Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts

Monday, January 30, 2012

::15 Lagi Sekolah Kluster Kecemerlangan ::



PUTRAJAYA – Sebanyak 15 sekolah lagi iaitu tujuh sekolah menengah dan lapan sekolah rendah menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata pemberian itu adalah untuk fasa keenam selepas 167 sekolah menerima pengiktirafan sama pada fasa kelima sebelum ini.

“Semua sekolah yang sudah menerima pengiktirafan akan diberi peruntukan khas bagi tujuan membangunkan kecemerlangan sekolah masing-masing,” katanya dalam ucapan sempena majlis penyampaian sijil pengiktirafan itu, di sini hari ini.

Tujuh sekolah menengah terbabit ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SM Sains Dungun, Terengganu; SM Kebangsaan Seafield, Subang Jaya, Selangor; SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan SM Kebangsaan Alor Akar di Pahang; serta SM Tinggi Kluang dan SM Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar di Johor.

Bagi sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Infant Jesus 1, Melaka; SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur; SK Agama Sibu, Sarawak; SK Seliau, Rantau, Negeri Sembilan; SK USJ 2, Subang Jaya, Selangor; Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar, Perlis; dan SK Minden Heights, Gelugor dan SK Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Bayan Lepas, di Pulau Pinang.

Beliau berkata, menerusi SKK, setiap sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik daripada kerajaan.

“SKK juga memberikan peluang kepada sekolah yang dipilih untuk meningkatkan jaringan kerjasama dua hala yang berterusan dengan sekolah lain dalam dan luar negara,” katanya. – BERNAMA


sumber : mynewshub 



Tuesday, May 3, 2011

5 hari lagi


5 Hari lagi aku akan mulakan latihan mengajar. Berdebar rasanya. 
Kini mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar.

Hari ini kawan aku yang terlibat dengan SUKSIS dan PALAPES di Universiti sudah memulakan latihan mengajar . Mereka start awal kerana akan bercuti selama 2 minggu untuk ke Majlis Pentauliahan.
Shah baru baru bercerita dia dapat subjek Perdagangan dan Pengajian Perdagangan. 
Alhamdulilah la. Sebab tak payah nak susah-susah nak fikir subjek yang luar dari Major dan Minor yang di ambil. Sesi latihan mengajar senior aku, sesi Febuari-Mei, ramai yang dapat subjek yang luar daripada bidang. Macam Kak Aini langsung tak dapat mengajar subjek Perdagangan. Kak Aini dapat Kemahiran Hidup. Cabaran besar tu ngajar KH yang ade sekali enjin, paip dan elektrik. 
Hopefully nanti dapat subjek Major dan Minor lah. Tapi semua tu pengetua sekolah yang tentukan. Terima ajelah. 

Monday, May 2, 2011

Drama JUVANA TV3




Dulu GEMILANG
Kegigihan cikgu mendidik anak bangsa.
Sekarang Drama bertajuk  JUVANA 
Cerita ini patut ditonton oleh guru dan bakal-bakal guru.


p/s: risau pulak hari 1st masuk sekolah untuk praktikum nanti. Macam-macam aku pk nie. Hopefully dapat student yang ok!


3 Tip Pintar Matemetik Adi Putra!



LANCAR...Adi Putra (tengah) ketika pelancaran bukunya, Seni Matematik Islam.


KUALA LUMPUR: “Untuk menjadi seorang yang mahir dan pintar dalam Matematik Islam, tiga tip perlu diamalkan iaitu jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira, kurangkan mengguna SMS dan kurangkan bermain alat permainan video,” kata Adi Putra Abdul Ghani, 12, kanak-kanak cilik Matematik Islam.

Dia yang memberikan tip berkenaan pada majlis pelancaran buku sulungnya, Seni Matematik Islam di sini, semalam, berkata petua berkenaan perlu diamalkan kerana banyak sebab dapat dilihat berlaku daripada menggunakan perkara di atas.

“Menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera.

“Dengan mengurangkan penggunaan SMS pula, ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.

“Penggunaan alat permainan atau ‘video game’ juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat,” katanya. Hadir sama pada majlis berkenaan, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merangkap Mentor Adi Putra, Profesor Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin, pelakon veteran, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin dan penyampai radio, Halim Othman.


Adi Putra yang turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam dari Universiti Riau, Indonesia, berkata walaupun permainan video alat interaktif yang mampu menjana minda, tetapi untuk jangka masa panjang ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.


Buku setebal 200 muka surat yang diilhamkan Adi Putra dalam menghasilkan Matematik Islam sejak dia berusia enam tahun itu dikumpulkan hasil daripada 12 formulanya mendalami pelajaran Matematik.

Dijual pada harga RM40.20 senaskhah, buku yang sudah dua minggu berada di pasaran itu terjual lebih 3,000 naskhah sejak ia dipasarkan.

Masa sebulan diambil untuk menyiapkan buku berkenaan dan Adi Putra menyasarkan menerbitkan buku itu dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Mandarin, Arab, Jerman dan Perancis.

di ambil dari : Metro 2 mei 2011


Sunday, April 3, 2011

200,000 tempat ditawarkan di pusat pengajian tinggi


200,000 tempat ditawarkan di pusat pengajian tinggi

MUHYIDDIN (tiga dari kiri) dan Mohamed Khaled (kiri) melihat beberapa pengunjung mengisi borang kemasukan ke universiti secara online pada Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 di Seri Kembangan semalam.


SERI KEMBANGAN – Lebih 200,000 tempat ditawarkan untuk pelajar bagi kemasukan sesi akademik 2011/2012 di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta tempatan.
Malah sebanyak 11,500 tempat disediakan bagi pengambilan tahun 2011 kepada pelajar yang akan mengikuti kursus dalam bidang teknikal, latihan vokasional dan kemahiran di 27 buah politeknik dan 323 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluang itu terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah.
“Dengan adanya peluang itu, saya percaya ramai pelajar mempunyai banyak pilihan untuk mengikuti kursus yang diminati dan memenuhi impian mereka yang terpendam sejak sekian lama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Kali ke-7, ‘Jom Masuk U’ Tahun 2011 di Pusat Pameran Antarabangsa The Mines di sini semalam.

sumber diambil dari Kosmo Online 3/4/2011


Thursday, March 31, 2011

Kolej RISDA dinaiktaraf jadi Universiti


ALOR GAJAH 30 Mac – Kolej Risda akan dinaik taraf menjadi kolej universiti bagi menerajui transformasi pertanian melalui pendidikan menjelang 2013.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha menaik taraf kolej tersebut amat penting untuk melahirkan lebih ramai graduan bidang pertanian.

Menurutnya, ketika ini kolej yang ditubuhkan pada 1996 itu adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyediakan program pendidikan dalam bidang latihan dan pertanian yang dikhususkan kepada anak-anak di luar bandar.

‘‘Sudah tiba masanya kolej ini dinaik taraf sebagai kolej universiti kerana ia mampu melahirkan lebih ramai golongan usahawan berpendidikan tinggi yang dapat memajukan sektor pertanian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga kerja termasuk pensyarah dan kira-kira 1,000 pelajar di Kolej RISDA Paya Pa‘abas di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Mohamad; Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Ketua Pengarah Risda, Datuk Mohamad Izat Hasan.

Menurut Mohd. Shafie, pihak pengurusan Risda akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mendapatkan kelulusan naik taraf tersebut.

‘‘Saya yakin Kementerian Pengajian Tinggi akan menerima cadangan RISDA ini,” ujarnya.
Beliau menambah, peruntukan yang akan diberikan kepada Risda untuk kolej tersebut dinaik taraf sebagai kolej universiti akan dibincangkan dengan fokus terhadap infrastruktur baru, tenaga pengajar dan kemudahan lain.

Ujarnya, sejak Kolej RISDA beroperasi pada 2000, seramai 3,813 graduan berjaya dilahirkan dalam bidang pertanian, pengurusan perniagaan, sains komputer dan juga latihan dalam pelbagai bidang kemahiran.

Katanya, setakat ini sebanyak 75 peratus daripada graduan dalam Diploma Pertanian mendapat pekerjaan manakala selebihnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

sumber :diambil daripada Utusan Online 31/3/2011


Tuesday, March 29, 2011

Ranking SPM SBP 2010

Senarai kedudukan SBP di Malaysia untuk SPM 2010.

1 SM SAINS TUANKU MUNAWIR           0.8931
2 SBP INTEGRASI GOMBAK                   1.1425
3 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH     1.1450
4 SM SAINS ALAM SHAH                       1.2403
5 SEKOLAH TUN FATIMAH                     1.2837
6 SBP INTEGRASI RAWANG                 1.3408
7 SM SAINS KUALA TERENGGANU         1.3638
8 SM SAINS SERI PUTERI   1.4223
9 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA   1.4415
10 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH   1.5026
11 SM SAINS SULTAN ISKANDAR   1.5322
12 SM SAINS MUAR   1.5361
13 SBP INTEGRASI JEMPOL   1.5429
14 SM SAINS KUALA SELANGOR   1.5612
15 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM   1.6081
16 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR   1.6257
17 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.6884
18 SM SAINS HULU SELANGOR 1.6907
19 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.7073
20 SM SAINS MUZAFFAR SYAH   1.7079
21 SM SAINS JOHOR 1.7483
22 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.7595
23 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.7656
24 SM SAINS SELANGOR 1.8433
25 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.8439
26 SEKOLAH SERI PUTERI 1.8475
27 SM SAINS KUCHING   1.8585
28 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.8662
29 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.8702
30 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 1.881
31 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.9021
32 SBP INTEGRASI GOPENG 1.9412
33 SM SAINS KOTA TINGGI 1.9496
34 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.9625
35 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN  2.0082
36 SM SULTAN ABDUL HALIM 2.0381
37 SM SAINS DUNGUN 2.1042
38 SM SAINS BAGAN DATOH 2.1256
39 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.1612
40 SM SAINS SABAH 2.1704
41 SM SAINS KEPALA BATAS 2.1892
42 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.2107
43 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.213
44 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 2.231
45 SM SAINS TELUK INTAN 2.249
46 SM SAINS SULTAN MAHMUD 2.2513
47 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 2.254
48 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.291
49 SM SAINS POKOK SENA 2.3001
50 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.3114
51 SM SAINS LABUAN 2.3266
52 SM SAINS MIRI 2.3266
53 SM SAINS MACHANG 2.3315
54 SM SAINS KUBANG PASU 2.4137
55 SM SAINS LAHAD DATU 2.4497
56 SM SAINS PASIR PUTEH 2.4997 

Tuesday, March 8, 2011

:: " Bom" gegar sekolah

Bom sekolah!. Ya Allah. Makin ganas budak-budak sekarang ni. sungguh berani. mari baca berita dibawah.
bertajuk " Bom" gegar sekolah. Aku copy and paste dari harian metro.
jom baca!


INI DIA...bangunan sekolah yang cuba dibom oleh dua pelajar.

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.

Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran.

Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran.
“Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya.

Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi kejadian.

“Dalam kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku kira-kira 10 minit kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan kira-kira 20 meter dari lokasi letupan pertama yang berlaku dalam sebuah bilik darjah kosong di blok berlainan,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa melihat cebisan kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang masih berasap di atas bangunan berkenaan.

Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah menghubungi polis dan lima anggota dari Balai Polis Setapak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Anggota polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun gagal mengesan suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula letupan ketiga pada kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa melihat dua pelajar lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa meninggalkan sekolah dengan menggunakan motosikal yang diletakkan di luar sekolah.

Sehubungan itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu.

“Siasatan awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan motif sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa mengenai motif sebenar insiden berkenaan.

“Jika hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan, tindakan tegas akan diambil,” katanya.


sumber : metro 

Thursday, February 17, 2011

:: Sekolah Berprestasi Tinggi ::

Tahun 2010, 20 buah sekolah diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi. Tahun 2011 bertambah lagi 23 buah sekolah menjadikan kesemuanya 43 buah sekolah.Sumber dari akhar kosmo yer. sila baca kat bawah tu.
Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

    petikan daripada akhbar Kosmo 

LIMBANG – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.
Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang merupakan salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.
Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.
Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; dan SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.
SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang; dan SJK(C) Lick Hung, Selangor.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lepas, 20 sekolah diumum sebagai SBT. – Bernama

:: pergi sekolah kena belajar pendidikan jalan raya tahun depan ::


tahun 2012 ade subjek baru diperkenalkan di sekolah. Guess what??? Pendidikan Jalan Raya. Nasib baik mase untuk aku bersekolah dah lepas. aku akan pergi ke sekolah tapi sebagai guru. Tapi kan tibe-tibe je nanti aku pulak yang kena ngajar subjek tu.errr..aku macam tak boleh bayangkan lagi lah nie..
maklumat lanjut baca Kosmo hari ini yer.Aku share dari Online jadi tak dapat baca full.





KAJANG - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bercadang memperkenalkan subjek pendidikan keselamatan jalan raya kepada para pelajar sekolah menengah mulai tahun depan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, subjek itu sebagai langkah terbaru mendidik golongan tersebut mengenai kepentingan keselamatan di jalan raya.
Menurutnya, JKJR dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan kurikulum yang sesuai untuk diajar kepada golongan sasar terbabit.
"Cadangan dilakukan supaya kurikulum tersebut diajar kepada para pelajar di tingkatan satu, dua dan empat selama 40 minit dan sekali dalam tempoh seminggu.
"Kita akan mengenal pasti guru-guru yang layak untuk dilatih bagi mengajar para pelajar terlibat," katanya selepas merasmikan Majlis Kempen Kesedaran Jalan Raya anjuran Denso dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang di sekolah tersebut semalam.

sumber:kosmo.

Saturday, January 8, 2011

::: wajib lulus sejarah belum muktamad :::

RAUB 6 Jan. – Kementerian Pelajaran masih belum membuat keputusan muktamad bagi membolehkan mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, berikutan itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menjalankan kajian berhubung perkara itu.

“Perkara ini tidak boleh diadakan secara terburu-buru kerana ia perlu dikaji secara menyeluruh bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Gong di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

Mohd. Puad berkata, jawatankuasa itu akan mengambil pandangan semua pihak bagi membolehkan perkara tersebut dilaksanakan dengan berkesan.

Dalam pada itu, beliau meminta semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang belum lagi berdaftar dengan Kementerian Pelajaran supaya berbuat demikian bagi membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan dan insentif.

Katanya, SAR yang berdaftar dengan kementerian bukan sahaja akan menerima bantuan, malah guru juga dibayar gaji bulanan tetap dan berpencen

sumber: utusan online

Saturday, December 11, 2010

:: Sekolah Amanah ::


Projek perintis pertingkat akademik hasil perkongsian awam-swasta

PUTRAJAYA: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kementerian Pelajaran semalam melancarkan inisiatif bersama dikenali Sekolah Amanah bertujuan meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik sekolah menerusi konsep perkongsian awam-swasta (PPP).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebanyak 10 sekolah, masing-masing lima di Johor dan Sarawak dipilih menyertai projek perintis itu di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu, SMK Gelang Patah, SK Kampong Layau, SM Sains Kuching, SMK Bandar Kuching 2, SK Tabuan, SK Empila dan SK Combine.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, semua sekolah terbabit terdiri daripada sekolah berprestasi lemah, sederhana dan baik serta merentasi pelbagai latar belakang sosio ekonomi.

"Sekolah Amanah bukanlah sekolah elit kerana natijah akhir program ini untuk memastikan setiap sekolah dapat meningkatkan prestasi masing-masing dengan bantuan khususnya kewangan daripada Khazanah.

"Oleh itu, satu unit Sekolah Amanah sudah diwujudkan di kementerian bagi mengawal, menyelia dan memastikan objektif program dicapai selain penubuhan Yayasan AMIR di bawah Khazanah bagi mengendalikan projek perintis ini dalam tempoh lima tahun," katanya. 
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada media selepas melancarkan program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR, di sini semalam. Hadir sama Pengerusi Yayasan AMIR, Raja Tan Sri Arshad Tun Uda; Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud.

Muhyiddin berkata, menerusi program berkenaan, Khazanah akan memberi bantuan nasihat, kepakaran dan kewangan dalam usaha menaikkan lagi prestasi sekolah terbabit dan setakat ini beberapa syarikat korporat serta swasta lain menyatakan minat menyertai program terbabit.

Sementara itu, Azman berkata, Khazanah memperuntukkan RM20 juta setahun bagi melaksanakan program Sekolah Amanah itu selaras komitmennya menyokong usaha kerajaan mentransformasi sistem pendidikan. 

Beliau berkata, Johor dan Sarawak menjadi pilihan projek perintis kerana Khazanah banyak menjalankan projek pembangunan di selatan Semenanjung, manakala Sarawak pula kerana pihaknya mahu pembangunan seimbang antara Semenanjung dan Malaysia Timur kerana program itu akan turut dikembangkan ke Sabah.


INFO: Sekolah Amanah



  • Mengamalkan konsep perkongsian antara awam dan swasta seperti yang diamalkan di beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, England dan Sweden.



  • Sekolah awam akan diurus bersama oleh rakan kongsi swasta yang berkelayakan dan pengetua daripada perkhidmatan awam di bawah naungan Kementerian Pelajaran.



  • Menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada sektor awam dan swasta bagi menyediakan pengalaman pendidikan yang lebih baik untuk pelajar supaya dapat mencapai potensi mereka sepenuhnya.



  • Berbeza dengan Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah SMART dan Sekolah Wawasan kerana ia menggunakan model pengurusan serta operasi yang berbeza iaitu berteraskan perkongsian awam-swasta.



  • Terus mengekalkan status awam tetapi lebih bebas untuk bekerjasama dengan rakan kongsi swasta berkelayakan (menerusi yayasan bukan berasaskan keuntungan) yang mempunyai kepakaran, sumber, dana dan kualiti kepimpinan bagi menawarkan perkhidmatan nilai tambah yang bersesuaian.



  • Rakan kongsi swasta boleh tergolong daripada institusi pendidikan tinggi, kumpulan alumni dan juga syarikat swasta.



  • Diberi kelonggaran bagi membuat keputusan mengenai penyampaian kurikulum, pembangunan profesional berterusan, kewangan dan pemerolehan serta pengurusan sumber manusia bagi mempertingkatkan inovasi dan memenuhi keperluan komuniti setiap sekolah.



  • Menetapkan beberapa sasaran indeks prestasi utama (KPI) yang berkaitan dengan peningkatan hasil pelajar dalam rangka masa lima tahun merangkumi aspek akademik dan bukan akademik seperti keputusan peperiksaan, kemajuan pelajar dan sekolah, perkembangan watak (kepimpinan dan kreativiti) dan kepuasan pihak yang berkepentingan iaitu pengetua, guru, ibu bapa dan pelajar. 


  • Sumber: BERITA HARIAN


    Monday, October 25, 2010

    l-l sejarah subjek teras sekolah rendah 2014 l-l

    MELAKA 24 Okt. - Selepas mengumumkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kerajaan hari ini mengambil pendekatan menjadikannya sebagai subjek teras di sekolah rendah bermula 2014.

    Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, penambahan baru juga akan dibuat pada mata pelajaran tersebut antaranya menekankan aspek kewarganegaraan, patriotisme dan unsur Perlembagaan.

    Ketika ini, katanya, unsur mata pelajaran Sejarah banyak 'menumpang' pada subjek Kajian Tempatan yang diajar kepada murid Tahap Dua di sekolah rendah.

    ''Kita akan laksanakan subjek Sejarah ini bermula pada Tahap Satu dengan berkonsepkaneducation is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

    ''Kita mahu jadikannya sebagai mata pelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini.

    Menurut Mohd. Puad, pihaknya perlu melatih semula guru mata pelajaran Sejarah sedia ada sebelum mata pelajaran tersebut boleh diajar kepada murid sekolah rendah.

    Katanya, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk mengisi keperluan pembentukan negara Malaysia yang maju dan meningkatkan patriotisme rakyat agar generasi muda mengetahui asal-usul serta kepentingan menghormati Perlembagaan negara.

    Mohd. Puad turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya keputusan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus akan membebankan pelajar.

    Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, subjek Sejarah akan diubah suai dengan dimasukkan elemen baru bagi menjadikannya lebih menarik dan efektif.

    ''Perlembagaan Persekutuan serta kemerdekaan tanah air merupakan antara topik yang diberi keutamaan dalam subjek berkenaan bagi menyuntik semangat cintakan negara di kalangan generasi muda,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.







    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

     

    Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
    Design with love by CikBulat