Showing posts with label Saratok. Show all posts
Showing posts with label Saratok. Show all posts

Saturday, February 27, 2016

Ais Krim Gula Apong





ais krim gula apong.
ok not bad. sedap.
Walaupun tekak dah mula rasa sakit, dan dah rasa nak selsema. beli jugak. Bukan 1. Tapi 2.
Nasib lah encik tunang tak marah.
Haha.
Dan nasib jugak encik tunang tiada di depan mata. Kalau tak mesti tak boleh makan.
=P

Sunday, August 31, 2014

JJCM : Mee Goreng Udang


JJCM.
Lama x JJCM. Bagi penggemar makanan seperti aku memang suka update pasal makanan.
Cmne nak kurusss jiha..Haihhh.

JJCM kali ini Mee Goreng Udang.
Tempat..di Saratok saja.


To me not bad.OK lah.
Boleh diterima dek tekak aku yg kemain kadang demand!
Hiks.

Harga : RM12


Anyone dtg Saratok boleh la try!

Tuesday, August 19, 2014

Kayuhan Sihat Jalur Gemilang Siri III





Next program adalah Kayuhan Sihat Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57
Dengan ini aku jadi S/U.
Jawatan paling tak best okey!
btw new experience.Bukan semua orang dapat kan.

Saturday, May 10, 2014

Nasi ayam versi saratok


Selamat pagi semua!
Selamat hari sabtu.Selamat berhujung minggu.Selamat berehat.

dah breakfast?
Jom lah breakfast merangkap lunch.
Lama rasanya tak update entry jalan-jalan cari makan. Soon akan mula update. Nak aktif berblog semula katanya.Katanya ye. Kalau berkata tanpa jari jemari menaip ayat berjaya atau tak?Hee

Ok.Hari ni makan nasi ayam
Inilah nasi ayam versi saratok ok!
Tanpa rare tak. Nasi ayam ada mayonis? 1st time ok iols jumpa setelah beratus-ratus kedai makan nasi ayam. Nasi sampai je terus rasa spechless!


Ok lah.Well said.aku tak rasa nasi ayam pun.Rasa seperti nasi biasa.Ayam tu digoreng dan diletak sos. Yang aku rasa sos biasa. Bukan sos yang dibuat untuk nasi ayam. Sebenarnya rasa macam lebih kurang makan nasi goreng ayam jak.

my review je,tu yang daku rasa. Eceh..


Thursday, September 5, 2013

Biru menang!





yehaaa!
rumah biru menang!kami juara.
Congrat kepada anak2 rumah biru yg sangat gigih berlari.even petang tu ramai dah sakit2 kaki.

next hari lah ye story panjang2.next hari tu xtaulah bila.x berupdate blog ak ni ha!

Sunday, September 1, 2013

almost 3 month



Permulaan september. Dan maksudnya ini masuk bulan ketiga bergelar sebagai seorang guru!
Sila panggil saya "cikgu jiha"!

Mengajar di Semenanjung dan Sarawak memang sangat2 berbeza. situasi berbeza, persekitaran berbeza...semua berbeza lah.

Tak ingat update ke tidak diupdate yang aku kena ajar subjek yang memang luar bidang! luar bidang yer! memang menyimpang habis okeh. aku jadi bidang terjun!
aku yang dulunya opsyen keusahawanan dan perdagangan kini dapat opsyen pendidikan jasmani dan kesihatan atau nama pendeknya PJK. PJK yer. Nampak tak betapa jauh bezanya? Aku yang otak duit2 dan bisnes tiba2 kena masuk "bola-bola", sukan2...Oh so tak berjiwa ok! Selain PJK, aku diberikan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) dan Pendidikan Seni Visual (PSV).
PJK untuk 5 kelas tingkatan 1 dan peralihan. PSK untuk 3 kelas tingkatan 2. Dan PSV untuk kelas peralihan. 
Dan bila mengajar F1 dan F2 makanya aku pegang PBS. PBS ialah Pentaksiran Berasakan Sekolah.

Dah hampir 3 bulan tapi aku masih dalam proses menyesuaikan diri dengan negeri Sarawak dan bumi Saratok! Totally different.
Aku yang kaki jalan dtg sini terus jadi kaki duduk rumah selain pergi sekolah! Takde transport lagi nak berjalan sana sini.Ditambah nak keluar ke satu2 tempat jaraknya jauh. Jauh sgt den rasa! Mungkin sebab tak biasa lagi.


Sehingga kini masih belum berjiwa mengajar PJK.I hope i can do my best untuk anak-anak di sini.
PJK ini teknikal.Kemahiran dan aku memang takde semua itu. Bola jaring pun aku tak main okeh!


Doakan diriku kuat ye kawan2.




Sunday, August 18, 2013

Pengalaman sangat!




Bila kite duduk jauh dari mak abah,dari keluarga,dan dari segala kesayangan dan kebiasaan..banyak benda kita belajar dan dapat rasa macam-macam.
Baru sebulan lebih dipostingkan ke Sarawak.
Banyak jugak pengalaman! eh xdelah banyak sangat tapi boleh la.
Bahasa berbeza,makanan berbeza,suasana berbeza,masyarakat berbeza!


Pengalaman berada di kawasan yang berlainan. Borneo!
 Lahir di Selangor. Belajar kat Selangor,belajar kat Perak.Alah setakat Tg Malim bukan jauh sangat dari Sabak Bernam pun.
Sekali di hantar jauh terus! Saratok Sarawak. Nun jauh la hai. Naik van 4-5jam baru sampai Kuching.Airport dekat Kuching yer!
Bayaran RM40 per/orang.

Sangat la tak ok perjalanan.Lama sungguh nak sampai.Dengan jalan yang begitu. Uols semua tau  bentuk muka bumi Sarawak kan.
sakit pinggang wei balik tu!Berjam2 dalam van.
Ok la balik ke KL tu.Boleh kata selesa jugak duduk!

Yang tak boleh tahan masa dari Kuching nak balik ke Saratok after cuti hari raya.
Aku dan kawan2 disumbat 12 orang dalam van yang sepatutnya 10 orang je.
Boleh bayangkan macam mana keadaannya? Sangat la sempit.Its ok kalau penuh dengan orang je.Ini tidak! Penuh dengan orang seramai 12 orang dan barang yang penuh sehingga kan cermin belakang van tak nampak belakang. Bagasi i bawah sekali ditindih2 dengan banyak barang!!nasib selamat kuih raya den.
Sangat bahaya weh!!!Dah la jalan nak ke Saratok yang penuh berliku,berbukit bukau.

Alhamdulilah selamat sampai.
Pukul 3 dari Kuching.Sampai sini pukul 8 malam.

Sampai2 rumah air pulak takde.
Oh.sangat mencabar!Sabar itu indah.




#sebenarnya nak cerita pasal van yang disumbat dengan orang sampai penuh tapi macam merepek2.
eh suka hati lah!


Friday, July 5, 2013

Menabur bakti di Saratok




SMK (BM) SARATOK,SARAWAK kini ditempatkan.
Debaran dari lapor diri di KL sampai Sarawak berakhir bila tahu di mana ditempatkan.
Kejam jugak JPN Sarawak.lambat sangat nak bagitahu.Semua tertanya2 dan berdebar2.
Hari terakhir orientasi baru tahu.
Tak macam seram,nebess lagi takut bila diumumkan 50% akan ditempatkan di Kapit dan Baram.
Seram hoi.Sebab kawasan tu semua kena naik bot ekspress.


Alhamdulilah dapat Saratok.Tak perlu naik bot semua tu.Yang melibatkan air!Aku tak reti berenang ye!!
Hanya naik pengangkutan darat sahaja dan mengambil masa yang lama..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat