Monday, November 8, 2010

l-l Pelajar cipta kereta lumba logam terbuang l-l

Pelajar cipta kereta lumba logam terbuang


BESUT - Walaupun tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai bidang automotif, lapan pelajar dari Kelab Rekacipta dan Inovasi, Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut, berjaya mencipta sebuah kereta lumba diberi nama BIRT 1.

BIRT 1 yang dibina menggunakan bahan logam buangan itu digerakkan dengan enjin motosikal yang mempunyai 135 kuasa kuda. Kosnya sebanyak RM10,000 adalah hasil tajaan beberapa syarikat swasta di daerah ini.

Pengarah IKM Besut, Mohd. Zaid Haron berkata, usaha mencipta kereta lumba itu merupakan inisiatif kali pertama pelajar institut itu sejak ia dibuka pada tahun 80-an.

"Yang menakjubkan ialah kemampuan lapan pelajar dari pelbagai kursus dan kejayaan mereka membina kereta lumba itu amat dipuji kerana kita tidak menyediakan kursus bidang automatif kepada pelajar," katanya.

Rekaan itu menyertai Program Varsiti Race yang diadakan di Litar Batu Gajah, Melaka, pada bulan lepas.

"Walaupun tidak berjaya memperoleh sebarang tempat, ia menjadi pembuka jalan kepada pelajar untuk terus memperbaiki mutu hasil ciptaan mereka di masa depan," katanya. - Bernama




l-l Edisi kenangan lalu l-l


"edisi kenangan lalu"
mase berlalu begitu pantas
macam semalam baru kenal mereka-mereka ini( seperti dalam gambar di bawah)..macam malas nak taep name diorang..EH jiha!!! sejak bile kau malas nie??.....Ok..aku taep...Sbb aku sygkan mereka. Mereka lah "Geng Motor Sekolah" mase f6 dulu...

::ahli "Geng motor sekolah"::
  1. Nur Najiha Mahfudz [ jiha ]
  2. Norfazlina Ahmat [lina]
  3. Norsyafadhillah Mohd Nasir [ syafa ]
  4. Nur Eleyna Sharif [ eleyna ]
  5. Nurul Hazwani Hamzah [ wanie ]
  6. Nurul Huda Fadzil [ huda ]
  7. Nurul Ain Zahra Bahari [ ain ]
  8. Nor adilah Mohamad Nor [dila]
  9. Choo Chai Yin [ Chai yin ]

dari dunia berbeza,sekolah asal berbeza...di SMK Ungku Aziz kami berjumpa.....
di situ segala2nya bermula!
suke dan duke...riang gembira tak terkate...
really miss mase itu!
kalau la boleh ku undurkan mase...kan best....

alamak tibe2 sedih pulak diingat kembali..
cukuplah!! mood sedih dtg..
nnt sambung lagi ok...
meh tgk picture kami!
















l-l Air kosong itu penawar pelbagai penyakit l-l

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
sumber : iLuvIslam.

::: moralnye: banyak2 la minum air kosong OK!baik utk kesihatan anda..









jodoh-mencari yang terlalu sempurna


Jika kamu memancing ikan...

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

- Artikel iluvislam.com








l-l bergosip2 dgn cik Kaisaranadia l-l




2 hari lepas aku bergosip2 dengan Cik Kaisaranadia...
macam tak percaya pulak aku dok bergosip dgn dia
sape itu Cik Kaisaranadia????....
sape tahu sila angkat tangan cepat!!!.nnt aku belanje eskrem Baskin Robbin....Cepat!!! Cepat!!!OK! takde yg angkat...secara rasminye aku akan makan sendiri!


:::Cik kaisaranadia tu kawan saya... "kaisaranadia" tu name blog die...name dia Norsyafadhillah Binti Mohd Nasir.ambik ko..name penuh aku tulis haa...dia kawan saya sejak kecik!..sejak sekolah Tadika Kemas. Pastu sekolah rendah pun same...Sekolah menengah pun..TP mase f4 ko tinggalkan aku.F6 ala2 jejak kasih pulak..jumpe kat sekolah SUA... Seingat aku yg belum pernah hilang ingatan ni..dolu2 mase kite kecik2 tak rapat pun kan! macam tak kawan pun..ah tak kisah la~ janji sekarang aku kawan ko.

macam tak percaya aku bergosip dgn kau~
gosip kah tue...ape2 jer lah..

kisah bermule bila aku nampak cik kaisaranadia on9 Ym dia...agak jarang nak nampak minah ulat buku nie on9 ym dia..klu dia on9 pun invi aka menyorok dgn aku kot...sampai hati kau kalu buat camtu kat aku...ak tak nak kawan kau seminit!....


ok..sambung balik.......


nampak je cik ulat buku ape lagi...buzz la!! dah kalu aku tggu cik ulat buku buzz aku ntah bile..mau-mau 3 tahun lagi kot~haha!!!....
mule la bukak cerite~~[ tak boleh tulis sini..kang ade yg sensitip pulak..dah jadi kes lagi ]...

nasib ade ym ***FB....terime kasih YM!!!!terima kasih FB!!!boleh la bersembang2...kalu nak harap jumpe...susah tu!!! sekarang dah jauh...alah!! jauh la sangat kan...macam la duduk oversea bunyinyer....bukan ape kekangan mase...






l-l kalaulah boleh hilang ingatan sekejap l-l



boleh tak kalau nak hilang ingatan sekejap???
boleh tak???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat