Thursday, September 8, 2011

Mereka baru belajar berblog~


Mereka anak murid aku masa praktikum.
Mereka ini baru belajar berblog.
Nak jadi blogger macam aku. Boleh tak kalau cakap macam tu...hee..
sila rajinkan tangan untuk tengok blog mereka. Nak ke blog mereka klik gambar hokey!




Top Up Handphone kena cukai!




GEMPAR!!! - Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mula 15 Sept

KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan
,” kata kenyataan itu. — BERNAMA

p/s: Jom ramai-ramai pakai Public phone takpun telepon umah...



Malaysia negara ke 21 paling berdaya saing




MALAYSIA kini tersenarai pada kedudukan ke-21 negara paling berdaya saing di dunia, naik lima anak tangga berbanding tahun lalu sekali gus mendahului beberapa negara maju lain antaranya Israel, Korea Selatan, New Zealand, Luxembourg dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bagi rantau Asia Pasifik, Malaysia berada pada kedudukan keenam paling kompetitif selepas Singapura, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Australia manakala bagi rantau Asia, Malaysia tersenarai pada kedudukan kelima paling berdaya saing selepas Singapura, Jepun, Hong Kong dan Taiwan serta menduduki tangga kedua selepas Singapura bagi negara Asean.

Pencapaian membanggakan itu terkandung dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) yang dikeluarkan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) bagi tempoh 2011-2012 membabitkan kedudukan daya saing 142 negara dalam ekonomi global.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedudukan Malaysia pada tahun ini sama seperti 2008 dan lebih baik berbanding 2009 pada senarai ke-24 serta 2010 (26) didorong pencapaian lebih baik merentasi sembilan daripada 12 kategori yang ditinjau WEF.

“Antara bidang yang menunjukkan peningkatan ketara ialah institusi yang berada pada kedudukan ke-30 daripada ke-42 tahun lalu, suasana ekonomi makro (kedudukan ke-29 daripada 41), keberkesanan pasaran barangan (kedudukan ke-15 daripada 27) dan keberkesanan pasaran buruh (kedudukan ke-20 daripada 35),” katanya.


Beliau berkata, GCR menyifatkan sektor ekonomi Malaysia sebagai kukuh dan berkesan serta antara paling berkembang di dunia, malah negara ini tersenarai pada kedudukan ketiga dalam kategori pembangunan pasaran kewangan, peningkatan ketara berbanding tempat ketujuh tahun lalu.



Katanya, kerajaan sangat berpuas hati dengan data dikeluarkan itu sekali gus membuktikan negara ini mempunyai polisi ekonomi tepat dan mampu mencapai pertumbuhan serta pembangunan seperti disasarkan.

WEF mencadangkan Malaysia supaya memperbaiki prestasi dalam pendidikan dan kesediaan teknologi untuk lebih berdaya saing. Switzerland tersenarai pada kedudukan teratas bagi negara paling berdaya saing, diikuti Singapura, Sweden, Finland dan Amerika Syarikat.



sumber : Metro 8 /9/11


kau ilhamku~



Kau ilhamku. Lama tak dengar kau. Sebab aku tak boleh dengar lagu tu. Kalau dengar aku mesti nanges teringatkan seseorang! Cuba bayangkan someone nyanyi dekat kau seminggu sebelum dia meninggal...


26/8/2011 anak-anak murid ku 6PPUUA nyayi. Aku terus menangis. 
Suratan atau kebetulan? 
26/8/2011 bersamaan 26 ramadhan 1432H  dan 26 ramadhan 1430H....
Oh NO! terus teringat segalanya. Aku tak boleh sedih2. Kan dah janji. Tapi kite kan manusia biasa yang ada perasaan. Dengar lagu  kau ilhamku aku akan sedih. Dan cara terbaiknya aku akan selalu dengar! Boleh tak macam tu??? Aku rasa boleh! Ni aku bubuh dalam blog.So tiap kali aku bukak blog msti dengar. Aku nak belajar terima lagu nie dan takkan sedih bila dengar lagu ni..




Kau Ilhamku by Man Bai



Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
  Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

(Ulang 1)


 




Final semesterku!!


Wehuu..dah final semester! Cepat betul masa berlalu kan..
ni kalender Semester ini.
20/1/2012 aku bakal tamat belajar
harus manfaatkan detik2 terakhir..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat