Showing posts with label i love travel. Show all posts
Showing posts with label i love travel. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

JJCM : RESTORAN ZZ SUP TULANG, JB


kembali lagi JJCM bersama jiha.

Cuti kali ni ke Selatan kita! JB banyak tempat makanan yang menarik okey!

Lokasi kita adalah Restoran ZZ Sup Tulang
Kemain kau..Sarapan pagi kat sini.



suasana restoran yang sangat menarik. 
santai-santai je.
Mesra alam okey, Nyaman je.tenang je.
menikmati makanan di bawah pohon-pohon yang rendang.
Boleh pilih nak duduk kat kerusi yang ada atap, yang takde atap, nak duduk bersila ke bersimpuh pun boleh.





tak sah datang johor tak makan Mee Rebus.
famous menu kat sini Sup tulang, Mee Rebus Tulang, Mee Rebus Daging, Nasi ayam, nasi ayam penyet,


dan aku mengorder Mee Rebus Ayam!
ok not bad.Sedapp! 
Kuahnya pekat.sangat2 terasa.




my friends order Lontong kering + daging
not bad jugak.





Have a good try. Pastikan singgah ke sini jika ke JB.

Alamat : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : JKR Daerah, Jalan Petri, Johor Bahru
Tel : 012 7227209 / 013 7492671
Waktu Perniagaan : Di buka setiap hari dari pukul 7.00 am – 2.00 am



Monday, December 15, 2014

Suprise untuk syera!


hello org JB.
sy sudah sampai JB

this nite at Puteri Harbour!

Special untuk bersama2 mensuprisekan cik syera yang bakal bertukar title kepada Puan Syera tak lama lagi.




Iqa Beary & Clubhouse.
Curlusss ko kaka!



order2.makan2.
kejap lagi suprise2

Happy birthday Syera.
Ambik! terkejut kau kan.















Friday, June 13, 2014

BUSTEL @ Pantai Klebang


Pertama kali selepas berapa tahun..menjejakkan kaki ke Melaka.
Tujuan asal mencari Klebang Original Coconut Shake. Well..i kan pengemar coconut shake.

Selepas berjalan- jalan sekitar Bandar Hilir. Kami ke Pantai Klebang.
Rasanya aku macam tak pernah pergi. Memang tak pernah pun.
On the Way masuk ke jalan pantai Klebang nampak banyak giler bas! Rasa rare pulak! Banyknya bas. Apa ramai-ramai orang buat kat pantai ni. Tengok bas banyak tapi orangnya takdelah ramai sangat.

Bila sampai...oh! rupa-rupanya itu BUSTEL.
BUSTEL..Apa itu bustel?
BUSTEL adalah gabungan perkataan Bus + Hotel. Maksudnya hotel di dalam bas. Ayat mudah fahamnya tidur dalam bas.
Ok ini BUSTEL pertama di Malaysia. 
Masa tengok tu rasa impress!Wow!Kreatif la. Daripada bas tu tidak digunakan..dapat idea dijadikan tempat penginapan. The best part ownernya Melayu. Dan salah seorang staff membawa kami melawat keadaan dalam bustel.


ini antara gambar yang sempat di snap menggunakan hp...DSLR kt klinik masa ni.









Bustel Klebang mempunyai 32 bilik dan 1 cafe.
ini gambar dalam bustel. 
Ada 2 jenis bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan aircond, bilik air dan juga Tv. 

Bilik 1 ( katil quenn size)

Bilik 2 ( katil single)




Ini pula bustel cafe. Anda boleh makan dalam bas.


suasana malam di Bustel Cafe


Selain itu ada banyak lagi bus dijadikan sebagai kedai.Ada yang menjual makanan



next trip ke Melaka nak tidur di Bustel.
Kadar penginapan di sini berpatutan. Harga antara RM80-RM150.
Maklumat lanjut boleh berhubung terus kepada pengurusun Bustel Klebang.


Jom LIKE Facebook Bustel Klebang Melaka

dan harus ada gambar tuan tanah..=)



till we meet again di lokasi yang lain.

# kredit gambar FB Bustel Klebang 



JJCM : Klebang Original Coconut Shake


Feberet saya tu Coconut shake!
Travel ke Melaka wajib singgah ke sini, Klebang Coconut Shake.
Alhamdulilah akhirnya berjaya sampai sini setelah berpusing-pusing dan bersesat-sesat mencari. Mekaseh BFF bawak i datang sini. 

Untuk yang pertama kali datang mungkin akan terlepas tempat ni macam kami! Sebab dari luar tak nampak pintu gerbang bawah ini.
dari luar akan nampak sign board Klebang Original Coconut Shake dan kiosk yang untuk take away coconut shake tu. Memang nampak ramai-ramai berbaris. Tapi tertanya-tanya kat mana orang duduk minum itu. Rupanya kena masuk dalam!



OK sampai! Mari mengoder dan minum!

So heaven ok! Sangat sedap. well my feberet kan. Memang sangat heaven minum dikala cuaca yang panas.
Kami sampai dalam pukul 6. Pukul 6.30 petang tutup ye! Jadi sila datang sebelum 6.29 ptg.

Coconut shake ini berharga RM2.20.
 Berpatutan.Sesuai dengan rasanya.


ini namanya muka puas hati dan bahagia dapat coconut shake.
TQ best friend!


Lokasinya ....
Along Jalan Klebang Besar (akan nampak kiosk original coconut shake dan ramai orang berbaris nak beli) (next to Caltex Petrol Station)
Opens: 12.30pm-6.30pm daily 
(Friday: 2pm-6.30pm)
GPS Coordinates: N 2 12.984E 102 12.292



Tuesday, June 3, 2014

Kaki Jalan : Penang!



Ke utara kita! Jom JJCM. Its school holiday.Jom holiday.
Akhirnya sampai bumi Pendang.1st time
Menghadiri majlis perkahwinan roomateku.(klik ye kalau nak baca )


ok.sampai penang sudah!
jom jalan


Berpusing-pusing entah berapa kali pusing jalan yang sama
Lebih daripada 10 hotel try tanya. FULL
Moral of the story BOOKED awal kalu time2 school holiday.
akhirnya dapat la hotel untuk bermalam.

Letak barang2. Terus abah ajak makan.
Abah kata Padang Kota Lama. Tapi xmacam Padang Kota pun.



wehuuu. PASEMBOR!
serius sedapppppppppppppppppp



the next day.
Tujuan stay penang sebab aku nk ke Street Art.
Cerita Sedihmya encik Canon iols masuk wad.
Jalan2 tanpa encik Canon. Pakai HP sajo. Hp murah.


Baru lah tahu. Nak ambik gambar dekat certain2 stret art ni berbaris.
Jom berbaris!



Yeah!
Dapat amik gambor. Terima kasih adik!



selepas itu menerjah la segenap tempat.
Ada yang tersorok rupanya.












Habis di street art!

Makan time!
Tiada dalam gambar. tak ingta apa nama restoren
but sedap.



ok jom balik.
Naik ferryy kita.







till meet again in entry kaki jalan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat