Tuesday, May 31, 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !


rokok

Segmen dari BEN ASHAARI. Klik nama beliau untuk maklumat lanjut~
31 Mei merupakan Hari tanpa tembakau sedunia
So Katakan TAK NAK pada ROKOK!!
Siapa yang merokok? Aku memang benci korang OK!


Aku sgt ALERGIC dengan perokok. Penah satu masa kawan aku baru je beli rokok kat kedai dan dengan bangga aku terus ambik, pijak dan buang dalam tong sampah! Wehuuu! Jahat betul aku kan. Bukan jahat lah TAPI aku tak suka la dengan perokok2 ni.

Bukan ke rokok tu membahayakan kesihatan. One of my frend masa keja part time dekat Jabatan Perangkaan meninggak gara-gara merokok. Dia memang seorang perokok tegar!. Dah lama merokok. Punca dia meninggal sebab rokok. Habis paru-paru dia. Wahai perokok sekian korang nak jadi macam arwah kawan aku jugak ke? Sila sayangi diri korang OK!

Lagi satu merokok membazir duit jerk!. Baik belanje aku makan McD ke Pizza ke. kan ke lagi bagus!


p/s: wahai perokok-perokok. Sila lah berHENTI merokok sekarang!








Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip



banner mid-year GA

Mid-year giveaway by Nisa Menaip.
Maklumat lanjut pergi usha blog dia ok!

Banyak hadiah menarik tau! Macam-macam ada.
Jom Join. Ada rezeki boleh jadi salah seorang pemenang kan.


 **wajib tau letak nama sponsor-sponsor giveaway ni. mereka adalah :



tarikh giveaway 31 Mei 2011 - 6 Jun 2011





Kadar Baru Tarif Elektrik



PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.

Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun itu dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuat kuasa pada tarikh sama.

Menurut beliau, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan minimum kepada kadar inflasi iaitu sebanyak 0.27 peratus.

Katanya, pihak yang menggunakan antara 301 hingga 1,000 kWj sebulan atau 23.5 peratus pengguna domestik pula mengalami kenaikan bil elektrik antara RM0.07 hingga RM30.30.

“Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200 kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.

“Pengguna industri voltan rendah termasuk pengusaha memproses makanan kecil-kecilan pula mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, tarif industri khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi lima peratus daripada kos operasi masih dikekalkan.

“Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang rendah walaupun jurang perbezaannya dengan kadar industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selari dengan dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap.

“Kerajaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat untuk menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga,” katanya.

Berikut merupakan maklumat penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan Peter Chin hari ini, iaitu:

* Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.

* Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.

* Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.

* Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.

* Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.

* Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.



sumber : Utusan Online 31/5/2011


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat