Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts

Thursday, February 16, 2017

JJCM : Sajian Aliaa Nasi Kukus Ayam Berempah


One of my feveret food is Nasi Kukus Ayam Berempah.
Kalau korang serach kat google Nasi kukus akan jumpa 7 Nasi Kukus KL yang sedap..salah satunya Sajian Aliaa
Dah try banyak tempat nasi kukus. Tapi paling best.paling sedap di Sajian Aliaa Nasi Kukus.
Memang superb sedap.
Lokasi nya di R&R Awan Besar. Kat mana tu? Lalu highway KESAS ok.


Berbulan lamanya tak makan sejak R&R ni terbakar bulan September 2015.
Carik jugak kat mana kedai sementara diorg berniaga tak jumpa,
Sekali bulan november 2016..kakak cakap dah bukak semula di situ.
Apa lagi ajak lah suami. Suami iols kalau iols cakap nak makan tu mesti akan ditunaikan dan di bawak.
Hihi, T.kasih en suami syg. 


Yang sedapnya nasi kukus ni pada ayamnya tu, Ayam berempahnya cukup rempah. Lembut sgt. eh pendek kata memang sedap. memang boleh mendatangkan craving!


ini nasi kukus ayam berempah. Harg RM7. sedap wooooo

suami isteri dan makanan berpisah tiada tapi selalunya encik suami lah yang akan bergambar dengan makanan. well iols xsuka bergambar kan.
jom lah makan.

Nampak tu. abis licin.

terima kasih encik suami..sentiasa layan kita yang nak makan sana sini. craving itu ini bila balik cuti,
thanx u. i love u. 


want to try?
u should try..mmg akan repeat g sana lagi.
Lokasi : R&R Awan Besar leburaya KESAS. Carik kedai sajian aliaa. tengah2.

till me again in tempat makan yg lain.


Tuesday, February 14, 2017

Our Story : Yeayyy suami belanja oven


Yeayyyyyy. dah sampai. suami belanja Oven sekali mixer
Terima kasih lagi sekali suami.

Taraaaa.test..test



Encik suami dah rasmikan dengan buat Cheesekut. Gigih ok suami i.



Chesskut made by myhusband.


ini pun made by myhusband. gigih ajar guna tpn jauh dr Sarawak.



Monday, February 13, 2017

Our Story : Satay Hut Tanjung Karang



Sejak zaman bertunang 2,3 kali en tunang ada hantar i balik kg.
Setiap kali lalu mesti belum malam. sebab en tunang akn hantar iols balik sebelum malam/gelap,
Lalu lah Restoran Satay Hut kat Tanjung Karang yang terkenal dengan sataynya yang besar gedabak.
En tunang masa tu teringin nak makan.
i pun kata " nnt balik singgahlah makan "
en tunang kata " tak nak lah makan sorang-sorang...nnt kita g sekali "

Makanya selepas kawin lah kita ke sana.
Alhamdulilah ke sana lah kami masa on the balik dr umah KL.
Nampak bawah tu muka excited dapat makan satay yang besar katanya.
begini lah nasib bila suami isteri suka makan..tapi..suami iols lagi banyak makan dr i. haha. 
makan bersama.gemuk bersama.




tak order banyak pun. 5 besar 5 kecik.
cukuplah untuk kami berdua.
ditambah dengan order sepinggan nasi goreng paprik yang banyak.
makan dengan kenyangnya. actuallly tak abis pun. siap bawak balik..kenyang.


kucing tu dr dtg sampai balik ada je kat situ mintak makanan.
suami iols jenis bg makann dekat kucing memang dtg lah dia.
Sedang kan dia tau iols ni segan dengan kucing =(




Wednesday, January 4, 2017

Our Story : Kami di Nasi 7 Benua


AKHIRNYA....
after we got married..were here!
Nasi 7 Benua.



Bila ingat-ingat balik kelakarnya lah rasa.
gambar nasi je pun. tapiiiiiiiiii ...........
Allah is best planner.
Alhamdulilah.
yang sebenarnya kerana nasi ini sy kenal suami sy.
Maybe both of us food lover agaknya. Hihi.



Want to know the story...sila KLIK SINI 

Kenapa nasi 7 benua namanya?
Sebab ada 7 jenis nasi. Ada Nasi Putih, Nasi Lemak, Nasi Tomato, Nasi Lamuni, Nasi Minyak, Nasi Kacang & Nasi Hujan Panas.
Kalau korang tak nak makan dengan 7 jenis nasi pun boleh. mintak je nasi yang mana nak makan.
Makan semua jenis lah. Sedappppppp..
Ambil nasi then boleh pilih lauk apa nak makan. Ada macam2 lauk. Makan ikut citarasa korang lah.


ini yang kitorang amk. Seperti biasa ak memang suka ayam masak merah. Encik suami amk ayam masak kicap kot tu.



dear husband..thanx u so much.
Thanx u sbb selalu teman kita makan2.


korang kena try ok.
ni lokasinya

Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe,Taman Tunas Muda,11900
Bayan Lepas
017-439 7617



till meet again. nnt share tempat makan best yg lain.


Saturday, May 7, 2016

Nasi 7 Benua and US.




inilah nasi 7 Benua.
Nasi ni bukan sebarang nasi ok. Sejarah besar dalam hidup sy.
Well dah namanya foodlover. Jumpa bakal suami pun gara2 makanan.
sweet tak?
satu ciri suami yang dicarik2 selama ni adalah suka macam makan jiha. Jadi anytime anywhere nak JJCM senang. Ada orang sebelah boleh teman makan. Tolong habiskan makanan.

Kerana nasi ini aku kenal en tunang.
Kelakar dak? Dah genap hari ini setahun memori nasi 7 benua.
Nanti dah kawin celebrate anniversary kat sni bak kata en tunang.
Ni kalau owner kedai nasi 7 benua ni tau agaknya disnap gambar weouls. letak kat dinding kedai. Femesss la weouls.
 Kahkah..bab membayangkan bukan2 memang hebat.


BTW happy anniversary my dear en tunang.
=)


Tuesday, April 5, 2016

Day 1


Mula kembali setelah ke laut china selatan makan makanan terlarang
Ini bukan diet atskin. 
Tapi diet dgn cara tak makan nasi dan adik beradik yang berkarbohidrat tinggi.
Belum mampu untuk buat seperti atskin. Atskin tak boleh amk gula, tak boleh amik sos. alahai cm belum mampu lg tu tinggalkan sos.


Day 1

Breakfast makan kuih dan air green tea
Lunch dan malam makan menu sama... ayam goreng kunyit campur kacang panjang.



Resepi ayam goreng kunyit versi campak-campak jiha

Bahan-bahan
ayam ( ikut suka banyak mana)
1 biji bwg putih
seinci halia ( hiris halus )
1 biji bwg besar
garam secukup rasa
serbuk kunyit
kacang panjang



Cara-cara 
potong dada ayam ,selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. perap lebih kurang   5 minit.

 Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada ayam diatas api sederhana besar. kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. selepas itu masukan bawang putih dan halia  dan teruskan mengacau.

Bila ayam dah hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah dan kacau selama 1 minit. angkat dan hidangkan.



Saturday, February 6, 2016

Roti sarang lebah.





Roti sarang lebah.
Terbang all the way dr Semenanjung.
My sister memang superb hebat. Boleh tahu adiknya nun kt Borneo nak makan roti itu.

Ya Allah... heaven giler rasa. Nasib lah poslaju memang laju kali ni.


Anyone nak try rasa & beli...boleh contact kak saya 0126048245 (sal)
boleh COD Shah Alam/ KL
boleh pos juga.

Sekali beli berkali-kali nak beli


Sunday, May 17, 2015

Ais tingkap vs air sirap selasih



Ini encik aiman lah punya pasal.
Tunjuk ais tingkap...femes in Penang.
Dah jauh berbatu2 iols nk ke Penang. Makanya iols beli biji selasih.buat air sirap. Minum dikala panasss...memang superb!. 

End of year kena g Penang! JJCM. Asyik cerita pasal makanan.
Btw suka sembang dgn beliau. Sbb suka cerita pasal makanan. Well iols kan kaki makan...





ini ais tingkap



Tuesday, December 16, 2014

JJCM : RESTORAN ZZ SUP TULANG, JB


kembali lagi JJCM bersama jiha.

Cuti kali ni ke Selatan kita! JB banyak tempat makanan yang menarik okey!

Lokasi kita adalah Restoran ZZ Sup Tulang
Kemain kau..Sarapan pagi kat sini.



suasana restoran yang sangat menarik. 
santai-santai je.
Mesra alam okey, Nyaman je.tenang je.
menikmati makanan di bawah pohon-pohon yang rendang.
Boleh pilih nak duduk kat kerusi yang ada atap, yang takde atap, nak duduk bersila ke bersimpuh pun boleh.





tak sah datang johor tak makan Mee Rebus.
famous menu kat sini Sup tulang, Mee Rebus Tulang, Mee Rebus Daging, Nasi ayam, nasi ayam penyet,


dan aku mengorder Mee Rebus Ayam!
ok not bad.Sedapp! 
Kuahnya pekat.sangat2 terasa.




my friends order Lontong kering + daging
not bad jugak.





Have a good try. Pastikan singgah ke sini jika ke JB.

Alamat : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : JKR Daerah, Jalan Petri, Johor Bahru
Tel : 012 7227209 / 013 7492671
Waktu Perniagaan : Di buka setiap hari dari pukul 7.00 am – 2.00 am



Sunday, November 30, 2014

JJCM : Kafe Santan & Keju


JJCM lagi yoooo..
makanan dan saya berpisah tiadaaa
lagi satu gambar dan jiha pun berpisah tiada....

Tak plan pun nak keluar ke apa.
Just teman Cik Puan Eleyna amik album wedding.
Hencik Photographer xsampai studio. Makanya pusing-pusing dulu,
"Laparlah....."

Jom Makan. 
Eleyna bawak g Kafe Santan & Keju. Pernah pergi sebelum ni tapi tutup. 
Hari ni bukak. alhamdulilah.boleh try makan.



Kenapa namanya "Santan & Keju"
Mungkin sebab ada gabungan makanan Malay dan Western kot. Kot lah.
Lupa nak tanya owner kafe.

Ada macam-macam makanan menarik seperti Nasi Lemak, Mee Kari, Spagheti dan so on

decide makan nasi sizzling ayam pedas + fresh orange

OK! ni lah Nasi sizzling ayam pedas.
Memang betul3 pedasss okey




Review saya
ok. not bad.sedap. Boleh diterima. Next time try menu lain pulak.
Dengar katanya Nasi Lemaknya sedap.



Lokasi : Sg Besar.
Kafe ni tingkat 1. Carik deretan kedai2 Cat nippon Paint.Nanti nampak nama kedai " Kafe Santan & Keju"
Jalan Panchang Bedena. 





Sunday, November 23, 2014

JJCM : Mee Rebus Mastan Ghani Teluk Intan


JJCM Lagi..
Maafkan sayaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
 Bila namanya cuti sekolah Instagram dan Facebook aku akan penuh dengan gambar makanan! Makanan okey

Bukan tak makan langsung kat Sarawak tu tapi kurang berJJCM dan makanan feveret aku susah nak jumpa di sana. Eh yeke? Tak kene dek tekak mungkin.

Teruskan JJCM.
Kali ini kita Perak yobb!
Melayannkan birthday girl Cik Fazilah.

Fazilah kata nak makan mee rebus. Pernah tengok shamsul ghau ghau makan dekat TV katanya.
Aku tak tengok makanya tak tahu mana kedainya. Jadi diri ini mensuggest makan di Kedai Mee Rebus depan The Store T.Intan. Tak pernah tau apa namanya. Pergi situ punn sebab abah yang ajak makan Mee Rebus.

Setibanya di situ..rupa-rupanya nama kedai 
Mastan Ghani Mee Rebus & Rojak.


kami order Mee Rebus, ABC dan Air Laici
ini lah Mee Rebusnya. 


dan dan ABC




myreview

Mee Rebus : Sedap!! Kena dengan tekak aku. Ramuan dalam Mee Rebus cukup. Siap ada telur rebus sebijik ( walaupun aku tak makan telur tu)

ABC : Sedap jugak. ABC simple.so so lite lah, Nampak jagung tu menyelerakan.



ok.Kalau ke Teluk Intan tu boleh la singgah ye.
Lokasi senang. Betul-betul hadapan The Store Teluk Intan 


Sunday, November 2, 2014

JJCM : MEE Udang Simpang Nyabor


food review.
Yes sy food lover.Suka JJCM dan kaki jalan.
Sementara masih di Sarawak meh kita explore makanan di Sarawak
Sarawak femess dengan Laksa Sarawak. 
Tapi..tapi dan tapi can not go la dengan laksa sarawak. Tak boleh masuk.Tak kena dengan selere i.


Semalam ke Kabong. Family day sekolah. Otw balik singgah ke Nyabor.
Nak try Mee Udang kedai lain pulak. Nasib tak menyebelahi kami. Kedai biru tutup! Dah petang.
Jadi kita try kedai lain plak.

Taraaaa....memperkenalkan Mee Udang



OK.Not bad.Sedap. Kuahnya boleh kata pekat jugak, ada 3 ekor udang besar.
Berbaloi la makan. Alhamdulilah kenyang.
Harga RM 25

inilah rupa udang2 yang telah dimakan oleh kami berlima.



inilah rupa kedai Mee Udang tersebut. Takde nama kedai pun.
kedai biasa2 saja. Well kedai biasa2..buruk2 tu yg selalunya jual makanan sedap.


Nak share beberapa entry JJCM di Saratok dan sekitarnya

Sunday, September 28, 2014

JJCM : PECEL LELE


JJCM lagi. Well balik semenanjung katanya. harus makan2.
Camne nak kurus jiha? Suka makan je!

This time not plane pun.
Adik daftar masuk UKM bangi. Nak dijadikan cerita keluar carik barang kejap.
Adik kata g hentian kajang! 
Terus teringat roomate puan Nana. Nana selalu cakap pecel lela kat Hentian Kajang sedap.
Jadinya gigih mencari dan terjah. Senang je lokasi

ok.Ini lokasinya.


dah nama kedai pun Pecel Lele.
Mesti menu istimewanya Pecel Lele dak?
Ok order 1. Tapi untuk adik aku.

inilah rupa pecel lele.


nasi ayam penyet


Order ayam penyet untuk diri sendiri.


my review.
Ayam penyet sedapppp...ayam sgt lembut
Ikan keli @ lele pun sedap..
Nak habakk ni..pedasssss sambalnya tu. 
Dah macam menangis makan tu. Pedasss tapi sedap.


Kepada penggemar makanan seperti aku. sila lah berkunjung ke sana
Selamat Mencuba







Wednesday, September 24, 2014

JJCM : Chicken Chop @ Rocka Paloza Sabak Bernam


JJCM kali ni edisi khas tempat sendiri.
asyik tempat jauh2 je.


Setiap kali balik Semenanjung mesti luangkan sedikit masa untuk ex bos sy TB n Raisha member's
ini lah ex bos saya yang super suka membebel.mintak belanja dan macam2 lagi.



mama lia & farhan


Balik cuti september ni agak keRushingan. Banyak benda nak uruskan.
Last minit plan lepak sini sajo


i order ni. lupa apa namanya.
Ok sedap. Takde kedai yang jual chicken chop kat Sabak Bernam ni.
RM8.00

and ini TB yang suka sgt makan chesse order.
RM9.00


Lokasinya di Gerai MDSB (menghadap parit).Sebelah dengan panggung wayang lama.
Waktu mula perniagaan : 6.00pm


# Selamat Mencuba

Sunday, August 31, 2014

JJCM : Mee Goreng Udang


JJCM.
Lama x JJCM. Bagi penggemar makanan seperti aku memang suka update pasal makanan.
Cmne nak kurusss jiha..Haihhh.

JJCM kali ini Mee Goreng Udang.
Tempat..di Saratok saja.


To me not bad.OK lah.
Boleh diterima dek tekak aku yg kemain kadang demand!
Hiks.

Harga : RM12


Anyone dtg Saratok boleh la try!

Saturday, August 9, 2014

Fresh from oven : Resepi Famos Amos


Lama tak update blog!
Lama tak update segmen jom ke dapur. Saya agak kebizian hokey!

Famos Amos
Di kala ini tengah makan cookies ini.
Aku tak suka makan coklat kot.
Tapi suka semua yang berasaskan coklat. Feveret cake pun base in choclate. Cookies lagilah.
Saya penggemar cookies!

Jemput makan semua!
Sedap dan senang. Crunchy! Boleh jimat! Rasa lebih kurang sama macam beli kat Famos Amos




Ok nak share resepi dengan pembaca sekalian.Eh gaya macam ramai pulak baca blog kau jiha!


Bahan-bahan: 

1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian mesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (brand Hershey/ apa2 brand)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts ( boleh walnut, almond & hazel) - optional
1 s/k vanilla


Cara: 

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak yang sesuai.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius





Selamat Mencuba!
Jumpa lagi diresepi lain.




Monday, June 16, 2014

JJCM : ABC Frado

ABC Frado.
Lokasi food court seksyen 2 Shah Alam. Berhampiran dengan Uitm.



This is 2nd time. JJCM sebelum balik bumi bertuah Sarawak untuk mencari rezeki katanya.
Penggemar makanan dan minuman macam aku memang ak pergi tempat2 yang menarik untuk dicuba makanan itu.Ececeh. 
this time mak abah. Seperti biasa tempat ni memang ramai orang. Datang2 xde tempat nak duduk. Tunggu jugak lah.

Alhamdulilah.dapat makan ABC special frado. Apa perbezaan ABC Frado dengan yang lain?
Anda harus mencubanya.
review aku..memang berbeza dengan yang lain. Cuba tengok gambo ok!Haha.
 ABC frado ada kacang,laici,anggur,wafer, aiskrim dan macam2 lagi.
yang penting sedapppppp!
Sila cuba sendiri!

harga : RM3.50 

Dekat food court tu banyak kedai lain.Nama pun food court kan.
Berhampiran kedai ABC Frado ada kedai jual Satay Ikan!
Jom makan. Makan lagi!


Harga : 5 cucuk RM 2.00



ok.jumpa lagi di next JJCM.
=)




Friday, June 13, 2014

JJCM : Klebang Original Coconut Shake


Feberet saya tu Coconut shake!
Travel ke Melaka wajib singgah ke sini, Klebang Coconut Shake.
Alhamdulilah akhirnya berjaya sampai sini setelah berpusing-pusing dan bersesat-sesat mencari. Mekaseh BFF bawak i datang sini. 

Untuk yang pertama kali datang mungkin akan terlepas tempat ni macam kami! Sebab dari luar tak nampak pintu gerbang bawah ini.
dari luar akan nampak sign board Klebang Original Coconut Shake dan kiosk yang untuk take away coconut shake tu. Memang nampak ramai-ramai berbaris. Tapi tertanya-tanya kat mana orang duduk minum itu. Rupanya kena masuk dalam!



OK sampai! Mari mengoder dan minum!

So heaven ok! Sangat sedap. well my feberet kan. Memang sangat heaven minum dikala cuaca yang panas.
Kami sampai dalam pukul 6. Pukul 6.30 petang tutup ye! Jadi sila datang sebelum 6.29 ptg.

Coconut shake ini berharga RM2.20.
 Berpatutan.Sesuai dengan rasanya.


ini namanya muka puas hati dan bahagia dapat coconut shake.
TQ best friend!


Lokasinya ....
Along Jalan Klebang Besar (akan nampak kiosk original coconut shake dan ramai orang berbaris nak beli) (next to Caltex Petrol Station)
Opens: 12.30pm-6.30pm daily 
(Friday: 2pm-6.30pm)
GPS Coordinates: N 2 12.984E 102 12.292



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat