Friday, September 30, 2011

...........................







Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga.









Kalaulah menaip tesis mudah macam menaip entry blog!!


tesis oh tesis.
Bila la kau nak siap??

Kalaulah menaip tesis itu semudah menaip setiap entry dalam blog. Alangkah bahagia kan.
Ini tak. Sangat rumit.
Survey! Analisis ! dan macam-macam.
Letih plus pening plus penyakit migrain datang!
Key in data yang bilangannya seratus. dan soalan survey aku yang banyak! Hah sapa suruh kau buat soalan tu banyak.




OK!
Sambung mengadap tesis! Menganalisis data dari semalam tak siap2 kau!



Tahniah Unimap!


Tahniah Unimap!
Sila terus membaca untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Unimap hasilkan 'Motor Trycyle' bantu peniaga kecil-kecilan



KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) melakar satu lagi kejayaan apabila menghasilkan prototaip 'Motor Trycycle' yang akan membantu para peniaga runcit dalam urusan seharian perniagaan mereka.
Projek itu cetusan idea Professor Kunjungan Unimap Prof Datuk Dr Abdul Razak Haji Omar dan reka bentuk dihasilkan para pelajar Unimap sendiri yang dibangunkan bagi program memodenkan sektor peruncitan serta pemborong. 

Naib Canselor Unimap Brig Jen Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata projek itu sebahagian daripada usaha menyokong Pelan Transformasi Ekonomi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melahirkan 60,000 peniaga bergerak. 

Prototaip Motor Trycycle itu akan digunakan untuk menjayakan program 'Intech Biz On Wheel Bazaar' yang akan dilaksanakan di Masjid Al Hussin, Kuala Perlis.

"Ia bagi mewujudkan kawasan perniagaan berkonsepkan 'uptown' yang akan menempatkan siswazah untuk menjalankan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita semasa Majlis Tautan Kasih 1Malaysia di Anjung Unimap cawangan Kuala Lumpur di sini semalam.

Beliau berkata Unimap juga berhasrat melatih para siswazah untuk menjadi usahawan berjaya dengan adanya saluran idea prototaip itu. -BERNAMA


sumber : Metro online 30/9/2011




Thursday, September 29, 2011

Spontaneous Thursday #1



Spontaneous Thursday
 Apakah itu?
Nak tahu klik ST


 " Anyone can make a mistake
BUT only FOOL repeats it "




Sudah direNew ~






Buku yang dipinjam dari Perpustakaan sudah direnew!
renew online aje. Tak payah nak angkut buku-buku yang tebal-tebal lagi berat  nie.
tak nak kena denda untuk semester terakhir ini.!
harap2 berjaya lah!



Mereka anak murid pertama saya


entry yang hanya ada gambar. Td aku dah taip cerita panjang-panjang. Tapi line tiba-tiba disconet dan semua cerita yg aku tulis HILANG!
Damn! Sakit hati kot.
Esok-esok bila datang RAJIN aku tulis balik.





:: BENGONG punya line! Nak MARAH! ::


Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #4 Menabung





:: Rabu tak berkata-kata ::


Boleh sumbangkan idea tak?



Hey korang semua!
Nak mintak tolong boleh? Bukan nak suruh LIKE my picture sebab join contest ke apa
just nak sumbangan idea korang je!

BOLEH TAK BAGI IDEA SIKIT?

SEMESTER NI AMBIK PAPER E-COMMERCE atau bahasa melayu nya E-DAGANG
Kami satu kelas dijadikan peserta untuk program "CYBER- ENTREPRENEURSHI TRAINING" oleh En Nizam seorang lecturer dari UTAR
So kami kena setup up web untuk jual online.

Jadinya korang ada idea tak.
Idea yang aku ada sekarang adalah Shawl @tudung, Baju, Craft, Beg,Brooch, Aksesori je. Entah kenapa tak boleh nak fikir dah. Kalau ikutkan itu fokus dekat perempuan aje. Apa yang sesuai untuk lelaki dan perempuan?


Barang apa yang berpotensi tinggi ek? Korang nak shopping apa guna online yer?
Cer bagitahu!











"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa." -Trust Him as He knows the best for us :)

Dan sekali lagi?



Oh no!!
dan sekali lagi perasaan itu datang
Perasaan teringat pada "dia" dan sembang-sembang dengan "dia"

Kalaulah boleh diulang semula masa itu.




:: perasaan oh perasaaan ::


Tuesday, September 27, 2011

Tanggungjawab Raja-Raja Melayu


KUALA LUMPUR 26 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan bahawa teras utama konsep Raja Berperlembagaan yang telah diguna pakai sejak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu ialah Raja-Raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi yang amat penting dalam sistem pemerintahan negara.

Seri Paduka bertitah, Raja-Raja Melayu juga khususnya berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk pribumi serta agama Islam yang disifatkan sebagai mampu menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.

Titah Tuanku Mizan, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan pula telah menetapkan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dan dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan harmoni dan damai.

‘‘Kepelbagaian kaum dan etnik yang merupakan ciri atau pola utama demografi di negara kita pula telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan menariknya kepelbagaian ini disulami dengan kontrak sosial yang mendasari Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap rakyat untuk memelihara dan mengekalkan keharmonian hidup bersatu padu dalam masyarakat yang berbilang kaum ini,” titah Seri Paduka ketika merasmikan Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua‘adzam Shah; Sultan Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sementara itu Seri Paduka bertitah, usaha-usaha ke arah memartabat dan memperkasakan sistem perundangan syariah dan institusi penguatkuasaan agama agar setanding dengan perundangan sivil hendaklah diteruskan.

Justeru titah Yang di-Pertuan Agong, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi yang berkait rapat dengan perundangan syariah bagi memastikan tugas yang dilaksanakan lebih mudah, cepat dan berkesan.

‘‘Sistem Raja Berperlembagaan memberi pengiktirafan raja sebagai Ketua Agama. Selaras dengan itu, usaha-usaha untuk memartabat dan memperkasakan sistem perundangan syariah agar setanding dengan perundangan sivil di negara ini hendaklah diteruskan,” titah baginda.

Dalam titah ucapannya, Tuanku Mizan turut menyentuh fungsi dan peranan majlis agama Islam negeri yang perlu diperkasakan bagi menjamin kelestarian pembangunan ekonomi umat Islam.

Untuk itu titah Seri Paduka, strategi yang berkesan perlu dibangunkan bagi membuktikan keupayaan pihak majlis meningkatkan kualiti kehidupan umat Islam.

‘‘Jalinan kerjasama perlu dirangka serta digiatkan membabitkan pelbagai pihak terutama untuk memajukan perdagangan dan pelaburan dalam sektor sedia ada. Selain itu, fungsi zakat sebagai rukun Islam ketiga juga seharusnya diberikan perhatian serius

‘‘Adalah penting untuk mengkaji kaedah ke arah mempromosi zakat di samping memperhebatkan galakan menghulur sedekah jariah supaya kedua-dua elemen ini dapat dimanfaatkan fungsinya sebagai salah satu jentera penggerak sosioekonomi yang dapat menjana kekayaan bagi umat Islam sejagat sepanjang zaman,” titah Seri Paduka.

Mengenai kemajuan masyarakat, baginda mengenal pasti isu pendidikan merupakan kepentingan masyarakat Islam masa kini.

‘‘Satu masalah yang membelenggu kemajuan kita ialah lemahnya komitmen kita dalam pelaburan pendidikan. Masalah ini perlu diatasi supaya masyarakat Islam tidak terus ketinggalan.

‘‘Oleh itu beta berharap peranan yang dilaksanakan oleh Lembaga Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam atau Lepai akan terus diperkukuhkan bersama majlis agama Islam negeri demi kepentingan pendidikan agama Islam di negara ini,” titah Seri Paduka.




Saya dah ada Sticker kenderaan yang baru~


Ini sambungan entry bertajuk Sticker motor dicurik
baca sampai faham


Kepada pencuri sticker! Aku dah ade sticker baru. Cepat tengok.

Kena bayor 4 ringgit tadi.





:: moral~ sebelum naik motor ke kampus pastikan sticker masih ada :


Monday, September 26, 2011

Cerita Malas



Mari berkongsi cerita. Saya terbaca artikal ini dalam  web I luv Islam. Menarik dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain.

Kemalasan dilihat sebagai satu fenomena yang sering terjadi pada manusia. Haiwan? Tumbuhan-tumbuhan? Tidak pernah pula makhluk Allah ini kita lihat kejadian malas berlaku pada mereka. Mengapa kita? Kerana kita punya nafsu. Tetapi Allah itu Maha Pengasih, Dia tidak berlaku zalim pada hamba-hamba-Nya. Oleh itu Dia telah menciptakan nafsu seiring dengan adanya akal. Akal yang boleh memimpin nafsu.
Dengan adanya akal, ia diperintah untuk mencari ilmu yang Allah S.W.T telah turunkan ke bumi. Akal yang mencari ilmu yang baik lantaran akan membawa ketundukan kepada nafsu dan akan menyinarkan ketenangan buat jiwa. Sebaliknya pula bagi akal yang telah terpalit noda sewaktu mencari ilmu ia akan gagal memberikan keharmonian buat jiwa malah nafsu pula yang memegang tampuk pemerintahan bagi diri. Jadilah diri yang telah diselebungi sifat malas di dalamnya.
Di sini ada beberapa ilmu tentang malas yang telah saya dapati.
Malas boleh kita hindari ketika ia datang menyerang kemahuan dan semangat kita, di bawah ini ada beberapa tips antaranya:
1. Membasuh muka atau mandi ketika rasa mengantuk menyerang.
2. Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring kerana ia boleh membawa kepada tidur.
3. Berpindah dari ruang baca ke ruang yang lain. Kalau kita berada di dalam bilik, berpindah dari bilik kita ke beranda, ruang tamu atau boleh juga ke dapur.
4. Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di tepi tingkap atau membuka tingkap yang terdapat di bilik lain untuk menambah kesegaran. Kita boleh juga memberikan bau aroma terapi kepada ruang tempat kita berada, misalnya dengan menyembur ruangan dengan wangi-wangian dan jika ada kipas angin, kita boleh menyembur pada kipas untuk menyebarkan wangi-wangian tersebut ke segala ruang. Ini kerana mungkin tidak semua ruang tempat kita berada mempuyai tingkap untuk pengudaraan.
5. Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah. Boleh diganti dengan kegiatan yang lain misalnya merapikan rak yang berselerak, atau kegiatan yang lain yang boleh menggerakkan otot-otot kita.
6. Berbincang-bincang sebentar dengan keluarga atau kawan-kawan namun mengenai hal yang baik bukan hal yang buruk. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbincang-bincang iaitu untuk menumbuhkan semangat, bukan untuk berbicara hal-hal yang melalaikan bahkan juga mengumpat!
7. Berdiri membuat secangkir kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan menjernihkan akal.
8. Mengubah kegiatan kebiasaan kita. Contohnya jika bosan menghafal surat, boleh gantikan dengan membaca, jika membaca pula bosan boleh diganti dengan mendengarkan CD.
"Bersegeralah kamu melakukan kebaikan." (Al-Baqarah: 148)
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)


Sticker Motor di curik~


Entry ini nak story pasal PELEKAT KENDERAAN aku yang dicuri. Sticker student tue!
Hohoi! sticker yang murah tu pun kau nak curi? Sticker bahtera aku ko tak curi pulak kan?
Kenapa nak ambik-ambik sticker aku? Sengaja nak aku kena saman dan tak bagi masuk Kampus kan.
Hey Pencuri sticker ko memang menyusahkan aku!


Sumpah aku tak perasan kalau pak guard tak tahan aku.
Dari jauh  Pak Guard suruh ke tepi. OMG dalam kepala otak fikir aku pakai Jeans kena tahan ke? ke sebab aku pakai sandle yg tapal nipis tue. Oh no. Bukan ok. Tapi sebab takde sticker motor.


Situasi masa kena tahan. Lokasi pintu utama UPSI

Pak Guard: Kamu student UPSI
Aku : haah.kenapa yer tahan.
Pak Guard : Mana sticker motor kamu?
Aku : Ada kat situ sambil menunjukkan tempat sticker motor aku. dengan perasaan konfiden ok.
Pak Guard : Mana? Takde pun.
Aku : Ada tu....dan dalam keadaan confius aku tengok xde sticker kat situ.Damm.mana pulak hilangnya?Sapa yang curik? Saya memang ada sticker dan tampal kat situ
Pak Guard : Sekarang ni takde. Ni motor sapa?
Aku : motor saya. Ha..saya ada kad kuning! terus tunjukkan
Pak Guard : Ok.Nanti pergi pejabat keselamatan buat report dan tanya macam mana.
Aku : OK.Terima Kasih


After urusan terus pergi pejabat keselamatan dan buat report. Tengok gambar bawah OK!
Siap aku isi borang aduan. Tak pernah sepanjang 7 semester ini aku buat aduan ok.Memang rekod!
Aku kena mohon balik Sticker baru. Kalau tidak aku tak boleh nak masuk dalam Kampus dengan motor. Boleh masuk tapi kena SAMAN. Aku tak mahu!!






 p/s: Sampai sekarang masih terfikir sapa yang sanggup curi Sticker aku! Jangan curi kalau nak cakap. Ak bagi je ok. Kau mencuri kan berdosa tue!


::moralnya sekarang : setiap kali aku nak g kelas atau kampus naik motor aku akan tengok ada sticker atau tak ::

::Seperti dulu::


Entry bertajuk seperti dulu.
Kenapa seperti dulu?

Sebab kami tetap seperti dulu. Masih bersahabat seperti dulu. 
Walaupun sekarang sudah tidak duduk bersama macam dulu. Teringat zaman-zaman semester 5 dan 6. Duduk dalam rumah yang sama.Ketawa sama-sama, makan sama-sama, minum sama-sama, sembang sama-sama. 
Sekarang dah duduk rumah lain. Ecah dan Syera dah pindah rumah selain. Kenapa pindah? Sebab diorang nak duduk rumah lagi tinggi. Tingkat 3 sekarang rumah diorang kau! Tak macam semput aku nak naik rumah diorang kan.

Walaupun rumah lain kami tetap macam dulu. Kalau sembang tak ingat apa. dengan ketawanya. dengan membahan syera yang malu-malu tue.


:: gambar bersuka suki di hot spring waktu sem 5 ::



::gambar hang out smlm~ gambar aku amik mmg cantik kan! ::




:: Sahabat selamanya::
:: bukan mudah untuk mencari seorang yang benar-benar SAHABAT ::





Mana cik rajin ni???????????


Hey cik Rajin bila nak datang nie??
Keje banyak. Asigment macam panjang nak dilistkan nie. Macam tak muat satu kertas A4.

tesis
kajian tindakan
jurnal refleksi
asigment OB-ada 2
asigment E-Commerce
asigment Pengurusan perubahan


Cik Rajin cepat la datang. Macam mana keje nak siap!
help!!!


Saturday, September 24, 2011

Budak 2 tahun diperkosa!




Budak 2 tahun diperkosa di rumah pengasuh. Satu artikal dalam paper metro hari ni.

Apa nak jadi dengan  manusia zaman sekarang ni..
Hoi melampau kau budak 2 tahun pun kau nak buat macam tue! Tak berperikemanusiaan langsung. Suka hati perkosa anak orang. Cuba bayangkan anak kau diperkosa.






PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.

Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.


“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya.


Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.




sumber: myMetro  23/9/2011



Thursday, September 22, 2011

Perpustakaan termoden di Malaysia


Perpustakaan termoden di Malaysia. Bertaraf dunia lagi tau!
Perpustakaan Awam Negeri Selangor! Hey kawan2 jom pergi.

GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR


Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah.
Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Anda lihatlah sendiri.
GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
GAMBAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
Info tambahan:
- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.
- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.
- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.
- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.
- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.


p/s: bangga menjadi orang selangor!


Tutorial kembali ke layout Facebook yang lama


Facebook berwajah baru lagi.
Kecoh ramai tak suka dengan perubahan ini. 
Aku memang TAK BERAPA nak SUKA. Sebab nampak macam serabut.
Antaranya 
[1]Dulu ada 3 button iaitu Home,Profile dan Account. Sekarang hanya ada button "Nama Fb" dan "Home" sahaja. Account setting di hide dalam "Home"

[2] Gambar dekat wall jadi besar. Dulu kecik je. Sekarang besar.Tak payah bukak gambar pun dah boleh nampak full gambar tersebut. Memang bagus tapi aku tetap tak berapa nak suka sebab macam nampak serabut.

[3] News Feed dekat bahagian tepi atas list nama chat. Semua rakan FB yg update dapat di ketahui dengan pantas. Huhui makin ramai STALKER macam nie kan.Tak suka hokey!


Aku tak berapa nak suka jadi aku tukar kepada yang asal. Terima kasih Zack Entry memberi info di FB beliau dan blognya Zack Entry. Berjaya menjadikan FB kepada keadaan asal! Tengok gambar bawah ok!

ok! Cara-cara nak kembali kepada Facebook yang lama yang mesra alam dan sedap mata aku memandang. Sila ikut step di bawah:

[1] Klik "account setting" di facebook 

[2] tukar language English (US) kepada English (UK)

[3] Siap dan Fb kembali kepada asal.







:: Aku lebih suka FB yg lama. Tak serabut ok. Ini hanya pandangan aku. Sapa setuju sila LIKE.Tak suka sila terus jugak baca!..huhuk!~~


Wednesday, September 21, 2011

Traffic blog yg semakin merudum!


Macam lama tidak mengupdate.
Bukan malas tapi perlu menyelesaikan macam-macam benda.
bila tak rajin update traffic blog pun semakin merudum.
makin hari makin slow.lebih slow dari siput sedut~
Macam mana nak dapat BE kan.
So memang bermimpi nak buat cash out lagi.




p/s: ada sapa-sapa rajin nak tolong taip entry blog aku tak. Ak banyak benda nak story tapi masa belum ada..Cerita praktikum tak tulis,cerita raya pun tak tulis.Masa aku sekarang menulis ASSIGMENT je lah.




Saturday, September 17, 2011

Berdua Bersatu by Forteen


Lagu blog sudah bertukar! Tiba-tiba terjatuh hati dengan lagu ni..

Berdua Bersatu by Forteen

Kumpulan Forteen yang dianggotai empat anak muda (dari kiri) Ariz, Izzue, One dan Ameer.


Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu


Thursday, September 15, 2011

Cerita 15 september


Banyak perkara berlaku hari ini.
Perkara pertama SALAH TENGOK JADUAL KELAS. Kelas pukul 9-11pagi tapi dengan bangga aku rasa kelas tu pukul 10-12. Memang pelajar CEMERLANG lah sampai LAMBAT kat kelas. 

Perkara kedua : Menerjah pejabat fakulti. Tujuan untuk menyelesaikan masalah negara yang makin hari makin bertambah. Kes kena ambik Pengajian Perdagangan sebagai MINOR wajib bagi pengurusan perniagaan. Nenek kau. Dulu TAKDE pun tulis kat situ. Pelik!.Nasib baik perasan notis board tu. Kalau tidak tak GRAD lah nampaknya kan. Semester 9? Oh no!!!.
Pergi kaunter pertanyaan dekat fakulti. ohh..ramai org yer.Terus bagitahu kakak yang bertugas di situ masalah yang di alami. Kakak tu suruh bincang dengan lecturer paper tersebut.
Orait!
Keluar dari pejabat am fakulti dan berusaha menjejak lecturer iaitu Dr Abd Raheem dan En Mohd Ali Roshidi.
En Mohd Ali Roshidi TAKDA. Call Dr Raheem dan beliau di Bangi. Dr suruh jumpa pukul 12.30 tengahari dekat office. And Now pukul 11 pagi dan sangat malas nak tunggu-tunggu bas nak balik dan perlu datang semula ke kampus! So stay Library. tak macam berjam2 pulak duduk library dengan  tanpa arah tujuan untuk pinjam buku atau discussion atau study atau carik bahan.

12.30 mendaki semula tingkat 4 fakulti. Penat, semput dan segalanya naik tangga.
Jumpa En Ali Roshidi dan tujuan untuk bincang masa untuk tukar waktu kuliah ke hari lain. tak berjaya! En Ali Roshidi garang je nampaknya. tak senyum langsung weh. Damm..camne kelas nanti, mesti tak boleh happening2 kan!After that jumpe Dr Raheem. Bincang dan bincang dan masih tak dapat selesaikan dan alternatifnya DTG kelas hari ISNIN dan bincang dengan student yg memang dah ADD paper tersebut.

OK Settle untuk itu.Jam dah pukul 1!BALIK rumah.
Tunggu bas entah berapa minit. hampir 20 minit kot. Bas asyik penuh! waktu puncak tengahari kan.Semua sibuk nak balik.

Around pukul 3ptg balik KL naik bas SKS. Oh bas penuh hari ini. Tak boleh duduk sorang2 ok! yang worse nya kan seorang india perempuan yang berbadan besar duduk sebelah aku. OH NO! dengan makan space tempat duduk aku dengan bau minyak. Mabuk je rasa tau!

Around 4.15 ptg sampai Puduraya. eh PUDU SENTRAL.Berjalan selaju mungkin nak kejar tiket bas. Sampai kaunter tertulis di situ "TIKET HABIS".Ok senyum.tak boleh balik!beli tiket untuk esok.
Dengan bangga cakap " kak esok bas 8 pagi". Turun escalator baru perasan walaweh awalnya tiket.
Perjalanan diteruskan untuk ke Bandar Tun Razak. Rumah abang.
Tapi beli tiket ke "Bandaraya". Bijak kau, mana nak pergi sebenarnya?
Nak pergi Pustaka Mukmin carik buku. Aku rajin baca buku kan! 


Keluar kedai buku hujan punya lebat tak ingat-ingat.
Makanya tersadai depan Pustaka Mukmin. Hujan lebat,payung takde. kalau redah basah la laptop ni.
after beberapa belas minit redah aje ke stesen Jamek.
Mak ai ramainya. Berbaris hampir 40 minit hanya nak beli tiket aje!
dapat tiket terus bersesak-sesak dalam train.






:: penulisan yang agak  serabut. Malas nak susun ayat. Boleh macam tue? So,sapa nak baca-baca,tak nak baca boleh tekan butang pangkah oK.
OK Adioss.. ::


















Wednesday, September 14, 2011

alt

Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).
Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)
Bila berdoa dari hati,Lalu tangisan hadir membasahi,Dengan menyerah diri pada Ilahi,Pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri,Apa yang penting,lunturnya ia di hadapan rabbul Izzati.Itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita dan DIA rasai dan ketahui,Yang haqiqinya DIA lebih fahami dan mengerti,Masakan tidak itu semua terjadi,
Pemilik hati kita, milik DIA yang abadi!
Bila lisan bergerak beserta hati tawadhu' dalam berdoa kepada Allah! Lebih nikmat dan kepuasan yang tidak tergambar kita rasai! Yang penting apabila menghafal doa dalam bahasa arab, kita perlu untuk memahami maksudnya, supaya hati lebih merasai dan menjiwai doa yang dipohon tersebut.
Doa dari hati, bukan sekadar di bibir. Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya. Allah... Allah... Allah...!

Universiti Perdana

SERDANG 12 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Universiti Perdana dan mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.

Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI), kata Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini diumumkan sebagai Canselor pertama universiti itu.

Dalam ucapannya, Najib menyifatkan pembukaan universiti itu di sini sebagai langkah yang dapat meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

“Saya berharap bahawa dalam usahanya mencapai tahap bertaraf dunia itu, universiti ini akan berusaha menjalin hubungan dengan institusi tempatan dan bakat-bakat tempatan,” katanya.

Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi di sini sementara menunggu kampus tetapnya siap pada 2013.

PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.

Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons di Ireland.

Najib berkata, universiti baru itu, yang disifatkannya sebagai hasil satu kerjasama berpandangan jauh antara konsep perkongsian awam-swasta kerajaan dan sektor korporat, merupakan satu mercu tanda buat Malaysia.

“Secara peribadi, saya amat teruja dan begitu yakin ianya akan memberikan hasil yang amat besar dalam mendidik dan memajukan satu generasi baru profesional perubatan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di seluruh dunia,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Universiti Perdana akan menjadi institusi yang menakjubkan, dengan mempunyai dua sekolah perubatan, dan merupakan hospital latihan swasta pertama di Malaysia.

Ia mempunyai 600 katil pelbagai fungsi khas dan sebuah Pusat Penyelidikan Sains Kehidupan bagi meletakkan Malaysia ke hadapan dalam penyelidikan klinikal, katanya.

Najib berkata, Hospital Latihan Universiti Perdana dicadangkan dibuka pada 2013 bagi menempatkan penuntutnya yang memasuki tahun-tahun klinikal mereka, dan ia akan dikendalikan oleh Johns Hopkins Medicine International.

“Dengan menawarkan kemudahan terkini bagi tujuan diagnostik dan rawatan, ia akan menjadi antara institusi utama dalam memacu Malaysia ke arah pelancongan kesihatan, sebagai satu model perubatan persendirian dalam era abad ke-21 dan satu simbol antarabangsa bagi kecemerlangan dalam perkhidmatan kesihatan,” kata Perdana Menteri.

Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti Perdana, Tan Sri Dr. Mohan Swami berkata, separuh daripada penuntut universiti itu adalah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. – BERNAMA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat