Showing posts with label majlis perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label majlis perkahwinan. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

BFF sy dah kawin!






BFF saya dah kawin. I'm happy for u dear!
So bad diri ini tak dapat bersamanya masa majlis pertunangan,majlis pernikahan,majlis perkahwinan dan majlis bertandang. Sedih ok! Can u imagine what i feel.BFF sndiri ok.

Kepada rakan2 sekalian sila buat majlis anda pada waktu cuti sekolah.
Tak cuti sekolah memang tak dapat attend!
Jauh nun di Saratok yer.






sumber gambar : Jangguttouch 

Sunday, April 14, 2013

WalimatulUrus Yati & Shahrul


WalimatulUrus lagi.
Setiap minggu menghadiri walimatulurus rakan. Ko bila Jiha?Sila tunggu.Boleh.

Kali ni walimatulurus Hayati & Shahrul.
Yati merupakan rakan semasa sekolah menengah. Masa form 5 satu kelas.
Dan Yati merupakan rakan kelas kami yg pertama berkahwin.Yang lain semua belum kawin termasuk saya.eh!



Memilih tema merah gitu. Merah kau! Warna yang aku tak berapa nak gemar.ada kena mengena ke.
Cuaca yang mendung dan lepas hujan membuatkan aku kurang mood untuk merakam banyak gambar.
Sedikit gambar yg nak dikongsi.Cukuplah tu yer.







#Selamat Pengantin Baru yati & shahrul.



Saturday, April 6, 2013

WalimatulUrus Dila & Adib


WalimatulUrus lagi!
Setiap minggu ke WalimatulUrus rakan-rakan. WalimatulUrus sendiri bilakah agaknya. Ok!Tahun depan yer.Sila kumpul duit dulu baru boleh kawin.


Minggu ini walimatulurus Dila & Adib.
Mereka kawan masa sekolah menengah, SAMTS Batu 38.

Majlis berlangsung pada 6/4/2013 (Sabtu)
Majlis pihak perempuan.

Sama cantik sama padan. Menggunakan tema hijau!




Wanita dijadikan dari rusuk kiri lelaki.
TAPI cuba tengok gambar di bawah! Apa yang anda nampak?
Terbalik kan. Dila menjadi rusuk kanan adib pulak. Inilah moment yang lawak lagi kelakar semalam.
Pengantin silap ambik tempat.





Haruslah ambik gambar dengan pengantin. Ambik berkat katanya!ewah kau!
Mesti la ambik gambar sebagai kenangan.Bagi aku pencinta gambar ini.Moment itu penting hokey!
Walaupun diri ini tak suka bergambar tapi harus jugaklah.Gitu yer.



Dan ini adalah ruang Candy buffet dan Guest Corner.
Harus singgah yer.
Cantikkan.Creative okey! DIY ni.
Dah singgah, tulis boleh amik choc/ apam / cupcake. (selagi masih ada)




Congrat both of u.
Selamat Pengantin Baru.
Semoga kalian berkekalan till jannah.
Amin.


Next WalimatulUrus sapa pulak?
Stay Tune..






Saturday, January 12, 2013

Walimatul Urus UmieFirdaus.


Sabtu, 12/01/2013.
Walimatulurus Umie dan Firdaus. Kawan sekolah menengah.
Tak plan langsung nak pergi. On the spot di ajak oleh Biskut Lemau @ Inazatul Ain.Tibe2 ajak pergi.
I pun okey lah. 
Lokasi kenduri Kg Lubuk Pusing. Guess what cik driver tak tahu kat mana.OMG.Nasib aku tererrr bab jalan.eh2!

Berbekalkan peta yang Syamila ada. We all sampai! (eh kata tererr bab jalan jiha?).



Jumpe mereka masa nak masuk ke rumah pengantin.



bergambar bersama pengantin


Dan inilah pengantinnya, umi dan firdaus.


dan yang terakhir gambar we all tumpang pelamin!






Selamat pengantin baru buat umi dan suami.
Semoga berbahagia!




Sunday, December 16, 2012

Selamat Pengantin Baru Miza & Rozman


Tahun ni terasa banyak sangat kenduri kawin yang dihadiri.
Sedara mara, sepupu sepapat ramai yang mendirikan rumah tangga.
Sahabat-sahabat pun ramai.
Diri sendiri lambat lagi lah nak mendirikan rumah tangga.

Berbalik kepada tajuk entry.
Selamat pengantin baru kepada sepupu saya Miza dan suaminya Rozman.
So simple mereka ni.Pink colour lagi.



Monday, December 3, 2012

Selamat Pengantin Baru Ezanni & Ridhwan


Walimatul urus Ezanni  & Ridhwan.
Comel kan bunting diorang!




Lately kawan-kawan Ex SKBT38 buat majlis hari yang sama.
Agak kesukaran nak datang kalau lokasi jauh-jauh.
Majlis 2/12/2012 sama hari dengan fatimah.

Majlis Fatimah dapat pergi dan untuk majlis Ezanni hanya hadiah dapat dikirimkan.
Terima kasih kepada pembawa hadiah, Helwa.
=)

#gambar dipinjam dari FB Helwa.

Tahniah Korang!
Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia sehingga ke akhirnya.



#Alahai ramai kawan-kawan dah kawin ni.

Tuesday, November 27, 2012

Marathon ke Majlis Perkahwinan Sahabat!



Cuti persekolahan je mesti banyak Majlis Perkahwinan berlangsung.Alah tak cuti sekolah pun banyak!
Pernah tak korang dapat jemputan ke majlis perkahwinan lebih daripada 5 untuk satu hari?
Berapa korang dapat?Aku dapat 5.Sila tengok gambar di bawah.
Majlis untuk 17 november 2012.
Bagusnya korang pakat2 buat majlis hari yang sama. We all yang nak datang semput nak kejar~



5 pasangan pengantin yang merupakan rakan sekolah dari tadika dan sekolah menengah.
5 pasangan pengantin tapi 4 buah rumah sahaja.
Kenapa 4? Sebab 2 pasangan tersebut adalah kembar!


Rumah pertama adalah rumah si kembar, Ain dan Sikin
. Pasangan kembar tak seiras.
Cerita details entry seterusnya nanti.Meriah uols!

yang berbaju biru sikin.



dan ini ain.




Seterusnya rumah kedua, Afiq Yusof. Rumahnya di Sg Besar.
Tak pernah sampai rumah afiq.tak pernah tau pun sebenarnya.
Dengan takde kat jemputannya,selambe je gamble carik rumah!
Jumpe!dan dengan yakin itu rumahnya.



Next, Nadhir.
We all sampai dah tak berapa ramai orang tapi ramai lagi.
Keluar kereta nampak orang catering dah angkat barang!
Eh! datang bukan nak makan tapi jumpe raja sehari!



dan yang terakhir Luqman & Yaqeen
Nun di Parit Baru rumahnya. Pun tak tau rumah. dan alhamdulilah selamat sampai!
See! pengantin pun dah tukar baju waktu we all sampai.




Habis dah Maraton. Dari utara ke selatan ke barat ke timur.
And lastly singgah Pantai BNO. Photoshoot dan jumpa geng2 lelaki.
Tak gerak sama-sama pun ke majlis kenduri tadi.
Masing-masing ada urusan.
Minum-minum dan makan-makan dengan membayarnya sendiri.



#eh muka nizam tak puas hati kenapa?

OK.sekian. sampai sini.
cerita lain entry seterusnya. bila nak publish tak tahu.
Stay Tuned je yer


Selamat Pengantin Baru semua!
Majlis ko bila jiha? NO KOMEN!


#happy blogging





Thursday, June 28, 2012

Reunion di Majlis Perkahwinan


#Entry ini banyak gambar dan sepatutnya di publish sebulan yang lalu tapi lupa nak dipublish.
boleh pulak kan!

Majlis berlangsung 27 Mei 2012. Majlis perkahwinan Aisyah & Azmal. Aisyah adalah kawan masa sekolah rendah. Tapi sampai sekarang kawannya. Berdosa memutuskan silaturrahim!

Majlis perkahwinan merangkak majlis reunion unofficiol yang kami sendiri buat.
Jom tengok gambar reunion unofficiol kami.
Meriah dan  betapa bisingnya kami. Mintak maaf yer tuan rumah.

Sampai kira-kira pukul 12.15 tengahari. Waktu sampai pengantin dah sampai yer! Ok keciwa tak tengok pengantin sampai. bajetnya pengantin datang pukul 12..30 lah sekali awal. We all sampai pengantin nak makan. Tak menyempat punya pasal maka kami sibuk nak ambik gambar (sila tengok gambar bawah yer). Ini gara-gara Maton & the geng yang nak balik awal katanya tapi sudahnya balik sekali dengan geng aku jugak.



Lepas bergambar. Lepak-lepak makan. Tapi aku tak makan.Kenyang! Sebab aku baru aje g kenduri sorang lagi kawan.Makanya temankan Cik Driver aje sambil ada cik photpgrapher yang shoot picture!







Si  kembar, Ain dan sikin. 
Lepas ni giliran mereka. Bulan November nanti.




Ini pulak artis yer! Sampai aje terus serbu. Excited je semua bila nampak shud.
Maklum saja dah lama tak jumpe.Aku sendiri tak jumpa sejak tahun 2006. Lama kan. Shud berkhidmat di Sabah sebelum ni. Askar yer!




Masa untuk tukar-tukar no telefon. Yang bertudung oren peach itu lah Cik Driver saya!




Punyalah tunggu si lelaki-lelaki. Rupa-rupanya lepak bawah pokok!
Nasib aku nampak korang kan! Di call tak dapat2.





#Banyakkan gambar dalam entry ini. Friends forever uols! Ada masa kite buat reunion yer!
Aku belum sempat-sempat nak merancangnya. Sibuk katanya!





Tuesday, June 26, 2012

Tahniah Ina & Epic



#entry perkahwinan

Tahniah ina & epic. Sory tau tak dapat datang. Saya kena kerja masa tu.

Tak sangka yang kecik dalam kelas ni kawin dulu. dah sampai jodohnya kan.
Ina adalah yang pertama dalam kelas aku yang kawin.
Tahniah! Dah masuk fasa baru. Selamat menjadi isteri yer!








Monday, May 28, 2012

Tahniah Farah & Pasangan!




Majlis Kawin lagi. Faham-faham jelah cuti sekolah memang banyak benar jemputan kenduri kawin.
Ahad lepas dua orang sahabat sekolah kawin. Sorang sahabat sekolah rendah dan sorang sahabat sekolah masa tingkatan enam.

Ini nak cerita sahabat masa tingkatan enam yer.
pergi awal.tak pernah2 aku g awal macam ni.Pukul 11 dah pergi majlis Farah dan sah-sah tak dapat tengok pengantin datang.Jumpa pengantin perempuan ajelah.


Ini pelaminnya. cantik!
ambik gambar tanpa ada pengantin yang menunjukkan pengantinnya belum sampai.Boleh macam tu?


dan sudah tentu kena ambik gambar sekeping dengan si raja sehari, Puan Farah.
kau sudah tukar title.aku belum.hehe!



p/s: sila abaikan gambar yg buruk tu.


Majlis Perkahwinan Dr Norhuda & Aizat.



Tahniah buat sepupuku Dr Norhuda dan pasanganya Aizat. 
Mak cik aku kata muka Aizat macam ahli kumpulan Sepah.Cuba korang tengok!

Majlis berlangsung pada 26 mei 2012, hari Sabtu kat Manjung,Perak.
Tema Purple Putih dan pengantin pakai baju putih.


Pengantin sudah sampai diiringi kompang




Wehuu!Kek.Sedap tau.




Harus bergambar dengan pengantin.
Ini mak cik dan mak saya.Eh! sama baju kau! Bak kata sepupu2 aku yg lain.baju sama,kumpulan marhaban.erk!




itu sahaja.gambar tak banyak sebab aku takde mood diserang sakit gigi.
sekian terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat