Wednesday, October 13, 2010

l-l test + surprise!!! + snip snap l-l





test.nyanyi2.snip snap picture.


mule2 test EDU
soalan 20 aje
objektif pulak..ha,kalu jawab salah memang salah la..tak blh nak kate betul
susahnye tak boleh nak kate la soalannye
hoho!!dengan bangga nk cakp ni aku blasah je td beberapa soalan..sbb tak tahu cmne dah..


OK!
test setel sudah!

then
surprise..suprise!!





surprise!!!
dibuat khas untuk syed aka baby gebu....sempena birthday dia hr nie..
t.kasih kepada duan yg melukis ni walupun tak chantekkk sgt..
kali ni beary's geng tak dapat nak sponsor kek sbb dah kehabisan duit p
ergi mengembara aka berjalan2..
org lain bukan nk sponser..kan2..
tadi satu class just nyanyi lagu "happy birthday" & "ALLAH selamatkan kamu"



then
snip snap!!
mmg giler camera la satu class..











l-l Pathmanabhan, tiga lagi didakwa bunuh Sosilawati l-l


BANTING - Peguam N. Patmanabhan dan tiga pekerja ladang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini hari ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.

Tiada pengakuan diambil daripada keempat-empat tertuduh yang kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia untuk Pathmanabhan dan bahasa Tamil untuk tiga yang lain.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.


sumber: kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat