Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Apam Mekar untuk kenduri kawin sepupu


#Apam mekar


Semalam cousinku kawin. Jadinya mak nak menyumbang something untuk majlis. Dalam family kami, bila ada majlis/kenduri mesti ada nk sumbang/bawak2 apa.
Dan inilah dia..
Untuk Majlis kawin sepupu.

 Sesiapa berminat boleh order.jangan malu-malu yer.Erk!







Saturday, May 19, 2012

::Apam Pisang::



#Entry kuih muih.
Macam lama tak update resepi. Takde masa sekarang nak campak2 bahan macam dulu.

Kali ni apam pisang. Selalunya buat Kek Pisang.Nak try buat apam pulak.
Seperti biasa dengan bantuan prof google untuk resepi yg best2.
Banyak resepi dan aku pilih dari blog Sinar Kehidupanku



ini hasilnya


Resepi Apam Pisang by Yati (Sinar Kehidupanku)


Bahan :

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 cawan gula
2 biji pisang ranum ( dilecek)
1 biji telur
50ml minyak masak
secubit garam

Cara :

Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


# Selamat Mencuba!




Monday, March 5, 2012

Rezeki.



Alhamdulilah. Rezeki Allah ada kat mana-mana. Betul tak.
Kalau kita usaha pasti ada.
Tak usaha memang takde. Jadi salahkan diri sendiri.
Ini cerita seminggu lepas. Eh dua minggu lepas kot!
Tender masak bihun goreng dan buat kuih!
Tender terus kau.
Masak untuk ceramah Maulidur Rasul dekat Masjid.
Masak 60 bungkus bihun goreng dan kuih.
Kuih karipap yg aku lupa nak ambik gambar! Sibuk sampai tak menyempat ambik gambor.
Apam Polkadot dan kuih putri ayu.

Syok jugak!








:: Tetiba aku  terjebak dengan dunia masakan! ::



Thursday, February 16, 2012

Keikhlasan itu penting!



Keikhlasan tu PENTING. Serius aku cakap kalau aku buat sesuatu tak Ikhlas mesti TAK JADI atau TAK SEMPURNA.
Buktinya masa aku buat Apam Polkadot kali kedua jumaat lepas. Mak aku suruh buat. Bukan nak makan sangat tapi sebab ada bahan. Sayang kan. Makanya aku buat. Jadi memang jadi tapi macam agak kurang cantik dan kurang kelembutannya. Apa kurang aku pun tak tau. Maybe telur aku guna bukan gred A atau tepungnya kurang atau apa-apa lah.
Bila aku fikir-fikir dan fikir masa aku buat tu kurang keikhlasan. Hah! itu lah sebabnya.
Kesimpulannya buat sesuatu kena ikhlas!






haa! nampak tu macam serabut aje! dotdot macam buruk je! Takpe PRACTICE MAKE PERFECT KAN.
OK la.sampai sini je untuk entry kali ini.




Sunday, February 5, 2012

::3:: Apam Polkadot



Naik entry pasal makanan lagi!
Entah sejak dua tiga dan empat menjak ni tiba-tiba suka pulak buat apam@kuih@kek.
Kena sampuk apa lah. Even tengah sakit. tak sihat.kaki injured pun aku bersemangat buat!
Ini gara-gara aku bukak blog-blog makanan lah. Terus je nak try buat.
Before ni aku takda inspirasi langsung nak buat-buat kuih ni melainkan biskut dan cookies.
Tu namanya tahap kerajinan aku dah meningkat sekarang. Boleh?

Semalam buat Apam Polkadot. Tengok gambar yer!
Guna bahan yang ada saje. Malas nak keluar carik barang. Cuba tengok apam tu hanya warna kuning, merah dan hijau. Sebab 3 warna tu je yang mak aku ada dalam stok dia.Besok2 aku nak beli macam-macam warna! Meriah kau.

Aku ambik resepi dari satu blog ni : Sinar Kehidupanku dan tuan blognya kak yatie
Jom tengok resepinya. Senang je tau.






Bahan-bahan

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna


Cara-cara 
  1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang 
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja 
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan 
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. 
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

:: Selamat Mencuba ::


sumber : Apam Polkadot by yatie 




Saturday, February 4, 2012

::2:: Apam Mekar @ Apam Cantik Manis versi kedua


Sebelum ni aku ada update pasal buat apam mekar @ apam cantik manis @ apam senyum.
Kali ni update kedua. Resepi lain. Aku telah mentranformasikan resepi! Hebat kau!

Ok.Malas nak merepek panjang-panjang.
Ini resepinya.

Bahan-bahan:

• 250 gm tepung gandum
• 230 gm gula castor
• 2 biji telur
• 1 cawan aiskrim soda (minuman bikarbonat)
• 1 sudu teh esen vanila
• 1 sudu teh ovalette
• sedikit pewarna kegemaran


Cara-cara :

[1] Pukul gula, telu dan ovellete sampai kembang.
[2] Dah kembang, masukkan esen vanila.
[3] Then masukkan tepung dan air aiskrim soda secara berselang seli.
[4] Bahagikan kepada 2 bahagian untuk base dan top (agak-agak ye ). Masukkan pewarna dan kacau sehingga sebati.
Top aku buat warna merah.Kalau nak buat warna warni pun boleh. Ikut suka ok. Serabut lah banyak-banyak warna.
[5]Masukkan adunan base dalam papercup sampai penuh. Then yang top (warna merah).
[6] Ambik lidi & buat pusaran pada bahagian top. So nanti akan nampak cantik dan bercorak.
[7] Kukus selama 15minit dengan api yang kuat. Harus diingat panaskan pengukus dulu!


Hah ini lah rupanya! Gambar tak cantik sebab kamera takda. Henpon canggih rosak. Ni pakai henpon muarh mak saje!





:: SELAMAT MENCUBA ::



P/S: Entah sejak bila aku suka buat kuih. masak-masak ni. 



Thursday, February 2, 2012

::1:: Apam Mekar @ Apam Cantik Manis


Apam mekar kot namanya! Tapi aku panggil apam cantik manis!
Aku sangatlah suka apam ni. Nampak je kat kedai mesti beli. Biasanya bulan puasa je aku nampak banyak kat kedai. Tapi tak semua yang aku beli sedap.Kadang.tak sedap.

Entah kenapa tiba-tiba last week nak buat! Tak pernah buat ok!
Gigih google resepi. Macam-macam gaya tengok orang buat. Lastly ikut resepi coursemate kesayanganku si cantik  Faeizah Murith.
Percubaan kali pertama.Ok! Mak, Abah, Adik, Kakak aku & abg ipar aku kata ok.
yes!





Saya yang terasa nak buat atau makan.
Silakan tengok resipi dan do it yourself! 


Bahan-bahan: 
6 biji telur
500g tepung gandum (ayak)
500g gula pasir
1 susu besar ovellete
1 tin air aiskrim soda
1sudu besar vanilla esen
pewarna( ikut suka)
papercup saiz besar/ kecik (ikut suka)

Cara-cara : 

[1] Pukul gula, telu dan ovellete sampai kembang.
[2] Dah kembang, masukkan esen vanila.
[3] Then masukkan tepung dan air aiskrim soda secara berselang seli. 
[4] Bahagikan kepada 2 bahagian untuk base dan top (agak-agak ye ). Masukkan pewarna dan kacau sehingga sebati.
Top aku buat warna merah.Kalau nak buat warna warni pun boleh. Ikut suka ok. Serabut lah banyak-banyak warna.
[5]Masukkan adunan base dalam papercup sampai penuh. Then yang top (warna merah).
[6] Ambik lidi & buat pusaran pada bahagian top. So nanti akan nampak cantik dan bercorak.
[7] Kukus selama 15minit dengan api yang kuat. Harus diingat panaskan pengukus dulu!

note : 1]sentiasa lap wap pada penutup pengukus.
         2]gunakan mangkuk kecik/ apa-apa benda sebagai pelapik papercup.

SIAP! Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat