Saturday, December 31, 2011

hari terakhir tahun 2011



Alhamdulilah. syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga ke saat ini aku masih diberikan peluang untuk bernafas dan mengecapi kehidupan di dunia.

Hari ini hari terakhir tahun 2011. Rasa terlalu cepat masa berlalu. Esok dah tahun  2012. Umur pun makin meningkat.oh NO!

Sepanjang tahun 2011 banyak memori tercipta. Sedih dan gembira! Macam-macam perkara!
Azam-azam yang dicipta tahun 2011 ada yang belum dapat tercapai. Jadi di bawa ke tahun 2012. Lain kali jangan buat azam banyak-banyak OK! Susah nak capai nanti tahu tak?


Apa azam tahun 2012 ek? Jom share-share!







Thursday, December 29, 2011

Guardian Portal


Guardian Portal.
canggih kau! UPSI dah lancarkan portal untuk ibu bapa. Universiti lain ade ke? Tak sure. Belum buat kajian!
KPM membolehkan ibu bapa melihat serta mengetahui keputusan anak mereka melalui SAPS atau nama panjangnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.
UPSI pula menggunakan satu portal yang di namakan Guardian Portal.
Melalui portal ni ibu bapa boleh mengakses maklumat anak-anak mereka seperti keputusan peperiksaan pelajar setiap semester. Haa..jadi tak usahlah bercita-cita nak menipu result korang ye!

Walaupun Guardian portal ini diwujudkan mak abah aku takkan guna punya. Sebab diorang tak reti nak online. Melainkan aku yang bukak dan tunjukkan.
Aku tiap-tiap sem akan tunjuk result aku dekat mak abah. Walaupun tak dapat semua A setiap sem kan.



Mudah sahaja nak gunakan portal ini
anda akan nampak seperti gambar di atas
masukkan username dan password.
Username dan password adalah sama iaitu no i/c ayah atau ibu anda. ia bergantung kepada nama siapa yang anda tulis dalam portal UPSI.






Malam Pratonton filem Papa I Love U...


Selasa lepas aku ke Malam pratonton filem Papa I Love U.


Terima kasih kepada MIG Online kerana memberikan tiket free kepada saya! Gigih aku join contest tau.
Ini adalah kali pertama ke Malam pratonton tau tak. Orang lain dah beribu kali kot.Kesian aku!TAK PERNAH pergi pun tau. Jadinya semalam macam blur-blur je. Tapi best la. Seronok.

Iqa beary menemani aku ke sana. Advanture perjalanan. Hoi bersesak dalam KTM. Aku tak bernafas. Denga bawak beg laptop yang berat tu. Sumpah aku sesak nafas! Suka hati je tolak-tolak. 
Ok teruskan cerita ye!

Sampai Subang Parade awal. Sebelum pukul 7 sampai.Semangat kau kan!
Pusing-pusing dulu.Then g la mendaftarkan diri di kaunter MIG. ambik tiket! Takde tiket tak boleh masuk yer!
Then  dijemput makan! Sedap. Kebetulan tengah lapar kan.
Tayangan start around 9.00pm. Before tu tunggu artis-artis  & jemputan datang. Masa ni lah bergambar-gambar. Sebenarnya aku tak ambik banyak gambar pun. Kenapa entah. Kamera pun macam ngade2 kan.








Overall filem semua OK!
Best~ Kelakar.


nantilah review. nak pergi study dulu.next week exam.











Wednesday, December 28, 2011

EyeStudio Photography



Selamat Tengahari semua!
ini entry sambungan Suatu Petang di Shah Alam
Apa kes aku 2 hari ni asyik tulis entry sambung-sambung. Jawapannya sengaje.Banyak sangat kan.kalu buat 1 entry sah-sah panjang mengalahkan jambatan Pulau Pinang.

last friday ke Eyestudio untuk teman iqa beary shoot.white studio uolsss.
Akhirnya wishlist dia tercapai! Dapat bershoot dekat studio.
Seriusly memang impressed dengan hasil kerja Eyestudio. cantik-cantik tau!
Tak percaya pergi like Fanpage Eyestudio

EyeStudio Photography

Awesome! dan Cantik ! hasil kerja mereka.Sangat-sangat suka.
Di sini ada beberapa keping gambar Iqa Beary. Gambar original daripada Eyestudio. Dan saya mengedit jadi seperti di bawah.







Eyestudio menyediakan pelbagai perkhidmatan photografi seperti perkahwinan, party,portraiture, tunang, outdoor dan macam-macam. Bagitahu je nak gambar macam mana kat mereka.
Kalau rasa nak gambar kawin yang cantik pergi call mereka.
dan kalau rasa-rasa nak buat portfolio macam gambar di atas pergi call mereka.
pendek kata nak gambar macam mana bagitahu je kat mereka. Jangan bagitahu aku tau sebab aku takde DSLR. hanya ada kamera buruk si Olympus yang dah 4 tahun berjasa! walaupun buruk aku tetap syg ok!

bawah ni contoh-contoh gambar dari EyeStudio Photography


Couple photoshoot

husband & wife

portfolio

pre wedding

pre wedding

konvokesyen

portfolio

wedding

wedding

wedding

more pictures pergi Fan Page Eyestudio Photography
*** all picture credit to EyeStudion.Maaf pinjam gambar!


Berminat dengan perkhidmatan mereka:
Call 03 55236880 @ 0194766943


Contact


Latest offer from EyeStudio..
Family Package
RM229! Sangat Murah tu tau!
Cepat-cepat...sampai 31 dec 2011 sahaja





p/s: entry ni patut dipublish tengahari semalam.tapi disebabkan kesibukan menjilid tesis terus tergendala.







Syukur Alhamduliah


Syukur Alhamdulilah.
Tesisku telah diterima oleh Prof. 
Walaupun penyelia aku kata ok. Eh sebenarnya kan penyelia aku tak ambik tau pasal aku pun.Sedih tau tak!!
2 minggu carik penyelia tak jumpa.rupanya ke luar negara.aku tak tau pun. hari-hari telefon, hari-hari message tak jugak dapat.
Susah hati masa itu. Cuba bayangkan kawan dah pergi jilid. tapi aku tak dapat feedback dari penyelia! Sedih kan!

Alhamdulilah selepas 2 minggu menjejak penyelia.jumpa pun.dah balik Malaysia. Terus aku paksa penyelia aku untuk semak dan bagi markah. Entah berapa markah dia bagi kan? 
Setel dengan penyelia. Prof pulak.Ada yang kena perbaiki.Makanya membuat pembetulan seperti yang diarahkan prof
Dan Alhamdulilah. Semalam dah print out dan hantar jilid.Isnin depan ambik dan hantar dekat fac.
alhamdulilah.Thank you ALLAH.






Wordless Wednesday # 15




Rabu tak bercakap.
Sila faham sendiri maksud gambar ini




Tuesday, December 27, 2011

Makan di Restoran Ayam Penyet AP



Ini sambungan cerita Suatu petang di Shah Alam.Klik Suatu petang di Shah Alam untuk maklumat lanjut.
After ke Eyestudio kami ke Restoren Ayam Penyet AP seksyen 9.
Berpuluh minit baru jumpa restoren ni. Well penunjuk jalan tak bertauliah kan.Aha.
Ni gara-gara cari restoren ni guna alamat. maklumlah GPS takde. 
gara kitorang memang jalan-jalan carik makan dekat Tv tu tapi ni OFF record! Merepek aje!
Mengikut alamatnya restoren Ayam Penyet AP ni terletak di 
No 15, Ground Floor,Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E
Seksyen 9

Dengan menggunakan signboard sahaja. Maka cari Seksyen 9. Then cari jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E. Tak jumpa. yang jumpa Jalan Tengku Ampuan Zabedah K-N kot, then A-B, then C...
Heran seh tak jumpa Jalam Tengku Ampuan Zabedah E. Tenggelam ke, menyorok ke. serius confius masa tu.
Bak kata orang Malu bertanya sesat jalan. daripada sesat dan terus sesat tanya dengan pak cik jual pisang goreng. Pak cik tu kata Restoren Nasi Ayam AP dekat dengan Plaza Shah Alam.
Haa..ambik kau. jumpe pun.Alhamdulilah.

Selamat sampai.
Terus mengoder.Lapar atau bahasa kasar kebulur dari pagi tak makan apa-apa.

Apa yang kami makan
:: Nasi Ayam Penyet AP 
:: Terung Balado
:: Kiddy nugget ayam +Kiddy fries
:: Green Apple with milk pud
:: Chocolate blended
:: Chocolate shake
:: Blue Coral (free kid meals)



ayam penyet: Nasi lupa amik gambar

terung balado

 kiddy fries

kiddy nugget

 Chocolate blended

 Blue Coral

Green Apple with milk pud


Alhamdulilah. Kenyang! Memang sedap. Berbaloi datang jauh-jauh sekali sesat bagai.
Nasi Ayam penyetnya sedap. ayam lembut. peh sambal pedassssssssssssss giler.
Sapa yang belum mencuba sila-sila lah.




Suatu petang di Shah Alam.


Selamat pagi. Selamat hari selamat. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Macam tak pernah je aku mulakan entry dengan ayat macam tu.Tapi takpe lah.
Ini adalah sambungan entry Overview Cerita. iaitu entry yang ditulis dan ditaip sendiri oleh saya. Klik order post atau perkataan Overview Cerita yang berwarna merah. klik warna lain memang sampai tahun depan pun tak kan jumpa.

Entry ini mengisahkan cerita saya dan fafa yang dipaksa oleh Iqa Beary untuk menemaninya ke Photoshoot di Eyestudio di Laman Seri,Shah Alam.
Aku ni sebagai penunjuk jalan tak bertauliah ke sana. Kononnya aku orang selangor dan biasa pergi Shah Alam jadi terrer lah. Takda maknanya. Kami ikut signboard je. Berdasarkan alamat Eyestudio Photography tu dekat seksyen 13 yang tak jauh dari stadium dan sekitar-sekitarnya adalah persiaran sukan. Makanya memang guna Landmark stadium la. dan alhamdulilah berjaya sampai ke Eyestudio dengan jayanya 2 kali pusing bangunan laman seri tu sebab tak nampak signboard Eyestudio. Memang la tak nampak walaupun ko pakai spek mata yang powernya begitu power. Sebab memangg takda lagi sinngboard eyestudio itu.


Eyestudio terletak di tingkat 2. gunakan kemudahan yang ada.naik pakai lif. Studionya cantik. Kesilapan aku lupa nak amik gambar. Dari tadi sebut Eyestudio aje. Tahu tak sapa pemiliknya. Aizul pemiliknya. Sapa tak kenal pergi tanya Prof google ok. Klik nama Aizul untuk mengetahui siapa Aizul .

 Sementara nak tunggu iqa beary shoot white studio berbual-bual dengan Aizul dan Shafik. Shafik dok menunjukkan contoh-contoh post pada Iqa beary, aku & fafa tengok aje. Kami tak terlibat ye. Teman sahaja. Iqa beary shoot almost sejam kot. Mula-mula we all join sekaki tengok dia shoot lama-lama malas pulak. So duduk kat depan tengok-tengok album gambar yang cantik-cantik dan superbb..


Lastly before balik harus bergambar dengan Aizul la. Ingat senang mau jumpa ke? Susah kot.


:semua gambar Aizul dalam ni.cantik-cantik.mintak ampun ye amik gambar cover album tanpa izin:

: Aizul & Me...Sila lah jeless..Abaikan tudung aku yang tak betul & macam tak pandang kamera dengan betul :

::we all with Aizul::

:: the crew & the model ::
dari kiri: shafik,jiea, iqa & lupa nama.



After habis shoot ke destinasi seterusnya Restoren Ayam Penyet AP.








Monday, December 26, 2011

Overview cerita..


Apa ke pelik tajuk entry aku letak tu?
Selamat hari isnin. Dah nak masuk selasa kejap lagi baru nak ucap selamat hari isnin.
Nampak sesangat-sangat sibuk tahap di wataraya!

Sibuk dengan macam-macam perkara. Gayanya macam sibuk sangat padahal berjalan-jalan aje. Nama je study week atau dalam bahasa melayu nya minggu ulangkaji tapi sampai saat ini aku belum bukak buku untuk study. Final exam start minggu depan kau! Nota semua dah kumpul. Banyak nak kena study tau! Besok aku start study hari ni nak marathon mengupdate cerita yang dr minggu-minggu lepas tak ditulis. Sibuk kan mana nak sempat kan.
Cerita malam pragraduasi belum tulis. cerita jumpe photographer hebat belum tulis. cerita tiba-tiba terbabit dengan event belum tulis. cerita sesat-sesat masuk jalan area KL belum tulis. cerita pergi makan-makan belum tulis. macam-macam lah.

terus ke entry selepas ini...







Entry tak tau nak letak tajuk apa!







teaser lagi.blom sempat nak menulis.Sibuk kan.
buh gambar siket aje!


::selamat malam dunia::



Sunday, December 25, 2011

...........





~When Someone comes into your life,
ALLAH sent them for a reason 
Either to learn from them
or to be with them until the end~

Friday, December 23, 2011

Teaser~





Teaser sahaja~
Besok br update!



Selamat malam semua.
penat berjalan seharian!





Thursday, December 22, 2011

Aku, tesis, tesis dan tesis!



Seminggu berehat tanpa memikirkan tesis!
Dah siap, dah anta dekat penyelia 2 minggu yang lepas. Tapi penyelia menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. No feedback!
telefon tak dapat.message tak dapat. email x reply. Oh NO! Sangat la risau. Setiap hari call tak dapat  sampai lah semalam. hoyehhh...tutttt..tuttt..DAPAT!
Alhamdulilah. Penyelia bagi markah dan pass kepada Prof Hamidah sebagai second reader.
Pagi-pagi dapat message. "Sila datang jumpa saya"
Terus berdebar2.takut tesis ada masalah!
So far okey. Cuma kena betulkan sikit-sikit lah.Kena betulkan cara persembahan data dan spelling!
Ada lagi salah spelling walaupun aku dah pakai software tercanggih bernama Carikata. Ada lagi yg canggih tak? Nak g beli! Motif la sangat kan.



p/s: meluangkan masa dengan tesis! Blog tinggalkan buat sementara. ni curik masa 5 minit!





Lagu pilihan aku - Dengan Kuasamu by Nur One







Lagu pilihan minggu ini...

Tiba-tiba tersuka dengar lagu ni.
Here the lirik!

Nur One - Dengan Kuasamu

Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta


sumber : Youtube


Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday # 14 Mengisi hati






Rabu tak bercakap.
Maklumat lanjut klik LangitIlahi  SINI yer!



selamat beramal.


Berjayakah anda?...




Usaha tangga kejayaan. Itu maksud gambar di atas.
Tetapi pernahkah anda dengar Usaha escalator kejayaan?


Berjaya? Adakah anda seorang yang berjaya?
Jom sama-sama baca siapakah orang yang berjaya.



ORANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG… 

• Orang-orang Berjaya memahami “Kegagalan untuk merancang adalah merancang kegagalan”.
• Orang-orang Berjaya adalah mereka yang ‘FOKUS’ dan tahu apa yang mereka inginkan.
• Orang-orang Berjaya mempunyai masa melebihi 24 jam dalam sehari dengan menggunakan masa orang lain.
• Orang-orang Berjaya percaya pada konsep Penjenamaan.
• Orang-orang Berjaya biasanya mewujudkan “Niche Market”.
• Orang-orang Berjaya percaya akan diri sendiri.
• Orang-orang Berjaya mempunyai disiplin yang tinggi.
• Orang-orang Berjaya tidak akan menunda-nunda kerana percaya hari ini lebih baik dari esok hari.
• Orang-orang Berjaya bijak dan berani membuat keputusan.
• Orang-orang Berjaya adalah orang yang konsisten dan bersederhana dalam perilaku mereka.



Tuesday, December 20, 2011





~When Someone comes into your life,
ALLAH sent them for a reason 
Either to learn from them
or to be with them until the end~



Modul Perniagaan Ebay


Ini kesinambungan kepada entry Asigment Paling Mahal

Serius inilah asigment paling mahal semester ini. Banyak kos.
 Kos print sahaja RM40.50. Kos Buat kad debit. Kos kena tolak paypal. Kos kena bayar dengan Dhgate.
Betul-betul mencabar!

Asigment ini adalah untuk kursus E-Commerce atau bahasa melayunya E-dagang.
Asigment paling mahal, paling susah, paling rumit dan macam-macam paling lah..
Cuba bayang kan macam-macam benda kena buat. Dah la melibatkan duit.
Memang melayang-layang duit aku.
Heh! Apa merungut nie.
Kan dapat ilmu tu. 
Seriusly memang banyak benda baru yang diperolehi selepas belajar E-Commerce dan buat asigment nie.
Ternyata nak jadi usahawan internet bukan satu perkara yang mudah. Macam-macam  bneda kena fikir dan ambil kira. Eh! ada ke benda yang mudah. Senang-senang dapat? SEMUA harus diusahakan dengan gigih!
Special thanx kepada En Nizam lecturer dari UTAR yang memberikan peluang untuk menjadi peserta dalam program yang dijalankan ini.. Walaupun terpaksa menjadi responden kajian tetapi saya dapat banyak ILMU.


Bawah ini antara gambar dalam modul yang aku buat..







Tarraaaa......inilah hasilnya.
Oh salah eje tu disediakan....hmm..tak perasan.

Dalam Modul ini ada step-step nak memulakan perniagaan Ebay.
Start dari sign up gmail, sign up Ebay sampailah ke urusan segala transaksi.
happy bila berjaya siapkan modul ini.
Terasa macam penulis buku tau! erk!




Cikgu Dalam Kehidupan.







1. Cikgu yang terbaik dalam hidup adalah -Pengalaman.
 Ia merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini.

2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah dalam hidup kita kerana mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu. Jadi, kita gunakan segala yang diberikan, untuk membimbing diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.

3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar

Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini. Hal ini kerana, mereka telah bersusah payah dalam membanting tulang empat kerat mereka, dalam mendidik kita supaya kita berjaya dalam kehidupan. Dengan semua ini, kita boleh terus maju kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan dan mengamalkan dalam kehidupan kita.

Hargailah mereka sementara masih ada, hidup ini hanyalah sementara, bukan selama-lamanya.


sumber : Web iluvIslam


50 amalan terbaik dalam hidup



50 amalan terbaik dalam hidup

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan ? Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) ? Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) ? Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) ? Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali ? Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) ? bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) ? Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya ? Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya ? Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya ? Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH ? Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali ? Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.


sumber : 50 amalan hidup.



Monday, December 19, 2011

Takda Lagu...



Sapa perasan kelainan blog aku. Cepat angkat tangan! bajet macam aku boleh nampak je sapa yang angkat tangan kan.

Blog aku dah takde lagu.
Dah diam, tak bunyi-bunyi.
Aku dah remove gadjet lagu selepas mendapat teguran daripada kaki wayang dan rakan blogger lain.
Sapa nak dengar lagu pergi Youtube ye
Sekian Terima Kasih
Happy Blogging Ya!




p/s: sedang membiasakan diri dengan blog yang takde bunyi nie.
Seseaikan dengan Tagline. Dalam diam aku menulis. Bila xde bunyi baru boleh fokus menulis. macam tu agaknya.




Hari terakhir kuliah saya



Dengan ini saya NUR NAJIHA BINTI MAHFUDZ ingin mengatakan bahawa hari ini merupakan hari kuliah saya sebagai pelajar ijazah sarjana muda menghadiri kuliah di Universiti Pendidikan Idris (UPSI)

Ahaaaa..Perlu ke nak cakap macam tu?
Perlu sebab lepas ni dah tak pergi kuliah lagi. Tinggal nak exam aje. Insyallah kalau ada rezeki akan sambung MASTER tapi belum tau Universiti mana. So boleh la dikatakan seperti di atas tu.
Blog aku. Jadi ade aku kisah?


Kuliah terakhir saya adalah Pengurusan Perubahan. Kelas 1 jam. Memang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yang Prof Yazam cakap. Motifnya apa yang dibincangkan mungkin akan masuk exam sikit-sikit. Memang nampak di situ ketidakiklasan belajar. Opps! Saya tumpu perhatian bukan sebab exam ok. Tapi sebab ilmu. Iyelah tu kan.


After this takde dah pergi kuliah. Mesti rindu nak g kelas. Lagi-lagi dengan budak-budak AT45!
Serius akan rindu moment2 gelak ketawa dengan mereka.
Kalau lah aku record semua tu alangkah best. Boleh rewind-rewind tengok! Udah tak usah merepek ye!



Seriusly aku akan rindukan SEMUA tu. Kena duduk luar kelas, Kena kunci, Kena macam-macam lagi. Walaupun masa tu macam menyumpah2 je. Tapi SEMUA tu la SATU KENANGAN.



p/s: entry yg langsung takde gambar.




Sunday, December 18, 2011

Makan di The Manhattan Fish Market





Cerita yang sepatutnya di tulis berminggu-minggu lalu. Tetapi disimpan dalam almari sebab masanya tiada.
Awal bulan ini bersamaan 4 disember bersuka suki dengan kawan-kawan di KL.
Selepas menonton Ombak rindu di KLCC bergerak ke Mid Valley.
Lapar! Nak makan apa lah. Terlampau banyak sangat tempat makan. dan akhirnya memilih The Manhattan Fish Market setalah digoda-goda oleh Iqa Beary. Nak makan 5 orang tapi yang decide dan sampai ke restoren hanya aku dan iqa beary. 
Pelik sungguh. 

Ahaaa. We have a mission! upps. 

Dengan penuh berbangga terus duduk dan mengorder makanan tanpa mendapat persetujuan 3 orang kawan lagi. Kejam sungguh. Bukan kejam. Suprise okey! Belek-belek menu tengok semua sedap. Waktu lapar memang semua sedap. Lastly order Giant fried platter, orange juice untuk syera, ecah & ifa dan Cala-cala untuk me & Iqa beary. 

Order sampai! Makanan seperti gambar di bawah.
Oh No SALAH. We order Giant Fried Platter dan yang sampai adalah Grilled Gaia Platter. 
Memang sah the waiter tu ada masalah pendengaran!
But we all makan aje lah.
Memang sedap terasa nak makan lagi.


:: Grilled Gaia Platter ::

:: cala-cala ::

:: orange juice ::


Selesai makan, apa lagi kejenya bersembang-sembang lah.
Macam-macam di sembnagnya padahal nak lengahkan masa untuk waiter/waitres bawakkan kek birthday untuk syera & ecah.

And here the Suprise!
Kek dan nyayian birthday untyk mereka dr crew-crew the manhattan fish market. Sangat-sangat berterima kasih sebab sama-sama menjayakan suprise celebration ini. Siap nyanyi2 lagi kan. Bergegar restoran masa tu.
Si syera siap terkejut sampai terpaksa mencari inhalernya.
Ecah pulak terus muka blur2 terkejut.
Sory kawan2.

 ::  the surprise birthday cake for syera & ecah ::

:: Mud Pie ::





p/s: semakin pandai berlakon.aha!
Semput aku berlari nak cari kek dekat MId valley tu!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat