Thursday, September 6, 2012

Cik Raudhah & buku.



Disebabkan entry raya semua panjang-panjang jadi.aku publish yang pendek-pendek dulu.
Cik raudhah lagi.
Since dalam album gambar banyak muka Raudhah yang pose ala-ala model gitu.
Ini pulak Raudhah & buku.



Gambar ni menampakkan Raudhah macam tembam. Budak kecik ni kuat makan sekarang. 


Ini pulak dengan buku. Masa ni dia tengah baca KAMUS BERGAMBAR. Bacalah sangat.
Untuk pengetahuan semua Raudhah sangat suka dengan buku dan bunyi ngaji-ngaji. Tak payah belikan mainan ke anak patung ke memang dia tak mau.
Permainan yang disukai adalah lego.


Ok sekian.
#Happy blogging semua.






#PUDING MARBLE



Salam semua!
Wehuu...nak update pasal makanan lagi. Kepada sesiapa teringin nak makan selepas tengok gambar di bawah silalah buat sendiri. kalau rumah dekat aku boleh buatkan!
Sonang aje.


Ini namanya Puding Marble.


Bahan-bahan:

4 keping roti ( tak kisah high 5/gardenia/apa saja.aku guna gardenia)
2 biji telur
1 peket serbuk agar-agar (aku guna yang ni.entry susahnya nak cari)
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
2 sudu besar butter
3 1/2 cawan air
3 sudu gula
2 sudu besar coco



Cara-cara :


1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar-agar &gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yg sudah didih.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. kacau cepat2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis/ me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding ni mudah sejuk/membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.  
Boleh makan.Sedap! dan sejuk.


#Selamat mencuba!
Sila abaikan rupa puding aku yang tak berapa nak cantik yer!




[MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)


Aku suka lagu ni.
OST Adam & Hawa.
Ceritanya dekat Astro Mustika HD. Dan umah aku takde.tak dapat tengok!







#Mutiara Kata 13





Menangis bukanlah kelemahan, tapi tanda kejujuran hati. Tiada pemandangan yang lebih indah, daripada Anda yang sedang menderita atau disakiti, tapi tetap bermanja hati kepada Tuhan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat