hello readers!
apa khabar? sihat ye!
Update makanan & resepi lagi.
Aku yang sangat-sangat malas masak memasak ni sekarang jadi tersangat rajin. Sampai abah pun pelik.Macam-macam dibuatnya kan!
Untunglah sedara mara aku dan kawan-kawan mak aku. Dapat makan free. Umah aku takde orang jadi aku pun bagi lah diorang rasa. Dah macam ala-ala food teaser pulak kau!
Terus kepada resepi. eceh dengan gaya macam seorang chef.
sila abaikan rupa bentuk yang tak cantik tu. rasanya sedap!
Ok ini resepinya.
sumber resepi adalah dari Homekreation dan Jari Intanku
dan aku modify jadi seperti resepi di bawah
Bahan-bahan:
1 cawan kacang merah [direndam sejam direbus hingga kembang dan masak]
1 paket agar agar [direndam sekejap sebelum direbus]
1.5 liter air
gula [ikut manis yang disukai]
2 helai daun pandan.
pewarna merah jambu [tak nak letak pun takpe]
sedikit gula batu
Cara-cara :
Rebus kacang merah sehingga kembang. Tunggu sejuk then blender.
Masak agar agar bersama gula dan juga 1.5 liter air dan daun pandan.
Bila agar agar sudah larut masukkan kacang merah yg sudah siap diblender tadi.
Masukkan gula batu dan sedikit pewarna.
Masak sehingga betul betul mendidih.
Angkat dan masukkan dalam acuan yang sesuai.
Sejukkan.
Pesanan penulis :
1) Tunggu kacang merah sejuk baru blender. kalu tidak rosak pulak blender mak kau!
2) Pewarna merah jambu tu option tau. tak nak letak pun boleh! ak saja je letak.
3) Letak gula batu sikit. so agar-agar cepat keras/beku .
Selamat Mencuba!
1 kesan tapak kaki:
BEst masak-masak ni, cuma nak mula dan membeli bahannya la prob sikit. huhu.
Post a Comment