Monday, October 19, 2009

CABARAN ALLAH

CABARAN ALLAH

Dalam surah al-Baqarah ayat 2 Allah s.w.t. berfirman:


Kitab ini tida keraguan di dalamnya petunjuk kepada mereka yang mutaqeen

Dalam surah al-Baqarah:22 Allah s.w.t. berfirman




Sekiranya kamu ragu-ragu dengan apa yang telah kami turunkan
kepada hamba Kami, datangkanlah satu surah yang serupa dengan
nya, panggilah pembantu-pembantu kamu selain dari Allah kalau
Kamu orang-orang yang benar.


Dalam Surah Yunus:38 Allah s.w.t. juga berfirman:



(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: Dialah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh tentang orang-orang yang ragu-ragu dengan kebenaran al-Quran. Meragui al-Quran ini berlaku di kalangan orang yang dilahirkan Islam atau kalangan mereka yang bukan Islam. Di kalangan orang-orang yang dilahirkan Islam, ada yang percaya sebahagian dan menolak sebahagiannya. Umpamanya persoalan seperti (i). Apakah Quran sesuai dengan zaman moden? (ii). Apakah Quran boleh dilaksanakan dalam negara yang berbilang agama (iii). Apakah hukum-hukum yang terdapat dalam al-Quran ini masih boleh dilaksanakan pada masa kini, seperti hukum fara'id (pembahagian harta) atau hukum poligami. Mereka yang ragu-ragu kepada kebenaran al-Quran dicabar Allah agar menghasilkan satu surah yang serupa dengannya. Apakah al-Quran tidak boleh ditiru? Untuk mengetahuinya kita lihat terlebih dahulu Quran palsu dan surah-surah palsu.
Quran palsu atau nama asalnya "Furqan al-Haqq" merupakan sebuah buku yang didakwa oleh pengarangnya sebagai buku yang berjaya mencabar al-Quran. Para pembaca laman web berkaitan dengan "The True Furqan" dengan mengKlik laman web True Furqan di sebelah atas kanan laman ini.






(Kitab ini disebarkan di seluruh dunia. Penerbit (penulis/pengarang mendabik dada kononnya ia berjaya menyaingi Quran)

Kalau pembaca membaca laman web berkaitan dengan Quran palsu ini, kita dapati bahawa pengarangnya seoleh-olah mengatakan bahawa mereka telah berjaya menyaingi al-Quran sedangkan pada hakikatnya buku tersebut bezanya sangat besar dengan al-Quran. Antara langit dengan bumi dan sesekali tidak boleh dibandingkan pun!. Bilangan surah-surahnya hanya 77 surah dan bilangan ayat-ayat dalam setiap surah sedikit. Surah yang paling banyak ayatnya mengandungi hanya 31 ayat dan surah yang paling pendek mempunyai 5 ayat.
Bilangan ayat yang terdapat dalam Quran palsu ini, sekiranya dimasukkan ke dalam microsoft excel dan di bentukkan graf, graf taburan yang diperolehi bersifat bertaburan (rawak) dan tidak tersusun. Jumlah ayat. Jumlah ayat ini di susun mengikut nombor surah dari Quran Palsu dari surah pertama hingga surah ke 77. Graf taburan yang dihasilkan adalah bertabur . Ditunjukkan di bawah.


Graf taburannya bertabur tidak mempunyai satu bentuk yang tersusun. Cuba lihat persamaannya dengan taburan bilangan ayat berdasarkan kepada bab dalam Kitab Perjanjian Baru: Genesis. (Bible)





Taburan bilangan ayat lawan nombor bab dalam Kitab Kejadian (Genisis). Taburannya juga bersifat rawak. maksudnya kedua-duanya tidak tersusun dan tidak ada bentuk yang jelas!. Kedua-duanya sama sahaja, datangya dari tangan-tangan manusia.
.
Susunan al-Quran Berdasarkan Kronologi
.
Susunan berdasarkan kronologi bermaksud berdasarkan susunan ia diturunkan. Surah-surah al-Quran yang berjumlah 114 surah diturunkan selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari dan surah yang pertama diturunkan ialah surah al-Alaq. Susunan surah-surah al-Quran semenjak zaman Nabi hingga hari Qiamat tidak sama dengan susunan semasa diturunkan. Orientalis Barat dengan segala kelicikan mereka mengkritik hebat susunan al-Quran yang mereka dakwa tidak betul dan salah. Untuk menolak dakwaan mereka ini, jumlah ayat dalam setiap surah mengikut kronologi juga dimasukkan ke dalam Microsoft Excel untuk melihat taburannya. Taburan adalah seperti berikut:



Susunan surah-surah al-Quran menurut kronologi menunjukkan sifat yang rawak dan tidak menunjukkan bentuk yang tersusun. Namun sekiranya susunan al-Quran yang ada dimasukkan ke dalam Microsoft Excel untuk melihat corak taburannya, maka ia akan menghasilkan satu bentuk yang sistematik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat