Friday, October 21, 2011

rahsia disebalik solat

entry yang menarik. i've read from AllahSeeker. Share it here. Credit to Allah Seeker



YA ALLAH YA ILAHI
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin



Allah Taala berfirman :
خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ
Maksudnya :
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan & sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
(Al-Qalam : 43)

Keterangan Ayat
Di akhirat nanti, untuk menguji seseorang itu solat sempurna atau tidak atau mereka telah solat berjemaah atau tidak, maka mereka akan disuruh bersujud kepada Allah swt.
Namun sesetengah umat Islam yang pernah solat atau yang penuh solatnya ada juga yang tidak dapat sujud. Perkara ini ialah kerana apabila azan berkumandang, mereka tidak mengerjakan solat di sana.
Sedangkan mereka tidak ada keuzuran yang berat & menghalang mereka untuk solat berjemaah,
seperti sakit atau bermusafir.

Ada pula yang merasa bijak sedikit mengatakan bahawa Nabi saw
membenarkan bahkan menyuruh untuk menghabiskan hidangan terlebih dulu sebelum solat berjemaah.
Namun sebenarnya, perkara itu tidak boleh dibuat setiap hari untuk menjadi alasan tidak solat kemasjid. Bahkan hendaklah diaturkan jadual sebaik-baiknya agar penghidangan makanan itu tidak bertembung dengan waktu solat.

Bahkan jika betul kita mahu solat berjemaah,
kita boleh menghabiskan hidangan & solat berjemaah sesudahnya bersama jemaah lain di masjid.
Jadi kita tiada alasan untuk tidak ke masjid.


RAHSIA DISEBALIK SOLAT

Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

Berdiri Betul
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 

Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

Al-Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

Rukuk
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

 Iktidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim.

Duduk Antara Dua Sujud (awal)
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar.

Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh munkar & nakir di dalam kubur.

Selawat ke atas Nabi SAW
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

 Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah.

SUBHANALLAH =)
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?



Menutup Aurat




Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya
(Surah An-Nur 24: Ayat Ke 31)

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut:-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab 33: Ayat 59)


artikal dari i luv islam 



sahabat



~Sahabat adalah satu anugerah yang diberikan kepada kita untuk mengubat kesunyian. Sahabat yang sejati tidak hanya berada di sisi kita pada saat kita gembira, bahkan pada saat kita sedih mereka akan tetap bersama kita~

"Is Hard To Find True Friend"


Cyber Entrepreneurship training!


Cyber Entrepreneurship training program.
Bunyi menarik. Benda melibatkan IT. Memang aku suka.

Training program conduct by En Nizam from UTAR.
Actually ini research en Nizam. aku dan kawan2 satu kelas digunakan sebagai kumpulan kajian.
What? Dikaji lagi.

Join training program ni dikira asigment.
Kena attend satu hari seminar, satu hari praktikal dan web seminar.

Seminar sudah, praktikal sudah. tinggal web seminar je.
dan menyiapkan asigment nya

Hebat kot asigmentnya! Dan aku yakin dengan jayanya korang TAKDE asigment macam nie!
Apa asigmentnya?
Kami kena jual barang guna e-bay! sasaran pasaran australia! kau ade? xde kan.
Nampak menarik tapi Mencabar kot!

first we have sign up google account. 3 account google. then 3 account e-bay then 3 account paypal.
tak macam banyak pulak. sekarang ting tong username & password! sampai terpaksa save reminder kat destop laptop nie!.Kenapa perlu 3 akaun? senang kalau kena Suspend/ banned.



hari ini dah berjaya buat listing.lepas ni tunggu orang beli.


ok sekian. nanti aku update ok!
nak explore menatang e-bay n paypal nie.agak pening yoo..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat