Monday, April 30, 2012

Makan di Kedai Kopi.



Fuhhh!
Lama tak mengupdate pasal jalan-jalan carik makan.
Sejak keje kat restoren mak cik aku tak menyempat nak jalan-jalan carik makan. Asyik jalan-jalan bawak order.erk! apakah?

Teruskan kepada entry ye.
Lupa la bile perginya ni. Cerita dah lama tapi nak jugak cerita.

Dinner at Kedai Kopi. Lokasi Shah Alam. Berhampiran dengan Masjid Negeri Shah Alam
Atas air ye.itu yang aku suka. Malangnya ketiadaan mood nak shot gambar masa tu.




Harga ok lah bagi aku.Eceh macam aku je yg bayar kan. Tq kakak belanje!
dan inilah yang kami makan. 


nasi goreng apa lupa namanya.

nasi ayam


Selain itu laluan refleksologi. Sangat bagus yer. Cik raudhah berjalan la kat situ tapi sekejap aje.





ok .tu je.sekian yer.sila try makan di sana!




Istiadat Konvokesyen Ke-14 UPSI



Istiadat Konvokesyen Ke-14 UPSI!
Yehaa! Saya nak konvo!

Jemput datang yer. Bawak bunga,hadiah dan segalanya.
8 mei 2012: Selasa: Sesi Petang (2.30ptg)







Sunday, April 29, 2012

PBAKL/KLIBF 2012


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 kembali.
Jomla memborong buku-buku yg bermanfaat.

Tahun ni tahun ketiga aku ke Pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur!
Sila carik update aku tentang PBAKL 2010 dan PBAKL 2011. Aku malas nak letak link.





p/s: aku nak g hari jumaat (4/5/2012) kot.See u there!







Saturday, April 28, 2012

Rahsia Rukun Sembahyang






SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI HAZWAN HAIRY





Jom lah kite bersegmen!

Sebelum ni merajinkan diri join untuk masuk dalam bloglist bulan April. Dan april bakal berakhir dan ini bermakna aku akan diremove oleh En Hairy.
Untuk terus mengekalkan diri dalam bloglist maka join untuk bulan mei.
Senang aje! 2 minit siap!
Tak perlu taip esei panjang2 pun. Tapi macam aku dah taip bermeter-meter.

Klik gambar bawah untuk maklumat lanjut yer!


Kekerapan berblog?
Setiap hari akan buka blog.tak buka blog boleh demam (auta semata yer!)
at least menaikkan SATU ENTRY sehari. In case takde entry naik maksudnya bz dan tak online namanya tu.


ok.siap!
selamat malam semua!






Friday, April 27, 2012

Renovation Rumah Mak Abah



Selamat petang semua!
Ini lah rumah mak abah saya. Di sini lah aku dibesarkan.
Daripada rumah atas je. Dah jadi ke bawah. Dah dibesarkan sampai macam ni.Dan sedang direnovate!


Renovate rumah je orang-orang kampung, sedara mara akan kata nak kenduri kawin!
Oh.....Takda ayat lain ke.
Abah aku renovate aka betulkan rumah sebab rumah mengalami keretakan/ renggang. Itu lah tapak rumah dulu  bekas parit segala. Tak di filling betul-betul.

Selepas renovate rumah mak abah aku akan jadi semakin besar.
Dan semakin bertambah keje aku nak mengemas nanti.
Asal mengemas sah-sah muka aku.

Sedikit gambar yg nak dikongsikan!





Sekarang rumah aku super duper tak kemas. jadi janganlah nak datang buat masa ni. Eh!menghalang org dtg rumah pulak.



Thursday, April 26, 2012

130 saluran di Astro selama 10 hari




Sebagai tanda penghargaan, semua pelanggan Astro dijemput untuk menikmati lebih 130 saluran bermula dari 27 April-6 Mei! Terima kasih di atas sokongan anda!




Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday # 28




Rabu tak bercakap!
Tolong doakan anak buah aku yer!



:: BROWNIES COKLAT CHIPS ::



Hai semua!
Dah lama tak update masak memasak dan campak-campak bahan.
Sejak tolong mak cik aku kat kedai, xde masa nak mencampak-campak bahan jadi satu resepi.
Kali ni nak try buat brownies! First time yer. Sesunguhnya aku tak pernah terfikir nak buat.
Ni semua gara-gara kakak aku. Dia buat. Terus lah nak cuba sendiri.

Here aku kongsikan resepi. Resepi yg simple aje!
Sila abaikan gambar yang kurang cantik lagi menawan.
first trial katanya kan. harus lah terima kekurangan.
lain kali buat lagi.mesti cantik.






Bahan-bahan 
1 cawan tepung gandum 
1 cawan gula perang - kisar dahulu 
1/4 cawan serbuk koko 
1 biji telur 
1 cawan susu segar 
1 sk baking powder 
1/2 sk garam 
1 sk esen vanilla 
1/3 cwn minyak masak@butter cair 
1/2 cawan chocolate chips 

Cara-cara 
Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan. 
Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati. 
Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi. 
Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan. 


SELAMAT MENCUBA!

p/s: sapa yg nak copy resepi ini sila ambik dan credit kpd sy.mekaseh!




Tuesday, April 24, 2012

SSPN.


last week masukkan duit dalam akaun SSPN adik aku.
Abah yg suruh. Duit dari abah.
Balik je dari bank terus check berapa simpanan aku dalam SSPN.
Tengok ada RM500++

Tahun 2008 before apply PTPTN kena bukak akaun SSPN.
Dan setelah empat tahun ini lah dia.
Dalam akaun ni aku masukkan RM500 gaji pertama aku dulu.

Bila fikir-fikir balik. Ada jugak kenangan kerja jadi pembanci bertauliah 4 tahun lepas!

jumlah simpanan saya!



Indahnya Sabar.

Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Sabar itu ada tiga:

1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."

Dalam al-Quran yang suci Allah telah berfirman yang bermaksud:
Katakanlah:"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)

Kita sebagai hamba-Nya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan, jadi bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mendengar taubat. Semoga sinar hidayah menerangi kehidupan kita dan menjadi hala tuju kita untuk ke Syurga Allah yang kita idam-idamkan, Insya-Allah.





Ya Allah,
Ku menadah kedua belah tanganku untuk memohon kepada-Mu, Ya Rabb!
Aku mohon Ya Allah supaya engkau memelihara hati-hati kami dan seluruh jasad kami daripada melakukan maksiat kepada-Mu Ya Allah,
Kami adalah hamba-Mu yang kerdil lagi hina ya Allah,
Kami bertaubat kepada-Mu dengan apa yang telah kami lakukan kepada-Mu selama ini Ya Allah,
Dosa-dosa yang menggunung tinggi Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Pengampun,
Ampunilah dosa-dosa kami,
Kami mohon Ya Allah supaya Engkau pelihara kami daripada hasutan Syaitan yang direjam,
Terimalah taubat kami ini Ya Allah.

Semoga kita sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah, Insya-Allah.

- Artikel iluvislam.com





Besar tak hadiah ni?


BESAR kan hadiah ni!
Untung sapa yang dapat.
Hadiah besar ini untuk pasangan rahman dan afifah
Nak tahu baca entry sebelum ini yer. Klik sini. 

Hadiah ni share dari aku, arip dan dayah.Ex SKBT 38.
Aku dan arip telah mengemukakan cadangan untuk kumpul duit ramai-ramai. Then duit tu boleh guna untuk apa-apa event seperti gathering, reunion, hadiah untuk sapa-sapa yang kawin dan lain-lain perkara.

Dan untuk permulaannya duit tersebut digunakan untuk hadiah kawin rahman.
Besar kan.
Diharapkan hadiah ini dapat memudahkan kehidupan korang sebagai suami isteri yer!
Gambar selepas dibalut. Serius aku lupa nak snap gambar sebelum balut.
Nak tau apa isinya? Sila tanya tuan dan puan yang menerima hadiah.
ok bai.



abaikan tulisan aku yg sangat kreatif itu.



Majlis Perkahwinan Rahman & Afifah



Selamat Pengantin Baru buat Rahman dan pasangannya Afifah!

Sabtu lepas bersamaan 21 april majlis perkahwinan rahman dan pasangannya.
Siapa Rahman? Kawan sekolah rendah saya. batch SKBT38 1995-2000.

 Ada driver khas ambik kat rumah. Thanx ye yana! Sudi menumpangkan saya!
Kalau tak kena naik motor dengan nak bawak hadiah besar tu. Mau tergolek. Hadiah aku story next entry!
Jumpa lah beberapa kawan lama.Yang perempuan yang dalam gambar bawah.
Si kembar ain dan sikin. Bulan november mereka pulak naik pelamin.







Mision tidak tercapai!


hai semua!
Selamat petang.

Matlamat saya bulan APRIL untuk menaikkan sekurang-kurangnya SATU ENTRY SETIAP HARI tidak tercapai.
Mision GAGAL.
Punca gagal adalah Salah pemilik blog sendiri, masa, connection dan ruang!

Connection streamx yang macam biskut chips more. kejap ada kejap takde. Dah berpuluh kali call customer service TM.tapi still sama jugak. lama-lama malas!
Masa yang kurang! Eh yeke. aku agak sibuk lately ke sana sini dan sinu.
Ruang. Rumah tengah renovate. walaupun rumah dah cukup besar tapi sangat sepah dengan harta-harta mak aku. Tempat aku selalu online dipenuhi almari sekarang. Maklum saja laptop aku ni susah dibawak ke mana-mana. Season kan.

Ada masa dan ruang dan segala-galanya aku akan naikkan entry.
Banyak yang aku belum story mory dalam blog tercinta sampai aku dah lupa.

ok.
Tunggu lah next entry. Kot-kot terus UP entry sampai SEPULUH ke kan.




Sunday, April 22, 2012

VERSUS: GoGerilla - Biso Bonar


Superb!
Sapa tengok VERSUS? Best kan. Aku suka tengok VERSUS.
Dan nak mengatakan aku menyokong Go Gerilla
Sekian Terima Kasih

Jom layan perfomence Go Gerilla untuk Ep 01 Versus.
Lagu Biso Bonar.





VERSUS: INTERPRETASI KREATIF 5 KUMPULAN MUZIK







6ixthSense, Black Parallax, Go Gerila!, Hujan dan Sofazr bakal menggegarkan industri muzik tanahair menerusi program realiti terkini, VERSUS. Kelima-lima kumpulan terkenal tanahair ini akan menonjolkan bakat kreativiti mereka menerusi gubahan lagu yang diberikan selama lapan minggu berturut-turut. Cabaran yang dilalui serta kehebatan mereka dapat disaksikan secara langsung di TV9 (saluran 119) dan didengari di frekuensi Hot FM seluruh negara mulai 13 April, jam 9.30 malam.

Menurut Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Nordin, “Versus adalah projek terbesar kami pada tahun ini. Keunikan konsep program realiti ini memperkuatkan lagi kepercayaan kami terhadap Versus. Kekuatan Versus terletak kepada kemampuan dan kebolehan setiap kumpulan untuk menonjolkan kreativiti mereka selama 8 minggu berturut – turut. Semestinya ramai yang akan teruja untuk mendengar lagu-lagu yang pernah popular satu masa dahulu diberi nafas baru.”

“Kami rasa begitu seronok apabila diberitahu yang dua ‘Project Band’ akan ditubuhkan khas untuk program ini iaitu Black Parallax dan Go Gerila. Secara ringkas, Versus adalah satu lagi platform untuk terus memberi peluang dan laluan kepada kumpulan terhebat Malaysia dalam menghasil serta menyerlahkan kreativiti mereka menerusi muzik. TV9 juga turut berasa teruja kerana Versus ini merupakan satu lagi kolaborasi terbesar kami bersama Hot FM.”

Kelima-lima kumpulan terhebat ini pastinya memberikan persembahan terhebat khas buat peminat setia mereka. Setiap kumpulan yang terlibat ini mempunyai keunikan tersendiri termasuk dua ‘Project Band’ yang menyertai Versus, iaitu Black & Parallax yang merupakan gandingan Black dan Meet Uncle Hussein dan Go Gerila yang dianggotai oleh Aizat serta kumpulan barunya di samping vokalis utama, Amir Jahari.

Versus adalah kolaborasi strategik yang terbaru di antara TV9 dan Hot FM setelah berganding dalam beberapa projek yang khususnya direka untuk golongan muda sebelum ini. Gabungan strategik di antara TV9 dan Hot FM ini diyakini mampu memberi pengalaman yang menyeluruh kepada penonton dan pendengar kami. Sebagai contoh, Kaki Bola yang dilancarkan awal tahun ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat di setiap platform media iaitu di TV, radio, media baru dan juga internet.

Kedua-dua media ini juga mempunyai latar belakang yang lebih menjurus kepada muzik membolehkan format Versus ini berputar 360 darjah di mana ianya bergantung antara satu sama lain untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat semua penonton dan pendengar mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Encik Seelan Paul berkata, “Telah menjadi budaya kerja kami untuk terus kekal inovatif di hati pendengar kami. Untuk kali ini, sekali lagi kami berkolaborasi dengan TV9 untuk sebuah program yang tidak pernah terfikir untuk direalisasikan sebelum ini. Apatah lagi dengan intergrasi pelbagai media seperti media baru dan juga online. Kami percaya dengan kolaborasi sedemikian mampu menarik minat pendengar serta penonton kedua media ini kerana ianya melibatkan nama-nama besar serta bakat yang tidak perlu dipertikaikan lagi.”

“Dengan TV9, kami yakin Versus mampu menjadi program realiti yang menjadi bualan hangat pencinta muzik tanahair dan orang ramai secara amnya.”

Berbeza dengan rancangan realiti lain, tiada penyingkiran diadakan sepanjang Versus berlangsung. Sistem penilaian untuk Versus adalah melalui dua landasan iaitu sistem undian menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga pemarkahan daripada juri profesional. Populariti dan ‘fanbase’ lima kumpulan hebat ini bergantung kepada kebolehan mereka memberikan kelainan dalam tugasan mingguan.

Juri profesional yang terlibat terdiri daripada Jennifer Thompson selaku ketua juri, Loque pula sebagai juri tetap dan seorang lagi juri jemputan mingguan yang berpengalaman dalam bidang muzik. Nama Jennifer Thompson tidak asing lagi dalam bidang muzik yang mana beliau mempunyai pengalaman yang begitu mendalam dan telah menyaksikan sendiri perkembangan atau evolusi muzik tanahair. Loque berkelulusan Kejuruteraan Audio daripada University of Berkeley, mewakili generasi baru ahli muzik yang sentiasa ingin meningkatkan lagi taraf muzik tanahair.

Kemeriahan Versus diserikan lagi dengan keletah Hunny Madu dan Aidid Marcello sebagai pengacara. Program realiti ini diterajui oleh Penerbit Eksekutif Sunil Kumar dan Alet Arzuan Anuar. Sementara Kiedd Fariz Aziz dan Ahmad Khairi Zulkifli dari Primeworks Studios, selaku penerbit program.

Bakal bersiaran selama 8 minggu, setiap episod konsert mingguan akan menyaksikan persaingan para peserta bagi merebut gelaran juara dan memenangi hadiah utama bernilai RM200,000. Setiap minggu, satu tema akan ditentukan dan para peserta diberi lagu yang perlu digubah mengikut kemahiran dan kreativiti masing-masing. Masa yang diberi adalah selama seminggu dan para peserta akan membuat persembahan di konsert mingguan sebagai medan penilaian.



Tempoh undian bermula pada hari Jumaat jam 10.30 malam selepas berakhirnya konsert mingguan hingga Jumaat minggu berikutnya pada jam 12.00 tengahari. Carta undian semasa akan diumumkan melalui portal rasmi Versus di www.tv9.com.my/VS.

Bayangkan lima kumpulan paling gah masa kini iaitu 6ixthSense, Black Parallax, Go Gerila!, Hujan dan Sofazr, berada di atas satu pentas dan beraksi selama 8 minggu berturut-turut. Nantikan gegaran Versus pada setiap Jumaat, jam 9.30 malam bermula 13 April ini hanya menerusi TV9 (saluran 119) dan frekuensi radio Hot FM seluruh negara.


sumber : versus

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday # 27 Inner Bawal


Selamat Hari Rabu semua!




Tuesday, April 17, 2012

Kek Birthday saya!




Inilah kek birthday saya yg ke 24!
Kecik aje.Cukuplah tu kan.
hehe!




cerita 9 april 2011



9 april 2012 bersamaan hari Isnin.
 Entry nak cerita hari isnin yang awesome! eh?

Bertolak dari Sabak Bernam naik bas pukul berapa lupaa. 
Boleh pulak kan pak cik drebar gaduh-gaduh manja dengan seorang penumpang yg duduk depan sekali dan sebabnya penumpang tu  takde tiket. Siap suruh turun bas!


Turun kat stesen KTM Sungai Buluh dan ambik komuter ke KL Sentral. Dengan harapan nak naik MyKomuter yang baru itu. Malangnya tak dapat naik yer.


Selepas itu. ambik tren ke Masjid Jamek! Sementara nak tunggu pukul 5 kakak balik keje.
Nak Shoping di sana. carik baju untuk konvo.
Keje giler tak pergi shoping sorang-sorang kat Jalan TAR tu. 
Usha-usha semua kedai dan aku menghabiskan duit tabung membeli 3 kain pasang. Satu untuk diri sendir, satu untuk mak dan satu untuk kakak.

Siap shoping2 terus ke KL Sentral balik.
Around pukul 4 kot Beli tiket Komuter ke Batu Tiga.
Gerak dulu sebelum orang-orang ofis keluar. Sesak nanti.
KTM tau aje memang kena tunggu lama! after 1/2jam tren baru MyKomuter yang 6 coach tu sampai.
Haha! Dapat jugak naik! Ok la selesa. 
Tiba-tiba selepas je beberapa meter selepas stesen Subang Jaya tren berhenti dan asyik keluar "CHECK SIGNAL"
Semua dalam tren tertanya-tanya dan POLIS BANTUAN yg ada dalam tu langsung tak memberikan info.
Selepas beberapa minit tren undur balik ke Stesen Subang Jaya!
Dan satu pengumuman dibuat.
Katanya perkhidmatan tren ditamatkan hingga Stesen Subang Jaya sahaja.da masalah teknikal.Stesen Batu 3 banjir.Stesen Shah Alam hingga Pelabuhan Klang terputus bekalan.
Semua penumpang di minta turun dan mencari alternatif lain.
Terus ramai-ramai turun membanjiri stesen Subang Jaya! Serius ramai giler. Keadaan masa tu agak bising. 


sebenarnya ramai lagi org.diorang dah beredar.masa ramai2 tak sempat nak kuarkan kamera!


Aku tunggu kakak sampai jelah. Kakak sampai terus patah balik stesen Seri setia tumpang kawan kakak untuk ke Stesen batu 3.
Sampai je batu 3.Alamak banjir. Kakak dah risau sebab Parking kereta area tempat banjir tu.
Sekali tengok kereta!
Selamat pada masa tu.tak ditenggelami air. sebelum tu memang kena jugak.air masuk dalam kereta!



kesian diorang yang kenderaan ditenggelami air




penat tau!
moralnya: lepas ni kakak aku takkan parking area sini lagi.park  betul2 depan kaunter KTM!



p/s: macam panjang je entry ni!





Publish entry banyak-banyak!



Hai semua!
Blog menyepi.tak mengupdate, tak mengarang entry!
Alasan macam biasa lah "sy bz". Kalah PM kau.

Last week seminggu di Shah Alam.
tak menyempat nak update2, menulis dan mengarang.
jadi akan terPUBLISH lah entry secara banyak lepas ini dalam 1 hari.


Monday, April 16, 2012

PTPTN: Pulang duit, jangan demo jika tak setuju



Isu yang diperkatakan hari ini PTPTN.
Inilah orang Malaysia. Semua nak dihapuskan, dimansuhkan. 
Cuba fikir-fikirkan apa yang akan berlaku.
Kena fikir logik.
Berfikiranlah dengan cara orang bijak!


PTPTN: Pulang duit jangan demo jika tak setuju



KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelajar yang mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan sepatutnya memulangkan pinjaman mereka atau tidak mengambil pinjaman itu, bukan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mereka yang mencadangkan agar kerajaan menghapuskan PTPTN pula perlu mencari jalan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar berkenaan.

Kata beliau, penghapusan PTPTN akan memberi kesan, bukan saja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang turut memberi manfaat kepada golongan berada.

"Kalau anda hapuskannya, anda perlu menggantikannya dengan yang lain, yang mungkin melibatkan kos lebih besar, contohnya memberi pendidikan percuma kepada setiap orang. Dalam hal ini, golongan kaya juga akan menikmatinya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mempengerusikan sesi perbincangan strategi peringkat tinggi kumpulan terpilih bertajuk 'Pemacu Landskap Baru Ekonomi Di Persada Negara dan Global - Dilema Sektor Swasta Malaysia', anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di sini hari ini. - Bernama



Thursday, April 12, 2012

Dsha Design Photography!



Lama tak menulis @ mengupdate @merepek atas blog sendiri.
Bukan malas tapi ketiadaan masa yer!
Kesibukan melanda.

Mintak cuti seminggu dengan bos tapi buat keje lain pulak.
Sungguh tak bermoral kau!
Bos aku adalah mak cik aku. mak cik aku tak kisah yer! Boleh?
Seminggu aku melarikan diri ke Shah Alam dan terjebak dengan kerja-kerja Marketing atau bahasa melayunya pemasaran. Semua ini kerja abg ipar aku!
Sesungguhnya aku tak percaya aku boleh buat kerja Marketing tu! 
Nak bangga sekejap! Haha! Boleh?

Hari ini pergi berapa buah sekolah sekitar Shah Alam. Menceritakan pakej gambar yg ditawarkan oleh Dsha Design Photography.
Wohooo. Macam-macam cerita kau. Ada yang nak dengar, ada yang buat tak tau, ada yg nak kena buat appoitment dulu.
Serius pengalaman besar. Dulu belajar basic marketing masa semester 1 dan sekarang praktikkan yer.




sampai sini je. Entry yang tertangguh esok-esok yer saya taip.
terima kasih yer sudi baca.






Wednesday, April 11, 2012

OST Cinta Buat Emelda





Drama di Slot Akasia, Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emira seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emira terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung. Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira.

Lakonan Almy Nadia, Fizo Omar, Erry Putra, Mia Sara Nasuha, Rykal Iskandar, Rabecca Nur Al-Islam, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin dan ramai lagi.


Ini antara ost untuk drama Cinta Buat Emelda.

Kehilangan - Firman


Nera - Hatimu Milikku


Romance - Ku Ingin kamu


Aliff Aziz -cinta Arjuna



ST12 - Kebesaranmu


Indah Dewi Pertiwi- Jangan sedih



Tuesday, April 10, 2012

Officially 24!



Genap 24 hari ini.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga hari ini masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah yang Indah.


Thursday, April 5, 2012

Kemalasan menaip entry!



Perasan tak aku tersangat malas minggu ni untuk menaip entry.
walaupun satu perenggan kau!
Malas betul!

Aku cuma upload gambar! tak tulis-tulis.taip-taip bagai.
tunggu tahap kerajinan yang tinggi datang lah yer!
ok bai!

Misinya kena update entry walaupun hanya gambar!

Wednesday, April 4, 2012

Tuesday, April 3, 2012

1111




p/s: xde mood nak menaip.aku sakit gigi. esok aku edit balik yer.



Monday, April 2, 2012

Bawal 3 tone from Mini Shopaholics Online Shop


Sekarang tudung bakal semakin femes!
Aku sememangnya dari dulu memang setia dengan Tudung Bawal.
Aku tersangat tak pandai pakai shawl yer! Macam tak sesuai. 
Tudung yang ada awning tu pun tak sesuai.
Syria tu ok la jugak.
Aku tetap setia dengan tudung bawal.
Dulu, Kini dan selamanya.Ewahhh kau!
Tudung bawal sangat selesa dan senang nak pakai.
Entah berapa puluh helai tudung bawal aku. Macam-macam versi.
dan warna yang paling banayk adalah PURPLE.
Nampak purple je rasa cantik dan nak beli. Tapi aku tak lah membazir. Betul-betul perlu baru aku beli.
Jadi jangan tunjuk aku tudung ke apa ke warna purple. nanti aku nak!

Aku sangat suka tudung bawal 3 tone ni!
Cantik dan aku suka. Walaupun bukan purple aku tetap terjatuh hati!


Tudung 3 tone ni dari Mini Shopaholics Online Shop. Sapa nak boleh pergi jenguk2 yer!
Online Shop yang dijalankan oleh Nisa Kay.
Macam-macam ada dalam online shop itu. Baju ada. kasut ada. nak tau pergi terjah sendiri!


Inilah tudung yang aku beli.
Harga RM20


Dengan pembelian tudung itu aku dapat kad Nisa Kay. Sila la jelesss.
Haha!
Aku suka kad Nisa. Designnya cantik kan.





Sunday, April 1, 2012

WELCOME APRIL!



WELCOME APRIL.
Masih belum terlambat nak mengupdate. Still 1 april! Aku sibuk tak menyempat nak update 12.01am.
APRIL yang special.Bulan APRIL adalah Istimewa.
Kenapa? Kenapa ? Dan Kenapa?
Akan ku update lah nanti2 yer.
ok bai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat