Showing posts with label ourstory. Show all posts
Showing posts with label ourstory. Show all posts

Sunday, February 19, 2017

Our Story : Kad Perakuan Nikah

Yeayy...kad dah siap..

ini kad perakuan nikah negeri selangor. Abaikan muka iols yg tembam.

Kami husband and wife yg PJJ.
Bila balik cuti. apa yang boleh disettelkan kena disettelkan.
After ambik sijil nikah terus je esoknya buat kad perakuan nikah,Senang ada kad ni. Tak payah lah usung kertas besar gedabak nak g mana2 dengan suami. takde sijl kang kena tangkap pulak,
Beli HQ Jabatan Agama Islam kat Shah Alam.
Bawak gambar 2 keping, isi borang, bayar RM40.
lepas 2 minggu siap.


T.kasih sister in law tolong amikkan. nasiblah wakil boleh tolong amikkan. Kalau tidak sampai kesudah atk amik..sorang keje Sarawak sorang keje Penang kan.


Thursday, February 16, 2017

Our Story : DIY katil




Gambar apakah atas itu? Hammer sampai patah. Apalah yang dibuat oleh hencik suami ni.
Bawah ni gambar kayu pallet pulak,
Buat apa ni.. buat apa ni.


I told my husband. Nanti kita beli la katil. before this husband kan sorg. katil bujang.
sekarang dah berdua..takkan share katil bujang plak. haha. kalu we ouls slim melim takpe lah.haha.
Tiba2 husband kata " abg dah beli kayu "
Lepas tu siap tunjuk gambar contoh katil.
Rupanya nak buat katil sendiri. Gigih ok!
Percaya tak percaya je. Tapi kan husband memang jenis suka buat2 sendiri dan kreatif. 

Taraa...nampak dah rupa katil.
Gigih suami iols ok. Berapa hari je dapat siap.
he make its with full of love. hihi.



ok dah siap!
Yeayy dah ada katil. 
Tilam belum lagi beli. Nanti pulak beli



Siap disusun. Frame pun dah gantung.
T.kasih husband. 
T.kasih banyak-banyak. I know u made it for me.





Tuesday, February 14, 2017

Our Story : Yeayyy suami belanja oven


Yeayyyyyy. dah sampai. suami belanja Oven sekali mixer
Terima kasih lagi sekali suami.

Taraaaa.test..test



Encik suami dah rasmikan dengan buat Cheesekut. Gigih ok suami i.



Chesskut made by myhusband.


ini pun made by myhusband. gigih ajar guna tpn jauh dr Sarawak.



Saturday, January 14, 2017

tak sabarrrrrrrrrrrrrnyaaaaaaaaaa..




tak sabarnyaaaaaaaa nk amik album kawin.
nnt lah review sapa photographernya.


Wednesday, January 4, 2017

Our Story : Kami di Nasi 7 Benua


AKHIRNYA....
after we got married..were here!
Nasi 7 Benua.



Bila ingat-ingat balik kelakarnya lah rasa.
gambar nasi je pun. tapiiiiiiiiii ...........
Allah is best planner.
Alhamdulilah.
yang sebenarnya kerana nasi ini sy kenal suami sy.
Maybe both of us food lover agaknya. Hihi.



Want to know the story...sila KLIK SINI 

Kenapa nasi 7 benua namanya?
Sebab ada 7 jenis nasi. Ada Nasi Putih, Nasi Lemak, Nasi Tomato, Nasi Lamuni, Nasi Minyak, Nasi Kacang & Nasi Hujan Panas.
Kalau korang tak nak makan dengan 7 jenis nasi pun boleh. mintak je nasi yang mana nak makan.
Makan semua jenis lah. Sedappppppp..
Ambil nasi then boleh pilih lauk apa nak makan. Ada macam2 lauk. Makan ikut citarasa korang lah.


ini yang kitorang amk. Seperti biasa ak memang suka ayam masak merah. Encik suami amk ayam masak kicap kot tu.



dear husband..thanx u so much.
Thanx u sbb selalu teman kita makan2.


korang kena try ok.
ni lokasinya

Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe,Taman Tunas Muda,11900
Bayan Lepas
017-439 7617



till meet again. nnt share tempat makan best yg lain.


Friday, October 14, 2016

48 day lagi


48 day to go.
Ya Allah cepat pulak rasa masa ni bergerak.




preparation mostly by call by on9.
memang satu cabaran yg sgt besar.
Semoga segalanya berjalan lancar.


Monday, July 18, 2016

Pertama kali ku melihatmu



Genap setahun.
18.07.2015
Pertama kali ku melihat dirimu. Baju Melayu biru. Datang sorang2.
Bila ingat balik memang rasa lawak.

Nak throwback kisah setahun lalu.
Nanti anak cucu boleh baca kisah kami. 

18.07.2015. Hari sabtu. Hari Raya Kedua masa tu.
Seorang kawan yang dikenali sejak beberapa bulan yang lalu nak datang. Kawan tak pernah jumpa pun. saja nak datang beraya. Alah kawan2 nak datang bukan nya tak boleh. Ikut katanya nak datang dengan kawan. Yelah takkan nak datang sorang2 pulak. Tak macam segan pulak kan.
Tapi suprisely. Kawan kita tu datang sorang. Kuar2 keta sorang.
Dalam hati berkata " eh biar betul dia ni datang sorang..beraninya"
Maka jemputlah masuk rumah. Masa itu takde tetamu lain pun. aku yang pemalu ni memang malu lah. yelah xpernah jumpa. Selama ni sembang dalam whatapps. Dengar suara pun tak pernah. 
Sembang macam biasa2 jelah. sambil jemput makan. Tapi kawan kita tu pemalu jugak. Makan sikit je.
Tak lama lepas tu ada tetamu datang beraya, sepupu mak.
Aku ke dapur rasanya masa tu...sepupu mak pun berkata " ini bakal suami jiha ke". Kawan kita pun dengan konfidennya " tak la..kawan je "
And guess how. memang masin mulutnya tu. Hari ini kawan kita tu memang jadi bakal suami kita. Hihi. 

Orang selalu kata dari mata jatuh ke hati, Tapi aku ni xtau dari mana jatuh hatinya.
Pertama kali jumpa tu takde perasaan apa pun. Takde pun rasa berdebar2 masa tu. Relax aja.Haha. 

Jodoh itu rahsia Allah kan. Kita pun tak tau. Perancangan Allah memang indah utk setiap hambanya.
Alhamdulilah. Terima kasih Allah berikan kami perasaan ini.
Daripada tiada perasaan apa-apa setahun yang lalu. Hari i'm in love with him! Macam mana in love pun xdapat nak dijelaskan di sini. Hihi.

To my bakal suami. Terima kasih menyayangi saya. Terima kasih mencintai saya. Terima Kasih untuk segalanya. 




habis. sambung kisah nanti 31.07.2016 pulak.
till meet again.






Saturday, May 7, 2016

Nasi 7 Benua and US.




inilah nasi 7 Benua.
Nasi ni bukan sebarang nasi ok. Sejarah besar dalam hidup sy.
Well dah namanya foodlover. Jumpa bakal suami pun gara2 makanan.
sweet tak?
satu ciri suami yang dicarik2 selama ni adalah suka macam makan jiha. Jadi anytime anywhere nak JJCM senang. Ada orang sebelah boleh teman makan. Tolong habiskan makanan.

Kerana nasi ini aku kenal en tunang.
Kelakar dak? Dah genap hari ini setahun memori nasi 7 benua.
Nanti dah kawin celebrate anniversary kat sni bak kata en tunang.
Ni kalau owner kedai nasi 7 benua ni tau agaknya disnap gambar weouls. letak kat dinding kedai. Femesss la weouls.
 Kahkah..bab membayangkan bukan2 memang hebat.


BTW happy anniversary my dear en tunang.
=)


Wednesday, April 27, 2016

4 month




happy anniversary yg ke 4 bulan en tunang syg.




Saturday, April 16, 2016

Setahun


Setahun.
Genap lah hari ini setahun berkawan di facebook dengan en tunang.
Setahun yg lalu en tunang add sy di fb.
Sebelum approve tengok mutual friend dgn sapa. Tengok2 iqa beary. 
Kawan Iqa rupanya.Then i klik approve. Selalu jugak nampak like dan komen kat fb iqa. Dengan confident rasa kawan iqa ni.



Dan tak sangka now we are engaged and soon Insyallah getting married end of year.
Doakan yang baik-baik utk kami.



Thursday, April 14, 2016

suprise katanya..


yeahhhh...dah sampai.
T.kasih encik tunang. 
Suprise yang terkantoi. Kahkah.

Tahun lepas..masa belum bergelar tunang kepada encik tunang saya... sy telah mensuprisekan beliau dengan mengepos satu frame yg ada nama beliau.. dengan tulisan dengan  warna feveret beliau. eh warna feveret sy jugak tu.

Hihi. Boleh rasa encik tunang nak pos something. Iyelah. Tanya alamat bagai. Takkan lah saja2. mesti ada sesuatu tu kan. Haha.
Dengan tanpa sengaja scrool ig simply kufi nampak design nama encik tunang dan tarikh birtday beliau. 18 kali tengok takut salah org. Agak mustahil lah nama sama dan tarikh lahir sama. kan kan.
Kantoi sudahnya.. bila tanya mengaku pulak tu.
Memang ternyata dan tersalah en tunang sy tak pandai sorok apa2 dengan sy.
betul tak en tunang.




btw terima kasih en tunang hadiah kan ini.
Suka...suka sgt.
Terima kasih untuk segala2nya.




Tuesday, March 15, 2016

Kursus Kawin


yeayyy.
Alhamdulilah. Dah boleh kawin.

Dari Zaman belajar org dok sibuk pergi kursus kawin. Senang katanya dah g kursus kawin. Tapi ak tetap tak nak pergi. Belum nak kawin. hihi.
Nak kawin baru lah sibuk2 mencari masa.
Alhamdulilah. Allah permudahkan urusan. Allah beri kesempatan. Dapat hadiri kursus dua hari. =)



Friday, February 26, 2016

2 Bulan




Alhamdulilah.
2 bulan hari ini. 
Macam dah lama. Baru 2 bulan rupanya. macam lama padahal tak berapa nak lama pun kenal en tunang sy. eh!

yeaa..lagi 2 minggu balik.



selamat ulangbulan encik tunang sy.
ulangbulan pun boleh la ek

Monday, February 15, 2016

200 hari



Throwback 200 hari  
Macam cite kartun pun ye gak.Haha. But I believe dengan Allah.
How sweet perancanganNYA kan.

Senyum sorang2 bila difikirkan.
Pun nak rasa gelak sorang2
Tapi encik tunang sy nk kongsi gelak sama2. Haha. Letih la ketawa hari ni.


Awak..awak..awak.
Terima kasih untuk semuanya




Thursday, February 11, 2016

Kami .Kami & Kami




When u have to thing about your wedding. your big day.
i want to make it simple wedding, our family suka, sy suka dan bakal suami suka.
Jom lah kita start dengan check list. 
List kan setiap benda yang penting.yang perlu.
Nak pergi window shopping tak boleh di sini. survey2 dari internet ajalah. Plus bakal suami la buat semua benda dulu. =P


lets enjoy our preparation of our big day.
Manisnya bila best friend pun nak kawin tahun yang sama. Bakal suami pun ada ciri-ciri yg sama. Sweet sgt kan!
Since my best friend pun nak kawin jugak..we can share sama.
hihi.
Cik Iqa Beary ko tak nak kawin sama tahun ni ke? =P





# i miss my bff yang dua orang tu.



Wednesday, February 10, 2016

Green tea




Orang kata Green Tea bagus.
Orang pun kata nak kurus minum Green Tea.
 Ok la nak cuba. Boleh ke cmtu?Kot2 berjaya kurus.
Usaha tangga kejayaan. Payah orang yg "food lover" macam aku ni nak diet.
Alasan..alasan dan alasan semua tu. Nak 1000 daya, kalu dah tak nak memang tak nak lah.


Tersedar dari lamunan bila anak murid dekat sekolah cakap "Cikgu....sy nampak cikgu macam dah gemuk!!!". " Cikgu nampak bambam"
Cikgu memang sedar cikgu ni gemuk. Tapi bila anak-anak murid tegur macam tu terasa ok. Tersentap di jiwa.

Ok lah jom lah start Diet sikit. En Tunang tak moh join sama ke??
 Bukan la nak kurus. Nak kurangkan kg tu sikit, Kang tak muat pulak baju kawin i. Haha.


Disebabkan green tea banyak khasiatnya. Kita minum lah sehari sekali.
Daripada eksperimen yang dijalankan.... aku cuma berjodoh dengan brand "Ahmad Tea". Segala brand mendatangkan keburukan sikit. Minum yg BOH green tea habis pening berhari2. Minum LIPTON pun sama. Cannot go!



Di sini share kebaikan dan khasiat green tea.

Lindungi kulit
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.

Rawatan kulit
Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak, bekas melecur, korang try tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan. Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.

Pelindung memori

Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.

Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Menurunkan aras kolesterol.
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Merawat batuk
Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).

Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya.
Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.


Mencegah penyakit gigi

Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi.

Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)

Menurunkan tekanan darah

Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Membantu mengawal paras gula darah
Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

Pencegah kanser

Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.



Wish me luck la ek.
Semoga Istiqomah..



Tuesday, February 9, 2016

P.E.R.A.S.A.A.N




Kadang-kadang lah terbuat jugak.
Sometimes rindu jugalah En Tunang.

Rindu Mak.Rindu abah. Rindu family. Rindu kawan-kawan.
Siapalah kita untuk lari dari perasaan RINDU. 

Sebab rindu adalah sebuah perasaan yang tulus dan ikhlas.
Indah kan..
Subhanallah. Hebat benar rasa yang Allah semaikan kedalam hati hambaNYA. 
 

Pernah tak dengar orang kata bila kita rindu seseorang.. Allah akan campakkan sepuluh kali dari rasa rindu kita kepada orang yang kita rindu.
And I believe it.


Monday, February 8, 2016

Mimpi ke?



Mimpi ke apa ni. 
Senyum sendiri bila teringat ok
Kadang terasa nak ketawa pun ye jugak.
Kelakar kan..


Awak..awak...awak...
Terima kasih sebab muncul dalam hidup sy. 
Terima kasih menerima sy seperti mana diri sy.
Terima kasih bagi sy kebahagiaan
Terima kasih buat sy senyum setiap hari
Terima kasih sentiasa berada di sisi
=)

Tak ingat la bila say YES kat awak. 
Ke tak pernah cakap pun YES tu? ( hilang sikit memory excident agaknya)
Tak pentinglah semua tu.
Dengan hati yg ikhlas sy terima awak. Sebab sy yakin awak boleh jadi imam sy. Boleh bimbing sy. Boleh teman sy makan2.  Boleh teman sy jalan2 Boleh tahan dengar sy membebel. Boleh tahan kena sekeh, kena tumbuk dengan sy. Boleh susah dan senang dengan sy. Boleh segala-galanya lah.



Setiap orang ada kisah tersendiri.
Perancangan Allah tu terbaik untuk setiap hambanya. 
Kena percaya tu. Dalam semua perkara Allah tahu apa yang terbaik.
Am i right?


Yakinlah bahawa Allah sudah tetapkan jodoh kita semasa kita dilahirkan. Jodoh, rezeki, ajal, dan maut telah ditetapkan Allah sejak roh kita dicipta. Bagi berhadapan dengan orang yang asyik bertanya tentang jodoh, jawablah begini: "Doakan saya, insya-Allah akan mendapat jodoh yang baik."











Sunday, February 7, 2016

countdown!!!



299 hari lagi
rasa macam lama lagi.
Tapi pejam celik pejam celik pantas masa berlalu.
Nak kena start mana yang patut dah ni.

=)

Semoga urusan kami dipermudahkan



Tuesday, January 26, 2016

Sebulan...




Alhamdulilah.
Genap sebulan.
10 month to go... 

Semoga kami diberikan kekuatan dan kesabaran.
Long Distance relationships.. kejujuran dan percaya antara satu sama lain tu penting.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat