Sunday, September 1, 2013

almost 3 month



Permulaan september. Dan maksudnya ini masuk bulan ketiga bergelar sebagai seorang guru!
Sila panggil saya "cikgu jiha"!

Mengajar di Semenanjung dan Sarawak memang sangat2 berbeza. situasi berbeza, persekitaran berbeza...semua berbeza lah.

Tak ingat update ke tidak diupdate yang aku kena ajar subjek yang memang luar bidang! luar bidang yer! memang menyimpang habis okeh. aku jadi bidang terjun!
aku yang dulunya opsyen keusahawanan dan perdagangan kini dapat opsyen pendidikan jasmani dan kesihatan atau nama pendeknya PJK. PJK yer. Nampak tak betapa jauh bezanya? Aku yang otak duit2 dan bisnes tiba2 kena masuk "bola-bola", sukan2...Oh so tak berjiwa ok! Selain PJK, aku diberikan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) dan Pendidikan Seni Visual (PSV).
PJK untuk 5 kelas tingkatan 1 dan peralihan. PSK untuk 3 kelas tingkatan 2. Dan PSV untuk kelas peralihan. 
Dan bila mengajar F1 dan F2 makanya aku pegang PBS. PBS ialah Pentaksiran Berasakan Sekolah.

Dah hampir 3 bulan tapi aku masih dalam proses menyesuaikan diri dengan negeri Sarawak dan bumi Saratok! Totally different.
Aku yang kaki jalan dtg sini terus jadi kaki duduk rumah selain pergi sekolah! Takde transport lagi nak berjalan sana sini.Ditambah nak keluar ke satu2 tempat jaraknya jauh. Jauh sgt den rasa! Mungkin sebab tak biasa lagi.


Sehingga kini masih belum berjiwa mengajar PJK.I hope i can do my best untuk anak-anak di sini.
PJK ini teknikal.Kemahiran dan aku memang takde semua itu. Bola jaring pun aku tak main okeh!


Doakan diriku kuat ye kawan2.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat