Saturday, February 9, 2013

Aroi Lokcing.



Lokcing
Aroi Lokching.
Pernahkah korang dengar nama tersebut.
Pertama kali mendengar nama Lokcing masa seminar Dr Azizan Osman dekat De Palma Shah Alam.
Kalaulah tak pergi seminar tersebut sampai sekarang agaknya tak tau.
Masa tu founder Aroi Lokching House buat sharing atas stage.
Impress giler masa tu bila dia buat sharing dan terus teringin nak tau apa ke bendanya Aroi Lokcing ni.
Balik terus goggle.Gigih kau! Mr Google selalu memberikan jawapan. Betul tak?
Oh! Aroi Lokcing ni buat Steamboat Grill. Nampak menarik!
Terus teringin tahap dewa nak rasa macam mana Steamboat Grill tu.
Cuba untuk merasa di mana kiosknya ada. Tapi tak berjaya-berjaya.

Sampai satu hari, bos tempat kerja kata nak bukak Aroi Lokcing ni dekat area Sungai Besar.
Terus excited! Lebih-lebih pulak kau! Support katanya kan.

Inilah dia Lokcing.

LOK CHING merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Kelantan. Namanya agak unik kerana ia bukan istilah atau sebutan dalam dialek Kelantan tetapi dipercayai berasal daripada bahasa Thailand. Bahan utama untuk membuat lok ching ini adalah isi ikan.Nama Lok ching di ambil dari perkataan thailand "บอลเบิร์น " yang bermaksud "BEBOLA BAKAR".


Ramuan asas Lok ching adalah Isi ikan/daging/ayam/ketam/udang yang dikisar dan diadun bersama tepung kanji, garam dan dibentuk bulat seperti BEBOLA, atau bentuk BENTUK UNIK LAIN. Lok cing mentah akan dicucuk pada lidi dan DIBAKAR di atas bara api. Setelah masak, ia akan dicelup ke dalam SOS THAI ISTIMEWA. 




Dan inilah rupa lokcing yang siap sedia untuk di makan.
Ia berasaskan ikan.
Bagi aku rasanya macam keropok lekor. Tapi lebih sedap. Mungkin ramuan yang digunakan sedikit berbeza dengan keropok lekor.Dan bezanya lagi lokching ni bentuknya kecik-kecik dan comel.
Lokching ni kite akan makan dengan sos. Ada dua jenis: manis dan pedas. tapi aku lebih prefer yang manis.
Dan sebenarnya tak payah makan dengan sos pun dah sedap. Thumbs up!
Serius sedap!


Aroi Lokching menawarkan pelbagai jenis produk.
Antaranya seperti dalam gambar di bawah. Aku tak berapa nak ingat namanya.

















Ada banyak lagi sebenarnya. tapi entah mana aku lupa ambik gambar kot!
Ada sosej pulut, ayam keladi dan lain-lain.
Memang banyak keunikannya.
Korang kena try.Baru boleh tau macam mana rasanya!


Yummy!nyumnyum.jom makan!


Ini antara kiosk Aroi Locking yang ada
dan banyak lagi...


Dan akhirnya,bergambar dengan owner kiosk Aroi Lokcing Sg Besar
(abaikan muka aku yang tak cantik okey)






sumber: Aroi Locking House, FP Aroi Locking House

Happy Blogging




To be honest i miss him!
okey bai.

So Hard!



Its so hard. 
Sukar rasanya. Bila kita diberikan dua pilihan dan terpaksa buat keputusan untuk memilihnya.
1st time in my life terasa sangat DOWN. Semangat entah hilang ke mana. 
Tak tau kenapa dan kenapa terlalu sukar nak buat keputusan.
Tak suka diri aku macam ni!
Buat apa semua tak kena. Otak aku sentiasa berfikir.Tapi tak dapat-dapat jawapan.
Macamnya ada satu beban dalam diri.
Terdetik di hati apa yang Allah nak uji pada aku sebenarnya. 


Selalu menjadi pendengar kepada masalah yang dialami oleh orang lain dan membantu mereka.
Menasihati dan memberi pandangan kepada mereka.
Tapi sometimes bila  ia sampai pada kite sendiri, kita sendiri pun gagal untuk selesaikannya.
Realiti macam tu  agaknya kan.

Serius so hard.
Indahnya kalau boleh Istikharah sekarang. Tapi malangnya tidak.
Ya Allah permudahkan lah segalanya bagiku.



Setujukah anda.






Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik, sebab dalam hati salah seorang nanti akan wujud rasa cinta.

setujukah anda dengan kenyataan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat