Sunday, March 4, 2012

#Artikal Pilihan : Bertunang, Antara Disiplin Dan Adab Yang Terabai



Hello Readers!
Artikal yang menarik aku rasa. Jom baca.
Klik nama di atas untuk ke blog beliau.


gambar sekadar hiasan


Bertunang adalah salah satu tuntutan di dalam islam, ianya adalah sebagai satu permulaan kepada setiap pasangan untuk mengenali antara satu sama lain. Namun di alam era serba canggih kini, kita sering mengabaikan displin dan adab – adab semasa bertunang.

Ramai yang salah faham mengenai konsep bertunang, bagi mereka apabila sudah bertunang maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Bebas berdua – duaan, bebas bergambar bersama, bebas keluar ber'dating' dan sebagainya. Islam tidak mengajar umatnya sedemikian, zalim pada diri sendiri dan zalim pada orang lain. Agama islam adalah syumul, adil serta cantik aturannya.





BERTUNANG

Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.

Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan) .


Antara adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian :

Adab dalam bergaul

Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :

1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan

2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "

3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.

4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.

5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan
apa saja.

Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan.


Tempoh pertunangan

Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:

1 . Dalam tempoh pertunangan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasanga itu sendiri.

2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya .

3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.

4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.

Serta banyak lagi

Akhir kalam, jaga hati, jaga iman, jaga ahlak, jaga amal dunia dan bekalan akhirat jangan fikir apabila telah bertunang kita "bebas" melukakan apa - apa sahaja. Ingat bertunang itu belum tentu lagi si "dia" akan jadi milik kita, kecualilah apabila di ijab kabulkan barulah si "dia" betul-betul milik kita.

" Apabila salah seorang daripada kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk berkahwin, maka lakukanlah!" (HR. Abu Daud)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat