Showing posts with label KELUARGA. Show all posts
Showing posts with label KELUARGA. Show all posts

Friday, July 8, 2016

Duit Raya




Thaun lepas sampul raya frozen la apa la.
tahun ni robocarpoli utk budak2 kecik dan warna hijau utk yg lain.memang giler hijau ko jiha skrg

alhamdulilah.
Rezeki dikongsi bersama.
duit raya utk anak buah,adik dan mak abah dan juga anak sedara serta sepupu yang belum bekerja.
Selamat hr raya

Monday, August 5, 2013

Birthday mamat ridha


Happy birthday to anak buahku Muhamad Ridha.
7 years already!
Sibuk sangat nak kek!
Kitorang buat selamba aja.buat2 tak ingat.tuan badan yang over ..siap mintak hadiah dgn atok!




tiga2 orang nak meniup lilin.
anak2 dah padam pun lilinnya.



Monday, January 28, 2013

Basikal untuk budak kecik!





Wehuu! cantikkan basikal ini.
Kejutan untuk si budak kecik mamat radhi.
Nah basikal untuk adik.

#Beli basikal satu aje.Bergaduh sampai 3 orang nak naik.
Alahai.

Sunday, December 9, 2012

Hujung minggu dengan keluarga..


Berhujung minggu di Shah Alam yer.
Bersama anak-anak buah.




Nampak gambar di atas? Cik raudhah sibuk dengan air limau aisnya.


Lokasi bergambar adalah di Muzium Shah Alam.
Berpicnic di waktu tengah hari di luar muzium.


Thursday, September 6, 2012

Cik Raudhah & buku.



Disebabkan entry raya semua panjang-panjang jadi.aku publish yang pendek-pendek dulu.
Cik raudhah lagi.
Since dalam album gambar banyak muka Raudhah yang pose ala-ala model gitu.
Ini pulak Raudhah & buku.



Gambar ni menampakkan Raudhah macam tembam. Budak kecik ni kuat makan sekarang. 


Ini pulak dengan buku. Masa ni dia tengah baca KAMUS BERGAMBAR. Bacalah sangat.
Untuk pengetahuan semua Raudhah sangat suka dengan buku dan bunyi ngaji-ngaji. Tak payah belikan mainan ke anak patung ke memang dia tak mau.
Permainan yang disukai adalah lego.


Ok sekian.
#Happy blogging semua.






Tuesday, September 4, 2012

Cik Raudhah & spek pinjam dr tuan rumah



Cucu perempuan tunggal dalam keluarga.
Hai cik Raudhah cepatlah cakap! 


Tahun ni gambar Raudhah asyik ada peace aje!
Cuba tengok gambar bawah ini.

Raudhah dan atok! Memakai spek mata tuan rumah.
Pakai amik je.tak mintak izin langsung




Kalaulah Cik Raudhah dah pandai cakap sah2 aku tak mampu nak melayannya bersembang. Si mamt ridha pun bercakap aje! 




Monday, September 3, 2012

Syawal 2012 : Menziarahi sanak saudara


#Syawal 2012
Sambungan entry  "pagi syawal 1433H"
sudahkah anda membacanya.Kalau belum dijemput baca yer.Klik link atas itu.

Hari Raya Pertama duduk rumah aje.Tunggu sedara mara datang. Nak balik kampung memang aku duduk kampung pun.
Abah demam raya pertama tu,jadinya we all duduk umah aje.
Raya kedua baru gerak rumah sedara mara belah mak abah.


Rumah pertama yang dituju adalah Moyang saudara kami. Moyang minah atau kitorang adik beradik panggil nenek tua. Kenapa?Entah sebab paling tua kot.Hoi macam tak beradab aje ayat ko tu!
Still sihat moyang ni cuma sekarang tak duduk pondok keciknya. Untuk pengetahuan semua moyang ni tinggi tau.



Nextnya, Wak Dolah. Abang saudara mak aku.
Rumahnya nun di Sungai Panjang. Waktu pergi beraya hari tu kawasan tu takde coverage! takde line.
Wak ni tangannya sejuk. Eh2 tangan kau panas je jiha?.Tangan sejuk maksudnya kalau bercucuk tanam memang berhasil sangat. Banyak tanaman sekitar rumahnya tapi aku cerita pasal tembakau aje yer!


Taraaaaaa..ini dia pokok tembakau! Korang ade tak? rumah aku takde!



Dan ini yang diproses. Alah dijemur utk jadikan tembakau.


Seterusnya pergi umah sedara mak lagi.Disebabkan malas waktu tu beberapa rumah aku tak menSnap picture.

Dan last sekali umah kakek jaboo. Eh kenapa gambar neneknya pulak.Kakek malu nak bergambar.





#Sampai situ sahaja.Balik rumah terus demam kau!pelik2 je lah.

Next syawal ke-3 yang super duper meriah!





Sunday, September 2, 2012

Syawal 2012: Pagi Syawal 1433H



Syawal dah Dua minggu dan aku baru nak menaip entry yg bertajuk "pagi syawal 1433H".
Sangat dan sangat lambat kau menaip jiha!
Seriusly aku takde idea nak menaip dan mood berblog dah terbang ke mana entah!
Baru taip satu ayat aku berhenti. Boleh bayangkan bila nak siap.
tak kisah lah lambat atau cepat yang penting harus mengupdatenya.


Kisah pagi syawal tahun ni.
Beraya dengan rumah baru selepas direnovate. Sumpah pagi raya aku takde feeling raya.
Entah mengapa.Penat sangat agaknya. Sehari sebelum raya baru cuti kau! Lepas tu aku yang mengemas umah, mengemop, kupas bawang, itu dan ini.


Tahun ni raya tanpa kakak. Turn abg berapa dengan mak abah.
Kakak memang akan beraya rumah mertua.
Tahun ni kira ok.Anak mak abah 3 orang ada. Tahun lepas lagi sadis aku dengan adik aje.
Inilah gayanya bila adik beradik hanya 4 orang. Kalau aku dah kawin dan turn balik umah mertua tinggallah adik aje dengan mak abah.so sad yer!


Gambar pagi raya. Jutaan terima kasih kepada tripod dan 550d aku. Maka adanya gambar ini.



Abang bersama isteri dan anak-anaknya



With beloved mak dan abah!


Dengan abah saya!


Selepas sesi bergambar beberapa keping maka sesi bermaafan. Mintak ampun dengan mak abah!
Sepatutnya beraya dulu baru ambik gambar kan.Ni terbalik pulak. Takpe lah!









#ENDs
tunggu entry seterusnya.ok.
Selamat Hari Raya semua!




Wednesday, September 7, 2011

Keluarga saya..


Ini gambar keluarga saya yg tercinta
Saya ada sorang KAKAK
sorang Abg Ipar
sorang ABANG
sorang Kakak Ipar
Sorang ADIK
5 orang anak buah: 4 lelaki dan sorang perempuan.

Kau ade???Jangan Jeles..




Sunday, August 7, 2011

:: home sweet home ::


Home sweet home!
Berapa dekat rumah sendiri memang bahagia. Eh rumah mak ayah aku. Aku belum ada rumah lagi.
This week balik SEBAB rindu dekat mak abah + nak berbuka sama. Maklumlah tahun berpuasa di perantauan.2 hari raya baru balik. Sedih woi buka puasa dua orang je dengan wanie.

Ambil kesempatan bersama keluarga! Kebetulan semalam kakak aku pun balik. Dapat la buka puasa sekali Plus jumpe anak-anak buah tercinta!


::Rumahku Syurgaku ::


Saturday, August 6, 2011

Muhamad Radhi vs Muhamad Ridha




Radhi versus Ridha
Ridha si abang dan Radhi si adik. Bukan kembar tapi adik beradik.
Cuba tengok gambar atas tu. Sama kan muka mereka. Kakak aku sengaja pakaikan Muhamad Radhi baju & topi yang Muhamad Ridha pakai 5 tahun yang lalu
Gambar dalam monitor komputer Muhamad Ridha masa umur berapa bulan ntah tak ingt! Yang berdiri Muhamad Radhi sekarang umur 8 bulan.



Friday, August 5, 2011

:: Happy Birthday buat anak buah tercinta ::



HAPPY BIRTHDAY MUHAMAD RIDHA @ mamat.

Sedar ak sedar dah 5 tahun. Cepat betul masa berlalu. Ini cinta hati saya. Anak buah yg tersayang.
nak apa semua dapat. Walaupun degil kadang-kadang kan. Tetap SAYANG ok!
Cucu kesayangan atuk n nenek!



Monday, March 21, 2011

:: Sleep test ::


nampak gambar atas tue tak. takut aku tengok wayar-wayar tu. berkaler-kaler..Hijau,Kuning, Biru, Merah. Cube kira berapa wayar yang ada? aku sangat malas nak kira!
tu gambar Mamat Ridha tengah tido. Sleep test nama orang putihnya.
Lokasi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tarikh aku lupe.tapi mggu lepas.tak sempat nak update kerana mak cik mamat ridha ni terlampau bz~

kenapa sleep test ni dibuat?
Ok.Ini 2nd sleep test! Yang 1st sleep test before dia operate. Hari tu Mamat buat small operate, buang tongsel dia!~ aku menangis berbaldi2 anta dia g Operation  Room tau. Perasaan masa tu takut,Risau!Mamat boleh Relax je! Mamat memang kuat! Tabah! Berani!
Sleep test kedua ni doktor nak tengok  hasil operate tu apa yg jadi. cara dia tido macam mana. ada berdengkur lagi tak, ada sesak nafas lagi atau tak. result tak kuar lagi!~ hopefully semua ok!
Korang semua doakan Mamat ridha yerrrr!
Sebab saya syg dia sgt2! Dia anak buah sy yg pertama~ Atok dan nenek sgt dia sgt2. apa je nak diturutkan sampai mak cik ni pun jeles..heee..


Tuesday, February 15, 2011

:: Majlis Kesyukuran & Cukur Jambul ::

Entry yang lambat di update.
sebab aku terlampau sibuk! ye ke??

Majlis kesyukuran & cukur jambul. Majlis kesyukuran adik aku dapat 9A dalam PMR 2010 & cukur jambul anak buah aku yang baru. Majlis berlangsung hari jumaat. 4 febuari 2011.





Thursday, December 30, 2010

:: 30/12/2010~ 7.24pg!~~ ::



Thursday, September 16, 2010

l-l ohh ayam...l-l



Thursday, August 12, 2010

l-l happy birthday adik!!~ l-l


12 ogos !!~

happy birthday adik!!
semoga panjang umur..
dimurahkan rezeki..
gudluck PMR...buat terbaik OK..
9A Ok!
rindu kat kau...


15 tahun yg lalu adikku yg bernama Muhamad Faiz dilahirkan
12 OGOS 1995
7 tahun beza umur dgn dia
dia sorg je adik aku
dia la merangkap adik lelaki dan adik perempuan aku
dia jugak dah macam best ak

really miss U lah adik!!~





Wednesday, January 6, 2010

l-l setahun sudah l-l

entry yg lambat update di nih..

birthday anak buahku
"NUR RAUDHAH "
atau
lbh mesra dgn nama
"cik raudhah"
setahun sudah umurnya
21/12/2009

-l- cake 4 cik odah -l-


l-l cik odah nk potong kek l-l


l-l family2 yg dtg l-l

birthday cik raudhah...
celebrate kt umah atok kt kampung sbb time ni raudhah n mamat bercuti kt kampung..



Sunday, December 13, 2009

l-l anak-anak buah ku yang comel l-l


****khairul ahnaf bin muhamad khairul nizam****
umur: 5 bulan


***nur raudhah binti rosdishar***
umur : 1 tahun


***muhamad ridha bin rosdishar***
umur: 3 tahun 4 bulan

Monday, September 28, 2009

peristiwa tragik


peristiwa tragik berlaku kepada diri dan keluarga ku..

ia berlaku di highway persekutuan
2 hari menjelang hari raya.

berlaku kemalangan
menyebabkan kereta jd cm tu..
tp alhamdulillah semuanya sselamat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat