Tuesday, September 4, 2012

#Mutiara Kata 11




"Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati manusia itu milik Tuhannya. Ada Tuhan dihatinya, maka segala kekuatan itu ada pada kita"



#Choc Tart




Agak lama tak mengupdate resepi, makanan dan masak memasak.
Kali ni nak update Choc tart! 
Sapa suka sila angguk yer!
Pertama kali katanya. Rupanya seperti dalam gambar dibawah. Nampak agak comot. First try kan.
Selama ni kakak yang buat dan aku tukang makan.
Nak buat tak jadi-jadi dek kerana belum rajin! Bukan malas tapi belum rajin. So bila rajin ini yang terhasil.



Ok!berpuas hati dengan rasanya dan agak kurang puas hati dengan gambar yang aku amik.
eh2!

Jom aku kongsikan resepi. Resepi paling senang dan cepat!
Aku tengok banyak resepi kata masuk dalam peti sejuk sekejap lah.satu malam lah.Oh!very the banyak kerja. Meh try resepi aku. Senang ok.tak payah banyak bahan!

Bahan-bahan Shell:

75gm butter
30gm gula aising
125gm tepung gandum
air sejuk (jika perlu)

Cara-cara:

Campurkan semua bahan diatas. butter, gula aising dan tepung gandum
Then ramas-ramas/ gaul-gaul sahaja menggunakan 5 jari anda. Tak payah pakai mixer ok.
Gaul sehingga jadi doh.
Selepas itu, masuk dalam acuan. tak kisah apa bentuk dan saiz. Kecik ke besar ikut suka.
Seterusnya bakar dengan suhu 180c dalam masa 2minit.


Siap Shell. Biarkan sejuk.


Next Chocolate filling


Bahan-bahan:

Whipping cream (tak kisah brand apa)
Coklat masakan (aku guna beryls)
# sukatan whipping cream & coklat adalah sama. Contoh kalau Whipping cream 100gm maka coklat pun 100gm.

Cara-cara:

Gunakan DOUBLE BOILER. Masukkan whipping cream. Dah agak-agak 5 minit whipping cream tu panas. Angkat dan masukkan coklat. Kacau hingga sebati. Kemudian tuang dalam shell ikut kreativiti anda.
Last corakkan apa sahaja corak menggunakan choc putih. (aku tak guna sebab takde.tu yang nampak kosong je)
Simpan dalam peti sejuk supaya choc tu keras.




Senang kan.
#Selamat mencuba!




Susahnya nak carik!




Nampak tak gambar atas tu? Susahnya lah nak carik yang "CLEAR" kat area pekan Sabak dan jugak Sg Besar. Yang  banayk kat kedai berwarna seperti hijau,merah,oren. Yang CLEAR takde.


Aku guna serbuk agar-agar clear untuk buat Puding Marbel ni. Kalau guna yang hijau boleh korang bayangkan hasilnya tak.
Sah2 tak dapat macam dalam gambar bawah tu. Guna serbuk agar-agar lebih senang daripada guna agar2 yang panjang2 tu. Payah nak disukat.




Resepi Puding Marbel nanti aku update!

#Dah lama tak mengupdate masakan dan resepi dalam blog!




Cik Raudhah & spek pinjam dr tuan rumah



Cucu perempuan tunggal dalam keluarga.
Hai cik Raudhah cepatlah cakap! 


Tahun ni gambar Raudhah asyik ada peace aje!
Cuba tengok gambar bawah ini.

Raudhah dan atok! Memakai spek mata tuan rumah.
Pakai amik je.tak mintak izin langsung




Kalaulah Cik Raudhah dah pandai cakap sah2 aku tak mampu nak melayannya bersembang. Si mamt ridha pun bercakap aje! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat