Tuesday, January 31, 2012

Welcome Febuary 2012



Selamat datang bulan Febuary.
Apa yang menarik bulan febuari?
Don't know. 
Lets see what will happen!
Allah dah susun yang terbaik untuk kite.




Dan akhirnya....




The best jadi kawan je lah!
Mungkin itu yang lebih baik.
Dan harus percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.





:: setiap hari berusaha untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik ::
Insyallah



:: 4 kata-kata kunci ketenangan ::





Kehidupan di dunia ini menjanjikan seribu satu ujian yang mencabar kekuatan diri. Kata bijak pandai, bukanlah masalah itu sudah menjadi mudah, namun anda telah menjadi semakin kuat. Begitulah hikmahnya Allah menurunkan ujian demi ujian kerana dengannya, manusia akan kembali mengingatkan Tuhan yang menciptakannya dan memohon dipinjamkan kekuatan daripada-Nya Yang Maha Kuat.

Namun, kita ini tetap manusia yang punya hati budi dan perasaan. Setiap kali ujian, kita pasti merasa kegusaran. Seorang ulama Sufi di zaman tabi'in, Imam Hasan al-Basri menunjukkan kita jalan ketenangan dengan berpesan. Empat kata-kata yang merupakan kunci meraih ketenangan ialah:

1. "Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang."

Kata-kata ini membawa kefahaman kepada kita bahawa manusia yang faham benar konsep rezeki pasti tidak akan mengorbankan masa untuk persediaan akhiratnya demi kepentingan duniawinya. Mana mungkin ditinggalkan solatnya walau satu waktu, hanya kerana ribuan ringgit. Mana mungkin diabaikan pahala menjaga ibu yang tua kerana kepentingan lain. Mana mungkin ditinggalkan ibu tuanya yang memakai pampers dengan linangan air mata, semata-mata untuk menjadi si kaya dengan merantau ke bumi lain, sedangkan pendapatannya hari ini sudah lebih daripada cukup.


2. "Aku tahu bahawa tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya."

Sahabat-sahabat yang kucinta kerana Allah,

Jika kita ditugaskan untuk solat lima waktu, maka kewajipan itu ke atas diri kita. Tidak diterima solat orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menunaikan solat. Jika kita dibebani dengan kewajipan menutup aurat, maka tidak diterima dari orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menutup aurat. Jika kita sebagai suami yang membiarkan anak isteri tanpa makanan kerana kelalaian, lalu ada insan yang bersimpati menghulurkan bantuan, kewajipan kita tetap tidak terangkat. Kita adalah pendosa kerana mengabaikan kewajipan yang telah diamanahkan.


3. "Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa."

Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيد
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. 
(Surah Al-Qaf 50:Ayat 16)


Sahabat-sahabat yang dikasihi, sekiranya anda menjadi seorang imam solat (waktu mengadap Tuhan) adakah anda sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sopan?

Sudah tentu tidak. Tetapi mengapa?

Kerana anda yakin bahawa ada mata yang memandang anda di belakang. Mata para makmum yang berkomunikasi baik dengan lidah mereka sehingga kejelikan akhlak anda cepat tersebar. Jika diikutkan, anda tidak mampu melihat ke belakang, bahkan anda juga tidak tahu apakah makmun tadi benar-benar melihat anda, anda juga tidak tahu adakah makmun tadi masih bersama atau sudah mufaraqah dari anda, tetapi lihatlah, betapa keyakinan anda sudah memadai untuk menjadikan anda imam yang penuh kesopanan.

Cuba kita bayangkan, seandainya kita berkeadaan seperti ini pada setiap ketika iaitu berkeadaan seolah-olah seorang imam yang sentiasa berasa diri diperhatikan, sudah pasti kita akan jauh daripada dosa dan penderhakaan. Sudah pasti, kita akan semakin hampir dengan Allah dan merasakan ketenangan hati.


4. "Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya."

Imam al-Suyuti dalam kitabnya Sharh al-Sudur bi Sharh hal al-Mawta wa al-Qubur menukilkan kata sahabat Nabi Abu Darda' R.A tentang ajal kematian:

Peringatan yang memberi kesan dan suatu yang diabaikan yang segera datang, memadailah kematian sebagai pemberi peringatan dan memadailah masa (umur) sebagai pemutus. Hari ini di dalam bilik, esok di dalam kubur.



Renungilah 4 kata-kata kunci ketenangan ini.
Selamat Beramal





sumber : i luv islam.


Monday, January 30, 2012

::15 Lagi Sekolah Kluster Kecemerlangan ::



PUTRAJAYA – Sebanyak 15 sekolah lagi iaitu tujuh sekolah menengah dan lapan sekolah rendah menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata pemberian itu adalah untuk fasa keenam selepas 167 sekolah menerima pengiktirafan sama pada fasa kelima sebelum ini.

“Semua sekolah yang sudah menerima pengiktirafan akan diberi peruntukan khas bagi tujuan membangunkan kecemerlangan sekolah masing-masing,” katanya dalam ucapan sempena majlis penyampaian sijil pengiktirafan itu, di sini hari ini.

Tujuh sekolah menengah terbabit ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SM Sains Dungun, Terengganu; SM Kebangsaan Seafield, Subang Jaya, Selangor; SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan SM Kebangsaan Alor Akar di Pahang; serta SM Tinggi Kluang dan SM Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar di Johor.

Bagi sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Infant Jesus 1, Melaka; SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur; SK Agama Sibu, Sarawak; SK Seliau, Rantau, Negeri Sembilan; SK USJ 2, Subang Jaya, Selangor; Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar, Perlis; dan SK Minden Heights, Gelugor dan SK Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Bayan Lepas, di Pulau Pinang.

Beliau berkata, menerusi SKK, setiap sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik daripada kerajaan.

“SKK juga memberikan peluang kepada sekolah yang dipilih untuk meningkatkan jaringan kerjasama dua hala yang berterusan dengan sekolah lain dalam dan luar negara,” katanya. – BERNAMA


sumber : mynewshub 



:: Rahsia Solat ::



Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.



:: Selamat Beramal ::


sumber : i luv islam

Saturday, January 28, 2012

Teaser : Backpacking Pulau Pangkor!





our holiday!
bila nak siap? Tak tahu.
On progress. Tapi aku tak sentuh langsung dah 3 hari!
Bila rasa nak tulis aku sambung ye.




:: mood menulis ntah ke mana ::

Makan di The Chicken Rice Shop


Blog aku dah jadi macam blog makanan pulak!
Blog aku jadi ikut suka. Boleh.

Last week aku pergi makan dekat The Chicken Rice Shop. Eh last week ke? Last 2 week rasanya. Tak ingat pulak. Ni la akibat malas dan lambat nak update. 

Yang sebenarnnya niat nak makan dekat restoran Rasamas. Entah berapa kali pusing tak jumpe-jumpe. Conpius i ok! Dah la lapar. Masa tu luch hour. Macam pelik tak jumpa-jumpa. Akhirnya tegur sorang kakak yang bukak booth jual beg kot. Dengan tanpa segan silu tanya. Hoi malu bertanya sesat jalan kan!
Aku : kak.nak tanya la. Rasamas kat mana ye. Rasanya aritu ada area sini kan.
kakak tu : Oh. Dah tutup la dik!
Aku : erk! Laaa...ye ke. Dah lama ke tutup? Kenapa tutup?
kakak tu : entah la dik. akak pun tak tau.

:: aku tanya kakak tu macam la kakak tu tau semua kan::

Lastly decide makan dekat The Chicken Rice Shop.
Damm! Ramai orang pulak. Kena queue! Sapa suruh ko pergi masa lunch hour. Memang ramai lah. Nasib!

Finally dapat tempat! 
Betul-betul depan outlet tu kau.

Kami order biasa-biasa aje. Sila tengok ke bawah yer. 






ice lemon tea untuk ifa
Harga : RM 4.50


revive untuk aku. 
Harga : RM 3.20
Aku sebenarnya tak tau nak minum apa masa tu. feberet aku kan limau ais. sini xde!


Nyonya Laksa.
Harga : RM 10.90


Crispy Prawn Wantan
Harga : RM 10.90


Steam Chicken Rice
Harga : RM 7.90
Nasi aku lupa nak ambik gambar.



1st time makan. Ok la. Not Bad!
Sapa yang belum  try sila kan try. Pergi sendiri, order dan bayar. aku tak berniat langsung nak belanja sapa2.



Rate US?
Ok korang boleh rate restoran ini dekat website ok. Boleh dapat voucher bagi yang layak.



ok. cerita tamat.






Friday, January 27, 2012

Happy Birthday Kakak Cantik!


Today 27 januari. Maksudnya ulang tahun kelahiran kakak cantik saya Iqa Beary. 
Dia marah kalau saya panggil dia kakak tau! 

HAPPY BIRTHDAY IQA!
Semoga Panjang Umur. Di murahkan Rezeki dan Berjaya dalam apa yang dilakukan.
Dan semoga Allah sentiasa memberkatimu.




:: geng jiha ::



Thursday, January 26, 2012

5 Perkara Yang Allah sembunyikan drpd Manusia

5 Perkara Yang Allah sembunyikan drpd Manusia




1. Ajal ... Manusia tidak tahu bila tiba ajalnya sama ada esok ke, lusa ke, sebulan lagi atau setahun lagi ke.. entah bila ??

2. Kemurkaan Allah..... Allah menyimpan kemurkaannya dalam kita membuat dosa.. sekali,2 kali, 10 kali dan tiba masanya Allah menghukum kita tanpa kita sedari dgn pelbagai bencana.. klu tidak di dunia Allah simpan kemurkaannya di akhirat kelak.

3. Redhonya.. tiada siapa yang tahu ketika melakukan ibadat dgn taatnya kepada_Nya..

4. Waktu mustajab doa... tidak tahu bila saatnya waktu yang mustajab doa walaupun para ulama' memberitahu waktunya malam Jumaat, hari Jumaat antara 2 azan, antara 2 kutbah..


sumber : dari seseorang dalam group FB saudaramu yang fakir.

:: selamat beramal ::


Wednesday, January 25, 2012

Putih Pilihan Saya.



Saya pilih putih untuk tema majlis nikah saya.Eh merepek apa ni.
Putih warna pilihan untuk jam saya.
Saya suka jam  warna putih. Putih nampak suci kan!
Walaupun aku addict giler dengan warna ungu / purple tapi untuk jam sangat tak sesuai dan kurang cantik aku tengok dengan tangan aku.
Tengok gambar bawah. jam aku baru beli minggu lepas. 
Murah aje. RM 10 ringgit. Selame ni memang aku pakai jam murah-murah je. Walaupun murah tahan tau!
Bertahun-tahun hidup. Masalah yg akan timbul cuma batery habis tak pun tali putus/ rosak. Bila tali rosak memang akan jadi warna lain!






korang suka pakai jam warna apa.






Majlis pertunangan huda.


Tahniah huda & bub!
Selamat bertunang buat kamu berdua. 

Ahad lepas Majlis Pertunangan kawan sejak form 6 huda dan bub.
Majlis meriah ala-ala majlis resepsi kawin je. Berlangsung di Dewan Sri Tanjung, Hay Resort Sabak Bernam.
Dengan perasaan tak malu nya aku datang sorang-sorang! Takda sapa nak pergi sekali kan.
Agak lewat aku datang! Rombongan family bub dah dekat tempat parking.

Majlis mula pukul 12 kot. 
Kedua-dua keluarga berbincang. Then sarung cincin. Then bergambar dan makan.
Muka aku harus ada dalam gambar. Bukan gila glemer tapi sebagai kenangan. 

Ini sahaja gambar yang aku share. Masa tu aku jadi camerawoman tak bertauliah. Jadinya camera aku tak banyak gambar.










:: cerita tamat ::


Ramai dah tunang. Ramai dah kawin. Ko bila jiha? 
Entah. No Komen!
Sapa baik cepat carikkan aku suami!



Tuesday, January 24, 2012

Pictures Of The Year 2011 Contest


Photo contest lagi.
Menjoinkan diri kerana di tag oleh budak kecik si MuinsnikersDoodle.  Suka hati aje tag nama aku. lain kali minta izin dulu ok!
Actually aku memang suka join photo contest. Walaupun aku tak de kamera DSLR, aku tak berapa pandai ambik gambar, tak berapa pandai edit gambar TAPI aku suka ambik gambar.



sapa yang terasa nak join pictures of the year 2011 contest klik banner atas ok.

Dan
pictures of the year yang aku pilih adalah
gambar masa konvo kawan baik saya sejak kecik! Korang ada?


Kenapa aku pilih gambar ni?
Sebab aku suka! Boleh ke?

Ini gambar masa konvo syafa!
 She the only one kawan baik sejak kecik sampai sekarang. Ini yang baru dikatakan friend forever!.She's always disisiku dikala susah dan senang.  Aku happy bila tengok dia berjaya. Aku menangis tengok dia keluar dari DTC memegang segulung Ijazah.



Nak tag 3 orang. Senang cite aku tag sapa yang baca entry ini. Means sapa baca atau tengok atau terbukak automatik tertag! Okey. Macam kejam je.
Aq Naim
Miss Ezy Chiaki
Cik Zombie blog 








Monday, January 23, 2012

happy birthday mak!



Hari ini birthday mak!
HAPPY BIRTHDAY MAK!
Semoga Panjang Umur dan dimurahkan rezeki.
Sayang Mak!






We all satu family malam semalam dah  celebrate birtday mak.
Surprise dengan kek.
Gambar takde nak tepek gara-gara tangan abg ipar aku yg tak reti amik gambar! Semua shaking. Tensen aje.
Semalam makan-makan satu family. makan besar kau! Anak mak semua balik. Aku yg jahat ni paksa semua balik. Yehaa... I make my mom happy!!

Makan dekat restoran atas air. dekat Kampung nelayan Sg Besar. Apa nama restoren tu aku lupa. tapi atas air jugak.




nota kaki : kek & mainan disponsor oleh saya
makanan disponsor oleh kak dan abg saya!
adik tak sponsor apa-apa. makan aje



Sunday, January 22, 2012

Mari makan Char kiew tiaw!




Mari makan Char Kiew Tiaw sedap!
Seriusly sedap dan murah jugak.
2 hari sebelum balik sempat makan buat kali terakhir  dengan ifa. Gaya macam tak boleh makan lagi je!
Serius sedap
Ada 3 tau: biasa, special dan super special.
Aku makan special aja. tak abis kalau makan super special tu.
Harga special : RM 4.00. Murah kan.


Kepada sapa-sapa nak try rasa boleh la g yer.
Lokasinya bukan restoran cantik bagai tau. Ni kedai tepi jalan je. Buruk aje. Tapi jangan disangka kedai buruk tak sedap. Wohoooo ramai orang tau! Tiap-tiap petang penuh.
Ha. Nak bagitahu. Dia bukak petang dr pukul 6 sampai malam.
jangan datang pagi tau! Sah-sah tak dapat makan hokeyy!
Ok lokasinya di hulu bernam- tg malim. landmarknya depan Dusun Bay!
Next aku update makan dekat Dusun Bay pulak. Sapa penah makan dekat Dusun Bay sila LIKE.






The story 25 of us!



Entry yang lambat di publish.sepatutnya di publish pada 13 januari 2012 sempena saya menamatkan pengajian di UPSI. Tapi entry tak sempat disiapkan. Punca tak siap sebab malas menulis.Boleh kata macam tu?

Entry ni nak cerita tentang KAMI. Siapa kami. Pelajar Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan UPSI batch 2008/2009. Kami ada keunikan tersendiri.Unik ke? Unik lah. 25 orang dalam kos ni. Kos lain semua ramai-ramai. Kami sudah seperti satu keluarga atau bahasa omputihnya one family!

25 orang. 7 lelaki dan 18 perempuan. Unik kan.
Berasal dari bumi Malaysia tapi berlainan negeri. Dari Utara ke Selatan, Pantai Timur dan jugak Borneo.
We are 1 Malaysia. Ada Melayu, ada Cina, ada India dan ada Iban. Unik kan. Apa aku merepek dari tadi asyik kata unik aje!

Let's start our story!
Dipertemukan pada bulan Julai 2008 di auditorium utama UPSI. Seriyes kelakar bila ingat balik. Masa tu semua malu-malu macam kura-kura. Diam je semua. Ayat yang biasa akan keluar bunyi macam ni. " hai, nama awak apa. asal dari mana...bla bla.". Kalau boleh flash back kan aku memang nak record semua tu! Tapi tak boleh. Kini tiba waktunya kami berpisah. Macam-macam kenangan dengan mereka. Gelak ketawa, suka dan duka. dan macam-macam.




Mulakan cerita dengan gadis cantik ini.
Namanya Faeizah murith. Sangat unik kan. Mula-mula dulu asyik salah eja nama dia.
Datang dari Kluang Johor.
Prety girl in our class. Seriusly aku suka tengok dia.Sebab dia cantik. Pakai apa pun cantik.
Ieza berkawan rapat dengan ana dan ain. 




Next jejaka yang namanya Syed. Nama penuh Tengku Syed Azan B. Tengki Syed Reman. Mula-mula dulu ingat dia kerabat raja ke or something tapi entah sampai sekarang tak pulak tau. 
Syed paling alim. Ala-ala ustaz camtu. Muka surau. hee..
Berasal dari Grik, Perak.
Uniknya syed dia akan bagi mukadimah panjang-panjang sebelum bercakap.Ahaa..
A good leader. Dia baik. Selalu tolong aku tau!




Gadis ini dipanggil ain suksis. Sebab ada 2 orang nama ain dalam kelas. 
Nama penuh Nurul Ain Zahra. Asal Hutan Melintang, Perak.
Kenal ain since 2006. Amik f6 sama-sama. Masa tu memang kawan rapat lah. Dah tertulis kami sama universiti dan sama kos dan selalunya sama kelas.
Satu-satunya gadis yang join kor suksis dalam kelas kami.
kalau semua nak tau ain ni garang tau. hee




Sammy atau nama panggilannya sam. Dia tua setahun dari kami semua.
 Nama penuh Sammy Kapar Anak Nyimbang. Asal Sarawak.
Lecturer selalu salah sebut nama dia jadi "sami"
Dia penari UPSI. Totally memang asyik sibuk menari. Takda masa sangat dengan kami.
He always mintak tlg dari aku.




Next gadis comel ana. Nama penuh Anna Yuenna Binti Bujang.
Ni pun unik jugak namanya. Bapak dia sentiasa bujang. Ahaa. Oppsss. gurau aje.
Berasal dari Sarawak jugak macam sammy. Tapi daerah lain kot.
Anna sangat lemah lembut ok! Manja. Baik. 
Aku suka tengok ana mengajar! Serius best.




Kakak palapes ni namanya Dayah. Gagah perkasa ok.
Nama penuh Norhidayah Ruslan.
Datang jauh dari Sabah.
gelaran diberi "kak ket". Kenapa? itu rahsia kami ok!
Dia seorang yang ceria. Asyik buat orang gelak aje.




Next Yati atau Yati Tomey. Bajet comel kan.Hee.
Nama penuh Norhayati Kamaruddin.
Berasal dari Rompin Pahang. Pantai Timur ye!
Apa yang unik tentang yati? Yati suka selambe badak tau bila cakap. Berani seh. Kadang ada jugak terasa.
apa pun yati memang baik.
Dia sorang je yang panggil aku dengan nama "jit". Heh! Mana dapat idea pun tak tau.




Gadis ini bernama Dila. Nama penuhnya Fadhillah Abd Kadir
Utara mari. Berasal dari Pendang Kedah.
Apa cek nak cita tentang dia pun tak tau.
Dila agak pendiam kot. Sopan santun gitu. hee.




Next Gadis cantik dari Borneo Dya. Nama penuh Rosmadia Bt Lamapa. Nama yang unik jugak!
Datang dari Sabah. Kena naik belon ok!
Nice girl. Sopan santun. Dya sangat putih ok.




Specky girl ini Huda. Nama penuh Nurul Huda Fadzil. Anak cikgu. Mak bapak dia cikgu.
Asal Sabak Bernam, Selangor. Sama tempat dengan aku ok!
Kawan dengan dia since f6 sama jugak macam ain.
Huda seorang yg berani. tekad dan boleh campak dia kat mana-mana je. Boleh hidup katanya!




Ifa. Nama sebenar Siti Arifah Binti Mohd Khalil.
Asal Batu Pahat, Johor.
Dia roomate saya, classmate dan segala mate lah.
Ifa ibarat gedung ilmu. Dia ada info tentang semua benda! Serius. Aku memang kagum tau.
Kelemahan dia adalah tak boleh kalau dalam seminggu tak balik Johor.
She's my best friend!




dan ini saya Jiha. Nama diberi Nur Najiha Mahfudz.
Asal Sabak Bernam, Selangor.
Apa nak tulis ek? Nak puji-puji boleh. Hee.
saya suka teknologi dan gajet.
saya seorang yang mementingkan persahabatan.
dan saya akan bahagia bila tengok orang lain bahagia.




Ini artis dalam kelas kami, Shah. Nama sebenar Mohd Sharizwan B. Mohd Shah.
Suka berperasaan yang dirinya kembar Remy Ishak.Cuba korang tengok ada ke?
Kadang2 memang ada. tapi kadang macam mat bangla pun ada! Hehe.
Datang jauh dari utara, Langkawi yer!
Suka buat kecoh dalam kelas. Pun melawak. Shah takde mesti kelas sunyi.
lagi satu suka ngutuk orang. Apa pun shah baik!




Boon atau ah chai nama timangan. Nama betul Tan Boon Chai.
Satu- satunya chinese dalam kelas kami. Came from Muar Johor.
Sangat2 baik. Suka tolong kawan-kawan lain.
Dia terrerrr! Asyik dapat 4 flat aje!
Boon seorang yg cepat buat kerja. Sapa yang 1 group buat asigmen dengan dia akan cepat stress.



gadis ini namanya Ina. Nama betul Noor Azlina Yusof.
Asal Beruas, Perak.
cantik yang kecik je nampak dari luar tapi berbakat besar!
Suka solek-solek jugak macam ieza.
Cantik! Kalau tak pakai heel memang dia nampak rendah.ahaa.



Epie atau firdaus nama glamournya. Nama penuh Mohd Firdaus Bin Wahab.
Datang dari Pantai Timur. Kuala Terengganu.
Suka sangat menyakat orang. Sapa je yang tak di kacau.
Selalu tertinggal dari kami.Confius aku bila dia tertinggal.
Pandai carik duit sendiri.
Baik!



Gadis tinggi dalam kelas Ain. Ain palapes! Nama Zunnuraini Muhamad.
Aku tak reti eja dan sebut nama dia masa sem 1 dulu. kan macam susah tu kan.
Akak Palapes jugak. dari Dungun, Terengganu.
Tak kenal dia nampak macam sombong kot. tapi dia baik.




Umi nama gelaran. Nama penuh Umi Nadirah Bt Mohd Desah.
Asal Pahang.
Umi comel dan cantik. Pandai bercakap. Baik jugak. 




Specky girl jugak. His name Azne. Nazratul Azne Zulkafli.
Dari Nilai N.Sembilan. Orang nogori wei.
Anak sulung dalam keluarga
Azne pun agak pendiam. Dia antara yang pandai dalam kelas.




the only indian in our class. Getha. Nama penuh Saggetha.
Ipoh mari. Ipoh, Perak.
She agak huru hara. hee.. Walaupun huru hara dia genius yer!
Tiap minggu balik Ipoh. Awal-awal sem dulu henfon dengan lagu india bunyi masa kelas berjalan.




Nama gelaran sue. Nama penuh Suhaila Binti Maasom.
Terengganu jugak. Setiu!
Nak kata apa tentang sue? baik. kecik je orangnya. 




Si ayu Ita . Nama diberi Wan Ruzita Wan Muda.
Orang ganu ok! Dari Kuala terengganu.
Bila bercakap slang terengganu tak hilang.
Bijak. rajin. Sopan santun.




Iqa Beary nama glemernya. Nama: Nur Atiqah Binti Ismail.
dari Permas, Johor Bharu.
Punya Impian nak ke Korea.
takut dengan binatang bernama lipas. Aku lah pembunuh lipas bila lipas ada dekat2 dgn dia.
Kakak cantik. Suka mekap yer!
Suka mintak2 benda2 mahal dr aku. Ingat aku kaya la sangat! Aku memang kaya budi bahasa.




Jejaka yg bernama Mizan atau dipanggil Mije.
Nama : Mohd Hamizan Mohd Hashim.
Asal Pasir Mas, Kelantan.
Baik. Penjual Popia yg sedap. Selalu eskot Syed. Siap tolong bawak beg syed masuk kelas.
Aku suka bila Mizan present. Seboleh2nya dia nak kite faham. Memang faham pun.




Artis jugak dalam kelas, Duan. Bajet hensom lah.
 Nama penuh Ahmad Ridhuan Sapian
Asal Kuala Terengganu.
Dulu malu-malu. Sekarang tak reti malu.
A good friend. Baik. Penyanyi hebat! 




itu saja cerita kami. 
Banyak kenangan bersama mereka! Series akan rindu kat korang semua.






p/s: sekadar penulisan saya je.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat