Sunday, May 20, 2012

FILEM HOORE! HOORE!



#Entry Filem

Filem muzikal bertajuk HOORE!HOORE! yang menggunakan lagu-lagu dari Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad. Tengok trailer nampak best. 

Pelakon Akim, Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronizam Noor, Aznil hj Nawawi, Fauziah Nawi, Shana Razman, Afi Yamin , Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz

Astro Shaw dan Real Films Sdn Bhd buat pertama kali bekerjasama bagi menghasilkan sebuah filem muzikal Hoore! Hoore! Filem ini dibuat khas bagi memperingati perjuangan seni selepas pemergian 2 dekad (20 tahun) Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad.

Kesemua lagu-lagu yang diambil bagi melatari filem ini adalah hasil daripada nyanyian Penghibur no.1 Asia ini. Antara lagu-lagu yang dipilih adalah ; Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, Ayah dan Ibu, Pelangi Petang, One Thousand Million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung serta lagu baru IDOLA nyanyian Azlan & Typewriter. 
Kesemua lagu-lagu ini digubah semula oleh composer Audi Mok yang turut menghasilkan sebuah lagu tema bagi filem ini.

Final Poster Hoore! Hoore!



Sinopsis filem Hoore Hoore

Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.














Official Trailer filem HOORE!HOORE!



“Kita dalam mengharungi kehidupan, jangan taruh pagar mengelilingi kita…”- Allahyarham Sudirman Hj. Arshad (1954 – 1992)

Astro Shaw/ Real Films mempersembahkan
HOORE! HOORE!

Tarikh Tayangan: 24 May 2012
Pengarah: Saw Teong Hin
Terbitan Astro Shaw Sdn Bhd & Real Films Sdn Bhd


#Sokonglah Industri Filem Malaysia!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat