Showing posts with label JALAN-JALAN CARI MAKAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN CARI MAKAN. Show all posts

Sunday, May 8, 2016

Coconut shake.



can u imagine... dikala hari yang panas..tiba2 bro zack send gambar ni.
Rasa nak terbang balik Sabak ok.

Coconut shake tersedap di Sabak Bernam.
Sapa belum try kena try.
Yess. Bro Zack nak belanja balik nanti.
jejak Sabak je cikgu sampai!

Ada banyak flavour sekarang. Tapi aku suka yang original.
Yang terbaru ada Coklat seperti gambar dibawah. Strawberry dan mangga.
Nak tau kena pergi terjah kedai ok.
Landmark kedai paling senang depan Kolej Komuniti Sabak Bernam.














Tuesday, December 16, 2014

JJCM: KAFE HAYAKI


Makanan dan jiha tidak dapat dipisahkan..
boleh tak siapa bakal suami sy nnt juga kaki jalan dan kaki makan.


jom JJCM ke Kafe Hayaki
Lokasi seksyen 13,Shah Alam


Gara-gara ternampak gambar nasi kerabu yang nampak menyelerakan dalam instagram. Maka terus lah menerjah ke sini.
T.kasih Raja dayana kongsikan info.

This cafe nampak specialise on makanan kelantan.
Kalau tengok dari menu nya lah.


Didi order bandung cincau.


ice lemon tea is my feveret di mana2



and and and Nasi Kerabu untuk dimakan.
Terjah ke sini sebab craving nasi kerabu itulah.
ok rasa not bad. Sedap! Tapi tak boleh lawan nasi kerabu dekat UPSI.
soo soo..kena lah dengan tekak iols.




ini mamat ridha punya. Chicken chop.




till we meet again.
see ya!!

Tuesday, June 3, 2014

Kaki Jalan : Penang!



Ke utara kita! Jom JJCM. Its school holiday.Jom holiday.
Akhirnya sampai bumi Pendang.1st time
Menghadiri majlis perkahwinan roomateku.(klik ye kalau nak baca )


ok.sampai penang sudah!
jom jalan


Berpusing-pusing entah berapa kali pusing jalan yang sama
Lebih daripada 10 hotel try tanya. FULL
Moral of the story BOOKED awal kalu time2 school holiday.
akhirnya dapat la hotel untuk bermalam.

Letak barang2. Terus abah ajak makan.
Abah kata Padang Kota Lama. Tapi xmacam Padang Kota pun.



wehuuu. PASEMBOR!
serius sedapppppppppppppppppp



the next day.
Tujuan stay penang sebab aku nk ke Street Art.
Cerita Sedihmya encik Canon iols masuk wad.
Jalan2 tanpa encik Canon. Pakai HP sajo. Hp murah.


Baru lah tahu. Nak ambik gambar dekat certain2 stret art ni berbaris.
Jom berbaris!



Yeah!
Dapat amik gambor. Terima kasih adik!



selepas itu menerjah la segenap tempat.
Ada yang tersorok rupanya.












Habis di street art!

Makan time!
Tiada dalam gambar. tak ingta apa nama restoren
but sedap.



ok jom balik.
Naik ferryy kita.







till meet again in entry kaki jalan.



Saturday, May 17, 2014

Jalan-jalan carik makan ke Simpang Nyabor.



Lama jari jemari tidak mengupdate entry berkaitan jalan-jalan dan jugak makan-makan.
Dah berpisah dgn BFF yg hobi dan suka buat kerja giler! Sorang di Semenanjung dan sorang di Sabah baa...Oh i miss them soooooooooooo much.

Rasanya dah jumpa sorang yg sama sikit jiwanya! Giler camera dan amik gambar like me!
Encik Canon dah ada kawan baru. Miss Kembu and her Nikon.

Back to tajuk entry yang kekononnya JJCM.
Today kami ke Simpang Nyabor. Jalan-jalan katanya.Tengok tempat org.Misi mencari makanan berasakan udang. Orang2 kata simpang Nyabor ada makanan yg best.
Actually nak hilangkan stress!

Cara hilangkan stress adalah makan! Sapa setuju sila senyum! =)...Makan je.Camna nak kurus?

Expectation sgt tinggi.Imaginasi aku kedai makan tu ada nama ke signbord ke apa. Sekalinya takde nama ke apa ke.

Meh2 tengok apa kami makan.


[1] nasi goreng seafood = RM5.00



[2] nasi goreng udang =RM12.00




[3] mee goreng udang = RM12.00



Alhamdulilah kenyang. 
Review aku...ok la makanannya. Boleh tahan sedap. Yang bestnya tengok udang itu. Yang tak ok kena tunggu lama almost 45minit.lambat sebab tangkap udang dulu agaknya.Heee




ok.next makan tempat lain pulak.
see u!




Thursday, June 13, 2013

Original Coconut Shake



Mood review! 
Lama sangat-sangat nak mereview pasal makanan,minuman dan restoren.
Dulukala selalu jalan-jalan carik makan dengan BFF.sekarang BFF,Sorang nun di utara.Sorang nun di Selatan.Aku di tengah2.

Inilah dia Original Coconut Shake atau bahasa melayunya kelapa goyang.
Selama ni lalu dari jauh tak perasan pun jual Coconut Shake.
Sampailah tuan empunya perniagaan add diriku dan mempromote Coconat Shake ini.

Jadinya trylah.Ok! Sedap.Memang heaven minum di kala tengahari.Sejuk tekak uols.

Lokasi ada dua. Dekat Sg Besar dan BNO
Sg Besar berhampiran dengan petronas.
BNO pun berhampiran dengan petronas jugak rasanya.
Inilah rupa gerainya!
Sila lah try!



ini gambar masa pertama kali minum.
Disebabkan kehausan dan kepenatan pg shoot outdoor wedding.
Tak ingat nak ambik gambar.Dah minum baru tersedar.




Beginilah rupanya Coconut Shake!
Ini special.Ada ice cream.Kalau biasa takde ice cream.

gambar kredit kpd Fb owner


Harga Coconut Shake
[1] Biasa - RM2.00 (takde ice cream)
[2] Special -RM2.50 (macam gambar atas tu.ada ice cream perisa vanila)



Sila mencuba!



Monday, December 31, 2012

Burger Bakar Abang Burn!



Jom jalan-jalan carik makan.
Lama tak mengupdate entry Jalan-jalan dan makan.
Bukan tak pergi jalan-jalan carik makan tapi gambar takde nak share. Malas angkut DSLR selama ni.
Sekarang angkut DSLR ke mana-mana.

Burger Bakar Abang Burn.
Mesti ramai antara korang dah makan kan.
Aku baru makan semalam.
OK.Not bad.Sedap.

Aku pg yang dekat Seksyen 13, Shah Alam. Dekat Restoren Le Lac.
Nak pergi yang seksyen 7 macam agak jauh.

Dan we all makan seperti dalam gambar di bawah.



Beef Supreme Cheese
Harga : RM10.50. Tapi sebab tambah chessy sausage jadi RM12.00



Chicken Supreme Cheese
Harga : RM10.50.Tapi sebab tambah chessy sausage jadi RM12.00


Antara beef and chicken. Aku lebih suka yang Beef. yang beef lebih sedap. Walaupun selama ni favourite aku burger ayam.eh bukan selalu pun aku makan burger!

Bagi aku burger ni sedap.rasanya sedap.dan kena  dengan tekak aku.
Dagingnya homemade.jadi tebal.
So.kepada sesiapa yang belum cuba.Silala cuba.






Antara lokasi lain Burger Bakar Abg Burn :

Seksyan 7, Shah Alam : Restoren Abg Burn Burger
Ampang : Dagang Avenue Food Court
Kajang-bangi : Ramal Junction food Court
Nilai : MMA Santai Corner
JB: B.Point Station
Kota Damansara : Tanjung Village Food Court
PJ : Rock Cafe Sunway
Seremban: Restoren Maulana Medan Selera







sumber : FB Burger Bakar Abg Burn



Tuesday, October 16, 2012

Lepak petang @Kedai Kopi Shah Alam



Lepak petang @Kedai Kopi Shah Alam.
Pernah ke sini dulu. Tapi waktu malam. Yang datang petang.
Sila ke entry Makan di Kedai Kopi untuk entry yang lepas.



Jalan-jalan.
haus.lepak minum!



Wehu.Mari tengok apa yang we all makan.
Aku order air limau ais aje dan tak makan.!

Ini air bandung mamat ridha

Oh.lupa apa nama.abg ipar yg order.tapi share2 jugak makan.rasa katanya.sedap!



fries untuk radhi & raudhah



itu saja!
cerita minggu lepas baru menyempat nak menaip.
happy blogging semua!





Friday, September 28, 2012

#Boomtown.



#Entry yang aku ingat dah publish tapi rupanya duduk dalam draf dan belum taep apa.
gambar je ada.

Makan-makan @Boomtown.
Ini masa birthday abg ipar.Nak celebrate la kononnya.Siap bawak 2 potong kek secret recipe kau!
Kononnya nak belanja abg ipar makan satay!Nak pergi Awan Besar katanya.sekali lalu sini dan terus abg ipar kata "kita makan satay kat situlah".Terus U turn ke sini.Boomtown.




Ok!ini air aku.fresh oren

satay 20 cucuk aje.itupun tak abis.

nasi ayam utk mamat ridha.
Nasi ayam nya rasa sangat lemak.ok muak lah.


so far satay ok lah.



Tuesday, September 25, 2012

Cendol Pak Akob.



Cendol pulak.Lama-lama aku merasakan blog aku penuh dengan update makanan.
Perasan kah anda?

Kesibukan menyebabkan blog aku kejap berupdate kejap idak.memang takde traffic woi!
 tak sempat plus aku takde idea nak mengarang. Rasanya nak update dengan bubuh gambar dan sebaris ayat. Boleh gitu!

Ini cerita ahad lepas.Keluar bersuka ria dengan bekas taukeh dan rakan sekerja lama.
Kononnya nak bersuka ria.sekali TB (bekas taukeh saya) muntah-muntah sampai tak larat. Puncanya makan cendol pulut dengan perut kosong. Ha ambik.Terus bersuka ria atas katil yer!
Tak plan pun nak makan cendol.Tapi disebabkan ternampak terus menyinggah!



3 mangkuk cendol untuk kami.

Cendol Pak Akob
Lokasi : dihadapan Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16, Shah Alam.
Harga: lupa.sebab aku tak bayor.Tb belanja.



Mama lia dengan 3 mangkuk cendolnya!



#Tak berperasaan sangat nak ambik2 gambar sebab haus dan penat. Penat gelak dalam kereta!







Monday, September 24, 2012

ABC katanya.



ABC Coklat kata kak lia.
Kononnya nak pergi tengahari selepas event kalam.
 tapi apakan daya puan driver asyik salah masuk jalan kat roundabout.Ntah berapa kali pusing pun tak tau.
Sudahnya singgah minum cendol yer.Nak ABC tapi Cendol pulak yang dapat!
Cendol Pak Akob dekat section 16.Sedap! Tambah-tambah tengahari.memang heaven.

Kesudahannya makan ABC ni petang nak ke malam gitu.Dah nak pukul 7.Jadinya aku macam tak berapa nak feeling makan ABC.Esok2 nak pergi lagi lah.




ABC Fradoo.
Lokasi : Seksyen 2 Shah Alam (foodcourt bersebelahan dengan Uitm)
Harga : RM3.00





#Sapa suka ABC sila komen.Mana lagi tempat ABC yang best.Share lah yer!




Wednesday, September 12, 2012

Mee Udang Kuala Sepetang



Entry yg di simpan dalam draft sejak 1 septemmber.
Lama tak update entry jalan-jalan carik makan. Dulu masa zaman study selalu je pergi jalan-jalan carik makan 

1 september ke Taiping. Beraya katanya ke rumah besan abah.
Alang-alang dah ke sana makanya ajak abah pergi Kuala Sepetang @ Port Weld.
Yang femes dengan Mee Udang.
Terasa mau cuba! Agak jauh jugak nak sampai. Well first time pergi memang akan rasa jauh sesangat.

Inilah dia Mee Udang Mak jah


Superbb! Sedap. 
Aku order Mee Udang biasa sahaja. Harga RM7.00. Kalau yang special harga RM11.00.Dapat udang yang extra extra besar!


Papan tanda restoran : Mee udang Mak Jah.
Masa aku sampai orang punya ramai dan berkata "nak duduk mana ni"


Ada beberapa bahagian tempat duduk.yang ni terpisah sikit dari main restoren.

Selain tu ada pondok. yang diberikan nama pondok udang galah. Kiranya kat sini korang duduk bersila/ bersimpuh gitu.


Order akan diambil oleh pekerja dan korang kena bayar kat kaunter. sila ingat no meja ok!


So far ok makanannya. Cuma servis agak kureng. Untuk pengetahuan semua masa aku ke sana, air lambat di anta. Aku dah siap makan baru air sampai. Oh.tak tau ke aku hauss.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat