Hai semua!
Dah lama tak update masak memasak dan campak-campak bahan.
Sejak tolong mak cik aku kat kedai, xde masa nak mencampak-campak bahan jadi satu resepi.
Kali ni nak try buat brownies! First time yer. Sesunguhnya aku tak pernah terfikir nak buat.
Ni semua gara-gara kakak aku. Dia buat. Terus lah nak cuba sendiri.
Here aku kongsikan resepi. Resepi yg simple aje!
Sila abaikan gambar yang kurang cantik lagi menawan.
first trial katanya kan. harus lah terima kekurangan.
lain kali buat lagi.mesti cantik.
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang - kisar dahulu
1/4 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/3 cwn minyak masak@butter cair
1/2 cawan chocolate chips
Cara-cara
Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
p/s: sapa yg nak copy resepi ini sila ambik dan credit kpd sy.mekaseh!