Showing posts with label Versus TV9. Show all posts
Showing posts with label Versus TV9. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Versus Musim Kedua






VERSUS musim kedua kini kembali.
VERSUS musim pertama dimenangi oleh Hujan. 
Siapakah bakal menjuarai VERSUS musim kedua ini?
Sama-sama lah kite nantikan yer.
VERSUS musim pertama BEST! dan aku  peminat kepada band Go Gerilla!
VERSUS musim pertama menampilkan kumpulan Hujan, SixthSense, Sofaz, Black Parallex dan Go Gerilla!.
Musim kedua menampilkan Kristal, Estranged,OhChentaku, Kyoto Protocal dan Manifesto.


Episod pengenalan VERSUS Musim Ke-2. Ok lah bagi aku. Tunggu minggu depan!







Estranged merupakan kumpulan band yang berasal dari Damansara, Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada 2001. Mereka terdiri daripada Rich (vocals), Din Hormatov (rhythm guitar), Nor Hanafi (lead guitar) dan Azwin Andy (drums). Mereka telah merekodkan 2 album, iaitu "In Hating Memory" (2006) dan "Remain Unknown" (2008).
 Antara anugerah yang pernah mereka menangi adalah:
- Pemenang Anugerah "Favourite Local English Artiste" di Anugerah Era
- Pemenang Anugerah kategori "Best Rock" di Hitz.fm's Malaysia English Top 10 Awards
- Pemenang Anugerah kategori "Best Video" di Hitz.fm's Malaysia English Top 10 Awards
- Pemenang Anugerah Pop/Rock di Anugerah Juara Lagu yang ke-22
- Pemenang Anugerah Best Song di Anugerah Juara Lagu yang ke-22
- Pemenang Kategori kumpulan popular di Anugerah Planet Muzik
- Pemenang Anugerah Lagu yang popular di Anugerah Planet Muzik  



img05

Kyoto Protocol merupakan kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada 2008.
 Mereka terdiri daripada Fuad Alhabshi (vocal/Guitar), Gael Oliveres (Keyboards/Vocals), Shakeil Bashir (Bass/Vocals), Hairi Haneefa (lead Guitar) dan Shanjeev Reddy (drums). Antara album yang telah mereka keluarkan adalah "Mosquito", "Big Machine", "Pussycat", "Gimme Nothing" dan "Never Know".
 Pada tahun 2011, Kyoto Protocol telah tercalon dalam kategori "Artis Baru Terbaik" di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18. Mereka sedang dalam proses merekodkan album baru yang akan diumumkan tidak lama lagi.  


img05

Kristal telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Baharuddin bin Baharom (Pakdin) bapa kepada pemain gitar (Rody Kristal) di Kuala Lumpur. 
Pada tahun 1998 kumpulan ini telah diterima oleh Awie untuk bernaung di bawah syarikat Awie Entertainment. Pada tahun 1999 Awie telah menyiapkan album pertama Kristal yg berjudul Semut dan Lebah yg di terbitkan oleh M.Nasir dan di edarkan oleh EMI pada tahun 2000. Bersama Awie Entertainment Kristal mempunyai 3 album dan sebuah filem pada tahun 2002, bertajuk Getaran. 
Pada tahun 2006 Kristal telah mendapat tawaran daripada syarikat rakaman Music Valley dan merakamkan tujuh buah album termasuk album kompilasi. Pada tahun 2009,Kristal telah beralih arah ke syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan merakamkan 3 album dan tamat kontrak pada 2013. 
Kristal berada dalam industri muzik sudah hamper 14 tahun.
 Antara album yang telah mereka rekodkan adalah "Semut & Lebah" (1999), "Pak Belalang" (2002), "N.T Virus" (2004), "Analogi" (2006), "Rock Yeh Yeh 60an" (2006), "Keunggulan" (2007), "Rockafella" (2007), "Bongkar" (2008) dan "BollyRock" (2009). Mereka pernah memenangi anugerah Pemenang Anugerah Kanak-Kanak Popular 2000 (ABPBH) dan Anugerah Platinum x7 Penjualan Album melebihi 150,000 unit 2007. 


img05

Oh Chentaku adalah salah satu kumpulan indie band Inggeris. 
Album terakhir mereka adalah pada tahun 2009. Setakat ini mereka mempunyai 1 EP album dan 1 album penuh. Kebanyakan lagu-lagu mereka adalah dalam bahasa Inggeris. 
Walaupun hala tuju utama mereka dalam muzik adalah lebih kepada rock, Oh Chentaku berminat untuk melakukan banyak eksperimen dengan genre yang berbeza. 
Mereka pernah membuat persembahan bersama nama-nama besar industri muzik di seluruh dunia seperti MXPX (US), Caliban (Germany), We Are The In Crowd (US), We The Kings (US), Crossfaith (Japan), The Used (US) dan Story Of The Year (US).


img05

Manifesto terdiri daripada Shah Indrawan bin Ismail @ Tomok (Vocalist), Muhammad Fahmi Ikhwan Bin Othman @ Fami (guitar), Shahfiq bin Shahrudin @ Sapik (guitar), Mohd Azri bin Mohd Noor @ Kirk (bass) dan Ainol Eqraf bin Ramli @ Ainol (drum).
 Kumpulan Modread ditubuhkan pada akhir 2008 dan dianggotai oleh 4 orang pemuda di pertandingan Hot FM Twisties Bingit pada Disember 2008. Tomok pula merupakan penyanyi berasal daripada Kuala Lumpur yang telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan realiti TV "One In A Million". Tomok merupakan vokalis utama bagi kumpulan New Boyz 



Saksikan VERSUS Musim Ke-2. Setiap Jumaat, 9.30 Malam di TV9.





sumber gambar : FB Versus TV9. Web TV9

Sunday, April 22, 2012

VERSUS: GoGerilla - Biso Bonar


Superb!
Sapa tengok VERSUS? Best kan. Aku suka tengok VERSUS.
Dan nak mengatakan aku menyokong Go Gerilla
Sekian Terima Kasih

Jom layan perfomence Go Gerilla untuk Ep 01 Versus.
Lagu Biso Bonar.





VERSUS: INTERPRETASI KREATIF 5 KUMPULAN MUZIK







6ixthSense, Black Parallax, Go Gerila!, Hujan dan Sofazr bakal menggegarkan industri muzik tanahair menerusi program realiti terkini, VERSUS. Kelima-lima kumpulan terkenal tanahair ini akan menonjolkan bakat kreativiti mereka menerusi gubahan lagu yang diberikan selama lapan minggu berturut-turut. Cabaran yang dilalui serta kehebatan mereka dapat disaksikan secara langsung di TV9 (saluran 119) dan didengari di frekuensi Hot FM seluruh negara mulai 13 April, jam 9.30 malam.

Menurut Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Nordin, “Versus adalah projek terbesar kami pada tahun ini. Keunikan konsep program realiti ini memperkuatkan lagi kepercayaan kami terhadap Versus. Kekuatan Versus terletak kepada kemampuan dan kebolehan setiap kumpulan untuk menonjolkan kreativiti mereka selama 8 minggu berturut – turut. Semestinya ramai yang akan teruja untuk mendengar lagu-lagu yang pernah popular satu masa dahulu diberi nafas baru.”

“Kami rasa begitu seronok apabila diberitahu yang dua ‘Project Band’ akan ditubuhkan khas untuk program ini iaitu Black Parallax dan Go Gerila. Secara ringkas, Versus adalah satu lagi platform untuk terus memberi peluang dan laluan kepada kumpulan terhebat Malaysia dalam menghasil serta menyerlahkan kreativiti mereka menerusi muzik. TV9 juga turut berasa teruja kerana Versus ini merupakan satu lagi kolaborasi terbesar kami bersama Hot FM.”

Kelima-lima kumpulan terhebat ini pastinya memberikan persembahan terhebat khas buat peminat setia mereka. Setiap kumpulan yang terlibat ini mempunyai keunikan tersendiri termasuk dua ‘Project Band’ yang menyertai Versus, iaitu Black & Parallax yang merupakan gandingan Black dan Meet Uncle Hussein dan Go Gerila yang dianggotai oleh Aizat serta kumpulan barunya di samping vokalis utama, Amir Jahari.

Versus adalah kolaborasi strategik yang terbaru di antara TV9 dan Hot FM setelah berganding dalam beberapa projek yang khususnya direka untuk golongan muda sebelum ini. Gabungan strategik di antara TV9 dan Hot FM ini diyakini mampu memberi pengalaman yang menyeluruh kepada penonton dan pendengar kami. Sebagai contoh, Kaki Bola yang dilancarkan awal tahun ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat di setiap platform media iaitu di TV, radio, media baru dan juga internet.

Kedua-dua media ini juga mempunyai latar belakang yang lebih menjurus kepada muzik membolehkan format Versus ini berputar 360 darjah di mana ianya bergantung antara satu sama lain untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat semua penonton dan pendengar mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Encik Seelan Paul berkata, “Telah menjadi budaya kerja kami untuk terus kekal inovatif di hati pendengar kami. Untuk kali ini, sekali lagi kami berkolaborasi dengan TV9 untuk sebuah program yang tidak pernah terfikir untuk direalisasikan sebelum ini. Apatah lagi dengan intergrasi pelbagai media seperti media baru dan juga online. Kami percaya dengan kolaborasi sedemikian mampu menarik minat pendengar serta penonton kedua media ini kerana ianya melibatkan nama-nama besar serta bakat yang tidak perlu dipertikaikan lagi.”

“Dengan TV9, kami yakin Versus mampu menjadi program realiti yang menjadi bualan hangat pencinta muzik tanahair dan orang ramai secara amnya.”

Berbeza dengan rancangan realiti lain, tiada penyingkiran diadakan sepanjang Versus berlangsung. Sistem penilaian untuk Versus adalah melalui dua landasan iaitu sistem undian menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga pemarkahan daripada juri profesional. Populariti dan ‘fanbase’ lima kumpulan hebat ini bergantung kepada kebolehan mereka memberikan kelainan dalam tugasan mingguan.

Juri profesional yang terlibat terdiri daripada Jennifer Thompson selaku ketua juri, Loque pula sebagai juri tetap dan seorang lagi juri jemputan mingguan yang berpengalaman dalam bidang muzik. Nama Jennifer Thompson tidak asing lagi dalam bidang muzik yang mana beliau mempunyai pengalaman yang begitu mendalam dan telah menyaksikan sendiri perkembangan atau evolusi muzik tanahair. Loque berkelulusan Kejuruteraan Audio daripada University of Berkeley, mewakili generasi baru ahli muzik yang sentiasa ingin meningkatkan lagi taraf muzik tanahair.

Kemeriahan Versus diserikan lagi dengan keletah Hunny Madu dan Aidid Marcello sebagai pengacara. Program realiti ini diterajui oleh Penerbit Eksekutif Sunil Kumar dan Alet Arzuan Anuar. Sementara Kiedd Fariz Aziz dan Ahmad Khairi Zulkifli dari Primeworks Studios, selaku penerbit program.

Bakal bersiaran selama 8 minggu, setiap episod konsert mingguan akan menyaksikan persaingan para peserta bagi merebut gelaran juara dan memenangi hadiah utama bernilai RM200,000. Setiap minggu, satu tema akan ditentukan dan para peserta diberi lagu yang perlu digubah mengikut kemahiran dan kreativiti masing-masing. Masa yang diberi adalah selama seminggu dan para peserta akan membuat persembahan di konsert mingguan sebagai medan penilaian.



Tempoh undian bermula pada hari Jumaat jam 10.30 malam selepas berakhirnya konsert mingguan hingga Jumaat minggu berikutnya pada jam 12.00 tengahari. Carta undian semasa akan diumumkan melalui portal rasmi Versus di www.tv9.com.my/VS.

Bayangkan lima kumpulan paling gah masa kini iaitu 6ixthSense, Black Parallax, Go Gerila!, Hujan dan Sofazr, berada di atas satu pentas dan beraksi selama 8 minggu berturut-turut. Nantikan gegaran Versus pada setiap Jumaat, jam 9.30 malam bermula 13 April ini hanya menerusi TV9 (saluran 119) dan frekuensi radio Hot FM seluruh negara.


sumber : versus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat