Thursday, March 1, 2012

Penyata KWSP


Hello readers!
sudah baca entry before entry ini. Ala yang bertajuk Interview tu.
klik SINI untuk baca.

Keluar lif terus nampak ofis KWSP.
Dah lama niat nak amik penyata. Tapi tak jadi-jadi sebab tak g PKNS Kuala Selangor.
Pejabat KWSP terdekat kat Kuala Selangor. Nak cetak online tak boleh.
No akaun aku tak ingat!

Ambik no giliran dibawah.


after 5 minit staf KWSP melayan diriku dengan baik sekali.Sopan santun kau!
Sangat puas hati dengan perkhidmatan mereka.
Dan akhirnya dapat penyata KWSP!
Wohooo! Banyak jugak duit aku. 
Itu masa kerja dengan Jabatan Perangkaan 3 tahun lepas!




:: terima kasih membaca ::




Interview!


Hello readers!
Selamat malam semua. sihat hari ni?

Semalam aku pergi interview Jabatan Tenaga kerja. Untuk jawatan Pembantu tadbir perkeranian/operasi.
Jawatan ni PSH. PSH tu pekerja sambilan harian. Gaji dibayar secara harian! 
Aku dapat call suruh pergi interview. Memandangkan sekarang ni berstatus penggur terhormat pergi jelah.
Spesifikasi kerja pun lebih kurang macam keje dengan perangkaan dulu.
Tak salah mencuba! Boleh timba pengalaman.
Ada rezeki Insyallah dapat.

Aku kalau cakap interview je terus nebess tahap dewa.
Dok berfikir apa nak ditanya la apa lah. Mak aku suruh baca buku. Aku tak tau nak baca apa.
Memang tak baca apa aku! Hebat kau!

Tiba hari interview. 
Rabu. 10 pagi. Pejabat jabatan tenaga kerja Kuala Selangor.

Wohoo..masuk je terus sejuk macam ada dalam peti sejuk.
Nama kene panggil. Time tu selawat banyak2.
Dan alhamdulilah. Selamat diinterview. Alah macam sembang2 je aku rasa!

Pertamanya : Sila kenalkan diri.
Kedua: Cerita pengalaman kerja yg ada
Ketiga : Apa ciri-ciri dan kekuatan yang aku ada.
Keempat : Sembang-sembang!

Tu jelah.




:: ambil peluang yang ada! Jangan terlalu memilih kerja ::
Selamat beramal




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat