Wednesday, September 14, 2011

alt

Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).
Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)
Bila berdoa dari hati,Lalu tangisan hadir membasahi,Dengan menyerah diri pada Ilahi,Pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri,Apa yang penting,lunturnya ia di hadapan rabbul Izzati.Itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita dan DIA rasai dan ketahui,Yang haqiqinya DIA lebih fahami dan mengerti,Masakan tidak itu semua terjadi,
Pemilik hati kita, milik DIA yang abadi!
Bila lisan bergerak beserta hati tawadhu' dalam berdoa kepada Allah! Lebih nikmat dan kepuasan yang tidak tergambar kita rasai! Yang penting apabila menghafal doa dalam bahasa arab, kita perlu untuk memahami maksudnya, supaya hati lebih merasai dan menjiwai doa yang dipohon tersebut.
Doa dari hati, bukan sekadar di bibir. Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya. Allah... Allah... Allah...!

Universiti Perdana

SERDANG 12 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Universiti Perdana dan mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.

Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI), kata Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini diumumkan sebagai Canselor pertama universiti itu.

Dalam ucapannya, Najib menyifatkan pembukaan universiti itu di sini sebagai langkah yang dapat meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

“Saya berharap bahawa dalam usahanya mencapai tahap bertaraf dunia itu, universiti ini akan berusaha menjalin hubungan dengan institusi tempatan dan bakat-bakat tempatan,” katanya.

Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi di sini sementara menunggu kampus tetapnya siap pada 2013.

PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.

Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons di Ireland.

Najib berkata, universiti baru itu, yang disifatkannya sebagai hasil satu kerjasama berpandangan jauh antara konsep perkongsian awam-swasta kerajaan dan sektor korporat, merupakan satu mercu tanda buat Malaysia.

“Secara peribadi, saya amat teruja dan begitu yakin ianya akan memberikan hasil yang amat besar dalam mendidik dan memajukan satu generasi baru profesional perubatan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di seluruh dunia,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Universiti Perdana akan menjadi institusi yang menakjubkan, dengan mempunyai dua sekolah perubatan, dan merupakan hospital latihan swasta pertama di Malaysia.

Ia mempunyai 600 katil pelbagai fungsi khas dan sebuah Pusat Penyelidikan Sains Kehidupan bagi meletakkan Malaysia ke hadapan dalam penyelidikan klinikal, katanya.

Najib berkata, Hospital Latihan Universiti Perdana dicadangkan dibuka pada 2013 bagi menempatkan penuntutnya yang memasuki tahun-tahun klinikal mereka, dan ia akan dikendalikan oleh Johns Hopkins Medicine International.

“Dengan menawarkan kemudahan terkini bagi tujuan diagnostik dan rawatan, ia akan menjadi antara institusi utama dalam memacu Malaysia ke arah pelancongan kesihatan, sebagai satu model perubatan persendirian dalam era abad ke-21 dan satu simbol antarabangsa bagi kecemerlangan dalam perkhidmatan kesihatan,” kata Perdana Menteri.

Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti Perdana, Tan Sri Dr. Mohan Swami berkata, separuh daripada penuntut universiti itu adalah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. – BERNAMA


Istana Negara Baru

Pandangan luar dan dalaman Istana Negara baru.
Sangat cantik.

Berdasarkan artikal utusan online bertajuk Istana Negara 

Keindahan seni bina Islam dan Melayu. Elemen itu jauh lebih ketara berbanding Istana Negara sedia ada yang terletak di Jalan Syed Putra. Pembinaannya mendapat sentuhan hampir 100 peratus kepakaran tempatan.

Seperti yang sudah diketahui, pembinaan istana tersebut turut mendapat kritikan antaranya dikatakan projek mega dan membazir.

Itu adalah sentimen biasa, yang dijaja sejak dulu. Suatu ketika dahulu mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dikritik hebat kerana projek Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya.

Hari ini, kewujudan projek-projek itu cukup signifikan dan menjadi keperluan yang kian mendesak. Jambatan Pulau Pinang terpaksa ditambah satu lagi. Operasi di KLIA makin sibuk, malah menyaksikan ada terminal tambang murah terletak berhampiran bagi menampung keperluan. Di Putrajaya, pusat pentadbiran itu turut sesak sehinggakan kawasan letak kereta tidak mencukupi.

Awang percaya, begitulah juga keadaannya nanti bagi projek Istana Negara yang baru. Pembinaannya boleh menampung keperluan untuk ratusan tahun. Lagi pun ia bukan rumah untuk individu, ia milik negara bagi kegunaan rasmi Yang di Pertuan Agong. Istana itu sendiri adalah lambang institusi beraja yang masih kukuh di negara ini. Projek tersebut adalah bagi menggantikan Istana Negara sedia ada yang dibina pada 1928.

Pada asalnya ia adalah bangunan dua tingkat milik hartawan Cina, Chan Wing. Pernah menjadi kediaman pemerintah tentera Jepun (1942-45) dan mes pegawai tentera British kemudiannya. Istana tersebut telah melalui banyak penambahan dan ubahsuai serta tidak dapat menampung lagi pembesaran.

Sudah sampai masanya sebuah istana baru disediakan untuk memenuhi keperluan masa depan. Dan kita tidak perlu lagi menumpang warisan orang lain untuk kediaman rasmi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu















sumber gambar : ILHAM KATA GHAZ



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat