Monday, December 31, 2012

Hari terakhir tahun 2012




Today is last day tahun 2012.
Tahun 2012 yang memberi seribu satu kenangan.
 Ada yang manis ada yang pahit.
Semua tu pengalaman untuk diri kite sendiri dan semoga tahun depan lebih baik!
Apa yang berlaku menjadikan kite lebih matang dan dewasa.eh2.

Setiap tahun ada azam baru.Tak perlulah nak diLISTkan di sini.
Apa yang belum dicapai untuk tahun 2012 perlu terus diusahakan untuk dicapai.
Then sambung yang 2013.=)

Semoga tahun 2013 berjalan dengan lancar.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kite.




Burger Bakar Abang Burn!



Jom jalan-jalan carik makan.
Lama tak mengupdate entry Jalan-jalan dan makan.
Bukan tak pergi jalan-jalan carik makan tapi gambar takde nak share. Malas angkut DSLR selama ni.
Sekarang angkut DSLR ke mana-mana.

Burger Bakar Abang Burn.
Mesti ramai antara korang dah makan kan.
Aku baru makan semalam.
OK.Not bad.Sedap.

Aku pg yang dekat Seksyen 13, Shah Alam. Dekat Restoren Le Lac.
Nak pergi yang seksyen 7 macam agak jauh.

Dan we all makan seperti dalam gambar di bawah.



Beef Supreme Cheese
Harga : RM10.50. Tapi sebab tambah chessy sausage jadi RM12.00



Chicken Supreme Cheese
Harga : RM10.50.Tapi sebab tambah chessy sausage jadi RM12.00


Antara beef and chicken. Aku lebih suka yang Beef. yang beef lebih sedap. Walaupun selama ni favourite aku burger ayam.eh bukan selalu pun aku makan burger!

Bagi aku burger ni sedap.rasanya sedap.dan kena  dengan tekak aku.
Dagingnya homemade.jadi tebal.
So.kepada sesiapa yang belum cuba.Silala cuba.






Antara lokasi lain Burger Bakar Abg Burn :

Seksyan 7, Shah Alam : Restoren Abg Burn Burger
Ampang : Dagang Avenue Food Court
Kajang-bangi : Ramal Junction food Court
Nilai : MMA Santai Corner
JB: B.Point Station
Kota Damansara : Tanjung Village Food Court
PJ : Rock Cafe Sunway
Seremban: Restoren Maulana Medan Selera







sumber : FB Burger Bakar Abg Burn



Sunday, December 30, 2012

Y.E.S dan ramai orang




 

Hujung-hujung tahun ni memang semua orang dok seronok bershopping. Menghabiskan duit.
Year End Sale katanya. Kat mana-mana pun SALE.
Di mana ada Sale di situ ada ramai orang. itu fakta!

Hari ni we all ke KL. Jalan-jalan katanya sambil bershopping.Tapi bukan aku yang shopping.
Kakak & abg ipar carik barang.
Aku jadi tukang jaga budak-budak. Letih i ok.

Pergi sekitar Jalan TAR dan masuk SOGO kejap.
Tahniah kepada diri sendiri sebab x beli apa-apa. Window2 aje.
Eleh padahal dah angkat sepasang kasut kat Jusco semalam.
=)

Happy birthday adik Radhi



30 disember 2010 budak senyum ni selamat dilahirkan
Tak sabar-sabar nak keluar.tak mau tunggu new year.

happy birthday adik!

Saturday, December 29, 2012




oh hati dan perasaan.
did he feel what i feel? 
Sometimes i miss him! Serius ok. 
Tapi aku tak pernah cakap pun. I just say to Allah. Kadang tulis dalam blog. So funny kan.

Dan selama ni aku tak pernah pun kata "yes" atau "no". 
What i do is SENYUM. Senyum! Ingat senang aku nak senyum ke.

Dan tiba-tiba hari ni terkeluar ayat ni "macam adnor je perasaan tu"
 and again.senyum jelah.Boleh macam tu?



ok bai.



#entry ni entry merepek bukan-bukan.




Sukarkah untuk memahami.




Susah sebenarnya nak memahami seseorang.
Sapa setuju?Cepat angkat tangan anda.
Tapi cubalah untuk memahami.

Biasanya senang je aku nak "baca" dan 'memahami'.Tapi kali ni dah kenapalah macam tak boleh nak baca!
Maklumat tak cukup agaknya.Jadi blurrrrrrr.

ok.sekian!




Selamat pagi semua!


Selamat Pagi Semua!
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Seindah bunga di bawah.


Friday, December 28, 2012

Senarai Smartphone untuk Rebat RM200



Pakej Komunikasi Belia



Semalam ramai yang update tentang Pakej Komunikasi Belia. Yang rebat RM200 untuk beli smartphone tu.
Makanya macam-macam komen ada. Pendapat masing-masing kan.
Ada yang kata "Smartphone apa yang bawah RM500?". dan bla bla.
Di sini, nak kongsikan antara senarai smartphonenya.

Semua belia boleh membuat pendaftaran dalam talian mulai selasa depan di http://nbi.skmm.gov.my 

“Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada,”


Model-model Smartphones yang terpilih:

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

#Senarai smartphone akan diupdate lagi nanti.

sumber : SKMM


25 buah Sekolah Berprestasi Tinggi.



PUTRAJAYA: Sebanyak 25 lagi sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selepas menunjukkan kecemerlangan secara konsisten, menjadikan jumlah keseluruhan 91 SBT seluruh Malaysia sehingga kini.

25 buah Sekolah yang diiktiraf sebagai SBT ialah
  1. Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud,
  2.  Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit, 
  3. Kolej Sains Pendidikan Islam (SABK) 
  4. Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan di Terengganu, 
  5. SM Sains Kepala Batas, 
  6. SK Bertam Indah 
  7. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Union di Pulau Pinang
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SK Sultanah Asma di Kedah
  10. SM Sultan Haji Ahmad Shah 
  11. SBPI Kuantan di Pahang
  12. SM Sains Hulu Selangor di Selangor
  13. SM Sains Labuan di Labuan
  14. SBPI Selandar
  15. SK Convent Infant Jesus (2)
  16. SK (P) Methodist 2
  17. SJKC Yok Bin di Melaka.
  18. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail
  19. SMK Infant Jesus Convent
  20. SK Bandar Penawar 2
  21. SK Bandar Maharani di Johor
  22. SK Zainab 1 di Kelantan
  23. SK Sri Gaya di Sabah 
  24. Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Indera di Perlis 
  25. SJKC Ave Maria Convent di Perak.

#Semua sekolah menerima ganjaran RM700,000 untuk melaksanakan pembangunan atau aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.


sumber: my metro

Thursday, December 27, 2012

Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G



Pakej Komunikasi Belia

Belia berumur 21 tahun hingga 30 tahun boleh membuat permohonan untuk mendapatkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G. Pembentangan bajet 2013 yang lalu memperkenalkan Pakej Komunikasi Belia.
Pakej ini membolehkan para belia yang layak mendapat rebat sebanyak RM200 untuk membeli telefon.

Permohonan akan dibuka bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.Dan permohonan akan dijalankan melalui dalam talian di laman web SKMM.


“Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada,”


Antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.

Untuk mendapat rebat RM200 ini,syarat-syarat berikut perlu dipatuhi:
  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  2. Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  3. Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  4. Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  5. Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
 
sumber: amanz.my


Tuesday, December 25, 2012

Mutiara kata : Sahabat





Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. 
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. 
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. 
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.







Monday, December 24, 2012

Dia Tak Tanya!




Dia tak tanya! oleh Aleya Aneesa.
Nampak best. yang sweet ada nama sendiri dalam novel. eh2.



Sinopsis

ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah try and error. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”



Mutiara Kata : Sahabat






Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Sunday, December 23, 2012

Rindu awak!




Tiba-tiba rindu awak lah!
Serius ni.



