Wednesday, January 5, 2011

:: kumpulan kebaikan ::

Tajuk :
Kumpulan Kebaikan
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.”
 
(Muslim)

Huraian

Masyarakat Islam adalah seperti satu jasad yang setiap anggota akan merasai apa yang dirasai oleh orang lain malah mereka juga bersama-sama berkongsi kegembiraan. Maka antara yang menjadi kewajipan penting seorang Muslim ialah agar segera melepaskan kesempitan yang dialami oleh saudaranya. Dengan cara ini masyarakat yang sempurna dan tolong-menolong dapat diwujudkan. Sebaliknya mencari-cari keburukan orang lain dan menyebarkannya pula adalah satu tanda kemunafikan kerana disebabkan perkara tersebut sesuatu kejahatan yang dilakukan itu boleh menjadi pemangkin kepada orang yang sepertinya agar lebih agresif dan liar dengan kejahatan hingga seluruh masyarakat menjadi rosak. Sesungguhnya balasan Allah SWT kepada makhluk-Nya adalah dalam bentuk yang menyerupai amalan yang dilakukan itu.

:: tetap pendirian ::

Tajuk :
Tetap Pendirian
Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”


Riwayat Ahmad


Huraian
1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.


2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.


3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.



sumber: JAKIM

:: software vs hardware ::


software vs hardware!
motif aku tulis atas tu kenapa ek?
title aku bagi sempena aku masuk kelas Sistem Maklumat Pengurusan tadi. Ini adalah paper minor yang aku ambik semester ini. Masuk kelas ini teringat kelas akaun semester lepas. Sikit aje bilangan pelajar 17 orang kot!aku dengan 3 orang lagi je senior! yang lain junior semester 4.Yang interestingnya ada 2 orang exchange student from China!
Paper ini di ajar oleh Pn Thuraiya. Ok dia ajar! Best jugak..
Sesi pertama kelas, kami dah kena jawab soalan
OMG! belum belajar dah kena jawab soalan? Kuiz ke?
Eh!! tak la.Soalan tu diberi nak tengok setakat mana pengetahuan tentang IT. Sebenarnya kitorang berpengetahuan jugak SEBAB betul lebih satu soalan daripada 35 soalan. Lalala. Macam tu pulak!


p/s: besok nak terjah library carik buku IT! menambahkan ilmu di dada~


::terima kasih nuffnang ::


terima kasih nuffnang!
mula-mula dulu takde Bufering Earning langsung, sekarang alhamdulilah...dah banyak jugak! dah jadi Metered earning pun. 
hah!Buffering earning tinggal satu campaign aje.En Nuffnang bila nak bagi campaign baru yer??

tak lupa juga terima kasih jugak kepada visitor-visitor blog saya.Tanpa korang blog aku sunyi aje.takde traffic la. Terima kasih OK!Esok-esok aku belanje eskrem~lalala.



:: Petrol RON97, minyak tanah naik 10 sen ::



KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter. 
Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.



sumber: myMetro

:: hari pertama kuliah ::

3/1/2011~Isnin~hari pertama kuliah

Dengan semangat yang berkobar-kobar pergi kelas bersama iqa beary & ifa. Sempena tahun baru semangat pun baru nak mulakan kuliah. Tapi macam biasa  hari pertama lecture tak masuk!~~Encik-encik lecture & Puan-puan lecture lain kali bagitahu awal-awal kalau tak nak masuk yer!

Mengikut jadual semester ini, kuliah aku isnin,selasa,rabu & jumaat!~ Khamis cuti OK!! Holiday!

Isnin ada dua kelas [1] Pendidikan Keusahawanan & Perdagangan [2] Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2. Dua-dua kelas lecture tak masuk! Setengah jam datang kelas lepas tu balik rumah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat