Sunday, January 22, 2012

The story 25 of us!



Entry yang lambat di publish.sepatutnya di publish pada 13 januari 2012 sempena saya menamatkan pengajian di UPSI. Tapi entry tak sempat disiapkan. Punca tak siap sebab malas menulis.Boleh kata macam tu?

Entry ni nak cerita tentang KAMI. Siapa kami. Pelajar Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan UPSI batch 2008/2009. Kami ada keunikan tersendiri.Unik ke? Unik lah. 25 orang dalam kos ni. Kos lain semua ramai-ramai. Kami sudah seperti satu keluarga atau bahasa omputihnya one family!

25 orang. 7 lelaki dan 18 perempuan. Unik kan.
Berasal dari bumi Malaysia tapi berlainan negeri. Dari Utara ke Selatan, Pantai Timur dan jugak Borneo.
We are 1 Malaysia. Ada Melayu, ada Cina, ada India dan ada Iban. Unik kan. Apa aku merepek dari tadi asyik kata unik aje!

Let's start our story!
Dipertemukan pada bulan Julai 2008 di auditorium utama UPSI. Seriyes kelakar bila ingat balik. Masa tu semua malu-malu macam kura-kura. Diam je semua. Ayat yang biasa akan keluar bunyi macam ni. " hai, nama awak apa. asal dari mana...bla bla.". Kalau boleh flash back kan aku memang nak record semua tu! Tapi tak boleh. Kini tiba waktunya kami berpisah. Macam-macam kenangan dengan mereka. Gelak ketawa, suka dan duka. dan macam-macam.




Mulakan cerita dengan gadis cantik ini.
Namanya Faeizah murith. Sangat unik kan. Mula-mula dulu asyik salah eja nama dia.
Datang dari Kluang Johor.
Prety girl in our class. Seriusly aku suka tengok dia.Sebab dia cantik. Pakai apa pun cantik.
Ieza berkawan rapat dengan ana dan ain. 




Next jejaka yang namanya Syed. Nama penuh Tengku Syed Azan B. Tengki Syed Reman. Mula-mula dulu ingat dia kerabat raja ke or something tapi entah sampai sekarang tak pulak tau. 
Syed paling alim. Ala-ala ustaz camtu. Muka surau. hee..
Berasal dari Grik, Perak.
Uniknya syed dia akan bagi mukadimah panjang-panjang sebelum bercakap.Ahaa..
A good leader. Dia baik. Selalu tolong aku tau!




Gadis ini dipanggil ain suksis. Sebab ada 2 orang nama ain dalam kelas. 
Nama penuh Nurul Ain Zahra. Asal Hutan Melintang, Perak.
Kenal ain since 2006. Amik f6 sama-sama. Masa tu memang kawan rapat lah. Dah tertulis kami sama universiti dan sama kos dan selalunya sama kelas.
Satu-satunya gadis yang join kor suksis dalam kelas kami.
kalau semua nak tau ain ni garang tau. hee




Sammy atau nama panggilannya sam. Dia tua setahun dari kami semua.
 Nama penuh Sammy Kapar Anak Nyimbang. Asal Sarawak.
Lecturer selalu salah sebut nama dia jadi "sami"
Dia penari UPSI. Totally memang asyik sibuk menari. Takda masa sangat dengan kami.
He always mintak tlg dari aku.




Next gadis comel ana. Nama penuh Anna Yuenna Binti Bujang.
Ni pun unik jugak namanya. Bapak dia sentiasa bujang. Ahaa. Oppsss. gurau aje.
Berasal dari Sarawak jugak macam sammy. Tapi daerah lain kot.
Anna sangat lemah lembut ok! Manja. Baik. 
Aku suka tengok ana mengajar! Serius best.




Kakak palapes ni namanya Dayah. Gagah perkasa ok.
Nama penuh Norhidayah Ruslan.
Datang jauh dari Sabah.
gelaran diberi "kak ket". Kenapa? itu rahsia kami ok!
Dia seorang yang ceria. Asyik buat orang gelak aje.




Next Yati atau Yati Tomey. Bajet comel kan.Hee.
Nama penuh Norhayati Kamaruddin.
Berasal dari Rompin Pahang. Pantai Timur ye!
Apa yang unik tentang yati? Yati suka selambe badak tau bila cakap. Berani seh. Kadang ada jugak terasa.
apa pun yati memang baik.
Dia sorang je yang panggil aku dengan nama "jit". Heh! Mana dapat idea pun tak tau.




Gadis ini bernama Dila. Nama penuhnya Fadhillah Abd Kadir
Utara mari. Berasal dari Pendang Kedah.
Apa cek nak cita tentang dia pun tak tau.
Dila agak pendiam kot. Sopan santun gitu. hee.




Next Gadis cantik dari Borneo Dya. Nama penuh Rosmadia Bt Lamapa. Nama yang unik jugak!
Datang dari Sabah. Kena naik belon ok!
Nice girl. Sopan santun. Dya sangat putih ok.




Specky girl ini Huda. Nama penuh Nurul Huda Fadzil. Anak cikgu. Mak bapak dia cikgu.
Asal Sabak Bernam, Selangor. Sama tempat dengan aku ok!
Kawan dengan dia since f6 sama jugak macam ain.
Huda seorang yg berani. tekad dan boleh campak dia kat mana-mana je. Boleh hidup katanya!




Ifa. Nama sebenar Siti Arifah Binti Mohd Khalil.
Asal Batu Pahat, Johor.
Dia roomate saya, classmate dan segala mate lah.
Ifa ibarat gedung ilmu. Dia ada info tentang semua benda! Serius. Aku memang kagum tau.
Kelemahan dia adalah tak boleh kalau dalam seminggu tak balik Johor.
She's my best friend!




dan ini saya Jiha. Nama diberi Nur Najiha Mahfudz.
Asal Sabak Bernam, Selangor.
Apa nak tulis ek? Nak puji-puji boleh. Hee.
saya suka teknologi dan gajet.
saya seorang yang mementingkan persahabatan.
dan saya akan bahagia bila tengok orang lain bahagia.




Ini artis dalam kelas kami, Shah. Nama sebenar Mohd Sharizwan B. Mohd Shah.
Suka berperasaan yang dirinya kembar Remy Ishak.Cuba korang tengok ada ke?
Kadang2 memang ada. tapi kadang macam mat bangla pun ada! Hehe.
Datang jauh dari utara, Langkawi yer!
Suka buat kecoh dalam kelas. Pun melawak. Shah takde mesti kelas sunyi.
lagi satu suka ngutuk orang. Apa pun shah baik!




Boon atau ah chai nama timangan. Nama betul Tan Boon Chai.
Satu- satunya chinese dalam kelas kami. Came from Muar Johor.
Sangat2 baik. Suka tolong kawan-kawan lain.
Dia terrerrr! Asyik dapat 4 flat aje!
Boon seorang yg cepat buat kerja. Sapa yang 1 group buat asigmen dengan dia akan cepat stress.



gadis ini namanya Ina. Nama betul Noor Azlina Yusof.
Asal Beruas, Perak.
cantik yang kecik je nampak dari luar tapi berbakat besar!
Suka solek-solek jugak macam ieza.
Cantik! Kalau tak pakai heel memang dia nampak rendah.ahaa.



Epie atau firdaus nama glamournya. Nama penuh Mohd Firdaus Bin Wahab.
Datang dari Pantai Timur. Kuala Terengganu.
Suka sangat menyakat orang. Sapa je yang tak di kacau.
Selalu tertinggal dari kami.Confius aku bila dia tertinggal.
Pandai carik duit sendiri.
Baik!



Gadis tinggi dalam kelas Ain. Ain palapes! Nama Zunnuraini Muhamad.
Aku tak reti eja dan sebut nama dia masa sem 1 dulu. kan macam susah tu kan.
Akak Palapes jugak. dari Dungun, Terengganu.
Tak kenal dia nampak macam sombong kot. tapi dia baik.




Umi nama gelaran. Nama penuh Umi Nadirah Bt Mohd Desah.
Asal Pahang.
Umi comel dan cantik. Pandai bercakap. Baik jugak. 




Specky girl jugak. His name Azne. Nazratul Azne Zulkafli.
Dari Nilai N.Sembilan. Orang nogori wei.
Anak sulung dalam keluarga
Azne pun agak pendiam. Dia antara yang pandai dalam kelas.




the only indian in our class. Getha. Nama penuh Saggetha.
Ipoh mari. Ipoh, Perak.
She agak huru hara. hee.. Walaupun huru hara dia genius yer!
Tiap minggu balik Ipoh. Awal-awal sem dulu henfon dengan lagu india bunyi masa kelas berjalan.




Nama gelaran sue. Nama penuh Suhaila Binti Maasom.
Terengganu jugak. Setiu!
Nak kata apa tentang sue? baik. kecik je orangnya. 




Si ayu Ita . Nama diberi Wan Ruzita Wan Muda.
Orang ganu ok! Dari Kuala terengganu.
Bila bercakap slang terengganu tak hilang.
Bijak. rajin. Sopan santun.




Iqa Beary nama glemernya. Nama: Nur Atiqah Binti Ismail.
dari Permas, Johor Bharu.
Punya Impian nak ke Korea.
takut dengan binatang bernama lipas. Aku lah pembunuh lipas bila lipas ada dekat2 dgn dia.
Kakak cantik. Suka mekap yer!
Suka mintak2 benda2 mahal dr aku. Ingat aku kaya la sangat! Aku memang kaya budi bahasa.




Jejaka yg bernama Mizan atau dipanggil Mije.
Nama : Mohd Hamizan Mohd Hashim.
Asal Pasir Mas, Kelantan.
Baik. Penjual Popia yg sedap. Selalu eskot Syed. Siap tolong bawak beg syed masuk kelas.
Aku suka bila Mizan present. Seboleh2nya dia nak kite faham. Memang faham pun.




Artis jugak dalam kelas, Duan. Bajet hensom lah.
 Nama penuh Ahmad Ridhuan Sapian
Asal Kuala Terengganu.
Dulu malu-malu. Sekarang tak reti malu.
A good friend. Baik. Penyanyi hebat! 




itu saja cerita kami. 
Banyak kenangan bersama mereka! Series akan rindu kat korang semua.






p/s: sekadar penulisan saya je.



0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat