam-nikam.
#Kehidupan kan.






Wednesday, April 3, 2013

Untuk pertama kalinya.



Buat pertama kalinya saya akan mengundi!





Anda boleh menyemak daftar pemilih anda di link di bawah



Tuesday, April 2, 2013

Project Pertama



Projek pertama adalah Majlis Aqiqah dan Berendoi Muhammad Aisy Syafi.


Majlis pada 23 mac 2013 di Kuala Kubu Baru
Bertolak dari rumah 6.45pagi.
Gigih hokey!

Nebess.yelah 1st time jadi OP.Selama ni ambik gambar suka hati aje.hobi katanya!
Dan Alhamdulilah.Semua berjalan lancar.




saya rindu awak okey!






saya rindu awak hokey!
ok bai..

Monday, April 1, 2013

April!




welcome April
Cepat sungguh sudah masuk bulan April.
Dan ini bermakna akan genaplah umurku twenty5.

Semoga april memberi sinar yang terang lagi cerah buat diriku dan orang sekelilingku.
Eh!


#Semoga segalanya dipermudahkan!

#Happy blogging para blogger sekalian!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat