Wednesday, June 27, 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY


Mari bersegmen!
Agak lama tidak menggigihkan diri join segmen.

Bulan Jun terlepas dari menjadi satu daripada senarai bloglist blogger femes Hazwan Hairy. 
Jom senaraikan diri dalam bloglis bulan Julai.
Maklumat lanjut sila merajinkan diri ke blog beliau.Di sini yer!


Kekerapan berblog?
Nak kata sangat kerap itu idak lah. tak kerap pun tak jugak.
Setiap hari pastinya aku akan berblog. Kalau blog aku sunyi lagi sepi maksudnya aku sibuk. ok sekian.
En Zulhairy boleh terima ke jawapan saya ini? Macam terpesong je jawapan.Kreatif katanya!


#Selamat berblog yer semua.



#Filem: AKU, KAU & DIA



#Filem

SEBUAH KARYA KISAH CINTA AGUNG DARI PIERRE ANDRE

AKU, KAU & DIA

POSTER AKU, KAU & DIA


Tajuk : Aku, kau & dia.

Pengarah : Pierre Andre
Tarikh : 28 Jun 2012
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Pelakon :Remy Ishak, Zarinatasha Jamalullai (Finalis Dewi Remaja 2010), Harun Salim Bachik, Pekin Ibrahim, Nash, Marisa Yasmin, Haris (Idola Kecil 3), Amirul Afendi



Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.

Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?

Trailer Aku,kau & dia





# aku suka Ost filem ini.


Wordless Wednesday # 34







#Masterchef Selebiriti: Jehan Miskin tersingkir



#Masterchef Selebriti

Selepas Tanuja tersingkir ahad lepas, kini tiba giliran Jehan Miskin.




Ujian penyingkiran kali ini disertai oleh ahli pasukan Biru iaitu Farouk Hussain, Juliza Adlizan, Soo Wincci dan Jehan Miskin. Mereka telah tewas dalam Cabaran Sajian Luar kepada Kumpulan Biru dalam menghasilkan hidangan berasaskan coklat di Cocoa Boutique, Saloma Bistro  

mcsm_news_20120626_Episode20

Dengan tema Kari Hari ini, mereka dikehendaki menyediakan rempah kari daripada awal dan menyediakan satu hidangan lengkap berasaskan kari. Sebelum itu, Chef Adu Amran telah menunjukkan cara-cara menyediakan rempah kari dengan sukatan yang betul. Demonstrasi ini sekurang-kurangnya menjadi panduan kepada mereka untuk menghasilkan serbuk kari citarasa mereka sendiri.

Masa yang diberikan adalah 5 minit untuk mengambil seberapa banyak bahan di dalam pantri dan 60 minit pula diberikan untuk menyediakan hidangan kari yang lengkap bersama nasi. Hidangan-hidangan yang telah dihasilkan adalah:

1. Farouk Hussain - Kari Ini Hari Dalam Sejarah
2. Juliza Adlizan - Kurma Tok Terengganu Dan Nasi Tomato Bersama Acar Rampai
3. Soo Wincci - Wincci Sweet Curry
4. Jehan Miskin - Kari Hari-Hari Mau

hidangan terakhir dari Jehan Miskin


Setelah penilaian dilakukan, juri mengambil keputusan dan mengumumkan Jehan Miskin tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia

Kari Ini Hari merupakan Kari terakhir yang dihasilkan oleh Jehan Miskin di dapur MasterChef Selebriti Malaysia. "Kari Hari-Hari Mau" yang dihasilkan oleh Jehan Miskin adalah yang terakhir sebelum tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia. Jehan Miskin yang mewakili Malaysian AIDS Council berjaya mengumpul derma sebanyak RM5000.


sumber : Astro 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat