Mula kembali setelah ke laut china selatan makan makanan terlarang
Ini bukan diet atskin.
Tapi diet dgn cara tak makan nasi dan adik beradik yang berkarbohidrat tinggi.
Belum mampu untuk buat seperti atskin. Atskin tak boleh amk gula, tak boleh amik sos. alahai cm belum mampu lg tu tinggalkan sos.
Day 1
Breakfast makan kuih dan air green tea
Lunch dan malam makan menu sama... ayam goreng kunyit campur kacang panjang.
Resepi ayam goreng kunyit versi campak-campak jiha
Bahan-bahan
ayam ( ikut suka banyak mana)
1 biji bwg putih
seinci halia ( hiris halus )
1 biji bwg besar
garam secukup rasa
serbuk kunyit
kacang panjang
Cara-cara
potong dada ayam ,selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. perap lebih kurang 5 minit.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada ayam diatas api sederhana besar. kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. selepas itu masukan bawang putih dan halia dan teruskan mengacau.
Bila ayam dah hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah dan kacau selama 1 minit. angkat dan hidangkan.