#where u are? 


Saturday, December 22, 2012

Virgin Coconut Oil (VCO)







CATALYST VCO (Virgin Coconut Oil) merupakan produk yang berasal dari syarikat Catalyst Nutraceutical (M) Sdn.Bhd. Merupakan 100% organik & 100% asli tanpa sebarang bhn pengawet or pewarna tiruan.

CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.Capsule gelatin adalah diperbuat daripada lemak sayuran dan mudah untuk dihadam.

Seriusly VCO sangat bagus.Aku dah try. 1botol untuk 1 bulan. 2 biji 1 hari.Jom try!

Fungsi & Khasiat VCO

Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4 . Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5 . Mengatasi masalah kulit berminyak
6 . Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan)

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6 . Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7 . Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri
8 . Memperbaiki kandungan asid dalam rahim
9 . Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin
10 . Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita(memperlambatkan proses)

Cara pengambilan VCO Softgel :
- 2 kali sehari (1x pagi & 1x malam)
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus


VCO sgt sesuai diambil oleh
1) Org yg nak cepat jerawat hilang dan tidak meninggalkan parut
2) Org yg mempunyai masalah muka berminyak
3) Org yg ‘kurus sgt’, dgn pengambilan vco, anda akan dapat tubuh yg ideal
4) Org yg berbadan besar n bnyk lemak, kerana vco blh mengurangkan weight.
5) Org yg ada alahan terutama jenis seafood.
6) wanita yg ingin hamil kerana VCO ni membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita
7) wanita yg hamil kerana ibu2 yg mengamalkan vco semasa hamil, insyaALLAH baby tak mudah kena kuning.
8)Wanita yg menyusu kerana VCO membantu memperbanyakan pengeluaran air susu dan dpt menurunkan berat badan
9) wanita yg mengalami senggugut
10) wanita yg kitaran haidnya tidak teratur
11) org yg mengalami masalah pembuangan air besar atau kecil




Pengambilan VCO dgn cara yg betul adalah faktor penting untuk VCO ni berkesan.

1. MAKAN / AMBIL VCO sebelum breakfast atau sarapan pagi dan waktu malam(sebelum tidur) pada jam 10 malam

2. SEBAB?.
 Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit slow atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan VCO bertindak dan bekerja dalam badan kita.

3. ELAKKAN pengambilan VCO pada waktu tengahari kerana pada masa ini sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.

4. ELAKKAN juga pengambilan VCO sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku/kurang kerana supplement yang kita makan akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.

5. NAK KURUS???
Anda sendiri mesti pandai atur portion atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan VCO akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolism meningkat. Jika anda rasa selepas pengambilan VCO anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak , LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.

6. PALING PENTING SEKALI .
Pastikan anda minum air kosong dengan cukup sekurang2nya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga sentiasa.


BERMINAT nak cuba VCO? Tinggalkan komen ye.
Atau boleh emel ke fantasticlife_19@yahoo.com.my




sumber : Cantik@BeautifulNara

Friday, December 21, 2012

Aurat Wanita.




13 Aurat Wanita

1. Bulu kening 
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng 
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
(Petikan dari. Surah An-Nur Ayat 31. )
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang  
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

4. Dada 
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi 
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah 
 (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher 
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
 Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja 
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya 
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata 
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya 
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian 
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti –
Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – 
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
 Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
 (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)



Thursday, December 20, 2012

Apply KGSK sekali lagi.




apply KGSK sekali lagi.
Untuk tahun 2013.
Ada rezeki boleh dapat.Sementara nak tunggu posting!
Wish me luck ya.

Photo: Nak apply KGSK tahun 2013


KGSK : Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan.

Runner!



Khamis yang bz.
Today i'm runner girl.

Minggu ni kerja mentrain staff baru.
 Datang pun lambat.Relax sungguh!Selalu pukul 9.30 dah sampai butik. Tapi minggu ni pukul 10++ baru sampai.

hari ini pukul 11.dan TB msg tolong bank in duit dalam CIMB..Hebat Tb ni! Boleh tau aku nak ke CIMB.
Mengambil masa hampir 1 jam untuk membank in RM27.30! Hampir sejam ok!
Kalau RM30 memang guna CDM je. Ini ada sen-sen. Kena ke kaunter! Makanya tekan no giliran. 
No aku 1064 dan sekarang baru 1056. Ok tak lama.tunggu punya tunggu tak sampai giliran.
Nampak je kaunter banyak tapi yang bukak DUA sahaja.Pulak tu staffnya boleh bersembang-sembang. Macam nak hilang sabar! Tapi tetap bersabar.
Finally sampai giliran aku.2 minit je pun!

Next task ke butik. Ambik dokumen.
Sesampai butik, Oh2. Customer bahaya ada di dalam. Tak sampai ahti tinggalkan sarah (staf baru) sorang2.

Next ke PPD Sabak Bernam.
Tujuannya nak cop borang pertukaran sekolah anak sedara TB.Dan hari ini pegawai di sana sangat ramah mesra tanya macam-macam pasal anak sedara TB yang nak tukar sekolah tu.
saya wakil je encik.bukan anak sedara saya ni.Then lagi banyak soalan ditanya.
Ok.siap!
balik ke butik.Sambung training staf baru.
Training la sangatnya. Rasa-rasa dah turunkan segala ilmu.




#tajuk dengan isi kandungan macam takde kaitan kan?
Happy blogging!




Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia




Fear Factor Selebriti Malaysia melibatkan 30 selebriti yang membentuk 15 pasukan secara berpasangan. Rancangan 13 episod ini akan memaparkan dua cabaran yang mereka harus lalu setiap episod. Kesemua peserta dkehendaki melakukan cabaran yang diberi. Sekiranya perasaan takut atau gagal menguasai diri, peserta tersebut akan disingkirkan! Siapakah selebriti Malaysia yang akan berjaya dalam kesemua cabaran ini? Semuanya dalam Fear Factor Selebriti Malaysia!

Fear Factor Selebriti Malaysia diadaptasikan daripada format program yang cukup popular di Amerika Syarikat di mana para peserta bakal diuji daya ketahanan mental dan fizikal peserta di dalam setiap cabaran yang dilalui mengikut kesesuaian budaya masyarakat Malaysia.

Jom kenal dengan peserta-peserta Fear Factor Selebriti Malaysia!


Mohd Hairey Azhar Bin Abdul Rahman
Kerjaya : Pengacara & Pelakon

 Gadaffi Bin Ismail Sabri
Kerjaya : Penyanyi & Pelakon



 Hairul Azreen Bin Idris
Kerjaya : Model, Pelakon & Pelakon Lagak Ngeri (Stuntman)

Dazrin Kamarudin
Kerjaya : Pelakon, Pengacara, Model Iklan & Model Catwalk


  Nor Isham Bin Ismail
Kerjaya : Pengurus Artis (Didie Alias)

 Fadzillah Binti Mohammad
Kerjaya : Pelakon & Pengacara


Azline Binti Ariffin
Kerjaya : Penyanyi, Pelakon & Model

 Nick Michael Imran Bin Nik Ezar
Kerjaya : Tukang Masak. Pakar Kulinari, Penilai Kulinari, Pengacara dan Model


Noor Atiqa Binti Noor Azraff
Kerjaya : Penyanyi

Johan Ariff Bin Asari
Kerjaya : Pelakon


Roslan Bin Udin
Kerjaya : Penyanyi, Pelakon & Pengacara

Ahmad Azam Bin Pitt
Kerjaya : Pelakon



Mohd Hanaffi Bin Razak
Kerjaya : Pelakon & Pelawak

Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri
Kerjaya : Pelakon (Wajah Esklusif Astro) dan Model


Muhd Alif Bin Abd Hadi
Kerjaya : Pengacara

Mohd Saifullah Bin Rosli
Kerjaya : Pelakon 


  Arthur Tan Kok Leong
Kerjaya : Pelakon, Pengacara & Model

 Celina Khor Chai Peng 
Kerjaya : Pelakon, Pengacara & Penulis Skrip


 Mohd Azri Bin Abdullah
Kerjaya : Penyanyi (Peserta Akademi Fantasia 9)

 Sharif Kunal Bin Doli
Kerjaya : Pelawak


Mohd Haslam bin Abdul Rahman
Kerjaya : Penari dan Pelakon

Azharudin bin Haji Ramli

Kerjaya : Penari dan Pelakon



Mohd Jehan Bin Miskin
Kerjaya : Model & Pelakon

Mejar (Dr) Faiz Bin Khaleed
Kerjaya : Angkasawan Negara & Pakar Bedah Pergigian


Zawen Anwar Bin Awalludin 
Kerjaya : Pelakon, Model & Jurulatih Seni Mempertahankan Diri

Khairullah Ezuan Bin Sulaini
Kerjaya : Penyanyi dan Penulis Lirik


Mohamed Hefny Bin Sahad
Kerjaya : Pengacara (Peserta OnAir)

 Hafizul Bin Ahmad Kamal
Kerjaya : Pengacara (Peserta OnAir)


Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman
Kerjaya : Pelakon, Pengacara, Model dan Wartawan Penyiaran

Afiq Hakim Bin Ahmad
Kerjaya : Penyanyi (Peserta Akademi Fantasia 7) & Pelakon



Jangan lupa untuk menyaksikan Fear Factor Selebriti Malaysia di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) pada 29 Disember ini.
9 malam.
Aaron Aziz jadi hos uols.



sumber gambar : FB Fear Factor Malaysia




Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday #50 Lockcing




rabu tak berkata-kata.
jom makan!

#Mutiara Kata




Hargai orang yang sentiasa sabar dengan KERENAH kita. Jika kita KEHILANGANnya mustahil orang yg akan datang dapat sabar dengan KARENAH kita.








Tuesday, December 18, 2012

Kesabaranku teruji.





Nampak gambar atas tu?
Kesabaranku teruji dengan Lightroom.
Entah kenapa dua tiga hari ini mengada-ngada asyik error dan hang.
Penat je edit.Stressssss ok.

Please la aku nak kene siapkan kerja2 ini.

Monday, December 17, 2012

Transkrip Kokurikulum




Dan akhirnya.Sampai jugak Transkrip Kokurikulum.
Dengan conditionnya dilipat oleh encik posmen!
Habis renyuk-renyuk yer.
Terpaksa "mensterika" ok!


Encik posmen ni tak nampak agaknya tulisan besar,besar dan besar.
"JANGAN LIPAT"
Caps Lock kau!





Sunday, December 16, 2012

Selamat Pengantin Baru Miza & Rozman


Tahun ni terasa banyak sangat kenduri kawin yang dihadiri.
Sedara mara, sepupu sepapat ramai yang mendirikan rumah tangga.
Sahabat-sahabat pun ramai.
Diri sendiri lambat lagi lah nak mendirikan rumah tangga.

Berbalik kepada tajuk entry.
Selamat pengantin baru kepada sepupu saya Miza dan suaminya Rozman.
So simple mereka ni.Pink colour lagi.



Saturday, December 15, 2012

#Word of the day




Kesalahan yang dilakukan dapat mengubah seseorang untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang :) 
"the begining is always the hardest"

Friday, December 14, 2012

Ahlan Wasahlan bulan Safar.




Subhanallah.Indah sungguh hari ini.
Hari jumaat yang merupakan penghulu segala hari.
Jika dilihat kalender Islam, 1 Safar 1434H.
 Jadinya 1/2/34. Dan hari ini Jumaat.Nampak betapa indah ciptaan Allah.

Jom sama-sama baca doa permulaan bulan Safar.

DOA PERMULAAN BULAN SAFAR (TERJEMAHANNYA)

“Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan waktu ini dan penduduknya, dan aku berlindung dengan keagunganMU, Keagungan ZatMU dan Kesempurnaan Keagungan KesucianMU, agar menjauhkan diriku, kedua orang tuaku, anak-anakku, keluargaku, orang-orang yang aku sayangi dan sesiapa yang hatiku kasih kepadanya, dari keburukan tahun ini, dan selamatkanlah aku daripa
da kejahatan yang telah ENGKAU tetapkan dalam tahun ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan bulan safar, wahai Allah Yang Mulia pandangan rahmatNYA dan tutuplah pada bulan dan saat ini dengan keselamatan, afiah dan kebahagiaan kepadaku kedua orang tuaku, anak-anakku dan sesiapa yang hatiku kasih kepadanya dan seluruh orang Islam”

Maafkan saya!





terasa macam terbuat encik S***** kecik hati tadi
Tapi kan awak yang tak memahami ayat saya.
Cuba baca dan faham.
Mungkin ada yg tersirat dan tersurat.
Maafkan sy!
ok sekian.




# eh2.macam encik S***** baca blog ko pulak jiha?
haha.



Thursday, December 13, 2012

Pernah tak?


cuba tengok  tajuk entry.
dan gambar di bawah.
Pernah tak korang terima parcel yang dihantar kepada anta menggunakan nama blog?


I dapat semalam pagi okey!
Tahniah kepada pak cik posmen kerana berjaya menghantar parcel ini ke tangan saya dengan jayanya.
Nama yang tertera di situ "safiyahezora.blogspot.com".
Aku dapat merasakan pak cik tu pening nak hantar.Haha! Kalau guna nama senang nak detected sebab ada nama abah. 

Pak cik posmen siap berpesan : "Lain kali kalau nak hantar surat/bungkusan guna nama penuh yer.Jangan nama blog.Nanti barang/surat tak sampai  kat tuannya.
Dengan bangga diri ini menjawab : " saya bg nama  la pak cik. yang hantar tu yang tulis nama blog saya".








Monday, December 10, 2012

Brownies lagi!


Lagi sekali Brownies.
yang ni lebih sedap.lebih crunchy.lebih badam.lebih choc chips.




Nak resepi sila ke entry lepas.


#2





Jika kita sayangkan seseorang jangan kita luahkan perasaan itu kepada dye..Lebih baik kita luahkan kepada Allah. Kerana bila kita luahkan kepada seseorang itu dengan lebih kerap hingga lupa untuk meluahkan rasa sayang kepada Allah, Allah akan tarik kembali rasa sayang itu daripada kita.

Sunday, December 9, 2012

Hujung minggu dengan keluarga..


Berhujung minggu di Shah Alam yer.
Bersama anak-anak buah.




Nampak gambar di atas? Cik raudhah sibuk dengan air limau aisnya.


Lokasi bergambar adalah di Muzium Shah Alam.
Berpicnic di waktu tengah hari di luar muzium.


PIKOM PC FAIR 2012



Minggu ni ada Pikom PC Fair. Lokasinya dekat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Dan buat pertama kalinya jejak kan kaki ke Pikom PC Fair.
Sadis bunyinya sebab pertama kali menjejakkan kaki ke Pikom PC Fair.Well selama ni memang tak berkesempatan hokey!




Ke sana dengan my best friend forever and ever and ever cik Syafa.
Bersungguh-sungguh ngajak ke sana!Sampai sanggup tak balik kampung.Ini gara-gara nak carik boyfrend barunya!
Tengok gambar di bawah!Dalam beg  baru itu boyfriend baru beliau!
Cepat sapa boleh teka.




Bagi aku OKlah PC Fair ini. Kite diwajibkan ke semua tempat extibition yer.Takde makne ko nak skip Hall sana hall sini.Kena lalu semuanya. Bagus kan.So takde lah kite terSKIP apa-apa.

Ada rezeki tahun depan boleh jenguk lagi PC Fair.







Saturday, December 8, 2012

CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE





Anda mahukan kalender seperti di atas?
Sila join contest yang dijalankan oleh Hazwan hairy.
CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE by Hazwan Hairy  

Sonang aje. Semudah ABC!
Syarat-syarat sila ke blog beliau.




Pemenang akan dipilih melalui Random Org.Kira macam cabutan bertuah gitu.Ada rezeki dapatlah yer jadi pemenang!
Tarikh tutup 12/12/12 yer! sempat lagi nak menjoinkan diri.


#Happy blogging semua!


LIGHTBULB - Short Film

Friday, December 7, 2012

Kelebihan Hari Jumaat



Selamat Tengahari semua!
Today mahu berkongsi kelebihan hari jumaat.


KELEBIHAN HARI JUMAAT

Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:

“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi :

“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)


Thursday, December 6, 2012

Sijil Penghargaan Blogger!



#berkurun lama punya cerita.

Tengok sampul surat bersusun atas meja. Eh!belum bukak?
Sekali tengok.Oh sijil. dan coklat yang dikirim oleh blogger femes tahun ini Hazwan Hairy!

Apakah motif Hazwan hairy mengirimkan coklat dan sijil?
I menang Anugerah Blogger Pilihan Bulan 6.
tempat ketiga je. Tapi sangat menghargai! Bukan senang kau nak dapat Sijil Penghargaan yang atas logo Dan tanda tangan Hazwan Hairy itu.

Taraa..
Inilah dia sijil penghargaannya!
T.Kasih!






Wednesday, December 5, 2012

The Feeling - Set My World On Fire








Wordless Wednesday #49


Rabu tak berkata-kata



Tuesday, December 4, 2012

Awak yang misteri




Sesuaikah tajuk entry ini?
tak kisahlah.

Seriusly..awak tersangat misteri.dan misteri!
I don't know who u're BUT U know me.
Not fair!
Tak adil ok!
Tapi kadang boleh buat diri saya tersenyum.oh!oh.

Nice to know u lah.
=)





#oh apa yang aku merepek ni.

Monday, December 3, 2012

Selamat Pengantin Baru Ezanni & Ridhwan


Walimatul urus Ezanni  & Ridhwan.
Comel kan bunting diorang!




Lately kawan-kawan Ex SKBT38 buat majlis hari yang sama.
Agak kesukaran nak datang kalau lokasi jauh-jauh.
Majlis 2/12/2012 sama hari dengan fatimah.

Majlis Fatimah dapat pergi dan untuk majlis Ezanni hanya hadiah dapat dikirimkan.
Terima kasih kepada pembawa hadiah, Helwa.
=)

#gambar dipinjam dari FB Helwa.

Tahniah Korang!
Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia sehingga ke akhirnya.



#Alahai ramai kawan-kawan dah kawin ni.

Perancangan Allah adalah yg terbaik



Sunday, December 2, 2012

Selamat Penganti Baru Fatimah.



2/12/2012 @ majlis perkahwinan Fatimah.
Terasa begitu sopan santun bila pergi kenduri 2 orang je.Boleh cakap macam tu.
Others geng tak balik dan tak dapat pergi sama.
so pergi dengan Helwa je. 
Pergi awal dan pengantin lelaki belum sampai.
Makanya bergambar sekeping dengan pengantin perempuan sahaja.





*gambar pinjam dr FB Nora


Ok.tu saja.
Congrat both of u.
Selamat pengantin baru!





The Opening of Aroi Locking Steamboat Sg Besar.




1 dec 2012 bermula lah perniagaan kiosk Aroi Locking Steamboat Sg Besar.
The Owner is my bos and her friend.Both of them superb women to me.
Why?Sila berkawan dengan diorang.

Jom ramai-ramai klik "LIKE" pagenya



i'm the gambargrapher of the day.Tapi tak banyak gambar aku shoot.



 Behind the scene. Sebelum  bukak kedai.



 Mereka sudah.Anda bila pulak?


Cepat jom try makan.
Memang sedap hokey!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat