Thursday, March 31, 2011

CONTEST : PHOTOSHOOT PERCUMA bernilai RM150 anjuran Faridism Photography


contest sgt menarik dan saya sgt suke!~
Contest  ini sgt interesting okey! Sebab hadiah BEST sgt. Dapat Photoshoot percuma dari pagi sampai petang. Ambik kau senyum seharian.

tarikh tutup 1 April 2011..
OMG..lagi beberapa jam je. harap2 sempat la nie.
Tak perasan dah nak 1 April.


CARA2 PENYERTAAN 


1 ) Buat satu entry berkaitan contest ni. ( CONTEST : PHOTOSHOOT PERCUMA bernilai RM150 anjuran Faridism Photography ) & letakkan banner contest di entry dan sidebar anda.


2 ) Dalam entry tu, tulis SEBAB kenapa anda harus dipilih untuk menang PHOTOSHOOT PERCUMA ni. Dan juga, tulis TEMA dan shoot macam mana yang anda nak. Kalau ada contoh gambar lagi bagus. Contoh : Photoshoot couple, potrait, keluarga, kawan ataupun apa2 sahaja :)


3 ) Link kan blog ni dalam entry anda.


4 ) Diwajibkan follow blog ni untuk mendapat tahu updates terbaru tentang contest ni & kalau nakLIKE page Faridism Photography di SINI pun boleh :)


5 ) Tag minimum 3 orang kawan dan make sure kawan anda tahu yang dorang kena tag.

6 ) Tinggalkan link entry contest anda dalam komen.


OKEY!
SEBAB KENAPA SAYA YG PATUT MENANG PHOTOSHOOT INI

Saya perlu menang kerana….. eh!...dah mcm isi slogan kat cabutan bertuah plak!!, 
ok be serious!!. Saya perlu menang atas beberapa sebab yang berikut (akan saya senaraikan kemudian). 
Meniti saat2 dan detik2 terakhir bersama “mereka” buat saya terpanggil untuk menyertai contest ini. Semakin menghitung  hari, saya merasakan bahawa sukar untuk putarkan kembali masa ceria, senang, susah, suka, duka, riang , tawa dan sewaktu dengannya.

Hanya dengan sekeping GAMBAR, mampu mengekalkan memori itu tersemat pada satu nilai yang sangat berharga.
Hanya dengan sekeping GAMBAR, segala cerita dapat dirungkai tanpa perlukan penjelasan.
Hanya dengan sekeping GAMBAR, ikatan antara kita lebih kukuh dan erat
Hanya dengan sekeping GAMBAR, kemesraan terserlah tanpa perlu diucapkan.
Hanya dengan sekeping GAMBAR, memberi 1001 cerita.
Hanya dengan sekeping GAMBAR, MEMORI aku dan kamu TERCIPTA bahkan akan ku jadikan azimat kekal ABADI hingga ke akhir hayat.

saya nak bershoot dengan mereka
six's of us!
p/s: gambar masa prank birthday Iqa Beary~

saya juga  patut menang sebab TAK PERNAH pun buat sesi Photoshoot yg ade tema-tema bagai ni. Hasrat di hati tu ade tapi belum kesampaian lagi. Faridism Photography buat la untuk saya sempena Birthday saya tak lame lagi ni yer~ heee...sekali seumur hidup pun jadilah dapat shoot gambar ni.ade jugak experience dan kenangan!~
Selame ni amik gambar suka2 aje. dan selalu snap picture org aje. sbb saya suka snap picture. Walaupun TAKDE DSLR lg. MR. Olympus saya tetap paling berharga sekarang.


TEMA SHOOT
~ Friendship ~
Friendship Potrait..Best Frend~
Tak kisah macam mana pun.Yg penting Friendship. Nak Bergambar dengan kawan yg dah  saya anggap macam keluarga saya. Mereka adalah Iqa beary dan Syera yg sgt takut lipas.Ifa yg suka masak, Huda yg suka berbisnes dan Ecah!
Tema: The Garden. Kat taman.Berbaju putih.ade belon-belon air.Ade payung warna warni. So Sweet kan!
Kalau boleh nak Amik gambar dekat UPM. Nak pokok dalam Lagenda Budak Setan. Boleh tak?Heee..

macam dalam Contoh ni pun boleh~











Gambar yg Faridism Photography amik mmg cantik & sgt suka~
macam kat bawah ni






nak tag


PILIH saya yer
Semoga sy BERJAYA
jika saya MENANG inilah Hadiah Birthday paling bermakna!
Senyum dan terus tersenyum.






Kolej RISDA dinaiktaraf jadi Universiti


ALOR GAJAH 30 Mac – Kolej Risda akan dinaik taraf menjadi kolej universiti bagi menerajui transformasi pertanian melalui pendidikan menjelang 2013.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha menaik taraf kolej tersebut amat penting untuk melahirkan lebih ramai graduan bidang pertanian.

Menurutnya, ketika ini kolej yang ditubuhkan pada 1996 itu adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyediakan program pendidikan dalam bidang latihan dan pertanian yang dikhususkan kepada anak-anak di luar bandar.

‘‘Sudah tiba masanya kolej ini dinaik taraf sebagai kolej universiti kerana ia mampu melahirkan lebih ramai golongan usahawan berpendidikan tinggi yang dapat memajukan sektor pertanian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga kerja termasuk pensyarah dan kira-kira 1,000 pelajar di Kolej RISDA Paya Pa‘abas di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Mohamad; Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Ketua Pengarah Risda, Datuk Mohamad Izat Hasan.

Menurut Mohd. Shafie, pihak pengurusan Risda akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mendapatkan kelulusan naik taraf tersebut.

‘‘Saya yakin Kementerian Pengajian Tinggi akan menerima cadangan RISDA ini,” ujarnya.
Beliau menambah, peruntukan yang akan diberikan kepada Risda untuk kolej tersebut dinaik taraf sebagai kolej universiti akan dibincangkan dengan fokus terhadap infrastruktur baru, tenaga pengajar dan kemudahan lain.

Ujarnya, sejak Kolej RISDA beroperasi pada 2000, seramai 3,813 graduan berjaya dilahirkan dalam bidang pertanian, pengurusan perniagaan, sains komputer dan juga latihan dalam pelbagai bidang kemahiran.

Katanya, setakat ini sebanyak 75 peratus daripada graduan dalam Diploma Pertanian mendapat pekerjaan manakala selebihnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

sumber :diambil daripada Utusan Online 31/3/2011


Jadual Final Semester..Semester 8~

Macam tak percaya jerk. Dah nak abis belajar! Baru sahaja menyusun jadual untuk Finak semester,semester 8.
bawah tu jadual aku Ok!~

Alhamdulilah...Berjaya!


Alhamdulilah..Allah mempermudahkan usaha hambanya...
terima kasih diucapkan kepada Iqa Beary & Tan boon Chai sebab tolong
aku berjaya add subjek untuk semester 8. Eh sem ni semester 6 kan! Terus melompat semester 8 ke.
Ok! aku nak kasi tahu Semester 7 aku bulan 5-8..Pergi Praktikum kat Sekolah.
Seperti apa yang di draf kan pada entry lepas2.
3 hari kelas- Isnin,Selasa & Khamis.
Jumaat cuti okey!~ jadi aku boleh Balik kampung lah~


:: Perpisahan Ini ::



aku sangat suka lagu ni. suka pada melodinya. liriknya yang penuh bermakna.
Besarnya nilai sebuah persahabatan. Sahabat suka & duka.
Tibe-tibe teringat kawan baik saya sejak kecik~ Sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuknya. Ya Allah aku rindukan dia.~

Perpisahan Ini By 1st edition feat Aizat

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
————————–
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
——————————-
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
————————————
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
————————————–
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
——————————-
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
———————————
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu



Wednesday, March 30, 2011

Bersiap sedia untuk add subjek semester 8


mode: duduk mengadap laptop!
tunggu detik 12 tgh malam.
aku nak add subjek untuk semester 8! apa yg penting aku nak add seperti yg aku drafkan.
doakan aku berjaya Okey!!
line internet ko jgn buat hal plak!~

:: AYAMAS perkenalkan menu SATE ::


tengok gambar terus lapar!
Dah lame tak makan SATE~ Jom g makan SATE hujung minggu ni, Sape mau ikut Jom.
Hari ini terbaca di akhbar Metro on9. Ayamas perkenalkan menu SATE.
alright~ jom  baca!

KFC Holdings (Malaysia) Bhd (KFCH), pengendali rangkaian kedai Ayamas melancarkan snek terbarunya, Ayamas Satay Chicken yang didatangkan bersama kuah kacang lazat yang boleh didapati di gedung beli-belah terkemuka dan kedai runcit seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Jamaludin Md Ali berkata, penyediaan Chicken Satay sungguh mudah dan berharap produk itu dapat menarik minat penggemar sate dewasa yang gemarkan rasanya yang lazat, tetapi sibuk dengan urusan harian yang padat.

“Juadah warisan kegemaran rakyat Malaysia ini diperbuat daripada daging ayam premium berkualiti manakala kuah kacang yang enak pula menggunakan kacang tanah dan bahan rempah segar serta asli.

“Daging ayamnya diperap bersama dengan rempah terpilih yang kemudiannya dicucuk serta dipanggang di atas arang oleh anggota pekerja Ayamas yang mahir, sebelum dibekukan dan dibungkus,” katanya.

Beliau berkata, produk itu akan memudahkan pelanggan kerana mereka hanya perlu memanaskan sate berkenaan beberapa minit sebelum menikmatinya bersama kuah kacang.

Chicken Satay Ayamas didatangkan bersama kuah kacang dijual pada kadar RM8.50 sebungkus mengandungi 10 cucuk sate.



sumber : Metro online 30/3/2011



SEGMEN: DECO DECO BENG BENG BOONG !


berminat dan nak join..Sila ke website tuan tanah

:: Cara Mengelakkan SPAM di dalam wall Facebook ::

SPAM menyerang Fb!~ sape dah kena sila angkat tangan cepat! aku nak kasi hadiah.~ Hee kejam kau jiha~kau patut bersimpati kot.
Okey! aku ucapkan takziah yg dah kena. Sapa tak kena lagi sila ambil langkah berjaga2 cepat!
Sila selamatkan diri anda!~
aku mahu berkongsi camne nak elakkan SPAM dekat wall Fb korang~ kalau perasan kan ade status yg merapik2 tu. itu la SPAM kalu nak tahu~ Cepat buat seperti arahan di bawah untuk securekan FB korang Okey!!
Ikut arahan kat bawah tu
aku share dari satu blog ni. Credit kepada beliau Fairuz Sulaiman 
Langkah 1 :
Langkah 1 : Sila klik kepada tetapan akaun atau Account Settings
Langkah  2:
Langkah 2 : Tick kepada butang Secure Browsing (klik Untuk Lihat Lebih Jelas)
Selesai
Berikut adalah hasilnya :

Siap.
Untuk perhatian anda : Facebook juga telah merekodkan aktiviti yang telah anda lakukan sepanjang penggunaan facebook melalui akaun anda. Cuba anda perhatikan di rajah dibawah. Di antara maklumat yang anda dapat lihat ialah jenis web browser yang digunakan. Sistem Operasi dan masa

p/s: jadi tak? kalu tak jadi sila tanya ok!~ malu bertanya sesat jalan nanti.

credit to Fairuz Sulaiman



Syarat PERMOHONAN Tabung Usahawan Siswazah (TUS) dilonggarkan

BERI SEMANGAT...Mukhriz  (tengah)  berbual dengan siswazah selepas melancarkan Program Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia, semalam.

PERMOHONAN bagi Tabung Usahawan Siswazah (TUS) kini dipermudahkan antaranya meningkatkan jumlah pembiayaan dari RM250,000 kepada RM500,000 selaras dengan usaha melahirkan lebih ramai usahawan muda di negara ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, jumlah pembiayaan untuk pengambilalihan syarikat adalah sehingga RM750,000 manakala tempoh kelonggaran pula dilanjutkan sehingga 48 bulan berbanding 24 bulan dan tempoh pembiayaan untuk bangunan serta premis perniagaan sehingga 20 tahun.

“Umur kelayakan pemohon turut dinaikkan kepada 40 tahun daripada 35 tahun, dan sudah menamatkan pengajian tidak melebihi 15 tahun berbanding syarat asal 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia (MYEC) di Putrajaya, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria; Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keusahawanan kementerian, Datuk Abdul Ghafar Musa dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Mukhriz berkata, jumlah keseluruhan dana khas yang mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) ialah RM45 juta dengan kadar faedah antara dua hingga empat peratus setahun.

Katanya, beliau berharap lebih ramai usahawan atau syarikat memohon dana dari tabung itu untuk membantu perniagaan masing-masing selepas syarat permohonan dilonggarkan.


“Kami mendapat maklumat syarat lama kurang kondusif kepada perniagaan kerana ia agak ketat, menyebabkan tidak banyak syarikat mendapat manfaat daripadanya dan selepas melihat semula termasuk berbincang dengan SME Bank, kami menawarkan pinjaman lebih baik untuk kebaikan semua pihak 




“Jadi kita harap dengan syarat baru ini lebih banyak syarikat akan memohon untuk mendapatkan dana dari tabung berkenaan,” katanya.

Program di bawah kendalian SME Bank itu dipakejkan dengan Latihan Asas Keusahawanan Skim Usahawan Siswazah (SUS) anjuran Institut Keusahawanan Negara (Insken).

Tuesday, March 29, 2011

:: buku The Leader in Me::


 bila daa mahu abis baca buku The leader in ME ni..
Malam ni test yg soalnnya dtg dr buku tu.
malm ni nak test aku sempat lagi update blog!
memang cemerlang kau jiha!


Ranking SPM SBP 2010

Senarai kedudukan SBP di Malaysia untuk SPM 2010.

1 SM SAINS TUANKU MUNAWIR           0.8931
2 SBP INTEGRASI GOMBAK                   1.1425
3 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH     1.1450
4 SM SAINS ALAM SHAH                       1.2403
5 SEKOLAH TUN FATIMAH                     1.2837
6 SBP INTEGRASI RAWANG                 1.3408
7 SM SAINS KUALA TERENGGANU         1.3638
8 SM SAINS SERI PUTERI   1.4223
9 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA   1.4415
10 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH   1.5026
11 SM SAINS SULTAN ISKANDAR   1.5322
12 SM SAINS MUAR   1.5361
13 SBP INTEGRASI JEMPOL   1.5429
14 SM SAINS KUALA SELANGOR   1.5612
15 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM   1.6081
16 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR   1.6257
17 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.6884
18 SM SAINS HULU SELANGOR 1.6907
19 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.7073
20 SM SAINS MUZAFFAR SYAH   1.7079
21 SM SAINS JOHOR 1.7483
22 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.7595
23 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.7656
24 SM SAINS SELANGOR 1.8433
25 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.8439
26 SEKOLAH SERI PUTERI 1.8475
27 SM SAINS KUCHING   1.8585
28 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.8662
29 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.8702
30 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 1.881
31 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.9021
32 SBP INTEGRASI GOPENG 1.9412
33 SM SAINS KOTA TINGGI 1.9496
34 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.9625
35 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN  2.0082
36 SM SULTAN ABDUL HALIM 2.0381
37 SM SAINS DUNGUN 2.1042
38 SM SAINS BAGAN DATOH 2.1256
39 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.1612
40 SM SAINS SABAH 2.1704
41 SM SAINS KEPALA BATAS 2.1892
42 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.2107
43 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.213
44 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 2.231
45 SM SAINS TELUK INTAN 2.249
46 SM SAINS SULTAN MAHMUD 2.2513
47 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 2.254
48 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.291
49 SM SAINS POKOK SENA 2.3001
50 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.3114
51 SM SAINS LABUAN 2.3266
52 SM SAINS MIRI 2.3266
53 SM SAINS MACHANG 2.3315
54 SM SAINS KUBANG PASU 2.4137
55 SM SAINS LAHAD DATU 2.4497
56 SM SAINS PASIR PUTEH 2.4997 

Monday, March 28, 2011

GEGAR BLOGGER BARU

Macam Biasa..Segmen di  Taja oleh Ben Ashaari

aku pilih gambar ini

image 

sebabnya
Rokok!
aku sangat benci dengan rokok..Alergic dengan perokok tau. 
tak suke bila ada orang merokok dekat2 dgn saya!
Merokok kan membahayakan kesihatan. Kepada perokok2 sekelian sila la berhenti merokok!
baca entry abg ben di sini okey~

Kenapa aku jadi Blogger?
Sebab aku nak jadi lah~aku tak nak jadi silent reader je.
 aku suka IT~. aku nak ada blog sendiri!satu kepuasan ada Blog sendiri.
 Aku boleh tulis aka update apa aku nak dalam tu. Blog macam diari bagi aku. aku malas nak bazir duit beli diari kat kedai tu!~ aku tulis aje. aku suka,aku sedih, aku geram pun aku luahkan kt Cik Silent Thinker itu~ hee. satu lagi mengisi masa terluang aku. Eh macam aku banyak masa terluang jerk~

Blog yang aku mesti tgk hari-hari


~ DRAF Jadual Semester 8~

Draf Jadual Semester 8
Semester terakhir study di UPSI
walaupun Final year. Banyk jugak subjek aku.
setelah ku susun dan susun. Ni hasilnya. hopefully takde masalah masa nak add nanti.

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin

Contest Pose Depan Cermin.
Contest ditaja oleh XCyber 
nak join sila klik banner contest di bawah



Gambar yang dipertaruhkan ialah


Gambar di snap oleh Farid dengan kamera mahal dia masa pegi MATRADE sempena Pelancaran Francais Usahawan Muda 1 Malaysia.
on the spot je.aku nak snap pakai kamera buruk aku Tapi farid sampe dan mengofferkan kamera mahalnya.
saya suka gambar itu! eh ade adik kecik yg intepremm..


mahu tag mereka~
Step
Fariza
Syera
Syafa



Sunday, March 27, 2011

ak kena jaga Exam!



Aku kena jaga exam untuk 2 orang international student dr China.
Ni gara-gara Iqa Beary yang sgt sanggup nak tolong  cik thuraiya aka "mummy" dia!
aku pun terbabit sama!

bawah ni gambar 2 orang student tue!~
hari : rabu
tempat : level 4 Library Tunku Bainun



Boleh pulak diorang exam bukak dictionary dekat HP..yang lagi bagus guna IPad~ memang boleh carik jawapan thru Mr Google lah. 
Bukan je bukak Dictionary & IPad tapi siap tnya aku jawapan! Boleh pulak macam tu. Haishhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat