Wednesday, March 30, 2011

Bersiap sedia untuk add subjek semester 8


mode: duduk mengadap laptop!
tunggu detik 12 tgh malam.
aku nak add subjek untuk semester 8! apa yg penting aku nak add seperti yg aku drafkan.
doakan aku berjaya Okey!!
line internet ko jgn buat hal plak!~

:: AYAMAS perkenalkan menu SATE ::


tengok gambar terus lapar!
Dah lame tak makan SATE~ Jom g makan SATE hujung minggu ni, Sape mau ikut Jom.
Hari ini terbaca di akhbar Metro on9. Ayamas perkenalkan menu SATE.
alright~ jom  baca!

KFC Holdings (Malaysia) Bhd (KFCH), pengendali rangkaian kedai Ayamas melancarkan snek terbarunya, Ayamas Satay Chicken yang didatangkan bersama kuah kacang lazat yang boleh didapati di gedung beli-belah terkemuka dan kedai runcit seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Jamaludin Md Ali berkata, penyediaan Chicken Satay sungguh mudah dan berharap produk itu dapat menarik minat penggemar sate dewasa yang gemarkan rasanya yang lazat, tetapi sibuk dengan urusan harian yang padat.

“Juadah warisan kegemaran rakyat Malaysia ini diperbuat daripada daging ayam premium berkualiti manakala kuah kacang yang enak pula menggunakan kacang tanah dan bahan rempah segar serta asli.

“Daging ayamnya diperap bersama dengan rempah terpilih yang kemudiannya dicucuk serta dipanggang di atas arang oleh anggota pekerja Ayamas yang mahir, sebelum dibekukan dan dibungkus,” katanya.

Beliau berkata, produk itu akan memudahkan pelanggan kerana mereka hanya perlu memanaskan sate berkenaan beberapa minit sebelum menikmatinya bersama kuah kacang.

Chicken Satay Ayamas didatangkan bersama kuah kacang dijual pada kadar RM8.50 sebungkus mengandungi 10 cucuk sate.



sumber : Metro online 30/3/2011



SEGMEN: DECO DECO BENG BENG BOONG !


berminat dan nak join..Sila ke website tuan tanah

:: Cara Mengelakkan SPAM di dalam wall Facebook ::

SPAM menyerang Fb!~ sape dah kena sila angkat tangan cepat! aku nak kasi hadiah.~ Hee kejam kau jiha~kau patut bersimpati kot.
Okey! aku ucapkan takziah yg dah kena. Sapa tak kena lagi sila ambil langkah berjaga2 cepat!
Sila selamatkan diri anda!~
aku mahu berkongsi camne nak elakkan SPAM dekat wall Fb korang~ kalau perasan kan ade status yg merapik2 tu. itu la SPAM kalu nak tahu~ Cepat buat seperti arahan di bawah untuk securekan FB korang Okey!!
Ikut arahan kat bawah tu
aku share dari satu blog ni. Credit kepada beliau Fairuz Sulaiman 
Langkah 1 :
Langkah 1 : Sila klik kepada tetapan akaun atau Account Settings
Langkah  2:
Langkah 2 : Tick kepada butang Secure Browsing (klik Untuk Lihat Lebih Jelas)
Selesai
Berikut adalah hasilnya :

Siap.
Untuk perhatian anda : Facebook juga telah merekodkan aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang penggunaan facebook melalui akaun anda. Cuba anda perhatikan di rajah dibawah. Di antara maklumat yang anda dapat lihat ialah jenis web browser yang digunakan. Sistem Operasi dan masa

p/s: jadi tak? kalu tak jadi sila tanya ok!~ malu bertanya sesat jalan nanti.

credit to Fairuz Sulaiman



Syarat PERMOHONAN Tabung Usahawan Siswazah (TUS) dilonggarkan

BERI SEMANGAT...Mukhriz  (tengah)  berbual dengan siswazah selepas melancarkan Program Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia, semalam.

PERMOHONAN bagi Tabung Usahawan Siswazah (TUS) kini dipermudahkan antaranya meningkatkan jumlah pembiayaan dari RM250,000 kepada RM500,000 selaras dengan usaha melahirkan lebih ramai usahawan muda di negara ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, jumlah pembiayaan untuk pengambilalihan syarikat adalah sehingga RM750,000 manakala tempoh kelonggaran pula dilanjutkan sehingga 48 bulan berbanding 24 bulan dan tempoh pembiayaan untuk bangunan serta premis perniagaan sehingga 20 tahun.

“Umur kelayakan pemohon turut dinaikkan kepada 40 tahun daripada 35 tahun, dan sudah menamatkan pengajian tidak melebihi 15 tahun berbanding syarat asal 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia (MYEC) di Putrajaya, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria; Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keusahawanan kementerian, Datuk Abdul Ghafar Musa dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Mukhriz berkata, jumlah keseluruhan dana khas yang mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) ialah RM45 juta dengan kadar faedah antara dua hingga empat peratus setahun.

Katanya, beliau berharap lebih ramai usahawan atau syarikat memohon dana dari tabung itu untuk membantu perniagaan masing-masing selepas syarat permohonan dilonggarkan.


“Kami mendapat maklumat syarat lama kurang kondusif kepada perniagaan kerana ia agak ketat, menyebabkan tidak banyak syarikat mendapat manfaat daripadanya dan selepas melihat semula termasuk berbincang dengan SME Bank, kami menawarkan pinjaman lebih baik untuk kebaikan semua pihak 




“Jadi kita harap dengan syarat baru ini lebih banyak syarikat akan memohon untuk mendapatkan dana dari tabung berkenaan,” katanya.

Program di bawah kendalian SME Bank itu dipakejkan dengan Latihan Asas Keusahawanan Skim Usahawan Siswazah (SUS) anjuran Institut Keusahawanan Negara (Insken).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat