Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

Sunday, May 8, 2016

Coconut shake.



can u imagine... dikala hari yang panas..tiba2 bro zack send gambar ni.
Rasa nak terbang balik Sabak ok.

Coconut shake tersedap di Sabak Bernam.
Sapa belum try kena try.
Yess. Bro Zack nak belanja balik nanti.
jejak Sabak je cikgu sampai!

Ada banyak flavour sekarang. Tapi aku suka yang original.
Yang terbaru ada Coklat seperti gambar dibawah. Strawberry dan mangga.
Nak tau kena pergi terjah kedai ok.
Landmark kedai paling senang depan Kolej Komuniti Sabak Bernam.














Wednesday, June 10, 2015

JJCM : CENDOL ATUK


Setiap kali balik mesti carik masa dating dengan kawan2 yang rapat.
 Since ak keja kat jauh nun di Sarawak dan jarang2 balik. 
Today kuar dengan mama lia. Tak tau mana nak lepak. 
Try pg kedai Cendol Atok. Lokasi Sg Limau, Sg Besar.


Banyak tempat dah try cendol.
Ok la sini. Sedap! Gud try lah.
Unik nya di Cendol atok ni...setiap cendol ada kacang merah. Lets say korang order cendol biasa akan ada kacang merah. To me... its their trademark lah! 

Cendol biasa berharga RM 2.00
Yang luar biasa...if nk add on  jagung,pulut, nata de coco and so on kena tambah 50sen...
Selain cendol ada air lain seperti laicikang, abc dan air lain.
Makanan ada malay food dan western. Apa yg ada mee udang, mee kari, dan laksa. Western ada chicken chop, Fries, roti, chicken tortila dan meat ball ala2 ikea pun ade. 
Harga ok. Berpatutan.




ini cendol biasa
harga RM2.00


ini cendol luar biasa! luar biasa sgtt.
aku add in jagung
Harga RM2.00 + 0.50



Chicken Chop saiz kecik
Harga RM7
yg besar RM12


Mee Udang.
Disebabkan ak dah try banyak tempat Mee Udang, This one biasa je.
Harga RM5.00



till we meet again.
JJCM tempat lain pulak!





Tuesday, December 16, 2014

JJCM: KAFE HAYAKI


Makanan dan jiha tidak dapat dipisahkan..
boleh tak siapa bakal suami sy nnt juga kaki jalan dan kaki makan.


jom JJCM ke Kafe Hayaki
Lokasi seksyen 13,Shah Alam


Gara-gara ternampak gambar nasi kerabu yang nampak menyelerakan dalam instagram. Maka terus lah menerjah ke sini.
T.kasih Raja dayana kongsikan info.

This cafe nampak specialise on makanan kelantan.
Kalau tengok dari menu nya lah.


Didi order bandung cincau.


ice lemon tea is my feveret di mana2



and and and Nasi Kerabu untuk dimakan.
Terjah ke sini sebab craving nasi kerabu itulah.
ok rasa not bad. Sedap! Tapi tak boleh lawan nasi kerabu dekat UPSI.
soo soo..kena lah dengan tekak iols.




ini mamat ridha punya. Chicken chop.




till we meet again.
see ya!!

Thursday, December 4, 2014

JJCM : Restoran Mastan Ghani Mee & Rojak


JJCM lagi
Dengan tagline " jiha & makanan berpisah tiada "

Masih ingat JJCM yang lalu Mee Rebus Mastan Ghani Teluk Intan
Hari ini kita ke Restoran Mastan Ghani cawangan lain. Lokasi Teluk Intan jugak.

Ini lah restorannya.


last 2 week pergi Mastan Ghani yang kecik.Menu sikit.
Yang cawangan sini much better.
Persekitaran selesa. Dan jugak banyak pilihan makanan
Ada nasi campur dan macam -macam air.
Kalau tengok signboard kedai nampak gambar Mee Rebus, Rojak dan Nasi Ayam. Jadi special di sini itulah.

Dah pernah try Mee Rebus.
So today try Nasi Ayam




Air pulak myfrend order air jagung. Dan Laicikang for me.




Tak tersnap persekitaran restoran. Lapar. Fokus makan saja..hee
Ini antara yang menarik. Ada gambar ownernya, Mastan Ghani.




Myreview:
1) Nasi Ayam : Not bad. Sedap! Kena dengan selera.Nasinya lembut, ayam pun lembut, sos, kicap dan sup pun ok. Pendek kata semua ok

2) Laicikang : not bad jugak. Banyak isi di dalamnya. Tapi bagi aku air agak manis.


Harga 
Nasi Ayam RM5.00
Mee Rebus RM4.00
Laicikang RM2.00



Lokasi : Deretan Kedai Berhampiran KOlej Komuniti Teluk Intan.


till we meet again dalam edisi JJCM yang lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat